You are on page 1of 13

SOALAN KBAT

IBADAH

1) En. Lukman dan isterinya telah mengambil anak angkat perempuan berumur dua
bulan dan menasabkan kepadanya.Dengan menggunakan teknik perubatan moden
sekarang, isterinya telah menyusukan sendiri bayi tersebut.

Jelaskan kemungkinan yang akan dihadapi oleh anak tersebut bila dewasa kelak.

[4 markah]

2) Muhammad Zakaria mengambil anak angkat yang baru lahir.Beliau membinkan anak
angkat tersebut kepada namanya dan bukan kepada bapa kandungnya yang sebenar.
Berikan pandangan anda terhadap permasalahan di atas berdasarkan hukum syarak
dan kesannya kepada anak angkat. [4 markah]

3)
SAY NO TO POLYGAMY
Pada pendapat anda,mengapakah sebahagian wanita kini menentang amalan seperti
yang dipaparkan dalam pernyataan di atas? Huraikan. [4 markah]

4) Iskandar menafikan nasab anak yang dikandung isterinya yang berusia tiga bulan
yang sering melakukan kerja di luar kawasan bersama-sama rakan lelaki sepejabatnya
hingga larut malam. Disebabkan perasaan marah, Iskandar telah menuduh isterinya
melakukan zina.

Selesaikan situasi berikut berdasarkan hukum syarak. [4 markah]

5) Terdapat ramai pelajar hari ini tidak menggunakan nikmat Allah SWT dengan sebaik-
baiknya walaupun diberikan amaran balasan buruk kepada mereka.
Sebagai seorang rakan, bagaimanakah cara anda untuk membetulkan situasi di atas.
[4 markah]

6)
Puan Fatimah sering dipukul, diterajang dan ditendang oleh suaminya Encik
Salleh.Situasi ini menjadi sejarah hitam dan memberi kesan terhadap emosi dan
fizikal beliau.
Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Puan Fatimah.
Berikan pendapat anda. [4 markah]

7)
Zakat Pemacu Ekonomi Negara.

Sejauh manakah pernyataan di atas benar. Berikan hujah anda. [4 markah]

1
8) Kenalpasti perkara yang tidak menepati syariat Islam dalam majlis perkahwinan dan
berikan komen anda. [4 markah]

9) Bagaimanakah ibadah korban dapat memupuk perasaan kasih sayang dan silaturrahim dalam
kalangan umat Islam? [4 markah]

SIRAH

DATA A DATA B

Pegawai kerajaan yang dilantik pada 418,200 penjawat awam terbabit


zaman Khulafak al Rasyidin dikehendaki rasuah.
mengisytiharkan harta. Kuala Lumpur : SPRM berdasarkan data yang telah ada
menyatakan bahawa seramai 418,200 penjawat awam
terlibat dalam gejala rasuah yang amat

1) Merujuk maklumat di atas, bagaimanakah amalan dalam data A dapat melicinkan


pengurusan pentadbiran pada masa kini. [4 markah]

Kegemilangan Tamadun Islam Kerajaan Bani Abbasiah

 Perubatan
Mencipta picagari, ubat bius dan benang khusus menjahit luka pembedahan.
 Fizik
Mencita teori pergerakan jirim, daya graviti dan pantulan cahaya.

2) Merujuk pernyataan di atas, bagaimanakah usaha yang perlu anda lakukan bagi
menjayakan hasrat kerajaan untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam.
[4 markah]

Mesej Islah Syeikh Tahir Jalaluddin.

1.Kembali mengamalkan jaran Islam berteraskan ajaran al-Quran dan al Sunnah.


2. Menjauhkan pengaruh negatif lua(barat) yang merosakkan.
3. Berusaha kuasai ilmu fardhu ain dan kifayah.
4. Menolak taklid buta.

3) Bagaimanakah anda dapat mengamalkan salah satu mesej tersebut untuk menjadi
seorang pelajar cemerlang. [4 markah]

2
4) Nazirah berasa teruja membaca kisah kehebatan Sultan Muhammad al-Fateh dan
tenteranya yang telah dapat menawan Kota Kostantinople melalui strategi yang mantap
dan semangat jihad yang tinggi. Dia berazam untuk mencontohi ketokohan Sultan
Muhammad al-Fateh dengan cara yang tersendiri tanpa perlu mengangkat senjata.

Cadangkan cara yang boleh dilakukan oleh Nazirah untuk menzahirkan kesungguhan itu
agar dapat mengulangi kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dahulu. [4 markah]

5) Firman Allah SWT:

      


   
59. Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah
dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu.
)Surah al Nisa’: 59(

Sebahagian ahli tafsir berpendapat ’Ulil Amri’dalam ayat di atasbermaksud pemimpin,


manakalasebahagian lain menafsirkannyasebagai ulama.

Beri pendapat anda beserta hujah. [4 markah]

ADAB

Gambar vandalisme telefon Melihat kepada statistic vandalime yang dikeluarkan


Muzium Telekom pada tahun 2001 hingga 2007, ternyata
begitu banyak kes vandalime.

Bermula pada 2001, jumlah keseluruhan vandalisme


dicatatkan di seluruh negara adalah sebanyak 9,631
kes,9,745 (2002), 7,404 (2003), 10,898(2004), 7,851
(2005),2,002 (2006) dan 241 (2007).

http://ww1.Utusan .com.my/utusan /Rencana /20140215/re_09/Vandalisme-


ancam-telefon-awam

1) Pada hari ini, masih ramai dalam kalangan masyarakat tidak menggunakan kemudahan yang
disediakan oleh kerajaan dengan betul, malah ada yang merosakkannya.

Pada pandangan anda, mengapakah perkara ini berlaku? Kemukakan hujah anda. [4 markah]

3
2)
Aku Suka Bersedekah Maksud Firman Allah:

… dan apa saja yang kamu dermakan maka


Allah akan menggantikannya dan Dialah jua
sebaik-baik pemberi rezeki.

(Surah al Saba’ 34: 39)

Berdasarkan gambar di atas,sebagai seorang murid, bagaimakah cara anda untuk


membudayakan amalan mulia ini dalam kalangan rakan sebaya di sekolah. [4 markah]

3)
Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah semasa berhijrah ke Madinah ialah
mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar. Kekuatan perpaduan yang terbentuk
ini membawa kepada teguhnya kerajaan Islam di Madinah.

Bagaimanakah umat Islam hari ini dapat mencontohi Rasulullah SAW dalam usaha
mengekalkan perpaduan untuk menjamin kelangsungan pembangunan negara yang tercinta?
Terengganu [4 markah]

4)

Gambar vandalisme tempat permainan

Terangkan dua kemungkinan yang akan berlaku sekiranya gejala dalam gambar di atas
tidak ditangani dengan segera. [4 markah]

5)

Gambar polis dan askar

Berdasarkan gambar di atas,bagaimanakah anda dapat berbakti kepada negara selain


daripada kerjaya di atas?

Jelaskan pendapat anda. [4 markah]

4
6) Pada suatu hari, anda terdengar sekumpulan pelajar mempersendakan sunnah Rasulullah
SAW.
Apakah tindakan yang perlu anda lakukan untuk menyedarkan mereka? Huraikan. [4 markah]

7) Zaidi sedang menjalankan eksperimen kimia berdasarkan tindakbalas logam tertentu


terhadap beberapa jenis cecair. Dia tahu dengan jelas matlamat yang ingin dicapai tetapi dia
telah gagal menjalankan eksperimen tersebut dengan jayanya.

Sebagai seorang pelajar, apakah yang perlu dilakukan oleh Zaidi untuk memastikan matlamat
yang telah ditetapkan dicapai? [4 markah]

8)

STOP
VANDALISME

Sekiranya anda seorang pemimipin,bagaimanakah anda dapat menerapkan kesedaran


kepada orang awam tentang perkara di atas? (SBPI) [4 markah]

9)
Duhai pemuda Islam! Semoga kamu semua akan menjadi
perwira Islam. Perwira kenal agamanya yang unggul, yang
beribadat dan berjihad, memperbaiki kekurangan diri sendiri di
samping berdakwah ke jalan Allah.

Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda memupuk semangat jihad dalam diri sendiri.
[4 markah]
HADIS
1)
… Janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya, dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya
dengan tudung kepala mereka, dan
janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka…. An Nur 31

PERGAULAN CARA BERPAKAIAN BATAS AURAT

Merujuk gambar dan pernyataan ayat di atas, buktikan pakaian dan ibadah saling berkaitan.
[4 markah]

5
(Hidup di dunia ibarat perantau)

2) Sejak remaja lagi kehidupan Malik dipenuhi dengan dosa dan maksiat. Kini umurnya mencecah
umur 30 tahun. Ketika inilah juga perasaan sesalnya datang. Pada pendapat anda, apakah yang
harus dilakukan oleh Malik? (KLNTN) [4 markah]

3)

Gambar makanan dalam tin

Berdasarkan gambar di atas, kebanyakan produk makanan di pasaran dihasilkan oleh orang
bukan Islam.

Sebagai seorang muslim, bagaimanakah anda boleh mengenalpasti makanan yang halal di
pasaran? [4 markah]

4) Maklumat 1 Maklumat 2
     
      
     

Maksud : Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa


kami dan dosa saudara-saudara kami yang
mendahului kami Dalam iman, dan janganlah
Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki
dan dendam terhadap orang-orang yang beriman.
Wahai Tuhan kami,sesungguhnya amat melimpah
belas kasihan dan RahmatMu".

(Surah al Hasyr : 10)


Peribahasa :
Tikam Belakang

Merujuk Maklumat 1 dan 2, terangkan bagaimana sifat negatif menyumbang kepada


perpecahan umat Islam dalam sesebuah negara. [4 markah]

6
5) Baca dan fahami ke dua – dua dalil di bawah kemudian huraikan hujahanda mengapa umat
Islam diperintahkan saling mengasihi antara satu sama lain.

Firman Allah SWT:

        


  
Maksud: Orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di
antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah
supaya kamu beroleh rahmat. ( Surah al Hujurat : 10)

dan sabda Rsulullah SAW:

. ‫ال يؤمن أحدكم حتى يحب ألخيه ما يحب لنفسه‬

Maksud : Tidak beriman seseorang daripada kamu hingga ia mengasihi


saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya.
[4 markah]

6) Baca pernyataan berikut:


Pernyataan A

          
     
Maksud :Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian. Kecuali orang-
orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan
kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

)Surah al Asr: 1-3(

Pernyataan B

Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotong kamu.

)Terjemahan daripada pepatah Arab(

7
TILAWAH

1) Terdapat segelintir umat Islam yang memandang remeh kepada kewajipan menutup aurat
dengan sempurna terutama apabila berada dalam kalangan keluarga dan ipar duai.
Pada pandangan anda, mengapakah situasi ini berlaku? (KLNTN) [4 markah]

2) Arin tidak memakai tudung dengan alasan dia tidak mendapat hidayah.

Pada pendapat anda, cadangkan penyebab Airin sukar menerima hidayah Allah.
[4 markah]

3) Sampai bila nak curi tulang?

Berdasarkan kata-kata di atas, sebagai rakan sekerja apakah tindakan yang harus anda
lakukan bagi mencegah perbuatan tersebut daripada berterusan. (PNG) [4 markah]

4)
Artikel : Anak lupa jasa, biar ibu bapa hidup melarat.

Petikan akhbar di atas menerangkan sikap segelintir anak derhaka yang menghantar ibu
bapa mereka ke rumah jagaan orang –orang tua.

Kemukakan pendapat anda mengenai faktor terjadinya perbuatan tersebut. [4 markah]

5) Surah al An’am ayat 161

Kehidupan mengejar kemewahan membentuk generasi yang individualistik dan


mengabaikan hubungan sesama manusia.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah yang perlu dilakukan untuk mewujudkan


keseimbangan antara kemewahan dengan ikatan persaudaraan.

Berikan hujah anda. [4 markah]

6) Dewasa ini terdapat pelbagai program realiti televisyen berunsurkan dakwah


seperti Pencetus Ummah, Daie Milenia dan Imam Muda.

Pada pendapat anda,sejauh manakah program ini dapat menarik minat remaja untuk
mendalami Islam? Huraikan. [4 markah]

8
7) Karim suka melepak bersama rakannya di tepi jalan untuk mengisi masa lapang mereka pada
hujung minggu sambil mengganggu orang yang lalu lalang.

Bincangkan adab yang diajar dalam Islam jika anda berada dalam situasi berkenaan.
(Sabah) [4 markah]
8)

MH 370
MH 17
Kejadian yang melibatkan pesawat tersebut banyak menguji kesabaran pihak yang terlibat,
terutama keluarga terdekat kepada mangsa.

Ramalkan jika situasi ini menimpa anda. [4 markah]

AKIDAH

Gambar arak

1) Bagaimanakah usaha anda, sebagai seorang rakan jika kawan anda terlibat dengan ketagihan
arak. (KLNTN) [4 markah]

2) Fatimah menunaikan solat secara niat sahaja tanpa rukun Qauli (perkataan) dan rukun Fi’li
(perbuatan).
Pada pandangan anda, bagaimanakah cara anda menangani situasi tersebut daripada
berleluasa. [4 markah]

3)
Mutakhir ini muncul banyak ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ali Sunnah wal
Jamaah dan keadaan ini menimbulkan pelbagai kekeliruan serta salah faham di kalangan
masyarakat Islam.

Sekiranya jiran anda terlibat dengan perbuatan tersebut, bagaimanakah cara anda
menanganinya. [4 markah]

9
4)

Gambar remaja di kelab malam sedang menari

Gambar di atas menunjukkan aktiviti Amalina di malam hari bersama teman lelakinya.
Walaubagaimanapun, Amalina tidak terlibat dengan benda-benda haram seperti minuman keras
dan pil-pil khayal.Ini dilakukan semata-mata bagi mengurangkan tekanan belajar di saat-saat
akhir sebelum menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Sebagai seorang rakan, bagaimanakah anda berperanan mengubah persepsi Amalina supaya
hidup berpandukan syariat Islam? [4 markah]

5) Penyebaran berita-berita dan cerita-cerita palsu melalui laman sosial semakin berleluasa
sekarang ini.

Apakah tindakan anda sekiranya menerima berita tersebut melalui salah satu laman soaial di
atas. [4 markah]

6)

Statitik ajaran sesat- SBP

Satatistik di atas menunjukkan pengaruh ajaran sesat yang membawa kebimbangan kepada
masyarakat Islam pada hari ini.

Pada pandangan anda, mengapakah perkara tersebut terjadi. [4 markah]

10)
Golongan musyrik dan munafik sangat benci kepada ajaran Islam. Mereka sering
mempermain dan mempersendakan Rasululullah dan ajaran Islam. Allah memerintahkan
nabi Muhammad untuk menyampaikan ancaman kepada mereka.

Bagaimanakah kita hendak menjadikan golongan di atas menghormati orang Islam. Berikan
hujah anda. [4 markah]

10
Soalan KBAT- KPM
ii. Terangkan dua faktor yang menyebabkan seseorang itu terlibat dengan riba.
[4 markah]

iii. Ramalkan keadaan ekonomi negara jika semua pihak menjauhi amalan riba.

Contoh perbuatan vandalisme terhadap kemudahan awam

ii. Ramalkan apakah yang akan berlaku jika perkara ini berterusan.

[4 markah]

ii.
Pada pendapat anda bagaimanakah jihad yang dianjurkan oleh Islam dapat
melahirkan remaja yang mempunyai jati diri dan istiqamah dalam menangami
masalah di atas.

11
(iii) Anda mendengar ceramah agama disebuah masjid. Penceramah
menerangkan tentang isu-isu berkaitan remaja. Antara isu yang disentuh
berkaitan keruntuhan iman dan gejala sosial sehingga membawa kepada
masalah riddah.

Pada pandangan anda , bagaimanakah isu riddah ini boleh menggugat usaha
kerajaan dalam penerapan nilai-nilai Islam. .
[4markah]

(ii) Mutakhir ini muncul banyak ajaran yang bertentangan dengan pegangan
akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Keadaan ini telah menimbulkan kekeliruan
dan perbalahan dalam kalangan masyarakat Islam.

Sekiranya rakan anda terlibat dengan perbuatan tersebut , apakah nasihat


anda kepadanya .

[4markah]

(iii)
Anda menghadiri majlis korban yang dijalankan disurau taman anda. Majlis
tersebut dihadiri juga oleh beberapa orang bukan Islam. Mereka bersama-
sama bergotong royong menguruskan majlis korban tersebut.

Berikan pandangan anda berkaitan hal tersebut . [4markah]

(c
)

Logo ini sebagai tanda manifesto kecintaan terhadap negara .


Berdasarkan gambar logo tersebut ;

(ii) Pada pendapat anda , apakah yang akan berlaku sekiranya rakyat
mengabaikan manifesto tersebut.
[4markah]

(ii) Terdapat pihak atau golongan yang secara terang-terangan menghina dan
memperlekehkan Rasulullah s.a.w. Mereka mengeluarkan pelbagai
kenyaatan dalam facebook yang mengguris perasaan umat Islam.

Ramalkan bagaimana keadaan masyarakat sekiranya keadaan sedemikian


dibiarkan . [6 markah]

iii. Ramai remaja mengekses internet yang mana segelintir portal dan blok
mengkritik dan menghamburkan kata-kata kesat dan makian terhadap
kepimpinan negara. Sebagai rakyat bertanggungjawab bagaimanakah cara
untuk mengatasi masalah tersebut.
[4 markah]

(c) Pemimpin yang adil dapat mewujudkan kesejahteraan dalam sesebuah negara.

(iii) Kepimpinan Melalui Tauladan. Sejauh manakah anda bersetuju dengan


pernyataan di atas. [ 4markah]

12
(ii) Anda bersama dua rakan dari sekolah di ibukota Kuala Lumpur merancang
untuk melaksanakan aktiviti lasak dengan mendaki gunung Kinabalu.
Bagaimana anda merangka perjalanan anda supaya mendapat keredhaan
Allah SWT.
[4markah]
(ii)

Contoh perbuatan khurafat

Sejauh manakah anda bersetuju perbuatan di atas boleh menyebabkan


masyarakat Islam menjadi mundur.
[4markah]

(iii) Mahar yang tinggi tidak menjamin kebahagiaan rumahtangga. Sejauh


manakah anda bersetuju pernyataan di atas. [4 markah]

(ii) Rakan sekelas anda meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Anda
sebagai ketua kelas akan menziarahi jenazah selepas waktu persekolahan.
Cadangkan nasihat anda kepada rakan sekelas apabila berada di rumah
jenazah. [4 markah]

(iii) Dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Kuala Lumpur anda singgah di Ayer
Keroh membeli durian. Sampai di rumah, empat daripada sepuluh biji durian
yang anda beli, buruk dan tidak elok. Sebagai seorang pengguna bijak
apakah tindakan anda untuk memberi pengajaran kepada peniaga yang suka
menipu. [4 markah]

iii. Berjihad mempertahankan negara adalah kewajipan ke atas semua umat


Islam apabila pemimpin mengistiharkan peperangan.

Berikan pendapat anda bagaimana cara memupuk semangat jihad di


kalangan belia negara ini. [4 markah]

iii Acara persandingan masih diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia


walaupun upacara tersebut merupakan budaya orang India.
Pada pendapat anda mengapakah amalan ini masih diteruskan dalam
masyarakat Islam hari ini. [4 markah]

(a Amalan pilih kasih yang diamalkan oleh segelintir pemimpin kerajaan Bani
)
Umaiyah merupakan salah satu faktor yang mendorong kejatuhan kerajaan
tersebut.

i. Merujuk pernyataan di atas, bagaimanakah anda dapat mengambil


pengajaran daripada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah supaya kemerdekaan
negara Malaysia dapat dikekalkan?

13

You might also like