You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PUNAN

D/A PPD KLUANG


2755 JALAN SENTOSA
86000 KLUANG
JOHOR
KOD SEKOLAH : JBA4033
TELEFON : 07-7800818
Ruj. Kami : JBA4033/06/02/002/2016/04
Tarikh : 5 MEI 2016

En Zainudin Bin Kasim


Unit Pembangunan
Pejabat Pendidikan Daerah Kluang
2755 Jalan Sentosa
86000 Kluang
Johor

Tuan,

MEMOHON MEMBINA RUMAH GURU TAMBAHAN SK PUNAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak SK Punan ingin memohon kepada pihak tuan untuk membina 2 unit Rumah Guru
Tambahan untuk SK Punan. Ini kerana pertambahan bilangan guru-guru SK Punan yang meningkat
kepada 12 orang. Terdapat juga seorang guru perempuan di SK Punan yang kini menumpang di rumah
penduduk Kampung Punan Sejak Tahun 2011 sehingga sekarang.

3. Untuk makluman pihak tuan, berikut adalah maklumat terkini tentang penginapan guru-guru
SK Punan di Kampung Punan.

Kediaman Bilangan Guru Jantina Guru Catatan


Rumah Guru 1 5 Lelaki -
Rumah Guru 2 5 Lelaki -
Rumah Penduduk Kampung Punan 1 Perempuan Secara sewa bulanan
Bilik Kesihatan SK Punan 1 Lelaki Guru Besar
12

4. Rumah penduduk yang disewa oleh Guru Perempuan SK Punan sekarang akan didiami semula
oleh tuan rumah berkenaan. Untuk tahun hadapan, tiada penginapan untuk guru perempuan SK
Punan.
Amat besar harapan kami untuk mendapat perhatian dari pihak tuan. Segala bentuk sumbangan boleh
disalurkan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Punan, En Yusoff Bin Hassan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

……………………………………………..

You might also like