You are on page 1of 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN KINTA VALLEY

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

BIL 1/2019

Tarikh : 30 Disember 2018

Masa : 12.00-1.00 P.M

Hari : Isnin

Tempat : Bilik Komputer

Kehadiran :

1. Pn. S.Mariayee ( GB)


2. Pn. K.Thirumagal (GK 1)
3. Pn. Vijaya Rani (GK Hem)
4. Pn. Kuppammal (GK Ko Kurikulum)
5. Pn. K.Thamayanthi (Pengerusi)
6. Pn.A.Josephine Christi

Agenda I: UCAPAN PENGERUSI


1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Guru Besar dan guru-
guru kerana hadir ke mesyuarat panitia matematik kali pertama tahun 2019.
2. Mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua ahli
panitia dalam menjayakan program panitia pada tahun lepas.
3. Pengerusi juga berharap aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan
dengan lebih baik.

Tindakan : Makluman

Agenda II: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

4. Pn. Josephine mencadangkan agar minit mesyuarat yang lepas disahkan dan
disokong oleh Pn. Vijaya Rani

Agenda III: PERKARA BERBANGKIT

5. Tiada Perkara Berbangkit

1
Agenda V: Isu-Isu Pengurusan Panitia

6. Penetapan Headcount
6.1 Semua guru perlu membuat TOV dan ETR iaitu sasaran pencapaian akademik
setiap murid dan mengisi dalam sistem SAPS berdasarkan keputusan
peperiksaan akhir tahun 2018 kecuali tahun 4 sahaja mengikut markah ujian 1 2019.
6.2 guru juga perlu menyenaraikan murid cemerlang dan galus.

7. Program peningkatan akademik sekolah.


7.1 pengerusi membentangkan aktiviti panitia bagi tahun 2019. Antara
program panitia yang dijalankan adalah:
1. Congak sifir sebelum mula kelas
2. Program smart sifir
3. Minggu matematik
4. Bengkel menjawab soalan (Tahun 4,5 dan 6)
5. Kelas Bimbingan/ Klinik Matematik
6. Sudut Keceriaan Matematik
7. Info Matematik (Papan Kenyataan)
8. Program 5 minit fakta asas Matematik
9. Bulan Matematik
10. Kursus Dalaman

8. PdPc
8.1 Semua guru perlu mewujudkan elemen pendidikan abad ke-21 seperti contoh
menggunakan peta I-think dan lain-lain.
8.2 Semua guru juga diminta mengambil gambar semasa pdpc sebagai eviden. Guru
perlu hantar laporan pengajaran.
8.3 Guru-guru diminta menerapkan elemen ke-3 tahap penguasaan membina ayat
matematik.
8.4 Guru-guru wajib membuat PLC 2 kali bagi semester pertama dan 2 kali semester
kedua.
8.5 Guru-guru perlu membawa murid-murid ke VLE setiap minggu dan dicadangkan
untuk memberi kuiz matematik.

9. Isu-isu
9.1 Murid tidak membuat kerja rumah. Guru diminta mengenalpasti murid yang
kerap tidak menyiapkan kerja dan hantar murid tersebut berjumpa guru besar.
9.2 Murid tidak menjawab soalan kertas 2. Guru perlu perbanyakkan latihan
berbentuk format baru.

10. Status Perbelanjaan PCG.


10.1 Pengerusi memaklumkan jumlah peruntukan yang akan diterima masih belum
diketahui.

2
10.2 Guru-guru boleh senaraikan dahulu barang-barang yang ingin dibeli dan
maklumkan kepada setiausaha untuk buat nota minta.

11. Pelaksanaan LDP


11.1 Pengerusi memaklumkan kursus dalaman pertama iaitu kurusus eRPH akan
dilaksanakan pada bulan Mac.
11.2 LDP kedua ZIPGRADE pada bulan April iaitu applikasi untuk membina analisis
item.
11.3 LDP ketiga Membina Ayat
11.4 LDP keempat membina skema jawapan.

12. Pelaksanaan Program KPM


12.2 PBS perlu dijalankan semasa pdp. Rekod pelaporan offline perlu
dilengkapkan 2 kali setahun.

13. RPH Guru


13.1 Pengerusi meminta supaya guru menulis rph menggunakan templet dalam erph
dan melengkapkan maklumat guru dan memastikan rancangan pengajaran dan
refleksi lengkap dan dihantar untuk semakan pihak pentadbiran pada setiap hari
Khamis.

14. Sukatan Matapelajaran dan DSKP


14.1 Pengerusi meminta semua guru perlu mempunyai DSKP bagi setiap
matapelajaran dan menyerahkan satu set salinan DSKP untuk simpanan fail panitia
selewat-lewatnya sehingga 15/1/2019.
14.2 Perancangan PdP perlu mematuhi DSKP.

15. RPT
15.1 Pengerusi memaklumkan penyediaan RPT mestilah merujuk kepada
SP/DSKP yang sah dan terkini.
15.2 Bilangan latihan mestilah mencukupi dan berfokus.

16. Analisa UPSR 2018


16.1 Pengerusi memaklumkan pperatus lulus matematik ialah 84.3 % Target lulus
tercapai tetapi target GPMP belum tercapai. Bilangan murid A sangat kurang.
16.2 Target lulus untuk tahun 2019 ialah 92%.
16.3 Guru tahun 6 ialah Pn. K.Thamayanthi.

Tindakan : Semua guru matematik

3
Agenda VI : Hal-Hal Lain

17. Pengerusi memaklumkan semua guru perlu laksanakan program smart sifir dan 5
minit fakta asas. Smart sifir iailah program bacaan sifir setiap pagi di dewan sebelum
masuk ke kelas. Guru juga kena tekan fakta asas dalam masa 5 minit sebelum
mulakan kelas.
18. Pengerusi juga mencadangkan agar bilik matematik diubah ke bilik komputer yang
lama iaitu bersebelahan dengan bilik kesihatan kerana bilik yang asal terlalu jauh
dari kelas tahun 4,5,dan 6. Kunci bilik matematik juga akan dibuat pendua untuk
setiap guru.
19. Papan kenyataan panitia matematik perlu dikemaskini setiap 5 minggu sekali.
Sekiranya guru mempunyai BBM yang menarik boleh diletakkan di papan kenyataan
matematik dan juga di dalam kelas.

Tindakan : Makluman

UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi berharap semua ahli panitia dapat bekerjasama dan berganding bahu untuk
membantu murid-murid dalam mata pelajaran dan seterusnya meningkatkan
pencapaian mata pelajaran Matematik dikalangan murid-murid pada tahun ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 Tengah Hari.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh Disahkan Oleh,

Pn.K.Thamayanthi Pn.K.Thirumagal Pn. S.Mariayee


Setiausaha Panitia Matematik GPK 1 Guru Besar

You might also like