You are on page 1of 11

HNS2012 Hubungan Etnik 1

Arahan : Jawab SEMUA soalan.

1. Nyatakan situasi hubungan etnik yang dapat dikaitkan dengan masyarakat Malaysia?

A. Bersatu (unity).
B. Konflik (conflict).
C. Berbalah (argue).
D. Kesepaduan (cohesion).

2. Dari segi hubungan etnik, kajian terhadap masyarakat mendapati rakyat Malaysia
cenderung

A. bersatu padu tanpa ada perbalahan.


B. sentiasa bergaduh terhadap isu kecil atau besar.
C. bertikam lidah tetapi sentiasa dahagakan kedamaian.
D. baik apabila bertemu namun bercakap buruk di belakang.

3. 1 ideologi, 1 bahasa, 1 bangsa, 1 agama, 1 negara

Konsep di atas merujuk kepada

A. Perpaduan.
B. Kesepaduan.
C. perpaduan dalam kepelbagaian.
D. kesepaduan dalam kepelbagaian.

4. Pilih susunan urutan era hubungan etnik di Malaysia yang betul.

A. Stabil tapi tegang, keamanan dan konflik.


B. Stabil tapi tegang, konflik dan keamanan.
C. Kesepaduan sosial, keamanan dan konflik.
D. Konflik, stabil tapi tegang dan kesepaduan sosial.

5. Dari aspek sejarah hubungan etnik Malaysia, apakah kesan dari kemajuan
perdagangan di Melaka?

A. Melaka telah menjadi kota multibudaya.


B. Nilai kewangan Melaka dikenali di mata dunia.
C. Harga barangan di pelabuhan dikawal dan ditentukan oleh pegawai tempatan.
D. Pedagang luar telah memperoleh manfaat yang sama rata dengan pedagang
lokal.

[Lihat sebelah]
HNS2012 Hubungan Etnik 2

6. Apakah proses yang berlaku dalam pembentukan masyarakat Baba dan Nyonya?

A. Asimilasi
B. Akulturasi
C. Akomodasi
D. Amalgamasi

7. Dasar Pecah dan Perintah di zaman penjajahan British di Tanah Melayu merupakan
contoh konsep

A. Akulturasi.
B. Segregasi.
C. Akomodasi.
D. Amalgamasi.

8. Apakah proses yang berlaku apabila kumpulan etnik minoriti adaptasi budaya etnik
majoriti?

A. Asimilasi.
B. Akulturasi.
C. Akomodasi.
D. Amalgamasi.

9.
Setiap kumpulan mengamalkan agama, budaya, bahasa dan idea
tersendiri. Mereka bergaul tetapi hanya di pasar untuk membeli dan
menjual barang.

Teori apakah merujuk kepada pernyataan di atas?

A. Kelas.
B. Ekologi.
C. Fungsionalisme.
D. Masyarakat plural.

10. Apakah nama polisi yang digunakan British untuk memudahkan pentadbirannya di
Tanah Melayu?

A. Pecah dan perintah.


B. Kawal dan perintah.
C. Bersatu dan memerintah.
D. Menyusun dan memerintah.

[Lihat sebelah]
HNS2012 Hubungan Etnik 3

11. Satu proses di mana kumpulan etnik menyedari serta menghormati budaya
etnik lain tetapi tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.
Pernyataan manakah sesuai menerangkan kenyataan di atas?

A. Asimilasi.
B. Segregasi.
C. Akomodasi.
D. Amalgamasi.

12. Apakah faktor yang menyebabkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujudkan?

A. Tragedi 13 Mei 1969.


B. Memastikan ekonomi Negara terus berdaya saing.
C. Untuk meningkatkan kemampuan ekonomi negara.
D. Kerana sistem persekolahan vernakular masih wujud.

13. Apakah matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang signifikan untuk dikaitkan dalam
konteks hubungan etnik di Malaysia?

A. Menyusun semula masyarakat.


B. Membasmi kemiskinan tanpa mengira etnik.
C. Menyokong semua etnik untuk bersatu padu.
D. Memastikan tiada etnik ketinggalan dalam aktiviti ekonomi.

14. Apakah matlamat akhir di sebalik pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)?

I. Mewujudkan perpaduan antara kaum.


II. Membasmi kemiskinan.
III. Menyusun semula sistem sosial masyarakat.
IV. Memajukan sektor ekonomi seperti bidang pertanian dan
perindustrian.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

15. Terangkan maksud kewarganegaraan Jus Soli?

A. Kewarganegaraan berdasarkan tempat lahir.


B. Kewarganegaraan berdasarkan keturunan ibu.
C. Kewarganegaraan berdasarkan keturunan ayah.
D. Kewarganegaraan berdasarkan tempat membesar.

[Lihat sebelah]
HNS2012 Hubungan Etnik 4

16. Pilih situasi yang menunjukkan masyarakat di Tanah Melayu sudah bersedia untuk
tinggal bersama di dalam sebuah negara yang merdeka selepas Pilihan Raya Umum
1955?

A. Pilihan raya tersebut berjalan mengikut lunas demokrasi yang sebenar.


B. Pilihan raya tersebut diadakan tanpa ada pertumpahan darah antara etnik.
C. Parti yang memenangi pilihan raya tersebut terdiri dari wakil-wakil etnik utama
Tanah Melayu.
D. Pilihan raya tersebut membuatkan British tunduk kepada kehendak rakyat
berbilang etnik untuk memberi kemerdekaan.

17. Apakah usaha yang dijalankan oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah sosio-
ekonomi di Malaysia?

I. Melaksanakan dasar urbanisasi.


II. Mewujudkan kesamarataan peluang pekerjaan bagi semua
masyarakat.
III. Meningkatkan kualiti pendidikan.
IV. Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan negara.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

18. Pilih pernyataan yang merujuk kepada situasi permuafakatan politik antara etnik di
Malaysia.

I. Penubuhan parti politik seperti UMNO, MCA dan MIC.


II. Memilih calon yang berwibawa ketika hari pengundian.
III. Mengutamakan manifesto yang diketengahkan oleh calon sebelum
pengundian dilakukan.
IV. UMNO dan MCA bersepakat untuk membentuk permuafakatan pada
Pilihan Raya Umum Perbandaran Kuala Lumpur 1952.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

19. Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia
disebabkan oleh faktor-faktor berikut KECUALI

A. ia menjadi lingua franca di rantau ini.


B. ia merupakan bahasa yang kompleks serta mempunyai dialek yang pelbagai.

[Lihat sebelah]
HNS2012 Hubungan Etnik 5

C. ia merupakan bahasa yang mudah dipelajari berbanding bahasa-bahasa yang


lain.
D. ia merupakan salah satu bahasa moden yang diajar di universiti-universiti
antarabangsa.

20. Pilih pernyataan yang BENAR mengenai situasi politik perkauman semakin
mengendur di Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

I. Pengundi lebih memilih parti atau calon tanpa mengira etnik.


II. Parti politik berasaskan etnik tidak lagi menjadi pilihan utama
pengundi.
III. Pengundi lebih memilih calon berdasarkan latar belakang keturunan.
IV. Parti politik berasaskan etnik adalah pilihan utama rakyat Malaysia.

A. I dan II sahaja.
B. I dan III sahaja.
C. II dan III sahaja.
D. II dan IV sahaja.

21.
Ah Chong pada asalnya tidak memiliki agama dan dia memeluk agama
Islam. Selepas mengamalkan agama Islam, Ah Chong berkahwin dengan
gadis Melayu dan mengamalkan budaya Melayu serta bertutur dalam Bahasa
Melayu.

Pilih pernyataan yang paling TEPAT berkenaan dengan Ah Chong.

A. Menurut perlembagaan, Ah Chong boleh dianggap sebagai Melayu.


B. Ah Chong tidak boleh menjadi Melayu kerana bukan keturunan Melayu.
C. Anak-anak Ah Chong menerima keistimewaan yang dimiliki oleh orang
Melayu.
D. Anak-anak Ah Chong bukan Melayu kerana ayah mereka bukan berketurunan
Melayu.

22. Pilih pernyataan yang BENAR berkaitan dengan agama Sikh di Malaysia.

I. Menyambut perayaan Vaisakhi.


II. Majoritinya dianuti oleh etnik Punjabi.
III. Rumah ibadat mereka dipanggil Gudwara.
IV. Merayakan perayaan Deepavali danThaipusam.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

[Lihat sebelah]
HNS2012 Hubungan Etnik 6

23. Penyataan berikut adalah menerangkan konsep permuafakatan agama yang


diperkenalkan dalam konteks masyarakat kepelbagaian di Malaysia KECUALI

A. permuafakatan agama dapat mengelakkan konflik antara agama.


B. permuafakatan agama dapat merealisasikan matlamat kerajaan Malaysia.
C. permuafakatan agama memberi ruang berdakwah kepada penganut agama
lain.
D. permuafakatan agama memberi ruang kepada pelbagai agama untuk
memahami agama lain.

24. Pilih pernyataan yang sesuai mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
sebagai wadah kesepaduan antara etnik di Malaysia.

I. Pihak pengurusan menyediakan makanan bertemakan etnik.


II. Menggalakkan peserta PLKN berkenal-kenalan tanpa mengira latar
belakang etnik.
III. Menggalakkan peserta PLKN menyertai aktivti keagamaan etnik lain
atas dasar persefahaman.
IV. Membenarkan peserta PLKN dari latar belakang etnik berbeza untuk
tinggal di bilik dorm yang sama.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

25. Pilih pernyataan yang sesuai mengenai Bahasa Kebangsaan sebagai salah satu
wadah kesepaduan etnik di Malaysia.

I. Menggalakkan wujudnya bahasa kedua sebagai pilihan untuk


berkomunikasi seperti bahasa Inggeris.
II. Mendalami Bahasa Kebangsaan melalui filem, lagu, puisi dan sajak.
III. Menggalakkan penggunaan bahasa ibunda masing-masing dalam
semua situasi.
IV. Penggunaan Bahasa Kebangsaan diterapkan bermula di rumah oleh
ibu bapa tidak kira latar belakang etnik.

A. I dan II sahaja.
B. I dan III sahaja.
C. II dan III sahaja.
D. II dan IV sahaja.

[Lihat sebelah]
HNS2012 Hubungan Etnik 7

26. Berikut merupakan persamaan aliran pendidikan vernakular Cina dan Tamil di Tanah
Melayu semasa era penjajahan British KECUALI

A. berteraskan agama dan etnik.


B. berteraskan kawasan tempat tinggal.
C. mengutamakan pembangunan ekonomi.
D. mengutamakan kepentingan dan nilai universal.

27.

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada gambar di atas?

I. Menghargai kebudayaan yang berbeza.


II. Terjalinnya kesepaduan sosial antara etnik.
III. Sambutan perayaan boleh dikongsi bersama dalam kalangan etnik
yang berbeza.
IV. Menghormati kaum lain dengan terlibat dalam sambutan perayaan.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

28. Pilih pernyataan yang BENAR mengenai Laporan Fenn-Wu 1951.

I. Mempertahan kedudukan sekolah Cina.


II. Mendesak pihak kerajaan memberi bantuan kewangan.
III. Sekolah vernakular tidak boleh dihapuskan sehingga komuniti Cina
merasakan ia tidak diperlukan lagi.
IV. Menggesa sekolah Cina agar tidak memberi fokus kepada bentuk,
kaedah dan sukatan pelajaran dari negara China.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

[Lihat sebelah]
HNS2012 Hubungan Etnik 8

29. Bagaimanakah bentuk sistem sekolah yang dibentuk oleh pihak British di Tanah
Melayu?

A. Sekolah Melayu hanya fokus kepada Pendidikan Islam.


B. Sekolah Cina menyediakan pelajar untuk dihantar ke China.
C. Sekolah Inggeris yang menggunakan sukatan pelajaran dari England.
D. Sekolah Tamil yang fokus kepada pendidikan yang berkaitan dengan
pertanian.

30. Laporan X
Hanya wujud satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan. Walau
bagaimanapun, ia ditentang oleh orang Cina dan Melayu yang merasakan
ia boleh membunuh bahasa ibunda masing-masing.

Laporan X di atas merujuk kepada

A. Laporan Razak.
B. Laporan Barnes.
C. Laporan Fenn-Wu.
D. Laporan Rahman Talib.

31. Apakah ciri-ciri makanan yang boleh dikategorikan sebagai Malaysian cuisine?

I. Makanan asal etnik-etnik di Malaysia.


II. Makanan barat yang popular di Malaysia.
III. Buah-buahan yang tumbuh dan mudah didapati di Malaysia.
IV. Kuih pau adalah malaysian cuisine kerana ianya popular di Malaysia
walaupun ia merupakan makanan asal etnik Cina.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

32. Antara filem tempatan berikut, filem yang manakah mencerminkan semangat
hubungan etnik yang Muhibbah dalam kalangan rakyat Malaysia?

A. Munafik.
B. Ola Bola.
C. Hantu Kak Limah.
D. Abang Long Fadil.

33. Pilih pernyataan yang menunjukkan nilai paling utama dalam memupuk keharmonian
hidup.

[Lihat sebelah]
HNS2012 Hubungan Etnik 9

A. Hak asasi manusia.


B. Perkongsian kuasa.
C. Toleransi yang tinggi.
D. Kebebasan berbudaya.

34. Semasa perlawanan badminton All England berlangsung, semua


rakyat Malaysia telah berdoa untuk kejayaan Datuk Lee Chong Wei
yang mewakili Malaysia.

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada situasi di atas?

I. Sukan berfungsi sebagai platform yang menyatukan rakyat.


II. Sukan membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat
yang berbilang kaum.
III. Sukan dapat mewujudkan perselisahan faham antara penyokong
yang berlainan.
IV. Kejayaan negara dalam bidang sukan boleh diraih bersama tanpa
mengira kaum dan bangsa.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

35. “…jika anda tinggal di sesuatu kawasan perumahan yang mempunyai


identitinya sendiri, umpamanya Kampung Kerinci, maka seluruh kampung itu
dikira sebagai jiran”.
(Jabatan Perpaduan Negara, 1987)
Berdasarkan petikan di atas, manakah antara berikut BUKAN unsur-unsur
pemupukan semangat kejiranan?

A. Penduduk berasa megah dan sayang kepada kawasan atau tempat tinggal
B. Penduduk berpegang kepada peribahasa ‘tidak menjaga tepi kain orang lain.
C. Penduduk bermuafakat untuk menjalankan sesuatu tindakan bagi
kepentingan bersama.
D. Penduduk bertanggungjawab terhadap keharmonian dan keamanan dalam
kawasan sejiran mereka.

36. Mengapakah ‘kesepaduan dalam kepelbagaian’ (cohesion in diversity) lebih sesuai


digunakan untuk menggambarkan rakyat Malaysia yang kelihatan agak rencam dari
pelbagai sudut berbanding ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ (unity in diversity)?

A. Kesepaduan merujuk kepada suatu proses masyarakat yang sedang bersatu.


B. Perpaduan merujuk kepada suatu proses masyarakat yang sudah bersatu
sepenuhnya

[Lihat sebelah]
HNS2012 Hubungan Etnik 10

C. Kesepaduan merujuk kepada suatu proses masyarakat yang bakal disatukan


menjadi satu bangsa.
D. Perpaduan merujuk kepada suatu proses masyarakat yang tidak perlu melalui
proses-proses ke arah bersatu padu.

37. Berdasarkan konsep segregasi, pemisahan antara etnik itu berlaku dalam beberapa
senario seperti

I. jenis pekerjaan.
II. sistem persekolahan.
III. kawasan tempat tinggal.
IV. penerbitan akhbar menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

38.

Pilih pernyataan yang sesuai menggambarkan gambar di atas.

I. Ia diperkenalkan oleh kerajaan untuk menyatupadukan rakyat


Malaysia.
II. Ia terdiri daripada enam prinsip.
III. Ia membantu rakyat untuk hidup secara berdemokrasi.
IV. Ia dilancarkan pada 31 Ogos 1957 dan dikenali sebagai sebagai
ideologi negara.

A. I dan II sahaja.
B. I dan III sahaja.
C. II dan III sahaja.
D. II dan IV sahaja.

[Lihat sebelah]
HNS2012 Hubungan Etnik 11

39. Beliau terkenal sebagai seorang kartunis yang memaparkan mesej kesepaduan sosial
melalui watak-watak pelbagai kaum dan agama yang ditonjolkan di dalam karyanya.

A. Sam Karuna.
B. Yasmin Ahmad.
C. Chuah Thean Teng.
D. Mohamad Nor Khalid.

40. Chuan Thean Teng merupakan seorang pelukis etnik Cina. Beliau
menggunakan corak batik dalam karya lukisannya manakala subjek
utama dalam lukisannya ialah kehidupan di perkampungan Melayu
sehingga mendapat julukan ‘Bapa Lukisan Batik Moden Malaysia’.
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan penyataan di atas?

I. Malaysia terdiri daripada pelbagai budaya.


II. Kesenian bukan hak milik sesebuah etnik.
III. Kebudayaan boleh dipelajari oleh etnik-etnik lain.
IV. Kerajaan menggalakkan gabungan seni pelbagai kaum di Malaysia.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. Semua di atas.

SOALAN TAMAT

[Lihat sebelah]

You might also like