You are on page 1of 25

1

Disclaimer

Untuk makluman anda, Ebook 10 Tips Merangsang Anak Membaca ini ditulis
berdasarkan hasil kajian dan pengalaman penulis sendiri. Ia dibuat demi untuk
berkongsi ilmu kepada masyarakat demi kemajuan ummah.

Amaran

• Panduan Ebook ini adalah Hak Cipta Terpelihara www.penpintarmyiman.com


• Anda dilarang sama sekali Mengubah atau Menjual Ebook ini kepada pihak lain.
• Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan
undang-undang.
• Anda dibenarkan mengedar kepada kenalan anda jika rasa ia bermanfaat serta
diharap dapat menjadi amal kebajikan kita bersama.

Ditulis oleh

Mohd Najib Asaddok &

Puan Nurul Iyzah Rahiman

www.penpintarmyiman.com

2
Mengenai Penulis

Mohd Najib Asaddok merupakan seorang usahawan internet


semenjak Disember 2009. Memulakan perniagaan internet sejak
tahun 2009 secara sepenuh masa dan aktif dalam jualan di laman
Ebay dan website tempatan.

Beliau juga sekarang aktif dalam promosi affiliate untuk produk-


produk digital berkualiti yang dikeluarkan oleh para Usahawan
Internet terkemuka di Malaysia. Pernah mendapatkan ilmu Seminar Pakar Ebook
Saudara Jamaluddin Bahari, Workshop Affiliate Ammar Zahar , Seminar FB Marketing
Power Gero Azrul dan mendapatkan personal coaching dari Top Affiliate Malaysia,
Rahman Basri.

Selain itu beliau juga merupakan seorang suami dan ayah kepada 2 orang anak.
Beliau juga sangat mementingkan pendidikan anak-anak lebih-lebih lagi isteri beliau
seorang pendidik dan tulang belakang utama beliau. Isteri beliau, Puan Nurul Iyzah
Rahiman juga merupakan orang penting dalam ebook ini.

Anda boleh berhubung dengan beliau di laman facebook beliau iaitu


http://www.facebook.com/najibasaddok

Nurul Iyzah Rahiman adalah seorang guru dan juga seorang ibu
kepada 2 orang anak. Beliau merupakan seorang yang mengambil
berat tentang pendidikan murid-murid dan anak-anak beliau.

Ebook ini juga merupakan hasil kajian yang beliau lakukan serta
pemerhatian dan pengalaman sebagai seorang ibu serta seorang
guru pemulihan. Kepakaran beliau ialah membantu murid-murid
sekolah rendah yang ada masalah untuk membaca dan alhamdulillah ramai murid yang
telah dapat membaca hasil usaha beliau.

3
Pengenalan

Membaca adalah jendela dunia. Ungkapan ini seharusnya menjadi acuan kita
untuk lebih sering lagi membaca. Masalahnya membaca bukan perkara mudah jika
tidak dibiasakan sejak kecil di mana membaca merupakan aktiviti yang sangat
membosankan. Untuk itu mengajak anak untuk suka membaca sejak kecil menjadi
tugas penting untuk ibu bapa ataupun calon ibu bapa yang menginginkan buah hatinya
rajin membaca.

Salah satu cara untuk melahirkan generasi yang cerdik dan matang ialah melalui
pendidikan awal kanak-kanak khususnya kemahiran membaca. Proses membaca pada
usia seawal 1 tahun memberi kesan yang besar kepada keseluruhan pembangunan
intelek, sosial dan spiritual kanak-kanak. Kanak-kanak yang menguasai kemahiran
membaca awal, akan dapat menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman baru setiap
hari.

4
10 Tips Merangsang Anak Membaca

1. Betulkan niat.

Niatlah dengan niat yang baik. Jangan kerana anda nak menyaingi orang lain
atau ingin menunjuk-nunjuk. Antara niat yang baik termasuklah supaya anak anda
dapat belajar dengan baik di sekolah, supaya anak dapat mengambil seberapa banyak
ilmu yang ada.

Mulakan setiap pekerjaan dengan niat. Tidak kira apa juga yang kita lakukan
untuk merangsang anak membaca, berniatlah bahawa ia adalah untuk kebaikan anak-
anak dan untuk mendapat keredhaan Allah. Bukankah menuntut ilmu itu wajib? Jadi,
dengan niat yang baik, InsyaAllah, setiap usaha yang kita lakukan untuk merangsang
anak agar membaca pasti akan dimudahkan Allah dan beroleh barakah. InsyaAllah.

Di sebalik niat yang baik, sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab kita
supaya sentiasa mendoakan kebaikan dan kejayaan anak-anak kita. Maka, janganlah
berputus asa dalam berdoa walaupun hasil yang kita inginkan tu lambat. Satu tips
kepada ibu bapa, selalulah hantar aura positif kepada anak kita. Caranya, bayangkan
wajah anak dan niatkan dalam hati harapan kita padanya.

Contohnya, jika kita nak anak pandai dan suka baca, niatkan dalam hati sambil
membayangkan wajah anak. Mudah-mudahan aura dan tenaga tersebut akan sampai
kepada anak. Lakukan selalu. Untuk lebih memahami tentang konsep aura, cuba cari di
laman web yang berkaitan.

Selain itu, amalkan membacakan anak-anak dengan surah-surah pendek, lalu


tiupkan di ubun-ubun anak tidak kiralah semasa anak dalam keadaan terjaga atau
ketika anak tidur. Antara surah-surah yang boleh diamalkan ialah surah Al-Fatihah,
Surah Al-Qausar, Surah Insyirah, Surah 3 Qul, selawat, Ayat Qursi, dan beberapa ayat-
ayat yang terkenal dalam buku Al-Mathurat.

5
Jika tidak ditiupkan ke ubun-ubun, memadailah bacaan-bacaan tersebut
ditujukan kepada anak-anak. Mudah-mudahan dengan usaha kita yang baik dan
berterusan itu, anak-anak kita bukan sahaja pandai membaca, tetapi juga terang hati
dalam menuntut ilmu.

2. Merangsang anak ketika masih di dalam perut lagi.

Mulalah bercakap dengan anak dari dalam perut lagi. Anda boleh berzikir,
menyanyi Asmaul-Husna, atau membacakan buku semasa anak anda dalam
kandungan lagi. Sentiasa membaca Al-Quran semasa mengandung. Amalkan
membaca surah-surah seperti Surah Luqman, Surah Mariam, Surah Yusuf, dan Yasin.

Kajian mendapati bayi yang diperdengarkan bacaan Quran akan berada dalam
keadaan tenang. Kedudukannya juga akan berada dalam posisi yang baik iaitu dalam
keadaan sujud ( boleh lihat di You Tube tentang Kesan Bacaan Quran kepada bayi
dalam perut ). Ketenangan akan membuatkan emosi bayi stabil dan sihat.

Ibu juga perlu banyak membaca dan melakukan aktiviti-aktiviti yang merangsang
minda. Antaranya menyelesaikan masalah matematik dari yang mudah hinggalah yang
sukar. Ibu juga boleh menyelesaikan teka silang kata, bermain catur, bermain soduku
dan membaca pelbagai bahan bacaan. Tidak ketinggalan rajin-rajinlah melayari
internet. Bukan berfacebook sahaja, tetapi cuba dapatkan pelbagai maklumat supaya
kita sentiasa berfikir dan membuat analisis.

6
Ibu yang banyak membaca buku bukan sahaja memberi kebaikan dan
ketenangan kepada si ibu, tetapi juga dapat merangsang otak bayi. Hati ibu yang
tenang sepanjang membaca juga akan membuatkan bayi berasa tenang. Tidak
mustahil, jika si ibu suka membaca buku semasa mengandungkannya, maka anaknya
juga akan suka membaca!

3. Sentiasa berkomunikasi dengan anak dan rangsang minda anak.

Kejayaan dalam mendidik anak-anak bermula dengan komitmen yang tinggi ibu
bapa terhadap anak-anak. Ibu bapa hendaklah rajin berkomunikasi dengan anak-anak
setiap masa. Menjadi fitrah kanak-kanak suka dibelai, dimanja, disentuh, diajak berbual
dan bermain bersama.

Semakin banyak komunikasi yang berlaku antara ibu bapa dan anak-anak,
semakin mudah mengajar anak apa sahaja termasuk kemahiran membaca. Apa yang
penting, ibu bapa jangan terlalu menekan anak supaya membaca hingga menimbulkan
rasa kurang senang pada anak. Ini akan menyebabkan anak tidak mahu membaca
langsung.

Mulalah perkenalkan anak anda dengan diri anda. Setelah itu, perkenalkan anak
dengan ahli keluarga yang lain seperti abi, tuk mak, tuk abah, paklong, maklong, dll.
Disusuli nama-nama benda yang sering kita gunakan untuk anak kita seperti sudu,
susu, cawan, baju, dan bola.

7
Semasa menerangkan nama benda-benda tersebut, jangan lupa terangkan
sekali kegunaannya. Buatlah seolah-olah anak anda memahami apa yang anda
terangkan. Menurut kajian, kanak-kanak mempunyai kemampuan mengingat yang
tinggi.

Komunikasi antara ibu bapa dan anak bukan sahaja dari segi perbualan
seharian, tetapi juga memberikan anak-anak pelbagai pengalaman dan aktiviti yang
berfaedah bersama. Kajian menunjukkan bahawa masa yang paling sesuai untuk
mengajar apa sahaja kepada kanak-kanak ialah semasa berusia bawah 3 tahun.

Sedikit info untuk anda, semasa dilahirkan, bayi biasanya mempunyai


1,000,000,000,000 ( 1 trillion ) hingga 1.2 trillion sel otak. Dalam tempoh setahun, saiz
otak menjadi tiga kali ganda. Oleh sebab otak kanak-kanak berkembang pesat sewaktu
usia 3 tahun ke bawah, sewajarnyalah kanak-kanak ini diberi pendedahan seawal yang
boleh kerana kemampuan otak menerima banyak input pada waktu itu. Sepanjang
proses pembelajaran ini, apa sahaja yang diterima akan menjadi pembelajaran dan
pengalaman yang kekal kepada kanak-kanak.

Ajaklah anak anda melawat zoo. Di sana anda boleh kenalkan mereka dengan
dunia haiwan secara realiti dan ia pasti akan lebih melekat di ingatan anak. Kenalkan
anak dengan nama-nama haiwan yang ditemui dan jangan lupa untuk membuat bunyi
binatang tersebut.

Bagi ibu bapa yang berkemampuan untuk membelikan anak mereka IPAD dan
alat teknologi yang seumpamanya, anada boleh gunakan alat-alat tersebut untuk
memuat turun pelbagai bunyi haiwan yang ada, dan perdengarkan kepada anak.
Tanyakan anak anda tentang binatang dan bunyi-bunyi tersebut.

Ulang pertanyaan anda secara kerap dan kalau boleh, setiap hari. Anda pasti
terkejut bila anak anda mampu mengenal bunyi binatang tersebut sekaligus dapat
menjawab pertanyaan anda dengan tepat!

Selain itu, anda juga boleh membawa anak anda merasai pengalaman menaiki
pelbagai kenderaan darat dan air. Antaranya, bawalah anak menaiki motosikal, kereta,

8
basikal atau bas. Sediakanlah satu waktu untuk membawa anak anda menaiki keretapi
atau komuter.

Bagi yang berkemampuan, bawalah anak menaiki kapal atau feri, juga kapal
terbang. Gunakanlah peluang tambang murah yang disediakan Air Asia untuk
membawa anak anda merasai pengalaman yang hebat itu! Tidak perlu pergi jauh.
Memadai jika anda menaiki kapal terbang dari KL ke Pulau Pinang, atau dari KL ke
Langkawi.

Apa yang penting ialah, ceritakan dengan anak tentang kenderaan tersebut. Apa
namanya, bagaimana bunyinya, bagaimana bentuk dan warnanya, juga ke mana
destinasinya. Kemudian, tanyakan perasaan anak anda ketika itu.

Saya pasti anak anda akan mengatakan best! Atau jika anak belum pandai
bercakap, dia pasti akan tersenyum girang! Di sinilah waktunya, anda boleh mengambil
kesempatan menceritakan kepada anak anda tentang jenis-jenis kenderaan yang
terdapat di sekelilingnya. Anda juga boleh mengenalkan nama-nama tempat dan negeri
kepada anak anda samada secara langsung atau tidak langsung.

9
Setelah anak merasa sendiri pengalaman-pengalaman yang penat tetapi
menghiburkan itu, jangan lupa sentiasalah bertanyakan anak tentang semua
pengalaman-pengalaman yang telah dialuinya dan juga segala cerita-cerita yang anda
sampaikan kepadanya.

Saya yakin, walaupun pelat, anak anda pasti dapat menjawab semua soalan
anda. Perlu diingat, janganlah hanya bertanya sekali, anda harap anak dapat menjawab
semua soalan dengan betul. Bila anak lupa atau salah, andalah yang perlu betulkan
atau mengingatkannya kembali. Yang penting, ulang dan sentiasa ulang soalan-soalan
tersebut agar ia melekat di hati dan memorinya.

Selain itu, anda juga boleh membawa anak berkelah atau bersukan. Ajar anak
bagaimana melompat, bermain papan gelongsor, bermain buaian, bermain layang-
layang, mandi kolam, sungai atau laut, dan pelbagai aktiviti yang menyeronokkkan.
Rajin-rajinlah membawa anak bermain di padang permainan.

Selain dapat menyihatkan badan, anak juga dapat belajar bagaimana bertolak
ansur dengan rakan sebaya yang lain. Paling penting, kenalkan anak dengan nama-
nama alat permainan yang ada dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Anak pasti akan ingat
apa yang anda ajar dan ceritakan kerana dia melalui sendiri pengalaman bermain dan
melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.

Juga perkara yang sama, jangan lupa ulang dan ulang soalan berkaitan
dengannya pada waktu lain supaya anak-anak lebih ingat dan dapat bertutur dengan
lebih baik lagi pada masa hadapan.

Ibu bapa sekalian, mengapa saya begitu menekankan anda supaya melakukan
pelbagai aktiviti ini? Apakah kepentingannya dengan memupuk anak supaya suka
membaca? Inilah sebenarnya kunci bagaimana anda dapat memupuk anak anda
supaya suka dan pandai membaca..

Lalu bagaimana? Sila baca tips yang keempat..

10
4. Kenalkan anak anda dengan buku seawal yang boleh.

Jika kita takut anak akan mengoyakkan buku yang kita beri padanya, belilah
buku yang dibuat daripada kain yang banyak terdapat di pasaran. Saya pula lebih suka
beri anak buku sebenar semasa umurnya baru setahun walaupun tahu anak akan
mengoyakkannya.

Saya amat rajin menampal helaian yang telah dikoyakkannya. Yang pasti, sejak
umurnya 2 tahun, anak jarang mengoyakkan buku apabila saya memberinya buku.
Sekali dua tu adalah. Anda pasti ingin tahu apakah hubungkait tips ketiga dengan tips
keempat ini bukan? Inilah rahsianya..

Sebenarnya, semua rangsangan yang dilakukan kepada anak samada dengan


cara komunikasi, bermain-main, senaman atau membawa anak merasai pengalaman
sebenar boleh meningkatkan perkembangan kognitif ( akal ), fizikal, dan emosi anak-
anak ke tahap optimum.

Sepanjang anda berkomunikasi dengan anak-anak anda dalam pelbagai cara


seperti yang saya sarankan di atas, saya pasti bahawa anak-anak anda telah pun
mengenali apa itu susu, sudu, bola, baju, buku, gajah, harimau, kucing, anjing, burung
dan banyak lagi nama-nama binatang berserta bunyinya, juga kereta, bas, basikal,
keretapi, feri, kapal terbang dan pelbagai jenis kenderaan lain. Tidak ketinggalan juga
pelbagai nama-nama aktiviti dan permainan yang pernah anda main dengannya. Saya
sangat pasti, anak anda masih mengingatinya lagi.

11
Jeng jeng jeng…saya juga pasti, sebaik sahaja anda menunjukkan kepadanya
buku yang ada gambar-gambar yang telah dikatahui dan dikenalinya tadi, pasti dia akan
teruja menyebutnya di hadapan anda! Inilah masanya anda menggunakan segala
pengetahuan dan pengalaman sepanjang bersamanya untuk anda menarik minatnya
kepada buku. Sekali lagi, apa yang penting? KERJASAMA!

Ya, kerjasama anda sebagai ibu bapa amatlah penting. Sepanjang proses anak
anda mengenali buku, sentiasalah berada bersamanya. Peter Corey, penulis buku
kanak-kanak terkenal menyatakan bahawa antara cara yang paling berkesan untuk
merangsang anak anda membaca ialah membaca bersama anak.

Tanyakan padanya pelbagai soalan tentang gambar yang dilihatnya, jawab


setiap soalannya dengan sabar, dan ceritakan padanya tentang gambar-gambar yang
ada di dalam buku tersebut. Secara tidak langsung, anda juga bukan sahaja berjaya
mengembalikan ingatan anak anda tetapi juga anda dapat menambah perbendaharaan
kata anak anda.

Bacakan buku cerita bila waktu terluang atau ketika anak hendak tidur.
Teknik penceritaan hendaklah dalam gaya menarik dan menyeronokkan. Kaedah ini
dapat menarik minat membaca kerana anak ingin tahu cerita yang terkandung dalam
buku cerita yang dilihat. Anda juga boleh bercerita tanpa buku. Berceritalah walaupun
cerita anda seperti dongeng sahaja bunyinya. Ceritalah selama mana anak anda ingin
mendengarnya.

Sesungguhnya fitrah kanak-kanak sangat suka mendengar cerita apatah lagi jika
anda memang pandai bercerita. Buatlah pelbagai aksi dan memek muka serta suara
yang berlainan semasa bercerita supaya anak anda tidak cepat bosan. Dengan
bercerita, anak anda pasti ingin tahu apa lagi yang ada dalam buku-buku yang anda
kenalkan padanya itu.

Sekiranya anak-anak menunjuk reaksi positif terhadap pembacaan, puji anak


sebagai tanda sokongan anda kepadanya. Lalu, di lain waktu, anak anda pasti
tertunggu-tunggu sesi membaca buku sambil bercerita bersama anda!

12
5. Pilih buku bacaan anak anda.

Anda seharusnya tahu buku yang bagaimanakah yang menarik minat kanak-kanak
seusia anak anda. Buku itu mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

• Gambar yang berwarna-warni dan menarik


• Tulisan yang besar
• Mudah dipegang dan diselak halaman muka suratnya
• Banyak gambar-gambar yang menarik dan berwarna-warni
• Paling baik, dapatkan buku-buku yang berkaitan dengan apa yang telah
dilihatnya atau dilaluinya bersama anda seperti keretapi, kapal terbang, bas,
dan tentang dunia haiwan seperti kucing, burung dll
• Juga buku-buku yang berkaitan dengan objek-objek yang sentiasa dekat dalam
kehidupan anak-anak seperti sudu, garpu, cawan, bola, baju, gambar tubuh
badan dll.

Dalam memilih buku pun, anda kena tengok tajuknya jugak. Ni lagi satu, masa
nak beli buku pun, niatlah agar buku-buku yang kita beli dan baca beri kebaikan
buat kita. Amalkan berdoa sebelum pergi kedai buku. Atau secara umumnya
berdoalah bila kita nak pergi ke mana-mana termasuklah jika nak pergi beli-belah.

Minta petunjuk pada Allah temukan kita dengan belian yang berbaloi-baloi, yang
baik dan kualiti, tahan lama, dan yang paling penting, barang yang beri kebaikan pada
diri kita, pada agama kita, dan hingga akhir hidup kita. Tidak ketinggalan BUKU yang
ingin kita beli.

Anda boleh berdoa, “ Ya Allah, aku nak pergi shopping / JUSCO, nak cari kasut
dan beli buku (selalunya di JUSCO ada MPH). Ya Allah, permudahkanlah urusanku,
dan izinkanlah aku beli kasut yang baik untukku, untuk agamaku, dan hingga akhir
hidupku. Izinkanlah aku beli buku-buku yang baik untukku dan keluargaku, untuk
agama kami, dan hingga akhir hidup kami dan jauhkanlah aku daripada
membazir. ”

13
InsyaAllah, sepengalaman saya, bila kita tanya Allah, Allah pasti memberi kita
jawapan. Sesungguhnya, Kasih Sayang Allah melebihi kasih sayang seorang ibu
kepada anaknya… Yakinlah!

Selaku ibu bapa, selain berdoa, kita juga perlu berusaha mencari buku-buku
yang sesuai dengan anak-anak kita. Contohnya, kalau anak kita baru berumur 1 tahun
lebih, dan kita nak kenalkan anak dengan nama-nama baru, carilah buku-buku yang
banyak gambar. Kanak-kanak suka melihat gambar yang berwarna-warni. Contohnya,
antara buku-buku yang saya belikan anak saya, Ammar semasa ingin perkenalkan
buku kepadanya ialah ‘buku berpad’ iaitu buku kertas keras yang kulit bukunya dibuat
daripada kertas berpad yang tahan lasak. Buku-buku tersebut bertajuk ABC dan Badan
Saya.

Selain itu, saya juga belikan anak CD dan buku Noddy. Kenapa saya pilih
Noddy? Saya lihat Noddy bercakap dengan sopan santun. Bukunya juga penuh dengan
gambar. Ammar memang banyak belajar daripada CD dan buku Noddy walaupun
semasa awalnya, habis buku-buku Noddy dikoyakkannya.

Tetapi itu sebelum saya bertemu dengan Set Pintar Myiman. Tidak lama saya
membeli set Noddy yang berharga RM2400, kawan suami perkenalkan kepada kami
Set Pen Pintar ini. Tanpa berfikir panjang, suami terus beli. Pertama kali saya lihat set
ini, saya sangat teruja dan terkejut kerana ada alat yang sangat best, lebih best
daripada Set Pembelajaran Noddy ( bagi sayalah! ).

Mengapa saya suka Set Pen Pintar ini? Ia sangat menarik dan berwarna-
warni. Bila menggunakannya, anak tidak cepat bosan. Anak bukan sahaja dapat
melihat tulisan daripada buku, tetapi juga dapat mendengar suaranya. Buku-bukunya
juga sangat sesuai dengan kanak-kanak seawal setahun lagi.

Bagi anak yang berumur setahun ke bawah pula, kita boleh perdengarkan
mereka dengan koleksi lagu-lagu yang ada. Satu perkara yang menarik minat saya
ialah koleksi lagu-lagunya. Lagu-lagu seperti Katak Si Katak Lompat dan Bagun Pagi
Gosok Gigi benar-benar menggamit nostalgia zaman kanak-kanak dulu. Bacaan dan

14
lagu Alif Ba Ta juga sesuai untuk diulang-ulang kepada kanak-kanak bawah setahun
dan ke atas agar meresap ke dalam ingatan mereka.

6. Buat Bahan Bantu Mengajar

i. Kad imbasan ( flash card ).

Ini adalah salah satu cara yang berkesan untuk merangsang anak membaca.
Penggunaan flash card dengan cara yang betul dapat menarik minat anak untuk belajar
membaca seawal umur 1 tahun. Lebih menarik, seorang penulis e-book iaitu Pn. Wan
Sazimah Wan Yaacob telah membuktikan anaknya dapat membaca beratus-ratus
patah perkataan serta boleh membaca buku-buku cerita kanak-kanak pada usia 1
setengah tahun. Beliau mula mengajar anaknya membaca menggunakan flash card
sejak anaknya berumur 8 bulan.

Antara ciri-ciri flash card yang baik untuk mengajar kanak-kanak membaca
perkataan ialah :

• Saiz kad yang besar dan tulisan yang besar supaya anak mudah melihatnya
• Menggunakan tulisan yang berwarna merah dan hitam
• Menggunakan kertas keras supaya tahan lama

Antara perkataan-perkataan yang boleh diajar dahulu ialah nama-nama ahli


keluarga dan nama-nama benda yang selalu dilihat dan berada di sekeliling anak.
Contohnya, ibu, umi, abi, papa, mama, sudu, bola, baju, mata, hidung, nenek, makcik,
kereta, bas, dan gigi.

Ibu bapa tidak perlu mengambil masa yang lama mengajar anak membaca.
Dalam 3 hingga 5 minit sehari sudah memadai. Ini kerana, kanak-kanak cepat bosan.
Jika ini berlaku, ibu bapa perlu menghentikan sesi pengajaran kerana anak-anak sudah
tidak dapat memberikan perhatian lagi.

Kad yang boleh diajar hanyalah dalam 5 hingga 6 kad. Apa yang penting ialah,
sesi pengajaran diulang dengan kerap. Mungkin 2 atau 3 kali sehari. Kalau betul-
15
betul tak sempat, memadailah satu sesi sehari, asalkan dilakukan pada setiap hari.
Hanya 5 minit sahaja! Jadi, jangan anggap ia satu bebanan. Sekali lagi saya ulang,
untuk memastikan kejayaan anak-anak dalam apa juga perkara, komitmen ibu bapa
amat diperlukan.

ii. Buat Mind Maping

Mind maping sangat membantu dalam merangsang anak membaca. Binalah


mind maping tentang apa yang ada di sekeliling anak. Antara tajuk mind maping yang
boleh anda bina ialah :

• jenis-jenis kenderaan yang pernah anak anda naik


• binatang-binatang dan bunyinya
• tempat-tempat yang pernah dilawati anak
• rumah-rumah datuk dan saudara-mara yang lain yang biasa dikunjungi bersama
anak
• alatan untuk makan dan minum
• bahan-bahan untuk sediakan air teh
• dan banyak lagi…

Pada setiap mind maping yang anda bina, letakkan sekali gambar supaya anak
akan lebih tertarik dan mudah diingat. Jika boleh, ajak anak anda sekali untuk bina mind
maping tersebut.

iii. Buat Kad Roda

Kad roda juga sangat sesuai untuk menarik minat anak anda membaca. Selain
ianya boleh digerakkan, ia juga boleh merangsang daya kreatif anak anda. Letakkan
perkataan dan gambar yang biasa anak anda lihat. Sebagai contoh, bahagian tubuh
badan dan aktiviti harian seperti mandi, tidur, sikat, bantal, kaki, gigi, dll.

16
7. Bawalah anak-anak ke kedai buku dengan kerap semenjak dia
masih bayi.

Cara ini dapat membiasakan anak dengan buku dan mencintai buku. Bila anak
sudah semakin membesar dan pandai bercakap, ajaklah dia memilih buku-buku
kesukaannya. Berilah anak anda peluang untuk memilih buku kesukaan mereka.

Selain dapat menumbuhkan minatnya terhadap buku, anak juga dapat belajar
menghargai buku dan sekaligus meningkatkan keyakinan dalam diri anak-anak. Setiap
kali membeli-belah di pasaraya-pasaraya besar seperti Jusco, Giant, Angsana, SOGO,
Alamanda atau ke mana-mana pusat membeli belah yang lain, jangan lupa bawa anak
singgah ke toko-toko buku yang ada seperti POPULAR, MPH, BADAN, dll.

Sediakan bajet setiap bulan untuk membelikan anak anda buku dan pelbagaikan
buku bacaan anak. Jika anda tidak mahu membeli pun, memadailah dengan melihat
buku-buku yang baru diterbitkan atau menunjukkan kepada anak anda tentang buku-
buku tersebut. Ini bertujuan supaya anak tahu walau ke mana pun kita pergi, buku
sangat penting.

Selalulah memberitahu anak bahawa anda sangat gembira jika anak anda
meminta buku berbanding mainan. InsyaAllah, walaupun anak anda masih kecil,
namun, lama-kelamaan dia pasti akan faham.

Selain kedai buku, ada tempat yang lebih murah dan berbaloi untuk anda dan
anak-anak meluangkan waktu bersama iaitu di perpustakaan. Anda boleh meminjam
buku-buku yang terbaik tanpa perlu mengeluarkan duit.

Anak-anak juga akan lebih menyukai buku dan membaca buku apabila melihat
ramai yang memilih dan membaca buku di perpustakaan. Lebih kerap anda
membawanya ke perpustakaan, lebih tinggi minatnya untuk membaca buku. Awas, jika
anak masih terlalu kecil, aktiviti ini tidak sesuai.

17
Ini kerana, kebanyakan anak-anak adalah aktif terutamanya anak-anak pintar.
Pastinya akan menimbulkan situasi kurang enak jika anak anda membuat kacau atau
bising ketika di perpustakaan. Maka, agak-agaklah ya.

8. Adakan Perpustakaan Mini di Rumah.

Sheikh Muhammad Soleh menyarankan agar setiap rumah mempunyai


perpustakaan islam di rumah bagi membantu proses pengajaran bagi keluarga. Oleh
itu, seharusnyalah kita membuat sebuah perpustakaan di rumah yang mengandungi
sumber-sumber atau buku-buku yang sesuai dengan anak-anak di sekolah atau yang
baru hendak belajar membaca. Ia juga memuatkan buku-buku untuk pelbagai tahap,
juga sesuai untuk orang dewasa, anak-anak, lelaki dan perempuan.

Perpustakaan yang dibina tidak semestinya besar, memadai sebuah rak buku
yang boleh menempatkan buku-buku yang penting, menempatkannya di tempat
yang senang untuk diambil, dan dapat menarik minat anggota keluarga untuk
membacanya. Ruang perpustakaan yang dibina juga hendaklah diselia dengan betul,
bersih dan kemas. Dengan ini, anggota keluarga dapat membaca buku dengan tenang
dan teratur.

Apabila ada perpustakaan di dalam rumah, anak-anak juga akan terdedah


dengan suasana yang baik semenjak kecil dan lama-kelamaan, mereka akan terdorong
untuk suka membaca. Kita juga akan dapat mengakses buku yang sesuai untuk
mengajar anak dengan mudah dan cepat.

Anak-anak juga akan tahu betapa pentingnya tabiat membaca dalam kehidupan
seharian. Kita juga boleh menjemput rakan-rakan yang baik akhlaknya dan yang suka
membaca untuk datang ke rumah untuk membaca buku-buku yang ada di
perpustakaan rumah kita. Cara ini juga dapat menambah minat anak-anak kita kepada
tabiat membaca.

18
9. Limpahkanlah Kasih-Sayang dan Perhatian Kepada Anak.

Pakar Psikologi mengatakan bahawa sebab utama seseorang anak mampu


menjadi anak yang pintar dari segi JERIS (Jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial)
adalah KASIH-SAYANG. Tunjukkan yang anda amat sayangkan anak anda samada
dengan cara verbal atau perilaku.

Beritahunya bahawa anda amat sayangkannya dan hanya mahukan yang terbaik
untuknya. Beritahunya setiap hari. Namun, pandai-pandailah dalam memberi kasih-
sayang. Jangan sampai anak anda menyalahgunakan kasih-sayang yang diberi.

Pakar Pemkembangan Kanak-kanak, Stephen D. Green mengatakan bahawa


kanak-kanak yang mendapat cukup kasih-sayang kedua ibu bapanya akan membesar
dengan lebih baik dari segi :

• kemahiran bertutur
• Kemampuan menyelesaikan masalah
• Kemampuan menguasai ilmu matematik
• Kemahiran bersosial
• Cemerlang dalam akademik
• Kemampuan berfikir secara kreatif dan kritis
• Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
• Mampu mengawal emosi dengan baik
• Mengikut peraturan

Kasih sayang dapat ditunjukkan dalam banyak cara. Anda boleh berbual-bual
dan mendengar cerita anak-anak. Layan dan hiburkan hati anak ketika anak sedang
bersedih. Bersamalah meraikan anak ketika dia sedang gembira. Dengar keluhannya.
Ajarlah anak tentang erti kehidupan. Melalui semua ini, anak akan belajar mengawal
emosinya dan akan membesar menjadi orang yang bijak dan sabar.

19
Jawab setiap soalan yang ditanya anak dengan penuh kesabaran. Selalunya
anak-anak dalam lingkungan umur 2 tahun hingga 7 tahun sangat gemar bertanya
pelbagai soalan dan berulang-ulang.

Pada waktu ini, otak mereka sangat aktif dan jika diberi rangsangan yang tepat,
mereka akan menjadi kanak-kanak yang bijak dan kreatif. Anak juga akan rasa diri
mereka didengar. Maka, bila suatu hari, kita memintanya berbuat sesuatu, pasti dia
akan memenuhi keinginan kita pula. Waktu inilah kita boleh mengambil kesempatan
untuk mengajarnya membaca dan memintanya supaya rajin dan suka membaca!

Tunjukkan pada anak, betapa kita menghargainya dan sangat bersyukur dengan
kehadirannya dalam hidup kita. Anak yang rasa dihargai akan belajar menghargai diri
sendiri dan orang lain. Dengan ini, dia akan belajar bahawa untuk menjadi orang yang
berjaya, perlu banyak membaca dan menimba ilmu.

Walaupun anak kita masih kecil dan belum mengerti apa-apa, anak tetap dapat
rasa kasih sayang yang kita curahkan kepada mereka. Peluklah dan belailah anak-anak
setiap hari. Katakan padanya betapa kasih dan sayangnya kita kepadanya. Lihatlah
matanya ketika kita menuturkan perkataan sayang tersebut.

Ajaklah anak bermain. Ketika bermain, kita boleh mengajar anak tentang
peraturan dan keyakinan diri. Anak juga boleh diajar supaya kreatif. Anak-anak yang
dicurahkan kasih sayang sejak kecil pasti akan membesar menjadi kanak-kanak yang
bijak dan berjaya. Bersabarlah dengan setiap karenahnya.

Rasulullah juga banyak menunjukkan contoh tauladan dalam mendidik anak.


Rasulullah senang bermain-main (menghibur) dengan anak-anak dan kadang-kadang
beliau memangku mereka.

Baginda menyuruh Abdullah, Ubaidillah, dan lain-lain dari putera-putera


pakciknya Al-Abbas r.a. untuk berbaris lalu berkata, “ Siapa yang terlebih dahulu
sampai kepadaku akan aku beri sesuatu (hadiah)”. Mereka pun berlumba-lumba
menuju beliau, kemudian duduk di pangkuannya lalu Rasulullah menciumi
mereka dan memeluknya.

20
Dalam kisah lain pula, Al-Aqraa bin harits melihat Nabi Muhammad SAW.
mencium Al-Hasan r.a. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, aku mempunyai sepuluh orang
anak, tetapi aku belum pernah mencium mereka”.

Rasulullah bersabda, “Aku tidak akan mengangkat engkau sebagai seorang


pemimpin apabila Allah telah mencabut rasa kasih sayang dari hatimu. Barang siapa
yang tidak memiliki rasa kasih sayang, niscaya dia tidak akan di sayangi”.

Riwayat yang lebih masyhur menyebutkan, Rasulullah pernah lama sekali sujud
dalam solatnya, maka salah seorang sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah,
sesungguhnya engkau lama sekali sujud, hingga kami mengira ada sesuatu kejadian
atau engkau sedang menerima wahyu”.

Nabi Muhammad SAW menjawab, “Tidak ada apa-apa, tetaplah aku di tunggangi
oleh cucuku, maka aku tidak mahu tergesa-gesa hinggalah dia puas. Adapun anak
yang di maksudkan ialah Al-Hasan atau Al-Husain Radhiyallahu Anhuma.

Perdengarkan anak dengan lagu kanak-kanak. Terdapat banyak lagu kanak-


kanak di pasaran baik yang menggunakan VCD, DVD, atau CD Audio. Pilih lagu-lagu
yang boleh perkenalkan anak dengan ABC, Alif Ba Ta, nama-nama benda, nama-nama
Rasul dan Sifat-sifat Allah.

Ulang lagu-lagu yang dimainkan. Walaupun sekarang dia hanya tahu melihat
atau tidak menunjukkan minat, tetapi anak akan merakam lagu-lagu tersebut ke dalam
ingatannya apabila banyak kali diulang.

Apabila anak sudah sampai masa untuk belajar bercakap atau membaca, pasti
semua maklumat dalam lagu tersebut akan diingat jika kita memperdengarkan
kepadanya semula. Melalui lagu, minda anak lebih mudah merakam maklumat dan
dalam masa yang sama, anak tidak cepat jemu dan berasa seronok belajar.

21
10. Jadilah Role Model Kepada Anak.

Anda adalah idola anak anda. Kanak-kanak yang sudah mengenal ibu
bapanya akan mudah meniru apa yang biasa dilakukan oleh ibu bapanya. Oleh itu, kita
mesti jadikan amalan membaca sebagai satu kebiasaan bagi diri kita. Ubahlah diri kita
kepada tabiat suka membaca.

Tunjukkan kepada anak yang kita betul-betul minat membaca, bukan berpura-
pura. Kanak-kanak secara psikologinya tahu bila ibu bapanya berpura-pura. Selalulah
membaca di sisi perpustakaan kecil di rumah. Apabila anak sudah biasa melihat
buku di sekelilingnya dan selalu melihat kita membaca, anak-anak akan berfikir
bahawa aktiviti membaca adalah satu keperluan dalam hidup dan sangat penting
dalam kehidupan seharian.

Sentiasa tetapkan satu peraturan pada diri untuk membaca sekurang-kurangnya


2 buah buku sebulan. Jadikan amalan membeli buku sebagai satu kewajipan pada
setiap bulan.

Apabila ingin beli buku, bawa anak sekali. Ajak sekali anggota keluarga yang lain
seperti atuk, nenek, atau saudara-mara yang lain untuk membeli buku atau ke pesta
buku. Ambil tahu bila pesta buku besar-besaran diadakan. Bawa anak ke pesta buku
tersebut dan sediakan bajet yang lebih untuk membeli buku.

Selain buku, gunakan sumber lain sebagai bahan rujukan atau pembelajaran
seperti internet atau CD. Bukalah CD nyanyian lagu-lagu yang bermanfaat atau
layarilah pelbagai maklumat di internet.

Ajak anak menyertai aktiviti tersebut. Tunjukkan pada anak tentang isu-isu
semasa yang berlaku. Gunakanlah kemudahan yang ada untuk menunjukkan pelbagai
aktiviti membaca yang banyak dimasukkan di Laman You Tube. Sertai anak anda
supaya anak lebih bersemangat dan gembira dengan aktiviti itu. Kanak-kanak sangat
memerlukan belaian dan perhatian daripada keluarganya.

Bawalah buku ke mana sahaja anda pergi. Letakkan siap-siap dalam beg tangan
atau dalam kereta. Gunakan setiap masa yang terluang atau kesempatan yang ada

22
untuk membaca buku tersebut. Saya faham jika ibu zaman sekarang sangat sibuk
dengan kerjaya dan urusan rumah tangga.

Namun jangan jadikan ia sebagai satu alasan untuk tidak membaca. Sebaliknya,
ibu zaman sekaranglah yang perlu mendapatkan sebanyak-banyak ilmu pengetahuan
dan maklumat untuk mendidik generasi yang semakin pintar dalam mengharungi
pelbagai cabaran teknologi.

Sebagai permulaan dalam mendidik diri suka membaca, apa yang penting ialah
bertindak. Maka, bertindaklah sekarang. Paksa diri untuk membaca walaupun anda
tidak suka. Ulang dan ulang hingga akhirnya anda tidak boleh hidup tanpa membaca.
Sedangkan solat dulu pun kita dipaksa oleh ibu bapa untuk melakukannya.

Jadi, paksa diri hingga akhirnya kita benar-benar menyukai amalan membaca. Ia
amat penting bagi mewujudkan persekitaran yang baik untuk anak-anak sukakan buku
dan supaya anak-anak dapat meniru kebiasaan kita yang suka membaca.

Penutup

Tahniah kerana anda telah habis membaca ebook ini! Kami amat mengharapkan
agar anda mendapat manfaat daripada ilmu dan pengalaman yang kami sampaikan
dalam Ebook 10 Tips Merangsang Anak Membaca ini. Di sini kami ingin berkongsi
perasaan selaku ibu bapa dengan para pembaca ebook ini.

Ingatlah, kita memang patut berbangga jika anak kita pandai baca. Kita juga
memang patut berbangga jika memiliki anak-anak yang pintar. Tapi, walau apapun
yang terjadi, di sebalik kepintaran yang mereka miliki, didiklah anak-anak dengan
pendidikan agama.

Hiasi diri anak-anak dengan akhlak yang mulia dan ajari mereka bagaimana
membersihkan hati. Mudah-mudahan, kita dan keluarga akan mendapat kebaikan dan
kesejahteraan di dunia yang fana dan akhirat yang kekal abadi. Amin…

23
Ebook ini diberikan percuma dan ditaja oleh admin www.penpintarmyiman.com

24
Selamat Mengamalkan Tips Ini & Semoga Anak Anda Pintar Membaca !

25

You might also like