You are on page 1of 4

Pengenalan Kadet Polis

Logo Polis Di Raja Malaysia

Lagu Polis

Sedia Berkhidmat
Polis sedia berkhidmat
Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

Polis sedia berkhidmat


Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

[Chorus]
Tanda lekat di lengan
Polis dengan pereman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan

Polis sedia berkhidmat


Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat
Lagu: Sedia Berkhidmat
Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku
Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis
Persekutuan Tanah Melayu. Upacara ini dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL),
Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan
nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan
pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia.

Insignia

Bendera dan insignia dalam Polis Diraja Malaysia ini berlatarbelakangkan warna biru
yang melambangkan rakyat jelata di negara Malaysia. Lambang ini yang seringkali
dipasang pada bendera, panji-panji pasukan dan sebagainya. Di bahagian tengah
bendera terdapat lambang PDRM yang berwarna perak atau putih. Lambang polis ini
terdiri daripada sebilah Keris dan sebilah Parang Ilang/Kelewang yang bersilang. Di atas
silangan itu terdapat pula kepala Harimau yang timbul dilingkari oleh Kalungan Bunga
Padi dan di bawahnya ialah skrol dengan perkataan Polis Diraja Malaysia. Di bahagian
kemuncak rangkaian bunga padi terdapat sebuah Mahkota yang mengandungi
perkataan Allah di sebelah kanan dan Muhammad di sebelah kiri (dalam tulisan jawi).

Bulan dan bintang


Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Mahkota
Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi
kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri
Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada
pasukan. Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan
Rasulullah   sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi
negara dan keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan
maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup berkorban diri.

Keris dan parang


Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Keris merupakan senjata yang digunakan
oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu di zaman purbakala. Ia mula
dicipta selepas bermulanya zaman logam dan asalnya direka oleh bangsa Arab sebelum
menular ke seluruh Kepulauan Nusantara (terdiri daripada kepulauan Indonesia,
Malaysia, Thailand, Myanmar dan Filipina) dan ia juga turut digunakan pahlawan dari
empayar Hindu Majapahit yang berasal dari Indonesia (ketika itu agama Islam belum
tersebar luas ke seluruh tanah Indonesia dan Malaysia) serta Siam. Parang Tradisional
atau Kelewang melambangkan Negeri Sarawak dan Sabah dan ia melambang semangat
kepahlawanan kedua-dua negeri yang berbilang bangsa iaitu Dayak, Dusun, Bajau,
Kadazan serta Melayu Brunei.

Kepala harimau
Kepala Harimau melambangkan kegagahan, keberanian dan semangat juang pasukan
PDRM dalam menghadapi segala ancaman musuh. Sebelum ini, PDRM menggunakan
kepala Singa sebagai lambang keberanian pada 16 September 1963 iaitu gelaran baru
yang diberi selepas pembentukan Malaysia selepas kemerdekaan sehinggalah
pada 15 Mei 1994, ia digantikan dengan kepala harimau sebagai lambang rasmi
kerajaan Malaysia.

Bunga padi
Bunga padi melambangkan makanan asasi rakyat Malaysia serta kemakmuran negara.

Moto
Moto Polis Diraja Malaysia menunjukan ketinggian semangat serta keazaman anggota
pasukan.
Sang Saka Biru
Itulah dia bendera PDRM (SANG SAKA BIRU), setiap warna atau warna membawa
makna dan erti tersendiri, menjadi kemegahan anggota Polis.

You might also like