You are on page 1of 4

PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

PANDUAN MEMBINA PAUTAN PEMBELAJARAN GURU SEPANJANG TEMPOH PKP 3.0

Laman web :Mylink.la

Kegunaan : Mengumpulkan semua link pembelajaran atau maklumat dalam satu laman guru.

Maksima pautan yang disediakan : 10 pautan sahaja

Harga : Percuma dan sentiasa dikemaskini oleh pembekal perisian

Gunakan email peribadi guru samada yang diberi oleh KPM atau email yang dicipta sendiri kerana
pembekal akan menghantar pautan pengaktifan sistem di dalamnya untuk pengesahan.

Aktiviti :

1. Buka pelayar internet anda. Cadangan adalah menggunakan Google Chrome untuk kelajuan
dan kelancaran.

2. Taipkan laman web Mylink.la samada pada address bar atau pada ruangan carian.

3. Apabila paparan telah ditunjukkan, pilih nama Mylink: One link to rule all links! (untuk
pengguna baharu) atau Login – MyLink (untuk yang telah mendaftar

4. Paparan seterusnya akan ditunjukkan jika memilih Mylink: One link to rule all links!

5. Daftar menggunakan nama anda yang mudah dikenali oleh murid.


Jika tiada pengguna lain yang
menggunakan nama yang sama
system akan menunjukkan still
available. Manakala jika ada
pengguna lain telah
menggunakan nama yang
sama, system akan
memaparkan already taken
6. Daftar maklumat anda seperti yang dinyatakan. Gunakan nama sebenar bagi memudahkan
murid mengenali anda dengan lebih baik. Gunakan alamat email yang anda boleh akses pada
bila-bila masa jika memerlukan. Kemudian klik Register. Satu maklumat pembukaan akaun
akan dihantar ke alamat email anda. Cari dan klik pada pautan verify akaun.

7. Dalam email anda, klik pada Verify Email Address dan laman web MyLink.la akan dipaparkan
secara terus.

8. Login akaun menggunakan alamat email dan password yang dimasukkan semasa sesi
pendaftaran tadi. Selepas login, ada 3 menu yang ditunjukkan iaitu Main, Links, Appearance.
9. Klik pada Appearance bagi membina laman utama anda yang mampu menarik minat murid
untuk melihatnya.

Avatar : Meletakkan gambar pilihan anda sebagai


pengenalan.

Avatar Shape : Gambar anda akan dipaaprkan dalam


bentuk kotak atau bulatan.

Description : Maklumat ringkas berkaitan tujuan paparan


muka ini dicipta.

Text Color : Warna pada tulisan yang dipilih.

Background Colour :Warna latarbelakang paparan muka.


Boleh juga meletakkan image yang sesuai sebagai latar
belakang.

Klik Save selepas penetapan dibuat.

10. Setelah selesai membuat penetapan, klik pada Links untuk membuat butang pautan kepada
laman yang dikehendaki.

11. Pilih Name dan letakkan nama yang bersesuaian. Kemudian pada URL boleh cari dimana lokasi
fail berada samada di Google Drive, YouTube atau yang mana bersesuaian. Kemudian pada
Type untuk memilih bentuk butang pilihan dan warna yang digemari. Setelah selesai Klik Add.
12. Seterusnya buat pengisian pilihan anda seperti yang disukai bagi memudahkan pelajar akses
kepada pembelajaran anda yang ditetapkan.

13. Setelah berpuas hati dengan hasilnya, anda boleh menyebarkan link pautan kepada murid
melalui telefon atau komputer. Murid boleh melihatnya melalui telefon atau komputer juga
di mana-mana mereka berada. Pada paparan atas sebelah kanan, terdapat 3 icon yang
berbeza. Ikon pertama adalah salin link yang diberi, yang kedua berbentuk QRCode yang mana
anda boleh edarkan QRCode dan murid scan sahaja, dan ikon ketiga adalah preview hasil kerja
anda. Pilih icon pertama dan hantarkan ke wassap kelas anda. Selesai....

14. Link dan isi kandungannya boleh diubah mengikut kesesuaian anda. Hanya 10 link sahaja
maksimum dibenarkan. Selamat mencuba dan semoga ilmu ini bermanfaat untuk kita
bersama.

You might also like