You are on page 1of 30

GOOGLE FORM

Google Form merupakan salah satu daripada aplikasi yang terdapat dalam Google
Drive. Google Form boleh digunakan untuk menghasilkan borang bagi mendapatkan
maklumat secara atas talian. Maklumat tersebut pula akan disimpan dalam bentuk
Google Spreadsheet dan boleh dimuat turun (download) ke dalam bentuk Excel dan
CSV untuk tujuan penghasilan sijil (mail merge) dan sebagainya. Berikut merupakan
langkah-langkah dalam penggunaan Google Form.

Langkah 1 : Butang New > More > Form

Tukarkan tajuk borang (form) yang dihasilkan dengan menekan pada Untitled form.

Terdapat 4 perkara yang perlu diberi perhatian dalam penghasilan Google Form iaitu

1
Bil
1
2
3
4

Perkara
Edit Questions
Change Theme
View Responses
View Live Form

Kegunaan
Menghasilkan soalan
Mengubah tema latar belakang
Melihat maklumat yang berjaya disimpan
Melihat Form yang dihasilkan

Langkah 2 : Edit Questions


Secara umumnya, setiap Soalan (Questions) yang dibina mempunyai ruangan : -

Penulisan Soalan (Question Title),

Penerangan Kepada Soalan (Help Text),

Pilihan Form/Format Jawapan yang dikehendaki (Question Type)

Ruangan Penulisan Jawapan (Their Answer) adalah berbeza mengikut pilihan


Question Type

Terdapat 9 pilihan form jawapan yang dikehendaki yang boleh dilakukan oleh Google
Form. Seperti paparan dibawah

Bentuk Soalan dan Jawapan Yang Boleh Di Bina Oleh Google Form
Text - Jawapan berasaskan kenyataan pendek
Ruang soalan
Ruang penerangan soalan
(abaikan jika tidak perlu)
Pilihan format jawapan
Ruang jawapan format Text
Tandakan jika soalan wajib
jawab dan klik Done jika
telah selesai

Paragraph Text - Bagi jawapan berbentuk kenyataan yang panjang


Ruang soalan
Ruang penerangan soalan
(abaikan jika tidak perlu)
Pilihan format jawapan
Ruang jawapan format Paragraph
Text mempunyai ruang yang lebih
besar
Tandakan jika soalan wajib
jawab dan klik Done jika
telah selesai

Multiple Choice - Jawapan Aneka pilihan


Ruang soalan
Ruang penerangan soalan
(abaikan jika tidak perlu)
Pilihan format jawapan

Tandakan jika soalan berasaskan


pilihan/kategori
Ruang pilihan jawapan
Tandakan jika soalan wajib
jawab dan klik Done jika
telah selesai

Klik untuk menambah pilihan jawapan

Contoh:

Contoh pilihan
jawapan yang
telah ditambah

Klik X jika pilihan


jawapan tidak
diperlukan

Checkboxes
Pilihan jawapan yang melebihi daripada 1 jawapan yang dikehendaki - Untuk
mendapatkan jawapan berbentuk struktur.
Ruang soalan
Ruang penerangan soalan
(abaikan jika tidak perlu)
Pilihan format jawapan
Ruang pilihan jawapan
Klik untuk menambah
pilihan jawapan
Tandakan jika soalan wajib
jawab dan klik Done jika
telah selesai

Contoh:

Contoh pilihan
jawapan yang
telah ditambah

Klik X jika pilihan


jawapan tidak
diperlukan

Choose From List

Pilihan senarai jawapan daripada senarai, hanya 1 jawapan yang dibenarkan.


Ruang soalan
Ruang penerangan soalan
(abaikan jika tidak perlu)
Pilihan format jawapan
Ruang pilihan jawapan

Klik untuk menambah


pilihan jawapan
Tandakan jika soalan wajib
jawab dan klik Done jika
telah selesai

Contoh:

Klik X jika pilihan


jawapan tidak
diperlukan

Contoh pilihan
jawapan yang
telah ditambah

Scale dan Grid


Menu ini amat sesuai digunakan untuk membina borang maklumbalas atau untuk
membina analisa penilaian berdasarkan pendapat atau pemantauan. Contohnya
dalam pengajaran dan pembelajaran Sains ataupun Guru Perpustakaan Media ingin
membuat soal selidik berkaitan Pusat Sumber Sekolah.

Ruang soalan
Ruang penerangan soalan
(abaikan jika tidak perlu)
Pilihan format jawapan
Tetapan skala
Melabelkan skala

Tandakan jika soalan wajib


jawab dan klik Done jika
telah selesai

Ruang soalan
Ruang penerangan soalan
(abaikan jika tidak perlu)
Pilihan format jawapan
Melabelkan baris
Melabelkan lajur

Tandakan jika soalan wajib


jawab dan klik Done jika
telah selesai

Memasukkan Imej
Anda juga boleh memasukkan imej ke dalam borang anda, dan boleh meletakkannya
sebelum atau selepas soalan lain atau sebahagian daripada borang anda. Ia amat
berguna untuk kuiz yang menunjukkan peta, carta, dan imej-imej lain yang berkaitan
dengan soalan.
1. Untuk menambah gambar, klik butang Add item atau klik Insert di bar menu atas.
2. Kemudian pilih Image dalam menu drop down.

3. Tetingkap Insert image akan terbuka dan memberi anda banyak pilihan untuk
memilih gambar.

Upload (Muatnaik)
Anda boleh menyemak imbas drive atau rangkaian pemacu keras anda untuk
mencari dan memuat naik imej.

Take a snapshot (Mengambil gambar)


Jika anda mempunyai kamera web, anda boleh mengambil gambar dan
memasukkannya.

By URL (Melalui Url)


Anda boleh tampal alamat web imej yang sudah ada dalam talian.

Your albums (Album anda)


Jika anda menyimpan gambar dalam Google+ Photos atau Picasa Web
Album, anda boleh mengambilnya melalui album anda dan masukkan
sebarang imej.

Google Drive
Pilih imej yang disimpan ke Google Drive anda atau yang berkongsi dengan
anda melalui Drive.

Search (Carian)
Anda boleh carian imej daripada beberapa sumber dalam talian:
Google - Carian Google Imej untuk gambar public-domain
Life - Gambar dari Majalah Life

Stock Images - Gambar clip-art berkualiti tinggi

Memasukkan video
Anda juga boleh memasukkan video YouTube dalam borang anda, dan anda boleh
meletakkannya sebelum atau selepas setiap soalan atau sebahagian daripada
borang anda . Ini berguna untuk kuiz di mana pengguna perlu menonton video dan
kemudian memberi maklum balas kepada soalan-soalan yang berkaitan.

1. Untuk menambah gambar klik butang Add item atau klik Insert di bar menu
atas.
2. Kemudian pilih Image dalam menu drop down.

3. Tetingkap Insert Video akan terbuka di mana anda boleh pilih sama ada mencari
video YouTube atau tampal URL video.

4. Setelah anda memilih video yang anda mahu, klik Select untuk menambah video
ke dalam borang anda .
Langkah 3 : Change Theme
Langkah ini membenarkan pengguna menukarkan tema latar belakang borang yang
dihasilkan.
Klik pada Change theme

Pengguna boleh memilih tema yang disukai.

Langkah 4 : View Responses


Langkah ini membenarkan pengguna melihat maklumat yang berjaya disimpan hasil
dari maklumat yang dimasukkan oleh responden melalui borang yang dihasilkan
menggunakan Google Form.

Pengguna terlebih dahulu memilih butang Choose Response Destination dan tekan
butang Create. (Langkah ini membenarkan borang yang dihasilkan menerima
maklumat yang bakal dimasukkan oleh responden).

Berikut merupakan contoh maklumat yang berjaya disimpan menggunakan Google


Form. Maklumat ini disimpan dalam bentuk Google Spreadsheet.

Sekiranya maklumat ini diperlukan untuk dimuat turun, maka pengguna hanya perlu
ke menu File > Download As > Pilih format yang diperlukan MSExcel @ pdf @ csv

Langkah 5 : View Live Form


Langkah ini membenarkan pengguna melihat borang yang dihasilkan menerusi
Google Form secara langsung (live) dengan responden.

Bagi membolehkan responden memasukkan maklumat yang diperlukan, maka


pengguna boleh berkongsi URL Google Form yang dihasilkan dengan responden.
Salin URL

Contoh url :
https://docs.google.com/forms/d/1xWCqsRXxIDzQNhXdUOTEE92tWCA942Icn
Vec9gJZvEM/viewform
CATATAN : Bagi memudahkan responden menyalin URL, adalah dinasihatkan agar
pengguna menggunakan kemudahan Google url shorterner (https://goo.gl/) untuk
memendekkan URL Google Form yang dihasilkan. Lawati https://goo.gl/ dan
1.tampal URL Google Form yang telah dihasilkan,
2.tekan butang Shorten Url dan kemudian
3.salin URL baru yang telah dipendekkan.

1-Tampal URL

2-Tekan Butang

- SELAMAT MENCUBA

3-Salin URL Baru

Membina soalan pentaksiran menggunakan Google Form


Setelah anda memahami setiap jenis soalan yang terdapat di dalam Google Form,
sekarang ditunjukkan panduan membina soalan pentaksiran. Dalam panduan ini
contoh pentaksiran bagi matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Tahun 4 digunakan.

Langkah 1: Menamakan Borang


Perkara pertama perlu dibuat adalah menamakan borang yang hendak dibina.

Rajah: Borang yang telah dinamakan.

Langkah 2: Maklumat asas


Sebelum mula membina soalan, anda perlu memulakan setiap soalan pentaksiran
dengan Nama Murid, Kelas, dan E-mel Murid. Pastikan anda menanda kotak Required
question.

Rajah: Item Nama menggunakan Question Type- Text.

Rajah: Item Kelas menggunakan Question Type- Text.

Rajah: Item Emel menggunakan Question Type- Text.

Rajah: Contoh item-item yang telah dimasukkan.

Langkah 3: Membuat page baru


Anda boleh membuat page baru untuk memulakan soalan pentaksiran.
> Pilih Page break dalam menu Add item

> Masukkan tajuk page baru (pilihan)

Langkah 4: Membina soalan


> Anda boleh mula membina soalan dengan memilih Question Type-Multiple choice.
> Masukkan soalan di dalam kotak Question Title.
> Masukkan 4 pilihan jawapan di dalam kotak jawapan.
> Tandakan kotak Shuffle option order dalam menu Advance settings supaya pilihan
urutan jawapan berbeza bagi setiap murid semasa menjawab soalan.
> Setelah selesai, klik butang Done.

Pilihan jawapan

Rajah: Contoh soalan.

> Untuk menambah soalan seterusnya, klik Add item dan pilih Question type-Multiple
Choice.
> Anda boleh membina seberapa banyak item yang anda mahu, bergantung kepada
tahap kemahiran murid.

Rajah: Contoh beberapa soalan yang telah dibina.

> Setelah selesai membina item-item, di bahagian bawah borang, terdapat bahagian
dimana anda boleh membuat beberapa tetapan berikut:
i) Anda boleh menukar respon mesej yang akan disampaikan kepada pengguna
setelah selesai menjawab semua soalan.
ii) Anda boleh memberi pautan untuk pengguna menjawab semula soalan.
iii) Anda boleh memberi pautan kepada pengguna untuk melihat rumusan respon
pengguna-pengguna lain dalam bentuk grafdan carta.
iv) Anda boleh membenarkan pengguna untuk mengubah jawapan mereka setelah
dihantar.

Rajah: Contoh mesej yang akan disampaikan kepada pengguna.

> Perlu diingatkan agar anda tidak menanda ketiga-tiga kotak tetapan memandangkan
ini adalah borang untuk tujuan pentaksiran.

Langkah 5: Memberi pautan borang kepada pengguna


> Untuk memberi pautan borang kepada pengguna, anda perlu klik butang Send form
dan satu tetingkap akan muncul.

> Salin pautan yang diberikan dengan mengklik pada URL yang diberikan dan tekan
Ctrl + C

> Memandangkan pautan yang diberikan terlalu panjang, anda boleh memendekkan
URL tersebut dengan menggunakan shorten url.

> Ada beberapa cara untuk memendekkan pautan URL. Antaranya adalah Google
URL Shorterner (goo.gl). Taip goo.gl pada omnibox.

> Paparan antaramuka Google URL Shorterner seperti di bawah akan muncul.

> Tampal pautan URL yang telah disalin daripada Google Form pada kotak yang
disediakan dan tekan butang Shorten URL.

1- tampal URL

2- klik

> Pautan URL telah diringkaskan seperti di bawah. Anda hanya perlu salin dan kongsi
pautan ini kepada murid untuk mereka mengakses borang yang telah dibina.

> Kini murid boleh menjawab soalan pentaksiran yang anda bina melalui pautan yang
anda berikan.

Langkah 6: Melihat Respon Pengguna


> Setelah murid selesai menjawab, anda boleh melihat respon jawapan murid secara
langsung melalui view responses.

> Di bawah adalah contoh paparan respon jawapan daripada murid melalui Google
Sheets.

Membuat penggredan menggunakan Flubaroo


Apakah Flubaroo?
Flubaroo adalah Add-on percuma yang membantu anda membuat penilaian gred
dengan cepat yang dihasilkan dengan Google Form.

Apabila anda membuat pentaksiran dengan Google Form, Flubaroo boleh digunakan
untuk memberi gred kepada jawapan pelajar, e-mel keputusan mereka, dan memberi
maklumat terperinci mengenai pencapaian pentaksiran pelajar.

Bagaimana memnggunakan Flubaroo?


Terdapat beberapa langkah dalam menggunakan Flubaroo untuk membuat penilaian
dalam talian. Kita akan lihat pada setiap langkah secara terperinci.
Secara umumnya, langkah-langkah utama ialah:
1. Membuat pentaksiran dalam Google Form.
2. Menghantar jawapan yang betul melalui Google Form untuk dijadikan skema
jawapan.
3. Menghantar borang tersebut kepada pelajar untuk pentaksiran.
4. Memasukkan Flubaroo Add-on ke dalam Google Spreadsheet.
5. Flubaroo memberi gred kepada jawapan pelajar dan melihat keputusan.
6. E-mel gred pentaksiran pelajar.

Untuk menambah Flubaroo dalam Google Sheets


> Anda boleh menambah Flubaroo pada Google Sheets dengan klik pada menu Addons

> Klik Get Add-ons


> Paparan Add-ons akan muncul.

> Cari Add-ons Flubaroo pada kotak carian.


> Klik Free untuk menambah Flubaroo dalam Google Sheets anda.

> Setelah Flubaroo ditambah, anda boleh mula memberi gred pada respon jawapan
murid.

Langkah 1: Menentukan Peratus Lulus


> Sebelum anda menggred respon jawapan murid, anda perlu menetapkan peratus
lulus untuk pentaksiran yang anda lakukan.
> Klik Add-ons pilih Flubaroo, klik menu Advanced dan Advanced options.

> Paparan berikut akan muncul. Setelah selesai, klik Submit.

Langkah 2: Menggred
> Klik Grade Assignment

a) Menentukan markah untuk setiap soalan


Anda boleh menentukan markah bagi setiap soalan. Bagi medan NAMA,
KELAS dan E-MEL anda perlu tetapkan pilihan Identifies student kerana
tiada markah untuk medan ini. Klik Continue setelah seleasi.

b) Menentukan kunci jawapan (answer key).


Anda perlu menentukan kunci jawapan (answer key) untuk dijadikan skema
jawapan bagi soalan-soalan yang diberikan. Guru harus menjawab terlebih
dahulu soalan-soalan tersebut untuk dijadikan kunci jawapan (answer key).
Kemudian klik Continue setelah selesai.

c) Melihat gred
Flubaroo akan memberi gred kepada respon jawapan murid dan paparan
Grading Complete akan muncul dan klik View Grade untuk melihat.

> Paparan berikut akan terhasil.

> Sheet Grades akan wujud untuk menunjukkan gred bagi setiap respon
jawapan murid.
> Anda boleh melihat analisis (bilangan murid menjawab dengan betul) untuk
setiap soalan pada paparan ini.

> Paparan di bawah menunjukkan analisis markah dan peratus yang diperolehi
oleh setiap murid.

< SEKIAN >

You might also like