You are on page 1of 14

MEMBINA SOALAN ONLINE IKUT MATA PELAJARAN YG DI AJAR

MENGGUNAKAN GOOGLE FORM 2020

CARA PERTAMA
CARA PERTAMA

Ramai yang tanya bagaimana cara nak buat kuiz secara atas talian (online) menggunakan
Google Form?
Kuiz ini boleh dijawab oleh murid-murid secara online di rumah, terutamanya ketika sedang cuti
sekolah.
Murid tidak perlu print soalan tersebut, boleh terus menjawabnya secara atas talian,
menggunakan laptop atau smartphone.
Kuiz ini juga boleh terus ditanda secara automatik, jadi murid tahu soalan yang mana mereka
jawab betul atau salah, dan berapa markah yang mereka telah perolehi.
Senarai perkara yang diperlukan:
1. Laptop / Smartphone
2. Akaun Gmail
3. Internet
4. Senarai soalan / bahan untuk membina soalan
Berikut merupakan panduan untuk membina soalan kuiz ringkas menggunakan Google Form.
Ikut langkah mudah di bawah:
1. Buka Google Form di website: https://docs.google.com/forms
2. Bina soalan anda, anda boleh pilih soalan jenis Multiple Choice untuk lebih mudah murid anda
menjawabnya. Rujuk gambar di bawah:
3. Bina seberapa banyak soalan yang anda mahu, selain soalan Multiple Choice, anda juga
boleh membuat soalan berbentuk, jawapan pendek, dropdown menu, dan check box.
4. Setelah anda berjaya menyiapkan soalan dan pilihan jawapan, anda perlu jadikan ia sebagai
kuiz, dan boleh jadikan ia automatik marking. Ikut langkah seterusnya iaitu dengan pergi ke
menu Setting. Setting berada di atas sebelah kanan. Rujuk gambar:
5. Kemudian anda pergi ke menu Quizzes, dan pilih “make this a quiz”
6. Di ruang ini anda boleh setting sama ada mahu membenarkan ia terus ditanda atau tidak.
Anda juga boleh membenarkan murid anda untuk melihat soalan yang dijawab salah, soalan
betul dan markah yang diperolehi.
7. Selepas itu tekan SAVE.
8. Kemudian, langkah seterusnya anda perlu pergi semula ke soalan yang anda buat tadi untuk
setting jawapan yang betul bagi setiap soalan.
Anda juga boleh isi Markah (point) bagi setiap soalan yang dijawab dengan betul.

10. Selepas siap, anda boleh share link kuiz anda kepada murid anda atau guru lain. Caranya
ialah dengan menekan butang seperti di dalam gambar.
Kemudian tekan simbol link:
11. Kemudian tekan copy, dan anda boleh paste ke siapa yang anda ingin beri link tersebut.
Diharap panduan ini dapat membantu anda dalam membina kuiz secara online dan boleh
membantu anak murid anda dalam membuat latihan dan ulangkaji.

You might also like