You are on page 1of 11

PANDUAN PENGURUSAN SOAL SELIDIK PELAKSANAAN PEMBELAJARAN

SECARA DALAM TALIAN PERINGKAT SEKOLAH.

TUJUAN

Soal selidik ini dijalankan untuk pengumpulan data berkaitan kesediaan guru dan
murid sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PDP) secara
dalam talian (online). Kesediaan ini merujuk kepada akses internet dan kemudahan
peranti. Data yang dikumpul akan digunakan oleh pihak berkepentingan iaitu:

1. Guru
Guru dapat mengetahui kesediaan murid terhadap PDP secara dalam talian.
Oleh itu guru dapat merancang dan melaksanakan PDP yang berkesan dan
pelbagai mengikut kesediaan murid.

2. Sekolah
Sekolah dapat mengetahui kesediaan guru dan murid untuk melaksanakan
PDP secara dalam talian. Oleh itu pentadbir dapat merancang latihan / bantuan
yang diperlukan oleh guru dan murid. Pentadbir juga dapat merancang dan
memantau keberkesanan PDP oleh guru.

3. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

JPN dan PPD dapat mengetahui kesediaan guru dan murid dalam
melaksanakan PDP secara dalam talian. Berdasarkan data ini, JPN dapat
merangka strategi jangka pendek / jangka panjang serta membantu dalam
mencari penyelesaian terbaik kepada isu dan masalah yang dihadapi oleh
pihak sekolah, guru dan murid semasa melaksanakan PDP secara dalam
talian.
KAEDAH PELAKSANAAN

Soal selidik ini dicadangkan dilaksanakan di peringkat sekolah masing-masing supaya


data yang diperolehi dapat ditentusahkan oleh pihak sekolah. Pengumpulan data ini
berdasarkan kutipan data di sekolah dengan menggunakan templat Google Form
yang disediakan.

Langkah Pelaksanaan Peringkat Sekolah.

1. Sekolah perlu melantik Guru Penyelaras untuk menguruskan soal selidik.


2. Guru Penyelaras perlu pergi ke url yang disenaraikan di bawah dan klik button
make a copy untuk memuat turun templat yang telah disediakan:
a. Templat soal selidik Guru : http://tiny.cc/SoalGuru
b. Templat soal selidik Murid : http://tiny.cc/SoalMurid
c. Templat soal selidik Murid Berkeperluan Khas (MBK) :
http://tiny.cc/SoalMuridMBK
3. Templat yang dimuat turun akan berada di dalam Google Drive. Guru
Penyelaras boleh mengubah bahagian header sahaja melalui menu
Customize Theme untuk ditukar kepada logo sekolah masing-masing. Tajuk
soal selidik juga di masukkan nama sekolah. Set soalan lain TIDAK PERLU
DIUBAH.

Bahagian
Header

Tajuk
Google
Form

a. Guru Penyelaras boleh menukar bahagian header dan nama sekolah.


Menu
Customize
Theme

b. Klik menu Customize Theme untuk menukar logo.

Menu Image uploaded

c. Klik menu Image Uploaded dan pilih logo sekolah anda. Sila pastikan logo
tersebut tidak melebihi saiz 1600 x 400 piksel.

Menu Responses

Menu View
responses in
sheets
d. Klik menu Responses dan klik menu View responses in Sheets bagi
mewujudkan Google Sheets yang mengumpul semua respon yang
diterima.

Klik menu Settings


Jangan pilih (uncheck)

Jangan pilih
Limit to 1
response.

e. Klik menu Settings dan pastikan pilihan Restrict to users in Ministry Of


Education Malaysia and its trusted organizations dan Limit to 1 response
tidak dipilih. Ini supaya guru atau ibu bapa yang tidak menggunakan akaun
Gmail KPM dan mempunyai anak yang lebih dari seorang dapat menjawab
soal selidik ini.

Menu Send

Menu Link

Pilihan Shorten
URL

Menu Copy

f. Klik menu Send untuk dapatkan link bagi Google Form. Klik menu Link dan
pilih Shorten URL. Link ini boleh diedarkan kepada ibu bapa. Jika sekolah
ingin ubah (customize) link boleh guna website seperti https://tiny.cc/

Paste link yang


di copy tadi di
sini
Isikan nama link
yang
dikehendaki dan
klik Shorten

g. Link yang telah di copy sebentar tadi boleh diubah dengan nama sendiri.

4. Guru Penyelaras boleh mengedarkan link Google Form Soal Selidik Murid
yang sudah diubah berkenaan kepada ibu bapa menggunakan kaedah yang
sekolah kenalpasti (contoh Whatsapp Group kelas dan lain-lain).
5. Guru Penyelaras juga perlu melaksanakan kaedah yang sama seperti di atas
untuk Soal Selidik Guru. Link untuk Google Form Soal Selidik Guru perlu
diedarkan kepada semua guru di sekolah.
6. Guru Penyelaras perlu memantau jumlah respon yang dikumpulkan di dalam
Google Sheets yang diwujudkan. Fail ini ada di dalam Google Drive bersama
Google Form.
7. Apabila tempoh soal selidik ini tamat, Guru Penyelaras perlu mengisi Google
Form Rumusan Soal Selidik mengikut PPD. Link Google Form tersebut adalah
seperti berikut:
a. Sekolah PPD Bangsar Pudu : http://tiny.cc/RumusanSekolahPPDBP
b. Sekolah PPD Keramat : http://tiny.cc/RumusanSekolahPPDK
c. Sekolah PPD Sentul : http://tiny.cc/RumusanSekolahPPDS
8. Guru Penyelaras perlu mengisi link bagi setiap Google Sheets setiap soal
selidik iaitu Soal Selidik Guru, Soal Selidik Murid dan Soal Selidik Murid MBK
(jika berkaitan) di dalam Google Form Rumusan tersebut. Langkah mendapat
link untuk Google Sheets adalah seperti berikut:
Menu Get
shareable link

Pilih Google
Sheet untuk
soal selidik

a. Klik fail Google Sheet untuk Soal Selidik dan right klik untuk keluarkan
menu. Pilih menu Get shareable link.

Menu Link
sharing on

Menu Sharing
settings

b. Klik untuk Link sharing on. Kemudian klik pada menu Sharing settings di
bahagian bawah.

Menu More

c. Klik menu More untuk buat buat pilihan Link Sharing.


Pilihan On –
Anyone with the
link

Menu Save

d. Klik pada pilihan On – Anyone with the link. Klik menu Save.

Menu Copy Link

Menu Done

e. Klik menu Copy Link dan klik menu Done.

9. Guru Penyelaras boleh paste link yang di copy tadi pada ruang yang
disediakan dalam Google Form Rumusan Soal Selidik mengikut jenis soal
selidik.
10. Guru Penyelaras boleh memberi data yang diperolehi dari soal selidik ini
kepada pentadbir sekolah untuk analisa dan perancangan PDP secara dalam
talian.
CARTA ALIR PROSES SOAL SELIDIK

TINDAKAN TANGGUNGJAWAB

Mula

Keluarkan surat ke SSTP JPWPKL


PPD pada 4 Mei 2020

Keluarkan surat ke
PPD
sekolah pada 5 Mei 2020

Edarkan soal selidik


Sekolah
kepada guru dan ibu bapa
pada 6 Mei 2020

Hantar data ke PPD pada Sekolah


12 Mei 2020

Gabung data sekolah PPD

Hantar data ke JPWPKL PPD


pada 14 Mei 2020

Tamat
PANDUAN PENGURUSAN SOAL SELIDIK PELAKSANAAN PEMBELAJARAN
SECARA DALAM TALIAN PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH.

TUJUAN

Soal selidik ini dijalankan untuk pengumpulan data berkaitan kesediaan guru dan
murid sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PDP) secara
dalam talian (online). Kesediaan ini merujuk kepada akses internet dan kemudahan
peranti. Data yang dikumpul akan digunakan oleh pihak berkepentingan iaitu:

1. Guru
Guru dapat mengetahui kesediaan murid terhadap PDP secara dalam talian.
Oleh itu guru dapat merancang dan melaksanakan PDP yang berkesan dan
pelbagai mengikut kesediaan murid.

2. Sekolah
Sekolah dapat mengetahui kesediaan guru dan murid untuk melaksanakan
PDP secara dalam talian. Oleh itu pentadbir dapat merancang latihan / bantuan
yang diperlukan oleh guru dan murid. Pentadbir juga dapat merancang dan
memantau keberkesanan PDP oleh guru.

3. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

JPN dan PPD dapat mengetahui kesediaan guru dan murid dalam
melaksanakan PDP secara dalam talian. Berdasarkan data ini, JPN dapat
merangka strategi jangka pendek / jangka panjang serta membantu dalam
mencari penyelesaian terbaik kepada isu dan masalah yang dihadapi oleh
pihak sekolah, guru dan murid semasa melaksanakan PDP secara dalam
talian.
KAEDAH PELAKSANAAN

Soal selidik ini dicadangkan dilaksanakan di peringkat sekolah masing-masing supaya


data yang diperolehi dapat ditentusahkan oleh pihak sekolah. Pengumpulan data ini
berdasarkan kutipan data di sekolah dengan menggunakan templat Google Form
yang disediakan.

Langkah Pelaksanaan Peringkat PPD

1. PPD perlu melantik seorang Pegawai Penyelaras Soal Selidik untuk menguruskan
soal selidik ini.
2. PPD perlu menghantar Surat Arahan dan Panduan Pelaksanaan Soal Selidik
Peringkat Sekolah kepada sekolah.
3. Pegawai Penyelaras perlu memantau penghantaran data oleh sekolah melalui
Google Sheets yang di kongsi (share link) oleh Admin JPWPKL dengan Admin PDL
KPM di PPD masing-masing. Admin ID yang dihubungkan adalah seperti berikut:
a. PPD Bangsar Pudu : ppd-w010@moe-dl.edu.my
b. PPD Keramat : ppd-w020@moe-dl.edu.my
c. PPD Sentul : ppd-w030@moe-dl.edu.my
4. Pegawai Penyelaras di PPD perlu menggabungkan data sekolah di bawah PPD
masing-masing untuk dijadikan data PPD.
5. Data PPD perlu dikongsi dengan JPWPKL melalui emel atau share link dengan ID
: jpn-wp-kuala-lumpur-cm44@moe-dl.edu.my
6. Sebarang pertanyaan berhubung soal selidik ini boleh hubungi En Ahmad Hafiz bin
Abdul Gani di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, JPWPKL.
CARTA ALIR PROSES SOAL SELIDIK

TINDAKAN TANGGUNGJAWAB

Mula

Keluarkan surat ke SSTP JPWPKL


PPD pada 4 Mei 2020

Keluarkan surat ke
PPD
sekolah pada 5 Mei 2020

Edarkan soal selidik


Sekolah
kepada guru dan ibu bapa
pada 6 Mei 2020

Hantar data ke PPD pada Sekolah


12 Mei 2020

Gabung data sekolah PPD

Hantar data ke JPWPKL PPD


pada 14 Mei 2020

Tamat

You might also like