You are on page 1of 9

KOD KURSUS : GGGE5013

NAMA KURSUS : KURIKULUM & INOVASI DALAM PENDIDIKAN

SEMESTER : 1

SESI : 2023/2024

SET : 14

NAMA PENSYARAH : LT. COL. PM MOHD JASMY ABD RAHMAN

TAJUK TUGASAN : PEMBENTANGAN BAHAN P&P WEB 2.0


(PROJEK BERKUMPULAN)

DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN 5

NO NAMA NO MATRIK

1. NUR AZIEHA BINTI JUSOH P133354

2. NAJIHATUL HUSNA BINTI ABU HASHIM P133287

3. NUR AFIFAH SYUKRINA BINTI YUSOF FAUZI P133332

4. SUTHASNY A/P MANIRAJOO P133197

5. SYUKRI BIN SEPIE P133213


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ......................................................................................................................... 1


2.0 HASIL DAPATAN .................................................................................................................... 1
3.0 HASIL BINAAN WEB 2.0 ........................................................................................................ 3
3.1 GURU ................................................................................................................................... 3
3.2 MURID DAN IBUBAPA..................................................................................................... 5
4.0 KESIMPULAN .......................................................................................................................... 7
5.0 RUJUKAN.................................................................................................................................. 7
1.0 PENGENALAN

Selaras dengan perkembangan teknologi pada era ini, penggunaan teknologi dan
komunikasi (ICT) dalam pendidikan juga merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan.
Teknologi maklumat dan komunikasi merujuk kepada pelbagai bentuk alat dan sistem yang
digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, menyimpan, menghantar, dan mengedar
maklumat melalui media elektronik (Melvina & Jamaludin, 2010). Pelbagai aplikasi Web 2.0
disediakan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Web 2.0 ini
semakin hari semakin meningkat dan berkembang dalam bidang pendidikan di seluruh dunia.
Contoh aplikasi Web 2.0 termasuklah wiki, blog, Facebook, YouTube, Prezi, Powtoon, Padlet,
Kahoot dan seumpamanya.

Padlet adalah satu aplikasi yang mudah untuk guru dan pelajar terutamanya dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) serta sangat sesuai digunakan untuk pembelajaran norma
baharu. Ia merupakan satu aplikasi alternatif untuk aktiviti dan perbincangan melibatkan
pengajaran dan pemudahcaraan dalam proses pembelajaran. Laman Padlet merupakan laman
sesawang yang membolehkan pengguna menyiarkan pendapat dan mengakses bahan dengan
pelbagai ciri-ciri yang unik dengan nota lekat elektronik pada dinding digital yang boleh dikongsi
bersama-sama dengan pengguna yang lain.

2.0 HASIL DAPATAN

Penggunaan bahan inovatif dalam sesi pembelajaran dapat meningkatkan pemahaman


pelajar dan membantu mereka mencapai matlamat pembelajaran yang lebih efektif. Setiap
platform yang digunakan sebagai bahan pengajaran mempunyai kelebihan tersendiri. Justeru itu,
bagi memastikan pembelajaran pelajar yang berkesan dikecapi, guru hendaklah menggunakan
bahan inovatif yang boleh merangsang minat pelajar di samping mencapai matlamat pembelajaran
yang optimum.

Dengan ini, kumpulan kami telah memilih subjek matematik tahun 1, Unit 7: Sukatan dan
Geometri di bawah subtopik 7.1: Bentuk tiga dimensi berdasarkan Standard Kurikulum dan
Penilaian (DSKP). Berdasarkan topik tersebut, bahan pengajaran yang menarik dicipta untuk
1
menambahkan rasa minat untuk belajar dalam kalangan pelajar. Oleh itu, kami menggunakan
laman Padlet, yang menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan interaktif. Pelajar juga
tidak akan bosan dan boleh mempelajari dan meneroka perkara baharu.

Kami menggunakan Padlet, platform yang membolehkan guru memuat naik bahan
pembelajaran seperti video, imej dan kuiz untuk menilai pemahaman pelajar sebagai aktiviti
pembelajaran. Selain itu, pelajar juga boleh mengakses perisian Padlet ini melalui sebarang
peranti teknologi, termasuk komputer, komputer riba, telefon pintar dan tablet. Oleh itu, guru
harus mengambil langkah aktif untuk menguasai pelbagai bahan bantu mengajar (BBM)
berasaskan teknologi bagi merangsang minat pelajar menjadikan pembelajaran Matematik lebih
menarik dan berkesan.

2
3.0 HASIL BINAAN WEB 2.0

Penghasilan web ini didapati dapat memberikan banyak manfaat kepada guru, pelajar serta ibu
bapa khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Subtopik ini bertujuan untuk
memberikan penerangan dengan lebih lanjut dan terperinci tentang penggunaan hasil binaan web
yang telah kami sediakan iaitu Padlet. Berikut merupakan hasil web 2.0 yang dipaparkan
menerusi sudut pandang guru serta pelajar.

3.1 GURU

Rajah 3.1.1, 3.1.2 dan 3.1.3 menunjukkan paparan hasil web Padlet dari perspektif guru.
Laman Padlet ini dapat diklasifikasikan sebagai laman mesra pengguna oleh kerana
pengendaliannya yang mudah dan senang difahami terutamanya bagi pengguna yang pertama kali
mengakses laman ini. Oleh yang demikian, guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) untuk menjadikan sesebuah proses pembelajaran itu lebih menarik melalui media
grafik, animasi, video dan bahan-bahan lain mengikut kesesuaian topik. Selain merupakan medium
perkongsian ilmu, laman ini juga dapat dijadikan medium untuk menilai tahap kefahaman pelajar tentang
sesuatu topik yang dipelajari. Hal ini kerana, laman ini membenarkan guru untuk menambah cara penilaian
pelajar dengan pautan aplikasi-aplikasi yang menarik seperti quizziz, kahoot, wordwall dan sebagainya (Rajah
3.1.1).

Rajah 3.1.1 Paparan Padlet dari perspektif dan sudut pandang guru
semasa mengakses binaan web.

3
Laman Padlet ini membolehkan guru untuk mengakses, menyunting paparan serta mengolah
input yang hendak dimasukkan mengikut kreativiti mereka sendiri (Rajah 3.1.2). Melalui binaan
web ini, guru boleh menentukan bentuk format yang ingin digunakan dengan kesesuaian subjek
mereka untuk memudahkan kaedah penyampaian maklumat kepada pelajar. Guru juga boleh
menukar tetapan supaya murid dapat melihat dan menulis jawapan dalam setiap seksyen yang
terkandung di dalam laman Padlet tersebut (Rajah 3.1.3). Tambahan lagi, guru dapat
menggunakan laman ini secara maksimum untuk menerbitkan informasi dan paparan aktiviti yang
lebih menarik menggunakan interaktif yang sudah tersedia di dalam laman web ini.

Rajah 3.1.2 Paparan Padlet yang membolehkan guru untuk menerbit dan
menyunting informasi serta aktiviti mengikut turutan di dalam binaan
web.

Rajah 3.1.3 Layar tetapan untuk menentukan format yang bersesuaian


dengan subjek tertentu menggunakan interaktif sedia ada.
4
3.2 MURID DAN IBUBAPA

Berdasarkan pada rajah 3.2.1, 3.2.2 dan 3.2.3 yang dipaparkan di bawah, ianya merupakan
paparan laman Padlet dari sisi pelajar yang mengakses hasil binaan web 2.0 tersebut. Pelajar dapat
mengakses secara kendiri melalui pelbagai jenis peranti elektronik yang tersedia seperti
komputer, laptop, tablet, telefon bimbit dan sebagainya yang menyokong laman Padlet ini. Laman
Padlet ini adalah fleksibel iaitu membolehkan pelajar untuk bebas mengakses informasi yang
dikongsi tidak kira di mana mereka berada serta tanpa had waktu. Melalui laman Padlet ini, guru
dapat berkongsi informasi tambahan berkenaan topik-topik yang akan dipelajari yang kebiasaanya
akan dikongsi sebagai pengenalan tajuk. Pelajar dapat membaca terlebih dahulu maklumat yang
tersedia tersebut dan seterusnya boleh menonton sebarang video pembelajaran yang dikongsi melalui
pautan yang dikongsi sebagai maklumat tambahan untuk membantu pelajar memahami topik tersebut
dengan lebih mendalam. Selain itu, terdapat juga rungan perkongsian rajah-rajah yang berkaitan untuk
mengukuhkan lagi kefahaman pelajar untuk dijadikan panduan tambahan (Rajah 3.2.1).

Rajah 3.2.1 Paparan laman Padlet dari perspektif pelajar.

Selain itu, bagi memudahkan penyampaian maklumat, pelajar juga dapat mengakses
informasi yang dikongsi secara tayangan slaid (Rajah 3.2.2). Hal ini membenarkan pelajar untuk
memperoleh informasi secara sejajar dengan turutan pelajaran yang hendak disampaikan oleh
guru. Seterusnya, pelajar juga dapat turut serta dalam beberapa aktiviti pengukuhan untuk menguji
kefahaman pelajar berkenaan topik yang telah dipelajari dengan mengakses bahagian

5
aktiviti/kuiz. Laman Padlet ini juga membenarkan pelajar untuk meninggalkan komen atau apa-
apa pertanyaan berkenaan topik yang dipelajari di setiap ruangan komen tersedia sebagai satu
alternatif interaksi antara pelajar dan juga guru (Rajah 3.2.3). Ibubapa juga boleh turut serta dalam
aktiviti PdPc ini dengan membimbing anak dari awal hingga akhir pembelajaran. Ibubapa turut
berpeluang memantau aktiviti PdPc ini secara langsung dan membantu pelajar melaksanakan
tugasan yang diberikan oleh guru serta dapat memantau perkembangan pembelajaran anak-anak.
Berikut disertakan pautan laman Padlet yang digunakan sebagai rujukan,
https://padlet.com/p133213_/sukatan-dan-geometri-8laf4ceex7jvamp2 .

Rajah 3.2.2 Paparan tayangan slaid melalui laman Padlet.

Rajah 3.2.3 Ruangan komen setiap seksyen pembelajaran.


6
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, teknologi web 2.0 merupakan satu inovasi yang berpotensi untuk digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Teknologi ini berpatutan dan mudah digunakan
oleh segenap lapisan masyarakat. Pelbagai aplikasi web 2.0 telah dibangunkan selaras dengan
perkembangan ekonomi zaman kini. Kebanyakan aplikasi dan laman ini tersedia secara percuma.
Pengguna boleh menggunakan laman ini dengan sokongan yang minimum dari setiap sudut.
Penggunaan teknologi web 2.0 dalam pendidikan mempunyai potensi besar untuk menyokong
dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aplikasi web 2.0
membolehkan pelajar bukan sahaja mengakses internet dan mendapatkan maklumat, tetapi juga
membina pengetahuan melalui interaksi sosial. Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan
bahawa penyepaduan teknologi web 2.0 seperti blog dan wiki ke dalam persekitaran pembelajaran
meningkatkan kepuasan pelajar, meningkatkan kualiti pembelajaran dan mewujudkan interaksi
sosial antara pelajar dan guru telah terbukti berkesan.

5.0 RUJUKAN

Fariza Khalid &Nurul Syaida Md Zuki. (2016). Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam Pendidikan
Abad Ke-21. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

You might also like