You are on page 1of 22

AKTIVITI

PERKHIDMATAN
LAIN

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA


PENYIASATAN PERTUBUHAN PERKHIDMATAN 2015
(BAGI TAHUN RUJUKAN 2014)

PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK

A. UMUM

1. Penyiasatan pertubuhan perkhidmatan ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Perangkaan


1965 (Disemak-1989). Akta ini menjamin bahawa kandungan soal selidik pertubuhan yang
diterima adalah SULIT dan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi
di luar Jabatan ini. Soal selidik tuan akan hanya digunakan bersama-sama dengan soal
selidik lain bagi memperoleh perangkaan menyeluruh. Akta ini juga memperuntukkan denda
yang berat ke atas keengganan memberikan kerjasama.

2. Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik ini hendaklah meliputi tahun takwim
2014. Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan yang tahun kewangan tidak sama dengan
tahun takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih daripada enam (6)
bulan dari tahun takwim boleh diterima. Sekiranya akaun tuan belum dimuktamadkan, sila
berikan anggaran yang munasabah.

3. Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk soal selidik ini adalah terletak kepada
pemilik pertubuhan ini dan bukan wakil, setiausaha atau akauntannya, meskipun mereka ini
boleh bertindak bagi pihak pemilik.

4. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir.

5. Semasa melengkapkan soal selidik ini, sekiranya terdapat mana-mana yang mempunyai
perbezaan yang ketara berbanding dengan tahun sebelumnya, sila jelaskan perbezaan
tersebut pada ruangan catatan di muka surat 14 soal selidik ini. Penjelasan ini akan
membantu meminimakan pertanyaan.

B. SKOP DAN LIPUTAN

1. Penyiasatan ini meliputi semua pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti perkhidmatan yang
terpilih di Malaysia.

2. Aktiviti perkhidmatan lain yang diliputi adalah termasuk aktiviti:-


(a) Perkhidmatan basuhan dan cucian kering bagi tekstil dan produk berbulu
Perkhidmatan ini meliputi pencucian dan cucian kering, mensyampoo karpet dan
permaidani, serta pengeringan dan cucian langsir sama ada di premis pengguna atau
sebaliknya, penyediaan linen, baju seragam dan perkara berkaitan dengan cucian
dan lain-lain.

1
(b) Perkhidmatan dandanan rambut dan penjagaan kecantikan lain
(c) Aktiviti berkaitan pengebumian manusia atau haiwan dan aktiviti yang
berkaitan dengannya
(d) Aktiviti perkhidmatan lain t.t.t.l.
Perkhidmatan ini termasuk aktiviti sauna, mandian stim, salon mengurut, aktiviti
astrological dan kerohanian, aktiviti social (cth: perkhidmatan pengiring, temujanji dan
biro perkahwinan), perkhidmatan jagaan haiwan (termasuk penumpangan, perapian
mendudukkan dan melatih binatang), organisasi genealogikal, pengilat kasut, porter,
valet memakir kereta, operasi konsesi bagi perkhidmatan mesin duit syiling untuk
kegunaan persendirian (termasuk kios foto, mesin penimbang berat badan dan
operasi loker bersyiling) dan aktiviti perkhidmatan lain t.t.t.l.

3. Tuan dikehendaki melaporkan semua aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh pertubuhan ini
yang meliputi mana-mana aktiviti yang dinyatakan di atas.

4. Jika jenis pertubuhan ini adalah BEBAS, sila laporkan semua maklumat dalam soal selidik ini
KECUALI Soalan 11 di muka surat 15.

5. Jika jenis pertubuhan ini adalah IBU PEJABAT, sila laporkan semua maklumat dalam soal
selidik ini. Jika jenis pertubuhan ini adalah cawangan yang tidak mempunyai akaun yang
berasingan dengan ibu pejabat, sila pastikan alamat ibu pejabat dilaporkan di Soalan 11.1 di
muka surat 15.

C. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK

Soalan 1: Maklumat Pengenalan

1.1 Sila nyatakan jenis pertubuhan tuan dan tanda (X) dalam satu kotak sahaja.

1.2 Sila berikan tarikh permulaan perniagaan tuan sekarang.

1.3 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh operasi perlu meliputi
sekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam tahun rujukan.

(a) 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014

Hari Bulan Tahun Hari Bulan Tahun


Dari 0 1 / 0 1 / 2 0 1 4 hingga 3 1 / 1 2 / 2 0 1 4

(b) 1 Julai 2014 hingga 30 Jun 2015


Hari Bulan Tahun Hari Bulan Tahun
Dari 0 1 / 0 7 / 2 0 1 4 hingga 3 0 / 0 6 / 2 0 1 5

1.4 Sila nyatakan aktiviti utama pertubuhan tuan berasaskan perkhidmatan yang
memberikan sumbangan terbesar dari segi nilai.

1.5 Sila nyatakan alamat tempat perniagaan tuan jika sekiranya ia tidak sama dengan
alamat pos di muka surat hadapan. Alamat tempat perniagaan merujuk kepada

2
alamat lokasi fizikal di mana tempat perniagaan sebenar terletak. Jika lokasi sebenar
terletak di luar kawasan bandar, sila berikan lokasinya dengan lengkap seperti
kampung atau bandar yang berhampiran sekali dengannya.

1.6 Sila pastikan data yang dilapor dalam soal selidik ini hanya berkaitan dengan
pertubuhan ini di mana lokasinya adalah sama seperti alamat yang diberikan di
dalam Soalan 1.5.
Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.

1.7 Sila tanda ‘X’ dalam satu kotak sahaja


Perkhidmatan yang dimaksudkan adalah komoditi tidak ketara.
Perkhidmatan perdagangan antarabangsa adalah perkhidmatan yang dieksport dari
atau perkhidmatan yang diimport ke Malaysia. Ini meliputi perkhidmatan perdagangan
kepada sebarang individu atau entiti perniagaan yang terletak di luar Malaysia

Termasuk:
• transaksi dengan cawangan atau anak syarikat bagi perniagaan Malaysia
yang berada di luar Malaysia.
• bagi perkhidmatan pembinaan, perdagangan antarabangsa termasuk kedua-
dua barangan dan perkhidmatan.

Tidak termasuk:
• transaksi dengan cawangan atau anak syarikat bagi perniagaan asing yang
berada di dalam Malaysia

Soalan 2: Struktur Hak Milik

2.1 Dana pemegang saham:

(a) Modal berbayar


Masukkan nilai modal berbayar di dalam kotak yang disediakan.
i. Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, merujuk
kepada modal yang disumbangkan oleh pemilik perseorangan atau rakan
kongsi.
ii. Bagi syarikat sendirian berhad atau syarikat awam berhad, merujuk
kepada modal saham yang dibayar oleh syarikat.
iii. Bagi perbadanan awam, merujuk kepada modal yang dibayar oleh
kerajaan Malaysia.
iv. Bagi koperasi, merujuk kepada saham yang dilanggani dan dibayar oleh
anggota-anggota, dan / atau modal yuran.

(b) Rizab
Masukkan nilai rizab dalam kotak yang disediakan.
i. Bagi syarikat berhad, merujuk kepada keuntungan atau kerugian yang
terkumpul, rizab modal, akaun premium saham, rizab am, rizab tukaran
mata wang asing dan rizab lain.
ii. Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, merujuk
kepada baki dalam akaun keuntungan dan kerugian.
iii. Bagi koperasi, merujuk kepada keuntungan atau kerugian yang
terkumpul dan dana rizab.

3
2.2 Sila berikan peratus (%) hak milik pertubuhan berdasarkan modal berbayar seperti pada
31 Disember 2014.

Hak milik sesebuah pertubuhan dikelaskan mengikut taraf residen pemilik modal berbayar
terbesar (lebih daripada 50%) dan bukannya mengikut taraf kewarganegaraan mereka.

(a) Dipegang oleh Residen Malaysia


Residen Malaysia adalah individu, pertubuhan atau organisasi lain yang
lazimnya berada di Malaysia untuk jangka masa sekurang-kurangnya satu
tahun. Residen Malaysia meliputi:
• Cawangan dan anak syarikat asing yang didaftarkan di Malaysia;
dan
• Warga asing yang menetap atau bekerja di Malaysia lebih daripada
setahun.

(b) Dipegang secara langsung oleh Bukan Residen Malaysia


Bukan Residen Malaysia ialah individu, pertubuhan atau organisasi yang
lazimnya tinggal atau terletak di negara lain selain Malaysia. Bukan
residen Malaysia terdiri daripada:
• Cawangan dan anak syarikat di luar negara kepada syarikat induk di
Malaysia; dan
• Rakyat Malaysia yang bekerja atau menetap di luar negara melebihi
setahun.

Jika modal berbayar pertubuhan tuan dipegang melebihi 50 peratus,


sila nyatakan negara syarikat induk muktamad.

Syarikat induk muktamad merujuk kepada entiti teratas dalam rantaian


pemilikan syarikat yang memiliki, secara langsung atau tidak langsung,
kepentingan milikan ekuiti dalam pertubuhan ini sebanyak lebih
50 peratus.

Negara merujuk kepada lokasi di mana syarikat induk muktamad


menjalankan aktiviti ekonomi/perniagaan.

Soalan 3: Perbelanjaan Modal dan Nilai Harta

i. Maklumat yang dikehendaki dalam soalan ini adalah:


(a) nilai inventori harta seperti pada hari pertama dan hari terakhir bagi tahun
rujukan; dan
(b) nilai urus niaga harta pada tahun rujukan.

ii. Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan,
komputer dan sebagainya) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat
produktif lebih daripada setahun dan ianya adalah bertujuan untuk digunakan
oleh pertubuhan ini.

iii. Harta lain meliputi paten, muhibah, lukisan, barang kemas, kerja dalam
pelaksanaan dan sebagainya.

iv. Nilai buku bersih pada awal tahun perlu direkodkan dalam ruangan 01, iaitu nilai
setelah mengambil kira susut nilai pada masa itu.

4
v. Nilai tambahan pada tahun itu termasuk semua pemilikan harta oleh pertubuhan
itu sama ada diperoleh daripada pertubuhan lain atau dikeluarkan oleh
pekerja-pekerja sendiri. Pengubahsuaian dan pembaikan besar kepada harta
yang masih ada yang memanjangkan lagi usia ekonomi biasa atau meninggikan
lagi daya pengeluaran mereka, hendaklah dilaporkan. Pembaikan dan
penyelenggaraan semasa adalah dikecualikan.

vi. Pemilikan daripada pertubuhan lain hendaklah dinilaikan pada kos penuh yang
terlibat, iaitu pada harga serahan dicampur dengan kos pemasangan, termasuk
sebarang bayaran dan cukai yang perlu, tetapi tidak termasuk kos pembiayaan
iaitu kos-kos berhubung dengan mengadakan kumpulan wang bagi membiayai
pembelian harta seperti komisen kepada bank atau underwriter dan bayaran
yang dikenakan bagi mengapungkan sebarang pinjaman yang diperlukan.

vii. Harta yang diperoleh dengan percuma daripada pertubuhan lain di bawah hak
milik yang sama, hendaklah dinilaikan seperti dibeli dari luar pertubuhan.

viii. Pembelian baru termasuk import (baru & terpakai) meliputi perolehan harta
baru termasuk pengubahsuaian atau harta terpakai yang diimport kerana ia
merupakan harta baru diperoleh untuk ekonomi Malaysia. Ini merujuk harta tetap
yang belum pernah digunakan di Malaysia, termasuk harta tetap yang diimport
sama ada baru atau terpakai (ruangan 02).

ix. Pembelian aset terpakai Malaysia merujuk kepada semua harta yang
dahulunya digunakan dalam Malaysia termasuk semua harta yang telah
dibaikpulih atau diubahsuai sebelum pemilikan hendaklah dianggap sebagai
terpakai (ruangan 03).

x. Membuat / membina sendiri ke atas harta tetap yang dikeluarkan oleh


pertubuhan ini untuk kegunaan sendiri, kos bagi semua kerja yang dijalankan
pada tahun itu hendaklah direkodkan. Sebarang kos overhead yang
diperuntukkan bagi kerja ini hendaklah dimasukkan di ruangan 04.

Urus niaga modal pada amnya hendaklah direkodkan apabila pemilikan


diperoleh. Kebiasaannya ia hendaklah direkodkan serentak pada masa harta
tersebut disiapkan sepenuhnya dan diserahkan untuk penyeliaan pertubuhan itu.
Ini adalah merupakan asas merekod perbelanjaan bagi semua harta tetap
kecuali bagi kerja-kerja binaan. Dalam kes pembinaan, nilai kerja pembinaan
ialah nilai kerja yang dijalankan ke atas projek yang disempurnakan pada tahun
rujukan, dicampur dengan nilai kerja yang masih dijalankan pada akhir tahun
rujukan dan ditolak nilai kerja pada awal tahun rujukan.

xi. Nilai harta yang dijual atau ditamatkan penggunaannya dalam tahun rujukan
tanpa mengira keadaannya, hendaklah dilaporkan mengikut hasil sebenar yang
diperoleh di ruangan 05.

xii. Keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta merujuk


kepada sesuatu harta dijual melebihi / kurang daripada nilai buku bersih, maka
keuntungan / kerugian daripada jualan harta diperoleh hendaklah dilaporkan
dalam ruangan 06.

5
Dalam keadaan yang serupa, sesuatu harta boleh dinilai semula untuk
mencerminkan harga pasaran semasa dan keuntungan / kerugian daripada
penilaian semula harta diperoleh juga hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06.
Jika berlaku kerugian, angka hendaklah ditulis dalam kurungan atau bermula
dengan simbol (-).

xiii. Susut nilai merupakan kerugian atau kejatuhan nilai bagi sesuatu harta
disebabkan oleh haus dan lusuh, luput atau kejatuhan kekal dalam nilai pasaran
(susut nilai yang dibenarkan untuk maksud cukai boleh diterima). Nilai yang
dilaporkan dalam penyata akaun bagi tiap-tiap kelas harta tetap hendaklah
dilaporkan dalam ruangan 07 secara berasingan. Ini termasuk juga pelunasan
(pengurangan nilai) tanah pajak. Jumlah susut nilai ini hendaklah sama dengan
Perkara 8.26 Soalan 8.

xiv. Nilai buku bersih akhir tahun rujukan (ruangan 08) =

Nilai buku bersih awal tahun rujukan


+ nilai harta yang diperoleh
- harta yang dijual atau dilupus
± keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta
- susut nilai semasa

xv. Pembayaran yang dilakukan bagi kegunaan mana-mana harta yang diambil atas
dasar pajakan atau sewaan hendaklah dilaporkan dalam ruangan 09.

Jenis harta adalah ditakrifkan seperti berikut:-

3.1 Harta tetap

3.1.1 Tanah termasuk nilai tapak tanah dengan tidak mengambil kira pembangunan dan
struktur. Ia juga termasuk tanah tebus guna.

3.1.2 Bangunan dan binaan lain:

(a) Tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan dalam pembinaan
atau pengubahsuaian bangunan, yang mana pada keseluruhannya atau
sebahagian besarnya terdiri daripada tempat kediaman.

(b) Bukan tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan bagi
pembinaan atau pengubahsuaian bangunan dan struktur yang mana
pada keseluruhannya atau sebahagian besarnya untuk kegunaan
perindustrian, awam dan komersil misalnya kilang, gudang, bangunan
pejabat, stor, restoran, garaj, kedai, hospital, sekolah dsbnya.

(c) Binaan lain termasuk pembinaan atau pengubahsuaian jalan, landasan


keretapi, parit, jambatan, pelabuhan, medan letak kereta, saluran paip
dsbnya.

3.1.3 Alat pengangkutan merujuk kepada alat pengangkutan yang diguna untuk
pemindahan barangan dan / atau orang.

3.1.4 Komputer

6
(a) Perkakasan komputer
Merujuk kepada semua perkakasan prosesan, penyimpanan,
penghantaran data dan maklumat yang berkaitan dengan sistem
komputer.

(b) Perisian komputer


Merujuk kepada perisian untuk pengoperasian sistem komputer sama
ada dibangunkan sendiri, ditempah khas atau dibeli.

3.1.5 Jentera dan kelengkapan termasuklah jentera penjanaan kuasa, mesin dan
kelengkapan pejabat, jentera pertukangan logam, jentera pembinaan dan jentera
industri lain, kren, forklift dan sebagainya, kontena tahan lama, peralatan dan
perkakas yang digunakan oleh profesional dan jentera serta alat lain termasuk
pengubahsuaian besar dan pembaikan terhadap jentera dan peralatan jenis ini.

3.1.6 Perabot dan pemasangan meliputi semua perkakasan yang diperlukan bagi
menghias dan melengkapkan sesebuah bangunan contoh kerusi, meja, kain langsir,
permaidani dsbnya.

3.2 Harta-harta lain merujuk kepada harta tak ketara.

3.2.1 Paten merujuk kepada hak eksklusif kepada pemiliknya untuk membuat ciptaan-
ciptaan mekanikal yang berkuasa untuk beberapa tahun. Paten direkodkan pada
kos.
3.2.2 Muhibah wujud daripada nama baik sesebuah syarikat dan kesetiaan pelanggan
yang diperoleh. Apabila sesuatu perniagaan dibeli dengan harga melebihi nilai
bersih harta, maka lebihan ini dianggap sebagai muhibah.

3.3 Lain-lain
Sila nyatakan. Perkara ini meliputi harta lain / perbelanjaan modal, sekiranya ada, yang
mungkin tidak dapat kelaskan di atas seperti barangan antik dan lukisan. Semua harta
kewangan seperti wang tunai, penghutang dan stok (saham) dikecualikan.

3.4 Jumlah
Sila jumlahkan 3.1, 3.2 dan 3.3.

3.5 Kerja dalam pelaksanaan merujuk kepada harta yang separuh siap dan masih belum
dimodalkan.

Soalan 4 : Pekerja dan Gaji & Upah

A. Takrif am

7
Soalan ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Soalan 4A (PEKERJA LELAKI) dan
4B (PEKERJA PEREMPUAN). Sila lengkapkan butir-butir pekerja tuan seperti takrif
berikut:

i. Jumlah pekerja (ruangan 49 dan 50)


Sila laporkan semua orang yang bekerja dalam pertubuhan ini mengikut kategori pekerja
dan kewarganegaraan dalam ruangan 49 dan 50 pada bulan Disember atau pada
tempoh pembayaran gaji terakhir dalam tahun rujukan. Bilangan yang dilaporkan
hendaklah termasuk pekerja yang sedang bercuti jangka pendek seperti cuti sakit, cuti
tahunan atau cuti rehat dan juga pekerja yang mogok. Pengarah syarikat korporat yang
diberi bayaran hanya semata-mata kerana kehadiran mereka dalam Mesyuarat Lembaga
Pengarah, pekerja yang diberi cuti yang tempohnya tidak ditentukan, bercuti kerana
perkhidmatan tentera atau telah pencen hendaklah dikecualikan.

Sila pastikan bahawa Jumlah mendatar dan menegak adalah betul.

ii. Gaji & upah tahunan (ruangan 18)


Sila laporkan semua pembayaran (gaji, upah, gaji cuti, bonus, komisen, bayaran lebih
masa dan elaun tunai termasuk belanja sara hidup, perumahan, kereta, makanan dan
sebagainya) yang dibuat sepanjang tahun rujukan meliputi semua pekerja bergaji dalam
setiap kategori. Bagi semua pekerja yang diambil secara langsung, laporkan jumlah
bayaran yang dibuat, sebelum ditolak cukai pendapatan dan caruman pekerja kepada
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau pertubuhan keselamatan sosial atau kumpulan
wang simpanan lain atau kumpulan wang persaraan. Caruman majikan kepada kumpulan
wang seperti yang dinyatakan di atas hendaklah dikecualikan.

iii. Pekerja sepenuh masa


Pekerja sepenuh masa merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk sekurang-
kurangnya 6 jam sehari dan 20 hari sebulan.

iv. Pekerja sambilan


Pekerja sambilan merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk kurang daripada
6 jam sehari dan / atau kurang daripada 20 hari sebulan.

B. Takrif kategori pekerja

4.1 Pemilik yang bekerja dan rakan niaga yang aktif


Termasuk semua pemilik perseorangan dan rakan niaga (sambilan atau sepenuh
masa) yang bekerja dengan aktifnya di dalam pertubuhan ini. Rakan niaga dan ahli
keluarga pemilik yang tidak aktif adalah dikecualikan, melainkan mereka yang
mengambil bahagian dalam mengawal dan menguruskan perniagaan ini.
Kategori ini tidak berkaitan dengan syarikat berhad atau perbadanan awam, yang mana
hak miliknya adalah ditentukan mengikut pegangan ekuiti.

4.2 Pekerja keluarga tidak bergaji


Termasuk semua ahli (sepenuh masa atau sambilan) bagi mana-mana pemilik
pertubuhan yang mana pada tempoh tertentu bekerja sekurang-kurangnya satu pertiga
daripada waktu kerja biasa tetapi tidak menerima bayaran, sama ada dengan wang

8
tunai atau mata benda, untuk kerja yang dilakukan. Pekerja ini sememangnya
mendapat makanan, tempat tinggal dan bantuan lain sebagai sebahagian daripada isi
rumah pemilik ini sama ada mereka bekerja atau tidak di pertubuhan tersebut.

Walau bagaimanapun, jika gaji tetap atau elaun diterima oleh pekerja keluarga
dan mereka mencarum kepada KWSP atau kumpulan wang persaraan lain,
mereka hendaklah dianggap sebagai pekerja bergaji, iaitu hendaklah dilaporkan
di dalam Soalan 5A dan 5B, Perkara 5.3 dan 5.4 selaras dengan takrif pekerja
sepenuh masa atau sambilan di atas.

Kategori pekerja keluarga tidak bergaji ini tidak berkaitan dengan syarikat berhad atau
perbadanan awam yang mana hak milik adalah mengikut pegangan ekuiti.

4.3 Pekerja bergaji (sepenuh masa)


Termasuk semua pekerja yang bekerja sepenuh masa untuk pertubuhan ini dalam
tahun rujukan dan menerima gaji, (lihat juga catatan dalam Perkara 5.2 di atas).
Mereka yang bekerja di luar, yang mana gaji dan perkhidmatannya di bawah kawalan
pertubuhan itu, seperti wakil jualan, wakil kejuruteraan dan kakitangan
penyelenggaraan dan pembaikan hendaklah dimasukkan, jika ada. Termasuk juga
dalam kumpulan ini ialah pengurus dan pengarah pertubuhan korporat yang bergaji
kecuali jika mereka hanya menerima pembayaran semata-mata kerana hadir dalam
mesyuarat Lembaga Pengarah. Semua pekerja di atas hendaklah dilaporkan mengikut
kategori pekerja seperti takrifan di bawah:

4.3.1 Pengurusan, profesional dan eksekutif


Pengurus ditakrifkan sebagai mereka yang membuat keputusan dan mengambil
bahagian dalam penentuan dasar organisasi, merancang, menyusun dan
mengarah dalam pentafsiran dan pelaksanaan dasar. Tugas mereka melibatkan
tanggungjawab penyusunan keseluruhan organisasi atau untuk satu atau lebih
jabatan di dalam sesebuah organisasi.

Profesional ditakrifkan sebagai mereka yang menjalankan penyelidikan dan


menggunakan secara profesional pengetahuan dan kaedah saintifik terhadap
pelbagai masalah teknologi, ekonomi, sosial, perindustrian dan kerajaan. Istilah
di atas pada umumnya digunakan kepada mereka yang mempunyai kelayakan
profesional untuk menjalankan tugas-tugas mereka (cth peguam, akauntan,
jurutera dsbnya.).

Eksekutif ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai hak dan tanggungjawab


berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan sesuatu organisasi.

4.3.2 Pengurus perkhidmatan lain


Pengurus perkhidmatan lain ditakrifkan sebagai mereka yang merancang,
mengarah dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan operasi perkhidmatan
lain, penjagaan diri dan pencucian dan yang berkaitan di bawah bimbingan
meluas pengarah dan ketua eksekutif.

4.3.3 Teknikal dan penyeliaan


Pekerja teknikal adalah mereka yang menjalankan kerja teknikal, penyelidikan
dan kawalan kualiti. Mereka biasanya bekerja di bawah arahan dan penyeliaan
kakitangan yang mempunyai kelayakan profesional. (Cth juruteknik makmal,
juruteknik kawalan kualiti dsb.).

9
Pekerja penyeliaan adalah mereka yang menyelia berbagai atau sesuatu
kegiatan tertentu cthnya kegiatan pengeluaran di dalam sesebuah pertubuhan.
Mereka mengawal dan menyelaraskan kegiatan pekerja-pekerja di bawah jagaan
mereka.

4.3.4 Perkeranian dan pekerjaan yang berkaitan


Pekerja dalam kumpulan ini menyusun dan menyelenggarakan rekod kewangan
dan kegiatan perniagaan lain termasuk pengendalian wang bagi pihak
pertubuhan itu dan pelanggannya, mencatat Perkara lisan atau menulis dengan
trengkas, menaip dan cara-cara lain (cth kerani, jurutaip, setiausaha sulit, kerani
stor dsb.)

4.3.5 Pekerja am
Pekerja am adalah mereka yang menjalankan kerja-kerja am dan pelbagai tugas.
Termasuk dalam kategori ini ialah pemandu, konduktor, operator telefon,
pembantu pejabat, penghantar surat dan pengawal keselamatan.

4.3.6 Jumlah
Sila jumlahkan Perkara 4.3.1 hingga 4.3.5

4.4 Pekerja bergaji (sambilan)


Merujuk kepada mereka yang bekerja kurang daripada 6 jam sehari dan / atau
kurang daripada 20 hari sebulan dan menerima gaji.

4.5 Jumlah
Sila jumlahkan 4.1 + 4.2 + 4.3.6 + 4.4.

Soalan 5: Bilangan Pekerja Mengikut Kelulusan

i. Kelulusan dikelaskan seperti berikut:

5.1 Pascasiswazah
Merujuk kepada semua peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang diperoleh
daripada institusi pengajian tinggi (dalam / luar negeri).

5.2 Ijazah Sarjana Muda / Diploma Lanjutan atau yang setaraf


Merujuk kepada semua peringkat ijazah pertama yang diperoleh daripada institusi
pengajian tinggi (dalam / luar negeri). Kelayakan-kelayakan diploma lanjutan atau
profesional yang diiktiraf setaraf atau lebih tinggi daripada ijazah juga diambil
kira seperti ACCA, CIMA (perakaunan), LLB (undang-undang) dan sebagainya.

5.3 Diploma atau yang setaraf


Merujuk kepada diploma yang diperoleh daripada institusi pengajian tinggi,
politeknik atau kolej (dalam / luar negeri) yang tidak diiktiraf sebagai ijazah.
Demikian juga kelayakan profesional yang tidak lulus sepenuhnya (lulus dalam
bahagian-bahagian tertentu) juga dimasukkan dalam kategori ini.

5.4 STPM atau yang setaraf


Merujuk kepada kelayakan STPM / STP / HSC / GCE ‘A’ Level atau lulus
peperiksaan matrikulasi yang dikendalikan oleh mana-mana universiti yang
diiktiraf.

10
5.5 SPM / SPM(V) atau yang setaraf
Merujuk kepada kelayakan SPM / SPM(V) / MCE atau peperiksaan setaraf
dengannya seperti GCE ‘O’ Level, Sijil Kemahiran MARA dsb.
5.6 Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)
Merujuk kepada kelayakan seperti PMR / SRP / LCE, tamat sekolah rendah atau
di bawah taraf kelulusan yang dinyatakan.

Bagi kes-kes yang tidak diketahui kelulusan, masukkan kes-kes tersebut dalam
kategori 5.6 – Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)”.

5.7 Jumlah
Sila jumlahkan 5.1 hingga 5.6.

Soalan 6: Jam-Manusia Bekerja Lebih Masa Pada Tahun Rujukan

Sila lengkapkan soalan 6.1, 6.2 dan 6.3 jika berkenaan.

6.1 Jumlah hari bekerja pada tahun rujukan


Merujuk kepada jumlah hari bekerja sebenar pertubuhan ini beroperasi pada tahun
rujukan.

6.2 Jumlah jam-manusia bekerja lebih masa pada tahun rujukan


Merujuk kepada jumlah jam bekerja di luar waktu bekerja biasa pertubuhan ini.

6.3 Upah yang dibayar untuk pekerjaan lebih masa dalam tahun rujukan (RM)
Ini adalah jumlah gaji dan upah yang dibayar bagi pekerjaan yang dilakukan di luar
waktu bekerja biasa (jam) pertubuhan ini.

Soalan 7: Perolehan / Pendapatan

Data yang dilaporkan dalam Soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Perdagangan,
Untung & Rugi dan dokumen sokongan lain bagi tahun rujukan 2014. Sila berikan anggaran
yang munasabah sekiranya akaun belum dimuktamadkan atau tiada.

7.1 Pendapatan daripada perkhidmatan basuhan dan cucian kering bagi tekstil
dan produk berbulu
Sila berikan pecahan peratusan mengikut jenis perkhidmatan yang diberikan:-
(a) Pencucian dan cucian kering
(b) Mensyampoo karpet dan permaidani, serta pengeringan dan cucian langsir
sama ada di premis pengguna atau sebaliknya.
(c) Penyediaan linen, baju seragam dan perkara berkaitan dengan cucian
(d) Lain-lain (sila nyatakan)

7.2 Pendapatan daripada perkhidmatan dandanan rambut dan penjagaan kecantikan


lain.

11
7.3 Pendapatan daripada aktiviti berkaitan pengebumian manusia atau haiwan dan
aktiviti yang berkaitan dengannya.

7.4 Pendapatan daripada aktiviti perkhidmatan lain t.t.t.l


Sila berikan pecahan peratusan mengikut jenis perkhidmatan yang diberikan:-
(a) Aktiviti sauna, mandian stim, salon mengurut
(b) Aktiviti astrologikal dan kerohanian
(c) Aktiviti sosial seperti perkhidmatan pengiring, temujanji dan biro perkahwinan
(d) Perkhidmatan jagaan haiwan (termasuk penumpangan, perapian,
mendudukkan dan melatih binatang peliharaan)
(e) Organisasi genealogikal
(f) Pengilat kasut, porter, valet memakir kereta
(g) Operasi konsensi bagi perkhidmatan mesin duit syiling untuk kegunaan
persendirian (termasuk kios foto, mesin penimbang berat badan dan operasi
lokar bersyiling)
(h) Aktiviti perkhidmatan lain t.t.t.l

7.5 Pendapatan daripada nilai jualan (daripada barangan / bahan yang dibeli
untuk dijual semula tanpa melalui proses selanjutnya)
Laporkan nilai jualan bagi semua barang yang dijual dalam keadaan yang sama
seperti dibeli tanpa melalui proses selanjutnya, sama ada secara borong atau
runcit.

7.6 Komisen dan brokeraj yang diperoleh


Merujuk kepada komisen dan brokeraj yang diperoleh oleh pertubuhan sebagai
upah menjualkan barang atau perkhidmatan pertubuhan lain.

7.7 Pendapatan daripada perkhidmatan pengurusan


Merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pertubuhan tuan untuk mengurus
sesuatu aktiviti atau projek pertubuhan lain.

7.8 Cukai perkhidmatan yang diterima


Merujuk kepada cukai perkhidmatan yang dipungut oleh pertubuhan tuan bagi
pihak kerajaan.

7.9 Pendapatan sewa yang di terima daripada:


Merujuk kepada Perkara-Perkara di bawah:

(a) Tanah
Pendapatan yang diterima daripada sewa tanah.

(b) Bangunan
Pendapatan yang diterima dari sewa bangunan tempat kediaman dan
bukan tempat kediaman.

(c) Lain-lain
Sila nyatakan selain daripada seperti yang dinyatakan di atas.

7.10 Pendapatan daripada faedah


Merujuk kepada pendapatan yang diterima hasil daripada modal kewangan yang
disimpan di institut kewangan

12
7.11 Pendapatan daripada dividen
Merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada pemilikan saham atau
pelaburan.

7.12 Keuntungan daripada jualan / penilaian semula harta


Sila berikan nilai bersih sahaja.

7.13 Keuntungan daripada pertukaran mata wang asing / aset kewangan


Sila berikan nilai bersih keuntungan daripada transaksi berkaitan. Contoh aset
kewangan adalah bil perbendaharaan, sekuriti kerajaan, bon, sijil pelaburan dan
seumpamanya.

7.14 Pemulihan hutang lapuk


Merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dilupuskan pada tahun-tahun yang lepas
tetapi telah dipulihkan pada tahun rujukan.

7.15 Kiriman wang, hadiah atau geran yang diterima


Sila berikan bayaran pindahan semasa yang diterima.

7.16 Tuntutan dan pampasan yang diterima


Merujuk kepada tuntutan dan pampasan yang diterima daripada syarikat insurans
dan / atau pertubuhan lain atau perseorangan akibat kemalangan, kerosakan
harta tetap, barangan atau harta lain.

7.17 Lain-lain
Sila nyatakan sekiranya ada.

7.18 Jumlah pendapatan


Sila jumlahkan Perkara 8.1 hingga 8.17.

7.19 Pindahan modal yang diterima


Pindahan modal ditakrifkan sebagai suatu urus niaga di mana sebuah institusi
memindahkan satu harta kepada institusi lain tanpa menerima balik sebarang
barangan, perkhidmatan atau harta daripada pihak penerima.

8.20 Jumlah besar


Sila jumlahkan Perkara 8.18 hingga 8.20.

Soalan 8 : Perbelanjaan

Data yang dilaporkan dalam Soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Perdagangan,
Untung & Rugi dan dokumen sokongan lain bagi tahun rujukan 2014. Sila berikan anggaran
yang munasabah sekiranya akaun belum dimuktamadkan atau tiada.

8.1 Pembelian barangan, bahan dan perkhidmatan

13
Merujuk kepada barangan, bahan dan perkhidmatan oleh pertubuhan ini yang
telah digunakan pada tahun rujukan bagi menghasilkan pengeluaran pertubuhan
ini.

8.2 Kos barangan yang dijual (barangan / bahan yang dibeli untuk dijual semula
tanpa melalui proses selanjutnya)
Merujuk kepada kos barangan yang dibeli untuk dijual semula dalam keadaan
yang sama seperti dibeli tanpa melalui prosesan selanjutnya, sama ada jualan
borong atau jualan runcit.

8.3 Komisen dan bayaran agensi


Merujuk kepada komisen dan bayaran yang dibayar kepada pertubuhan lain atau
individu atau ejen sebagai upah menjual barangan atau menyediakan
perkhidmatan bagi pihak pertubuhan.

8.4 Nilai bekalan-bekalan lain yang digunakan:

(a) Bahan untuk pembaikan dan penyelenggaraan


Merujuk kepada nilai semua bahan yang telah digunakan untuk pembaikan
dan penyelenggaraan.

(b) Alat tulis dan bekalan pejabat


Merujuk kepada nilai alat tulis dan bekalan pejabat yang telah digunakan.

(c) Lain-lain
Sila berikan nilai bekalan lain jika ada.

8.5 Kos percetakan


Merujuk kepada pembayaran untuk perkhidmatan percetakan yang diberikan oleh
pertubuhan lain seperti poster, kepala surat, label dan sebagainya.

8.6 Air yang dibeli


Merujuk kepada bayaran untuk air yang dibeli. Jika bayaran bagi tenaga elektrik
dan air disekalikan dalam satu akaun, sila berikan anggaran untuk air yang telah
dibayar.

8.7 Tenaga elektrik yang dibeli


Merujuk kepada bayaran untuk tenaga elektrik yang dibeli. bagi tenaga elektrik
dan air disekalikan dalam satu akaun, sila berikan anggaran untuk tenaga elektrik
yang telah dibayar.

8.8 Bahan pembakar, pelincir dan gas


Merujuk kepada bayaran untuk membeli bahan api (contoh minyak diesel, petrol,
minyak relau, minyak pembakar), pelincir (contoh minyak pelincir, gris) dan gas
(contoh gas petroleum cecair, gas asli, gas asli untuk kenderaan).

8.9 Bayaran pembaikan dan penyelenggaraan semasa yang dibuat oleh pihak
lain bagi harta tetap pertubuhan ini
Merujuk kepada jumlah kos kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang
dibuat oleh pihak lain ke atas harta tetap pertubuhan seperti bangunan, alat
pengangkutan & jentera, komputer dan perabot & pemasangan. Walau
bagaimanapun, pembaikan besar yang bersifat modal hendaklah dimasukkan ke

14
dalam ruangan (02), (03) dan (04) yang bersesuaian bagi Soalan 4 sebagai
pemilikan modal harta tetap.

8.10 Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan


Merujuk kepada perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P). P&P ialah
kajian sistematik pada proses, teknik, penggunaan & produk baru dan
penyelidikan pada kebolehlaksanaan secara komersial penemuan-penemuan baru
ini. Jumlah perbelanjaan untuk latihan pekerja tidak perlu dimasukkan.

8.11 Pembelian perkhidmatan pengangkutan


Merujuk kepada bayaran mendapatkan perkhidmatan pengangkutan dengan
pemandu.

8.12 Perbelanjaan perjalanan (termasuk perjalanan dalam dan luar negeri)


Merujuk kepada perbelanjaan yang dibiayai oleh pekerja pertubuhan untuk
menjalankan tugas rasmi di luar pejabat seperti perbelanjaan perjalanan,
penginapan, makan dan perbelanjaan lain yang berkaitan.

8.13 Perbelanjaan hiburan


Merujuk kepada perbelanjaan untuk meraikan pelanggan perniagaan oleh
pertubuhan.

8.14 Bayaran perakaunan, kesetiausahaan dan audit


Merujuk kepada bayaran perkhidmatan perakaunan, pengauditan, simpan kira-
kira, perkhidmatan berkaitan cukai dan tugas kesetiausahaan yang dibuat kepada
pertubuhan perakaunan, kesetiausahaan dan audit.

8.15 Bayaran guaman


Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan nasihat guaman, perwakilan dan
dokumentasi.

8.16 Bayaran perkhidmatan profesional lain


Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan dari syarikat-syarikat perunding
arkitek, kejuruteraan, juruukur dsb.

8.17 Bayaran pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan


dengan teknologi maklumat.
Merujuk kepada bayaran menggunakan perkhidmatan pemprosesan dan tabulasi
(cth. tangkapan data, pemindahan data dari pelbagai medium, pengesanan ciri
optik) dan pangkalan data.

8.18 Bayaran telekomunikasi


Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan telekomunikasi yang meliputi
transmisi bunyi, imej atau maklumat lain melalui telefon, telefax, telegram, kabel
penyiaran, satelit, mel elektronik dan internet.

8.19 Bayaran pos (termasuk perkhidmatan kurier)


Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pos yang meliputi pengambilan,
pengangkutan dan penyerahan surat, surat khabar, majalah berkala dan bahan
bercetak lain, bungkusan oleh Pos Malaysia Berhad dan operator perkhidmatan
kurier lain. Termasuk juga perkhidmatan kaunter pejabat pos dan sewaan peti
surat.

15
8.20 Pengiklanan dan promosi
Merujuk kepada bayaran untuk iklan atau promosi barangan, perkhidmatan dan
nama syarikat atau perniagaan melalui media seperti surat khabar, televisyen,
radio, internet atau media lain, sama ada tempatan atau luar negeri.

8.21 Caj bank


Merujuk kepada caj bank untuk perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh
institusi kewangan. Contoh untuk caj bank ialah bayaran untuk buku cek, bayaran
perkhidmatan untuk draf bank, cek pengembara, surat kredit, banker’s
acceptances, komisen dan yuran berkaitan dengan transaksi sekuriti.

8.22 Bayaran faedah


Merujuk kepada bayaran faedah tahunan yang dibayar ke atas pinjaman yang
diambil oleh pertubuhan tuan daripada institusi kewangan seperti bank.

8.23 Premium insurans kecuali insurans pampasan pekerja


Merujuk kepada bayaran premium insurans kebakaran, nyawa, kemalangan
perkapalan atau udara untuk ganti rugi.

8.24 Bayaran bagi perkhidmatan keselamatan


Merujuk kepada bayaran bagi perkhidmatan keselamatan seperti perkhidmatan
pengawal keselamatan.

8.25 Bayaran untuk sewa tanah


Merujuk kepada bayaran untuk kegunaan tanah berdasarkan penyewaan atau
pajakan ke atas tanah individu atau pertubuhan lain oleh pertubuhan.

8.26 Susut nilai semasa ke atas harta


Merujuk kepada susut nilai semasa tahunan ke atas harta akibat haus dan lusuh,
kemerosotan dan usang. Ia termasuk pelunasan tahunan ke atas tanah pajakan.

8.27 Bayaran sewa (tidak termasuk sewa penggunaan tanah)


Merujuk kepada bayaran sewa untuk menyewa bangunan atau premis, jentera &
kelengkapan, alat pengangkutan dan harta lain selain daripada sewa tanah.

8.28 Bayaran royalti


Merujuk kepada bayaran royalti termasuk bayaran lesen yang terdiri daripada
bayaran untuk penggunaan yang dibenarkan bagi paten, hakcipta, tanda niaga,
pemprosesan perindustrian, francais dan sebagainya berdasarkan perjanjian
perlesenan.

(a) Kerajaan
Sila nyatakan jenis royalti

(b) Swasta
Sila nyatakan jenis royalti

8.29 Taksiran (ke atas tanah dan bangunan) dan cukai tanah
Merujuk kepada cukai pintu ke atas tanah dan bangunan yang dikutip oleh pihak
berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan bayaran
cukai tanah ke atas yang tanah dikutip oleh Pejabat Tanah dan Galian Daerah.

16
8.30 Cukai tidak langsung dan lesen kerajaan
Merujuk kepada cukai jalan yang dikutip oleh Jabatan Pengangkutan Jalan untuk
kenderaan bermotor dan / atau bayaran pendaftaran, perniagaan untuk
pertubuhan hak milik perseorangan, perkongsian dan syarikat yang dikutip oleh
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Termasuk juga bayaran pendaftaran untuk
koperasi. Duti setem untuk dokumen perjanjian atau kontrak dan duti hiburan
untuk aktiviti perniagaan hiburan juga termasuk di dalam Perkara ini.

8.31 Kerugian pertukaran mata wang asing / aset kewangan


Merujuk kepada kerugian kerana turun naik mata wang asing.

8.32 Kerugian daripada jualan / penilaian semula harta


Merujuk kepada kerugian yang dialami daripada penjualan atau penilaian semula
harta.

8.33 Hutang lapuk dihapuskan


Merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dihapuskan pada tahun rujukan.

8.34 Pindahan semasa seperti kiriman wang, hadiah, derma, denda dsb.
Merujuk kepada bayaran pindahan semasa yang dibayar.

8.35 Lain-lain
Sila nyatakan sekiranya ada.

8.36 Kos pekerjaan

(a) Gaji & upah dibayar


Merujuk kepada semua gaji & upah (termasuk bayaran lebih masa), elaun,
bonus dan komisen yang dibayar kepada semua pekerja bergaji (termasuk
pekerja yang diambil melalui kontraktor buruh dan pekerja bergaji sambilan)
yang bekerja pada tahun rujukan. Laporkan semua pembayaran yang telah
dibuat sepanjang tahun rujukan dan bukannya pembayaran yang telah dibuat
hanya pada tempoh gaji terakhir pada tahun rujukan.

(b) Bayaran berbentuk manfaat kepada pekerja


* Rawatan perubatan percuma
Merujuk kepada nilai yang dibayar oleh pertubuhan untuk rawatan
perubatan kepada pekerja. Nilai ini termasuk nilai subsidi.

* Lain-lain (cth. makanan percuma, tempat tinggal percuma dsb.)


Merujuk kepada nilai yang dibayar ke atas makanan, tempat tinggal dan
sebagainya yang disediakan secara percuma oleh pertubuhan kepada
pekerja. Nilai ini termasuk nilai subsidi.

(c) Bayaran pampasan, persaraan / pemberhentian kepada pekerja


Merujuk kepada bayaran sekaligus yang dibayar oleh majikan secara
langsung kepada pekerja apabila mereka bersara atau berhenti kerja.

17
(d) Caruman majikan kepada kumpulan wang simpanan, skim keselamatan
sosial, pencen dan kebajikan
* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada
KWSP.
* Kumpulan wang simpanan lain
Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada
kumpulan wang simpanan selain daripada yang ditubuh dan diuruskan
oleh kerajaan.
* Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada
PERKESO.

* Skim keselamatan sosial persendirian (cth. insurans pampasan


pekerja)

Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada


skim keselamatan sosial selain daripada yang dikelolakan oleh kerajaan
seperti insurans pampasan pekerja.

* Skim bayaran pampasan, persaraan / pemberhentian


Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada
skim bayaran pampasan, persaraan atau pemberhentian selain daripada
yang dikelolakan oleh kerajaan.

(e) Bayaran kepada pengarah tidak bekerja kerana kehadiran mereka dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah
Jelas maksudnya.
(f) Nilai pakaian percuma yang disediakan
Merujuk kepada nilai pakaian percuma yang diberikan kepada pekerja seperti
pakaian seragam, pakaian luar dan pakaian kerja.

(g) Kos latihan kepada pekerja


Merujuk kepada kos berkaitan dengan latihan, bengkel dan persidangan
pekerja yang dibiayai oleh majikan, sama ada dalam atau luar negeri.

(h) Bayaran levi pekerja


Merujuk kepada bayaran yang dibayar oleh majikan pekerja asing kepada
kerajaan. Bayaran levi pekerja semasa setahun adalah bagi pembantu
rumah RM380, pekerja ladang RM540, sektor pembinaan dan pembuatan
RM1,200 manakala sektor perkhidmatan RM1,800.

(i) Lain-lain
Sila nyatakan lain-lain kos pekerjaan jika ada.

8.37 Jumlah perbelanjaan


Sila jumlahkan Perkara 8.1 hingga 8.36

8.38 Dividen kena bayar


Merujuk kepada untung yang dibahagikan kepada ahli-ahli atau pemegang saham.

18
8.39 Bayaran bagi pajakan kewangan
Merujuk kepada jumlah bayaran ke atas penyewaan atau pemajakan harta tetap
yang akan dimiliki akhirnya.

8.40 Pindahan modal yang dibuat


Merujuk kepada harta modal yang mana hak untuk mengguna telah dipindahkan
kepada pihak lain tanpa menerima pulangan sama ada dalam bentuk barangan,
perkhidmatan atau harta.

8.41 Cukai langsung (cth cukai syarikat, koperasi & cukai kemajuan) kena bayar
Merujuk kepada cukai langsung yang perlu dibayar secara langsung kepada
Lembaga Hasil Dalam Negeri sama ada telah dibayar atau kena bayar pada tahun
rujukan.

8.42 Jumlah besar


Sila jumlahkan Perkara 8.37 hingga 8.41

Soalan 9: Keuntungan / Kerugian Sebelum Cukai

Sila nyatakan nilai keuntungan atau kerugian bersih tahun sebelum (2013) dan tahun semasa
(2014) seperti mana yang dilaporkan dalam Akaun Untung & Rugi.

Soalan 10: Nilai Stok

Sila laporkan nilai buku bagi Stok Pembukaan dan Stok Penutupan mengikut jenis stok tanpa
mengambil kira di mana ia disimpan yang dimiliki atau dikawal oleh pertubuhan, Jika tidak
mempunyai Penyata Kira-kira perkara ini tidak perlu dilaporkan.

Soalan 11 : Maklumat Tambahan Ke Atas Ibu Pejabat / Cawangan

11.1 Sekiranya pertubuhan tuan merupakan cawangan, sila nyatakan nama dan
alamat Ibu Pejabat.

11.2 Sekiranya pertubuhan tuan merupakan Ibu Pejabat, sila nyatakan bilangan
cawangan serta laporkan nilai pendapatan yang diterima daripada
perkhidmatan mengikut pecahan Ibu Pejabat dan cawangan. Jumlah nilai
mestilah sama dengan jumlah nilai yang dilaporkan di Perkara 7.1 / 7.2 / 7.3 /
7.4 di bawah Soalan 7 di muka surat (9).

Soalan 12 : Penggunaan ICT

12.1 Sila laporkan penggunaan ICT oleh pertubuhan dalam tempoh laporan

Penggunaan komputer di dalam perniagaan

Komputer adalah desktop, laptop atau tablet. Ianya TIDAK termasuk peralatan
yang mempunyai keupayaan seperti komputer contohnya telefon selular, personal
digital assistants (PDAs) atau set televisyen.

19
12.2 Kadar penggunaan komputer oleh pekerja yang bekerja di dalam perniagaan

= Bilangan pekerja yang bekerja menggunakan komputer X 100

Jumlah pekerja

Pekerja yang bekerja merujuk kepada semua pekerja yang bekerja di dalam
perniagaan, bukan hanya yang bekerja dalam pekerjaan perkeranian. Mereka
termasuk pekerja jangka pendek dan kasual, pekerja keluarga dan orang yang
bekerja sendiri, yang boleh dibayar atau tidak dibayar.

12.3 Penggunaan internet di dalam perniagaan

Internet merujuk kepada rangkaian worldwide komputer. Ianya merupakan akses


kepada perkhidmatan komunikasi seperti World Wide Web (WWW) dan
menghantar e-mel, berita, hiburan dan fail data.

12.4 Kadar penggunaan internet oleh pekerja yang bekerja di dalam perniagaan

= Bilangan pekerja yang bekerja menggunakan internet X 100

Jumlah pekerja

Pekerja yang bekerja merujuk kepada semua pekerja yang bekerja di dalam
perniagaan, bukan hanya yang bekerja dalam pekerjaan perkeranian. Mereka
termasuk pekerja jangka pendek dan kasual, pekerja keluarga dan orang yang
bekerja sendiri, yang boleh dibayar atau tidak dibayar.

12.5 Sila nyatakan penggunaan internet oleh pertubuhan tuan dalam tempoh
laporan. Boleh pilih lebih dari satu.

12.6 Sila laporkan infrastruktur rangkaian yang terlibat dalam pertubuhan tuan

a. Penggunaan intranet di dalam perniagaan

Intranet merujuk kepada rangkaian komunikasi dalaman menggunakan


protokol Internet dan membenarkan komunikasi dalam sesebuah organisasi
(dan kepada orang-orang lain yang diberi kuasa). Ia biasanya ditetapkan di
belakang firewall untuk mengawal akses.

b. Penggunaan extranet di dalam perniagaan

Extranet adalah rangkaian tertutup yang menggunakan protokol internet


untuk memastikan maklumat berkenaan perniagaan dengan pembekal,
vendor, pelanggan atau rakan kongsi perniagaan yang lain akan terjamin
keselamatannya (securely). Ianya juga memberikan tambahan keselamatan
untuk membenarkan pengguna intranet mengakses di dalam extranet. Ianya
juga boleh menjadi sebahagian dari maklumat persendirian di dalam laman
web perniagaan yang mana rakan kongsi perniagaan akan mengakses
laman web dengan login page berkenaan.

c. Penggunaan rangkaian kawasan setempat (local area network - LAN) di


dalam perniagaan

Rangkaian kawasan setempat (LAN) merujuk kepada hubungkait


rangkaian komputer di dalam sesebuah lokasi / kawasan seperti di dalam

20
sesebuah bangunan, jabatan atau kawasan, yang mana mungkin tanpa
wayar

d. Penggunaan rangkaian kawasan luas (wide area network – WAN)

Rangkaian kawasan luas (WAN) merujuk kepada rangkaian yang


menghubungkan komputer dan peranti berkaitan di dalam kawasan geografi
yang luas seperti kawasan atau negara.

e. Tiada di atas

Merujuk kepada infrastruktur rangkaian selain yang dinyatakan diatas.

12.7 Sila laporkan akses/sambungan Internet yang digunakan oleh pertubuhan


tuan dalam tempoh laporan

a. Jalur sempit termasuklah modem analog ( dial-up melalui talian telefon),


ISDN (Integrated Services Digital Network ), DSL ( digital subscriber line)
pada kelajuan di bawah 256 kbit/s, dan telefon bimbit dan lain-lain bentuk
akses dengan kelajuan di muat turun kurang daripada 256 kbit/s.
Perkhidmatan akses telefon bimbit jalur sempit termasuklah CDMA 1x
(Release 0), GPRS, WAP dan i-mode .

b. Jalur lebar tetap merujuk kepada teknologi dengan kelajuan sekurang-


kurangnya 256 kbit/s, dalam sehala atau dua hala, seperti DSL ( Digital
Subscriber Line), modem kabel, talian pajak yang berkelajuan tinggi, fibre-to-
the-home, powerline, satelit, fixed wireless, Wireless Local Area Networks
and WiMAX.

c. Jalur lebar mudah alih merujuk kepada teknologi pada kelajuan


sekurang-kurangnya 256 kbit/s, dalam sehala atau dua hala, seperti
Wideband CDMA (W-CDMA), yang dikenali sebagai Universal Mobile
Telecommunications System (UMTS) di Eropah; High- speed Downlink
Packet Access (HSDPA), complemented by High-speed Uplink Packet
Access (HSUPA); CDMA2000 1x EV-DO and CDMA2000 1x EV-DV. Akses
boleh dibuat melalui mana-mana peranti (komputer, komputer riba atau
telefon bimbit dan lain-lain)

12.8 Penggunaan Web presence dalam perniagaan.

Web presence termasuklah laman web, laman web atau kewujudan laman web
yang lain (termasuk perniagaan yang berkaitan). Ia tidak termasuk kemasukan
dalam direktori dalam talian dan mana-mana laman web lain di mana perniagaan
yang tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan dalam laman tersebut.
Istilah web presence’ yang digunakan lebih sedikit berbanding 'laman web',
berdasarkan kepada anggapan bahawa web presence’ di WWW adalah lebih
penting daripada laman web.

12.9 Sila nyatakan sekiranya pertubuhan tuan membuat pesanan (pembelian)


barangan atau perkhidmatan menggunakan internet di dalam perniagaan

Pesanan atau pembelian termasuk pesanan melalui internet sama ada


pembayaran dibuat secara atas talian (online) atau tidak. Ianya termasuk
pesanan atau pembelian melalui laman web, specialized Internet marketplaces,
extranets, EDI over the Internet, Internet-enabled mobile phones dan e-mel.
Tidak termasuk pesanan atau pembelian yang telah dibatalkan atau tidak
lengkap.

21
12.10 Sila nyatakan sekiranya pertubuhan tuan menerima pesanan (jualan)
barangan atau perkhidmatan menggunakan internet di dalam perniagaan

Penerimaan pesanan termasuk menerima pesanan melalui internet sama ada


pembayaran dibuat melalui atas talian (online) atau tidak. Ianya termasuk
pesanan yang diterima melalui laman web, specialized Internet marketplaces,
extranets, EDI over the Internet, Internet-enabled mobile phones dan email. Ianya
juga termasuk pesanan yang diterima melalui internet bagi pihak organisasi lain.
Tidak termasuk pesanan atau pembelian yang telah dibatalkan atau tidak
lengkap.

Perkara 12.9 dan 12.10 merujuk kepada urusniaga e-Dagang iaitu penjualan
atau pembelian barangan atau perkhidmatan yang dijalankan melalui rangkaian
pengkomputeran/internet dengan kaedah yang direka untuk tujuan menerima
atau membuat pesanan (untuk tujuan pembelian atau jualan) sama ada antara
perniagaan, isi rumah, individu, kerajaan dan lain-lain organisasi awam atau
swasta. Barangan atau perkhidmatan yang dibuat pesanan (untuk tujuan
pembelian atau jualan) melalui rangkaian pengkomputeran/internet tetapi
pembayaran dan penghantaran muktamad barangan atau perkhidmatan boleh
dijalankan pada atau bukan melalui rangkaian pengkomputeran/ Internet.

Urusniaga e-Dagang termasuk pesanan yang dibuat di laman web, extranet atau
electronic data interchange (EDI). Urusniaga e-Dagang tidak termasuk pesanan
yang dibuat melalui panggilan telefon, faks dan emel.

12.11 Kadar peratusan nilai jualan pertubuhan tuan yang mewakili pesanan
(jualan) internet

Bagi pesanan internet yang diterima bagi pihak organisasi lain, sila lapor hanya
yuran atau komisen yang diterima.

- TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA TUAN -

22

You might also like