You are on page 1of 3

SMK TUNKU ABDUL RAHMAN

ALOR SETAR

KERTAS KERJA

BENGKEL PEMBINAAN ITEM SOALAN UJIAN DAN PEPERIKSAAN


MATAPELAJARAN ASK

TINGKATAN 1 HINGGA 3

TARIKH :

? MAC 2021

ANJURAN :

PANITIA ASAS SAINS KOMPUTER

SMK TUNKU ABDUL RAHMAN


ALOR SETAR, KEDAH
1. PENGENALAN
Bengkel pembinaan item soalan ini perlu dilaksanakan untuk memastikan guru – guru mata pelajaran
ASK mempunyai bank soalan yang bermutu dan berkualiti mengikut format yang telah ditentukan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia. Di samping itu, pembinaan item soalan ini membantu guru – guru
menghasilkan soalan Ujian Sumatif dan Peperiksaan Matapelajaran ASK 2021 yang setara dan
digunakan oleh semua guru mata pelajaran ASK di SMK Tunku Abdul Rahman.

2. OBJEKTIF
2.1 Memahirkan guru – guru ASK untuk membina soalan yang berkualiti.
2.2 Mendedahkan guru – guru kepada soalan – soalan yang berpiawai dari segi skop soalan, bentuk
soalan dan Jadual Spesifikasi Ujian.
2.3 Memupuk semangat kerja berpasukan dan memberi komitmen yang tinggi dalam suatu tugas.
2.4 Mengaplikasikan dapatan hasil daripada bengkel pembinaan item di peringkat Daerah.

3. TEMPAT , TARIKH DAN TEMPOH

Tarikh : ? Mac 2021


Tempat : Makmal Komputer A, SMK Tunku Abdul Rahman
Masa : 8.00pagi hingga 2.30 ptg

4. KUMPULAN SASARAN

2 orang guru mata pelajaran ASK SMK Tunku Abdul Rahman.

5. ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN KOS
BIL PERKARA HARGA JUMLAH (RM)
1. Makanan ( 2 x dalam sehari ) RM15.00 x 2 orang 30.00
2. Kertas A4 RM 20.00 x 1 20.00
JUMLAH 50.00

6. PERALATAN YANG DIPERLUKAN

BIL PERKARA KUANTITI


1. Fail 2
4 Printer 1 unit
5 LCD Projektor 1 unit
6 Set Laptop 2 set
7. TENTATIF PROGRAM

2
Masa Aktiviti
8.00 pagi Pendaftaran guru

8.30 pagi Taklimat pembinaan item soalan

9.00 pagi  Pembinaan item Section A untuk 6 bidang pembelajaran mengikut


Jadual Spesikasi Ujian.

11.00 pagi  Pembinaan item Section B dan C untuk 6 bidang pembelajaran


mengikut Jadual Spesikasi Ujian.

12.30 pagi MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZOHOR


2.30 petang  Pembentangan item soalan Section A
 Perbincangan dan mengemaskini item soalan Section A

8. PENUTUP

Bermatlamatkan kecemerlangan, diharapkan bengkel yang dirancang akan berjaya mencapai objektif
yang ditetapkan. Semoga guru – guru ASK menimba pengalaman dan berkemahiran dalam
menghasilkan soalan – soalan yang bermutu dan berkualiti.

Disediakan oleh,

Puan Ainun Najwa Bt Aziz


Setiausaha
Panitia Asas Sains Komputer
SMK Tunku Abdul Rahman

You might also like