You are on page 1of 9

NOTA GOOGLE CLASSROOM

Panduan 6: Menukar Gambar Profil ID Google


Classroom
Disediakan oleh:
Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin
g-813836822@moe-dl.edu.my 
(Google Certified Educator Level 1, Google Certified Educator Level 2; Microsoft Innovative
Educator Trainer; Apple Teacher)
Ditulis pada: 30 April 2020; Ditambah baik pada: 30 April 2020

Pengenalan
1. Disebabkan ID Google Classroom digunakan untuk tujuan pendidikan, maka adalah
bagus jika pengguna boleh menukar gambar profil ID Google Classroom dan
meletakkan gambar masing-masing sebagai identiti bagi memudahkan untuk
dikenali.
2. Google membenarkan guru dan pelajar untuk menukar gambar profil bagi ID Google
Classroom.

Tindakan Guru/ Pelajar


1. Buka Gmail di telefon bimbit.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2020). ​Nota Google Classroom Panduan 6: Menukar gambar profil ID Google

Classroom​. 1
2. Klik pada Huruf di penjuru kanan atas. Yang sudah meletakkan gambar profil akan
keluar gambar profilnya.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2020). ​Nota Google Classroom Panduan 6: Menukar gambar profil ID Google

Classroom​. 2
3. Jika belum log masuk dengan ID Google Classroom, sila guna arahan “Add another
account” dan masukkan ID Google Classroom. Ulang semula langkah-langkah di
atas sehingga sampai ke langkah ini semula. Jika sudah ada paparan ID Google
Classroom, sila tekan “Manage your Google Account”.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2020). ​Nota Google Classroom Panduan 6: Menukar gambar profil ID Google

Classroom​. 3
4. Beberapa tab akan kelihatan. Sila tekan tab “Personal Info”.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2020). ​Nota Google Classroom Panduan 6: Menukar gambar profil ID Google

Classroom​. 4
5. Dalam tab “Personal Info” ada pilihan tarikh lahir (Birthday). Untuk pelajar tingkatan 1
ke bawah, ​sila jangan isi tarikh lahir, kerana akaun anda mungkin akan digantung
oleh Google kerana dikira bawah umur. Had umur yang dikenakan ialah 13 tahun.

6. Klik pada kamera di sebelah perkataan “PHOTO”. Jika sudah meletakkan gambar
profil, gambar akan dipaparkan di sini.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2020). ​Nota Google Classroom Panduan 6: Menukar gambar profil ID Google

Classroom​. 5
7. Klik pada “Set Profile Picture”. Sila ambil maklum bahawa gambar profil ini akan
dipaparkan di semua persekitaran Google. Justeru, gambar profil perlu
menggambarkan identiti pendidik atau pelajar Malaysia.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2020). ​Nota Google Classroom Panduan 6: Menukar gambar profil ID Google

Classroom​. 6
8. Jika anda sudah ada gambar yang ingin digunakan di dalam telefon, sila pilih
“Choose from photos”.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2020). ​Nota Google Classroom Panduan 6: Menukar gambar profil ID Google

Classroom​. 7
9. Jika baru mahu mengambil gambar dengan kamera telefon, sila tekan “Take photo”.

10. Beri kebenaran kepada Gmail untuk mengakses kamera telefon anda. Tekan “OK”.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2020). ​Nota Google Classroom Panduan 6: Menukar gambar profil ID Google

Classroom​. 8
11. Ambil gambar wajah anda. Tekan “Use photo”. Gambar profil anda sudah sedia dan
dapat dilihat pada pelbagai aplikasi dalam persekitaran Google seperti Gmail,
Google Classroom, Hangouts Meet dan lain-lain.

* Tamat Panduan 6*

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2020). ​Nota Google Classroom Panduan 6: Menukar gambar profil ID Google

Classroom​. 9

You might also like