You are on page 1of 7

SJKT GOPENG,

31600 GOPENG,PERAK

KERTAS KERJA MINGGU


BAHASA MELAYU

TAHUN 2018

ANJURAN : PANITIA BAHASA MELAYU


A) PENDAHULUAN
Selaras dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta
Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras semua sekolah rendah
dan menengah. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga
terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga
berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi
bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Bagi merealisasikan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis juga selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu
untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi
untuk memenuhi keperluan diri dalam urusan harian maka Panitia Bahasa Melayu
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Gopeng menganjurkan Minggu Bahasa Melayu
2018.
.

B) RASIONAL
Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasa Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lantaran itu, pelbagai aktiviti mampu
dijalankan bagi menarik penyertaan warga sekolah khasnya pelajar-pelajar agar lebih
mahir berkomunikasi dan seterusnya melahirkan semangat cinta akan bahasa
kebangsaan.

C) TEMA
“Bahasa Transformasi Ilmu”

D) MATLAMAT PROGRAM
Program Minggu Bahasa Melayu membimbing dan mempertingkatkan pengetahuan
tentang aspek budaya sesuatu bahasa terutama dari segi kesantunan bahasa.

E) OBJEKTIF PROGRAM
 Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu dari pelbagai aspek.
 Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan
Bahasa Melayu.
 Memupuk minat dalam kalangan murid untuk menguasai Bahasa Malaysia.
 Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni,Menanam
sikap positif dan semangat patriotik  bertunjangkan Bahasa Malaysia.
F) CADANGAN  TARIKH  PROGRAM
23hb April hingga 27hb April 2018

G) TEMPAT
SJK (T) GOPENG

H) KUMPULAN SASARAN
Semua murid SJK (T) GOPENG

I) AJK PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI :         EN.J.SANTHANARAJ (Guru Besar )


                                               
NAIB PENGERUSI 1 :         PN.S. RAJESWARY (PK Pentadbiran )

NAIB PENGERUSI 2 :         EN.S.SHANMUGAM (PK HEM)

NAIB PENGERUSI 3 :         PN.A.LOGESWARY (PK Kokurikulum)


                                                 
SETIAUSAHA :         PN.A.VIJAYALETCHUMY (KP BM )

BENDAHARI : PN.A.VASUGHEE

JAWATANKUASA KERJA

PERASMIAN PELANCARAN Puan A. Vasughee

BUKU PROGRAM Puan P.Lydia Nesamalar

JURUACARA Puan A.Vijayaletchumy

HADIAH/CENDERAHATI Puan S.Theebah


                       
SIJIL      Puan S.Lithiya     

PERTANDINGAN & BORANG Puan A.Vijayaletchumy

PERSEMBAHAN MURID Cik.R.Subashini


J) AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU 2018

BIL AKTIVITI SASARAN NAMA GURU

1. Perasmian Minggu BM Semua Murid Semua AJK

2. Teka silang kata Tahap 1 & 2 Pn. A.Vijayaletchumy

3. Bercerita Spontan Tahap 2 Pn.A.Vijayaletchumy

4. Teater Solo Tahap 1 Cik.R.Subashini

5. Kuiz Tahap 2 Guru Mata pelajaran

6. Buku Skrap Bank Peribahasa Tahap 2 Guru Mata pelajaran


Tahap 2

7. Menulis Karangan Tahap 1 & Guru Mata pelajaran


Tahap 2

8 Ejaan & Imlak Tahap 1 & 2 Guru Mata pelajaran

9 Bina perkataan Tahap 1 Guru Mata pelajaran

10 Bina ayat ( Keratan akhbar) Tahap 2 Guru Mata pelajaran

11 Ejaan Murid-murid Guru Pemulihan


Pemulihan
12 Mencari Benda Tersembunyi Murid-murid
Pemulihan Guru Pemulihan
K) JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM SEMPENA MINGGU BAHASA
MELAYU

MASA : 7:20 hingga 7:40 pagi ( WAKTU BACAAN PAGI)

HARI AKTIVITI/PERTANDINGAN

Perasmian Minggu BM
ISNIN

SELASA Ejaan & Imlak

RABU Teka Silangkata

KHAMIS Kuiz Bertulis ( Tatabahasa)

JUMAAT Bina Perkataan ( Tahap 1 )


Bina ayat – Keratan akhbar ( Tahap 2 )

AKTIVITI LUAR WAKTU BACAAN PAGI

AKTIVITI/PERTANDINGAN

RABU Teater Solo ( Tahap 1)


(KOKURIKULUM) Bercerita Spontan

Luar Waktu Sekolah Buku Skrap Bank Peribahasa


(Rumah)

Waktu PdPc Menulis Karangan

L) ANGGARAN PERBELANJAAN HADIAH


BIL AKTIVITI PERBELANJAAN/HADIAH

1. Teka silang kata 18 * RM2 = RM 36

2. Bercerita Spontan 9 * RM2 = RM 18

3. Teater Solo 3 * RM2 = RM 6

4. Kuiz 18 * RM2 = RM 36

5. Buku Skrap Bank Peribahasa 9 * RM2 = RM 18

6. Menulis Karangan 18 * RM2 = RM 36

7. Ejaan & Imlak 18 * RM2 = RM 36

8. Bina perkataan 9 * RM2 = RM 18

9. Bina ayat ( Keratan akhbar) 9 * RM2 = RM 18

10 Ejaan 3 * RM2 = RM 6

Mencari Benda Tersembunyi


11 3 * RM2 = RM 6

JUMLAH RM 234.00

        
             
M) ANGGARAN PERBELANJAAN KESELURUHAN

BIL BARANGAN JUMLAH

1. PERASMIAN RM 30.00

2. HADIAH RM 234.00

3. SIJIL RM 50.00

JUMLAH RM 314.00
N) PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah dikemukakan.
Sesungguhnya kejayaan Minggu Bahasa Melayu 2018 peringkat sekolah yang dirancang ini
bergantung kepada sikap serta komitmen yang positif daripada semua pihak yang terlibat.
Konsep permuafakatan menjadi tunjang ke arah kejayaan program ini. Semoga semua
perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

‘BAHASA TRANSFORMASI ILMU’

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

___________________ _________________ _____________________


(PN.A.VIJAYALETCHUMY) (PN.S.RAJESWARY) (EN.J.S.SANTHANARAJ)
Ketua Panitia PK Pentadbiran Guru Besar

You might also like