You are on page 1of 5

WANG

Disediakan oleh Cikgu Zaidul @ SKKBC


UNIT WANG
• Terdapat 2 unit asas yang perlu difahami iaitu :
• Ringgit Malaysia (RM)
• Sen
• Hubungan antara 2 unit ini ialah :
• RM 1 = 100 sen
• Cara untuk menukar unit wang adalah seperti berikut :
• Untuk tukar daripada unit RM kepada sen DARAB 100
• Contoh :
Tukarkan RM 3 kepada sen
RM 3 X 100 = 300 sen

• Untuk tukar daripada unit sen kepada RM BAHAGI 100


• Contoh :
Tukarkan 780 sen kepada RM
780 sen ÷ 100 = RM 7.80

• Jawapan bagi unit wang MESTILAH “2 tempat perpuluhan sahaja”


TAMBAH DAN TOLAK WANG
• Samakan unit.
• Susun dalam bentuk lazim dengan menyamakan “titik ringgit”.
• Selesaikan.
• Contoh :
1. RM402 + 278sen =
278sen ÷ 100 = RM2.78
RM402 + RM2.78 =
RM402.00
+ RM 2.78
RM404.78
DARAB WANG
• Susun dalam bentuk lazim dengan mengabaikan “titik ringgit”.
• Selesaikan.
• Letak semula “titik ringgit”.
• Jika darab dengan nombor gandaan 10 (10, 100 atau 1 000), tidak perlu
buat bentuk lazim. Hanya gerakkan “titik ringgit” ke BELAKANG mengikut
bilangan “0”.
• Contoh :
1. RM72.54 x 2 =
RM72.54
X 2
RM 145.08
BAHAGI WANG
• Susun dalam bentuk lazim dengan mendahulukan “titik ringgit” jika ada. Jika tidak ada
“titik ringgit”, bahagi macam biasa. Jawapan akhir TIDAK boleh melebihi 2 TP.
• Selesaikan.
• Jika bahagi dengan nombor gandaan 10 (10, 100 atau 1 000), tidak perlu buat bentuk
lazim. Hanya gerakkan “titik ringgit” ke DEPAN mengikut bilangan “0”.
• Contoh :
1. RM615 ÷ 3 =
RM205
3 RM615
-6
01
-0
15
-15
00

You might also like