You are on page 1of 1

MANFAAT KERETA ELEKTRIK.

SHAH ALAM, Selasa – Penggunaan kereta elektrik di negara maju semakin popular. Kereta
elektrik mempunyai banyak kebaikan berbanding dengan kereta biasa. Kenderaan elektrik
berkesan bagi menggerakkan kenderaan sebagaimana minyak.

Selain itu, kebimbangan mengenai pencemaran alam sekitar, mempelbagaikan sumber


tenaga, dan ciptaan baru dalam bidang industri kenderaan. Kereta inu juga kurang risiko
kebakaran kerana tidak menggunakan minyak sebagai bahan bakar. Oleh kerana sebahagian
besar minyak digunakan bagi pengangkutan, ia merupakan industri pencemar udara
terbesar di dunia, dengan itu terdapat keperluan mendesak bagi mencipta kenderaan yang
tidak bergantung kepada minyak. Kenderaan elektrik berpotensi menjadi jawapan terbaik
bagi permasalahan ini.

Di samping itu, kos penyelenggaran kereta elektrik rendah kerana kereta ini tidak
mempunyai ekzos, motor penghidup kereta, sistem suntikan minyak, radiator, dan enjin.
Harga elektrik juga lebih murah berbanding dengan harga bahan api. Harga bahan api juga
berisiko mengalami kenaikan. Walaupun kenderaan berkuasa elektrik bukannya ciptaan
baru, kebanyakan kemajuan dalam industri kenderaan elektrik dibangunkan semenjak
1980an, dan dengan applikasi teknologi moden, pereka kenderaan elektrik mampu
meningkatkan kenderaan elektrik menjadi lebih berkesan dan berkuasa tanpa
mencemarkan alam sekitar.

Hakikatnya, kereta elektrik ialah kereta yang hebat. Kini, universiti tempatan di negara kita
giat memajukan penyelidikan mengenai kereta tersebut yang bakal bergerak di jalan-jalan
raya di negara kita tidak lama lagi.

- 207 patah perkataan

You might also like