You are on page 1of 1

Baca petikan di bawah dengan telitinya.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang keistimewaan

kerjaya jururawat lelaki di hospital. Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.

Kerjaya sebagai jururawat ialah kerjaya yang mulia. Mereka membantu doktor untuk mengurus pesakit
di hospital. Dahulu kerjaya ini dimonopoli oleh kaum wanita. Kini golongan lelaki menjadikan jururawat
sebagai kerjaya pilihan mereka juga. Golongan lelaki tertarik dengan kerjaya ini kerana mereka hendak
berbakti kepada masyarakat.

Seperti jururawat wanita, jururawat lelaki membantu doktor ketika merawat pesakit. Kehadiran
mereka dapat mengurus pesakit terutamanya pesakit yang agresif. Pesakit seperti ini sukar untuk dikawal
serta memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk mengendalikan mereka. Selain itu, sesetengah pesakit
lelaki lebih selesa sekiranya mereka diurus oleh jururawat lelaki terutamanya pesakit yang mengalami
masalah kaum lelaki. Mereka berasa malu jika diuruskan oleh jururawat wanita.

Dengan bertambahnya bilangan jururawat lelaki di hospital, kualiti perkhidmatan di hospital akan
semakin memuaskan orang ramai. Peranan mereka amat penting dalam suasana kerja yang berisiko.
Ketahanan mereka dalam mengawal emosi menyebabkan kehadiran mereka di unit kecemasan dan trauma
amat diperlukan sama ada oleh doktor mahupun pesakit.

Seterusnya, kehadiran jururawat lelaki menyebabkan beban dalam kalangan jururawat wanita juga
dapat dikurangkan terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengendalian peralatan perubatan
yang bersaiz besar dan berat. Jelas sekali bahawa kerjaya sebagai jururawat ialah kerjaya yang mulia. Jasa
mereka kepada masyarakat sangat besar.

Baca petikan di bawah dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang keistimewaan

You might also like