You are on page 1of 3

NEGERI SELANGOR

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE

PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 51 24hb September 1998 TAMBAHAN No. 6


No. 20 PERUNDANGAN

Sel. P.U. 13.

ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN


ISLAM 1989

FATWA TENTANG AJARAN ILMU HAKIKAT HASSAN BIN JONIT

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen
32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri
En. 2/1989.
Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum
Syara’, membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW


ENACTMENT 1989

FATWA ON ILMU HAKIKAT HASSAN BIN JONIT

IN exercise of the powers conferred by subsection 31(1) and section 32 of


En. 2/1989. the Administration of Islamic Law Enactment 1989, the Mufti for the State
of Selangor, after discussions with the Islamic Legal Consultative
Committee, makes the fatwa as specified in the Schedule.
JADUAL/SCHEDULE

(1) Ajaran dan amalan Ilmu Hakikat Hassan b. Jonit didapati


menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang
demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

(2) Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan


mengamalkan Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit di mana-
mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon
keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata’alla.
(3) Antara ciri-ciri ajaran itu :

(a) Mendakwa
(i) Bertemu Allah.
(ii) Bertemu Nabi Muhammad dan pertemuan itu
menghasilkan hadis Qudsi.
(iii) Boleh mentafsir mimpi.
(iv) Orang yang berdahi hitam tanda bela jin.
(v) Nampak imam seperti khinzir jika solat buka mata.

(b) Menolak adanya hari kiamat.


(c) Beliau adalah wakil guru seluruh dunia yang telah
diijazahkan oleh Rasulullah S.A.W. dan datang dari Luh
Mahfuz yang dilantik ke bumi iaitu Baladil Amin.
(d) Menyalah tafsir Al-Quran.
(e) Mandi wajib hanya celup jari.
(f) Melarang berdoa untuk orang lain.
(g) Mencabar Pihak Berkuasa Agama.
(h) Mengarang buku yang mengandungi 19 bab seperti
berikut :
1. Bab Hakikat.
2. Bab Fatehah.
3. Bab Alhamdu.
4. Bab Bismillah.
5. Bab Al-Qurab dan Kitab.
6. Bab Takbiratul Ehram
7. Bab Sembahyang
8. Bab Kaun Ibu.
9. Bab Roh/Nyawa.
10. Bab Ma’ni.
11. Bab Nabi 1.
12. Bab Nabi 2.
13. Bab Tauhiduz Zat 1.
14. Bab Tauhiguz Zat 2.
15. Bab Guru.
16. Bab Sifat.
17. Bab Ma’sifat.
18. Bab Hati.
19. Mukaddimah Bagi Orang Baru.
(4) Orang-orang Islam dilarang menjual, mengedar, membeli,
memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku yang
dinyatakan dalam perenggan 3(h)

Dibuat pada 17 April 1998.

Made the 17 April 1998.


[JAI.Sel. 8072/7 : PU. Sel. AGM/0007. Jld. 2.]

HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID


Mufti Negeri Selangor

You might also like