You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN INOVASI DAN REKA CIPTA BAHAN TERBUANG 2020


KELAB / PERSATUAN KO-KURIKULUM
SK LKTP CHEMPLAK

1. PENDAHULUAN

Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai memproses barang-barang lama untuk


dijadikan barang-barang baru. Ini termasuklah menggunakan semula barang-barang tersebut
seperti yang asal ataupun mengubahnya kepada bentuk baharu yang boleh digunakan.
Barang-barang yang boleh dikitar semula ialah seperti kertas, plastik, kertas kadbod, kaca dan
tin.

Oleh itu, murid-murid harus mengamalkan kitar semula dan menggunakan bahan-
bahan terbuang tersebut. Mereka perlu tahu mengasing dan mengenal pasti jenis sampah.
Mereka juga perlu mempunyai kesedaran untuk mengekalkan kehijauan bumi ini. Kehijauan
ini termasuk fauna atau hidupan lain selain flora atau tumbuhan.

2. MATLAMAT

Pertandingan ini bermatlamat untuk memupuk semangat memelihara


dan cintakan alam sekitar kepada murid. Di samping itu, ia juga dapat melahirkan generasi
masa hadapan yang cintakan alam sekitar dengan mempraktikkan amalan menggunakan
bahan-bahan terbuang secara kreatif dan inovatif demi mengurangkan pencemaran serta
menjimatkan sumber alam semulajadi.

3. OBJEKTIF

1.1 Memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan mengitar semula.


1.2 Menggalakkan murid-murid untuk mengitar semula bahan-bahan terbuang secara
kreatif dan inovatif.
1.3 Menerapkan nilai-nilai murni kepada murid melalui aktiviti kitar semula.
1.4 Meningkatkan kesedaran warga SK LKTP Chemplak tentang pentingnya menjaga
alam sekitar.

1
4. MASA
Tarikh : 30 September 2020 (Rabu)
Masa : 7.30 hingga 8.30 pagi (waktu ko-kurikulum)
Tempat : Bilik / Kelas , SK LKTP Chemplak

5. SASARAN
- Murid Tahun 4, 5 dan 6 (ahli kelab/persatuan)

6. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara RM
1 Hadiah utama
3 x RM8.00 24.00
Saguhati
7 x RM3.00 21.00
Jumlah 45.00

7. Jawatankuasa Pelaksana

Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Cikgu Zulkefli bin Abdullah (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : Cikgu Noor Hayati binti Mahmad Ayob (GPK KK)
Naib Pengerusi 1 : Cikgu Siti Norlaila binti Sedek (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Cikgu Ahmad Suhaimi bin Ali (GPK HEM)
Setiausaha : Cikgu Haji Noor Azman bin Yaacob
Bendahari : Cikgu Izaidah binti Amiril

Jawatankuasa Kerja

Penyelaras : Cikgu Haji Noor Azman bin Yaacob


Hebahan : Cikgu Izaidah binti Amiril
AJK Pertandingan : Semua Guru Penasihat Kelab / Persatuan

2
Hadiah : Cikgu Izaidah binti Amiril
Pengadil : Cikgu Noor Hayati binti Mahmad Ayob (GPK KK)
Cikgu Ahmad Suhaimi bin Ali (GPK HEM)

8. Tentatif Program

23.09.2020 (Rabu) : Taklimat pertandingan kepada


7.30 – 7.45 pagi - Ketua Guru Penasihat Kelab / Persatuan
7.45 – 8.30 pagi - Ahli kelab / persatuan

30.09.2020 (Rabu) : Pertandingan kitar semula


7.30 - 8.30 pagi

9. Penilaian

Penilaian berdasarkan hasil kerja tangan murid. 50% markah akan diberikan kepada hasil
kerja tangan yang kreatif dan berinovasi. 30% berdasarkan kepada kekemasan dan kecantikan kerja
tangan tersebut. 20% lagi kepada kegunaan dan kepelbagaian bahan yang digunakan.

10. Penutup
Kitar semula penting untuk kelestarian alam sekitar. Justeru usaha meningkatkan kesedaran
dan keprihatian terhadap alam sekitar perlu dipupuk sejak kanak-kanak lagi. Pendidikan tentang
kepentingan kitar semula sewajarnya diterapkan kepada murid-murid sejak dibangku sekolah rendah.
Hal ini kerana pada tahap umur tersebut mereka mudah dididik dan patuh pada arahan. Sehubungan
itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak adalah diharapkan bagi menjayakan minggu kitar
semula ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(NOOR AZMAN BIN YAACOB) (NOOR HAYATI BT. MAHMAD AYOB)


Setiausaha JK Induk Pertandingan, GPK Ko-Kurikulum
SK LKTP Chemplak SK LKTP Chemplak

3
Disahkan oleh:

(ZULKEFLI BIN ABDULLAH)


Guru Besar,
SK LKTP Chemplak

SYARAT PERTANDINGAN INOVASI DAN REKA CIPTA BAHAN TERBUANG


KELAB / PERSATUAN KO-KURIKULUM
SK LKTP CHEMPLAK

1. Terbuka kepada semua ahli kelab / persatuan ko-kurikulum, SK LKTP Chemplak

2. Penyertaan adalah secara individu sahaja

3. Seorang peserta hanya hasilkan satu reka cipta sahaja.

4. Tema pertandingan : #JOM BERINOVASI

5. Bahan yang digunakan adalah daripada bahan-bahan terbuang / kitar semula seperti
plastik, kertas, kadboard dan tin aluminium

6. Alatan yang digunakan perlu disediakan oleh murid sendiri.

7. Kos penghasilan reka cipta adalah di atas tanggungjawab masing-masing.

8. Penghasilan reka cipta perlu dilakukan semasa waktu pertandingan.

9. Reka cipta adalah hasil kerja tangan murid sendiri.

10. Penilaian adalah berdasarkan:


- kreativiti dan inovasi
- kekemasan dan kecantikan
- kepelbagaian penggunaan bahan terbuang / kitar semula
- kegunaan reka cipta tersebut

11. Keputusan pengadil adalah muktamad

4
5

You might also like