You are on page 1of 12

Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

UNIT 2.2

SOKONGAN DAN PERGERAKAN

A. Tulang ialah jenis tisu penghubungyang terdiri daripada sel-sel hidup dan bahan-bahan intrasel yang
tidak hidup yang sangat keras.

B.
Klasifikasi tulang Peranan Contoh tulang
Tulang panjang  Sebagai tuas dalam pergerakan  Humerus, radius, ulna, femur,
tibia, falanks, fibula
Tulang pendek  Memindahkan daya dan  Tulang pergelangan tangan
memudahkan pergerakan (karpal)
 Tulang pergelangan kaki
(tarsal)
Tulang leper/pipih  Tempat pelekatan otot dan  Kranium, rusuk, sternum,
melindungi organ-organ skapula
Tulang tak sama bentuk  Tempat pelekatan otot dan artikulasi  Tulangvertebra : servikel,
torasik, lumbar, sakrum, koksik

C. Fungsi tulang :
1. Sokongan
2. Pelekatan otot
3. Perlindungan
4. Stor penyimpanan bahan mineral
5. Tempat penghasilan sel darah

D. Ligamen berfungsi menghubungkan tulang dengan tulang/ tisu berfiber yang menyambungkan dua atau
lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak

E. Rawan adalah lapisan putih yang menyaluti hujung tulang yang berfungsi melancarkan pergerakan antara
dua permukaan tulang yang berartikulasi.

F. Tendon berfungsi menghubungkan tulang dengan otot.

G. Sendi boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis:

1. berdasarkan pergerakan
2. berdasarkan fungsi
3. berdasarkan struktur

H. Sendi sinovial ialah sendi yang bergerak bebas atau diartroses.


Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

I. Antara sendi sinovial ialah :

Jenis Sendi Lokasi dan Rajah


1. Sendi gelungsur

2. Sendi Lesung (soket)

3. Sendi Engsel

4. Sendi kondil

5. Sendi paksi

6. Sendi pelana
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

SISTEM OTOT RANGKA

A. Sistem otot terdiri daripada tiga jenis iaitu:


1. Otot rangka
2. Otot kardium
3. Ototlicin

B. Terdapat 4 fungsi otot rangka iaitu:


1. Menghasilkan pergerakan
- Pergerakan terhasil apabila penguncupan dan pengenduran otot.
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

2. Mengawal postur
- Membolehkan manusia bergerak dengan stabil dan mengekalkan bentuk tubuh.
3. Mentabilkan sendi
- Kestabilan sendi terjadi apabila berlaku tarikan otot ke atas tulang bagi menjana daya.
4. Menjana haba
- Haba terhasil apabila penguncupan dan pengenduran otot berlaku.

C. Penguncupan otot terbahagi kepada dua iaitu:


1. Isometrik
- Penghasilan daya tetapi tidak mengubah panjang atau pendek fiber otot.
- Contoh: bersedia sebelum larian 100m.
2. Isotonik
i. Konsentrik – pemendekan otot.
- Contoh : Ketika mengangkat tubuh di palang besi, otot biseps akan mengalami
konsentrik
ii. esentrik - pemanjangan otot.
- Contoh : Tubuh diturunkan secara perlahan-lahan
dari palang besi, otot triseps mengalami
esentrik semasa meluruskan tangan.

D. Terdapat tiga jenis tindakan otot rangka ialah:


1. Agonis - otot pengerak utama.
2. Antagonis - otot berlawanan dengan pengerak utama.
3. Sinergis - otot sokongan (membantu otot pengerak utama)

E. Perbezaan ciri-ciri fiber sentak cepat dan sentak lambat :


Klasifikasi Fiber sentak cepat Fiber sentak lambat
1. Warna Putih Merah
2. Saiz fiber Lebih besar Lebih kecil
3. Jenis fiber Jenis II Jenis I
4. Jangka masa kerja Singkat Lama/panjang
5. Contoh acara olahraga 100m, 200m, 400m 1500m, marathon, 5000m

Soalan objektif

Jawab soalan objektif di bawah.

1. Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau


rawan yang boleh bergerak.
Pilih pernyataan yang tepat tentang definisi di atas.
A. Sendi C. Rawan
B. Tendon D. Ligamen

2. Rajah 1 menunjukkan satu sistem tubuh manusia.


Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

Rajah 1
Apakah fungsi sistem rangka di atas?

I. Memberi sokongan III. Mengekalkan postur badan


II. Memberikan perlindungan IV. Menghasilkan haba

A. I dan II C. III dan IV


B. I dan III D. II dan IV

3. Rajah 2 menunjukkan sebahagian sistem rangka manusia bahagian superior

R
Rajah 2
D
Apakah sendi P dan nama tulang Q ?
Sendi P Tulang Q

A Engsel Tibia

B Lesung Radius

C Engsel Femur
D Lesung Humerus
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

4. Namakan otot utama yang menyebabkan fleksi lutut kaki seorang pemain bola sepak ketika hendak
menendang bola.

A. Hamstring C. Gastroknemius
B. Kuadriseps D. Sartorius

5. Rajah 3 menunjukkan seorang atlet sedang melakukan senaman mendagu untuk otot tangan

Rajah 3

Pilih padanan penguncupan otot biseps yang berlaku berdasarkan rajah diatas

Konsentrik Esentrik
A Q P
B Q Q
C P P
D P Q
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

Soalan Struktur [ Bahagian A ]

Jawab semua soalan struktur di bawah.

1. Rajah 1 menunjukkan sebahagian rangka anggota manusia. P, Q dan R adalah sendi yang terdapat
pada rangka itu.

P
R

Rajah 1

a) Namakan sendi P.

..................................................................................................................................
[1 markah]

b) Nyatakan satu acara padang dalam olahraga yang menggunakan sendi Q.

..................................................................................................................................
[1 markah]

c) Nyatakan dua perbezaan antara sendi Q dengan sendi R.

i. ................................................................................................................................

ii .............................................................................................................................…

[ 2 markah]
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

2. Rajah 2 menunjukkan sebahagian rangka anggota manusia.

X
Y
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

Rajah 2

a) Bulatkan lokasi sendi gelongsoran berdasarkan rajah di atas.


[1 markah]
b) Nyatakan klasifikasi tulang bagi Y.

...................................................................................................................................

[1 markah]

c) Berikan dua contoh tulang seperti X.

................................................................................................................................…

[2 markah]

3. Rajah 3 menunjukkan aksi dalam sukan angkat berat.

Fasa Akhir

Fasa Mula

Rajah 3
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

(a) Namakan satu jenis penguncupan otot yang berlaku di fasa akhir semasa aksi seperti Rajah 3.

…………………………………………………………………………………..

[1 markah]

(b) Nyatakan satu jenis fiber otot yang dominan semasa melakukan aksi di atas.

…………………………………………………………………………………..

[1 markah]

(c ) Nyatakan otot agonis dan antagonis semasa aksi dalam fasa akhir aksi lakuan.

Otot Agonis : …………………………………………………. [1 markah]

Otot Antagonis: ………………………………………………. [1 markah]

Soalan Esei

1. Rajah 1 menunjukkan rangka manusia.

Y
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

Rajah 1

(a) Namakan sendi sinovial X dan Y.


[2 markah]

(b) Nyatakan jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh sendi Y.


[2 markah]

(c) Terangkan 3 jenis sendi berdasarkan fungsi yang terdapat pada tubuh manusia.
[6 markah]

2. Rajah 2 menunjukkan satu aksi dalam latihan kecergasan menggunakan dumbell.

Rajah 2
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

a. Namakan jenis penguncupan otot bagi aktiviti dalam rajah di atas.

[ 1 markah ]

b. Nyatakan komposisi otot rangka bagi aktiviti dalam rajah di atas dan nyatakan 2 ciri fiber
otot tersebut.

[ 3 markah ]

c. Namakan dua otot dominan yang terlibat dalam Rajah 2.

[ 2 markah ]

d. Nyatakan dua fungsi otot manusia.

[ 4 markah ]

You might also like