You are on page 1of 4

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

(MALAYSIA RED CRESCENT)


UNIT SMJK LOK YUK KUDAT

____________________________________________________________
______________________

Tarikh Bilangan perjumpaan :


Nama Penuh Kelas

BAHAGIAN A: Sejarah Penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

1. Siapakah pengasas dan Bapa Palang merah ? Nyatakah tarikh beliau dilahirkan?
Jean Henry Dunant. Tarikh lahir - 08.05.1828

2. Bilakah tarikh Hari Palang Merah Sedunia?


08 Mei setiap tahun

3. Apakah nama buku yang telah ditulis oleh beliau yang memuatkan kisah sedih dan pahit getir
ketika peperangan?
A Memory of Solferino

4. Bilakah penubuhan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dan bepusat di mana?
1864 dan berpusat di Geneva, Switzerland

BAHAGIAN B: Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah

1. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan
Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950-an, lebih
banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950
dan kemudian di negeri-negeri lain.

2. Pada 25 Mac 2007, Mesyuarat Majlis Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) kali ke -116
telah memutuskan penjenamaan semula bagi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM)
dan
dinamakan sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia.

BAHAGIAN C : Sejarah Lambang Bulan Sabit Merah

1. Namakan pihak yang telah bercadang menggunakan lambang bulan sabit merah sebagai
menggantikan palang merah dalam perkhidmatan ambulans yang mengangkut mangsa-mangsa
perang.
Turki

2. Namakan konvensyen yang telah mengiktirafkan kedua-dua lambang iaitu palang merah dan
bulan sabit merah ?
Konvensyen Geneva
BAHAGIAN D : Lagu Bulan Sabit Merah Malaysia dan Logo Bulan Sabit Merah Malaysia

1. Tuliskan lirik lagu Bulan Sabit Merah.


2. Siapakah pencipta lagu dan penulis lirik lagu ?

Bulan Sabit Merah Di Malaysia


Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara


Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia


Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

Pencipta/Lagu :Dato’ Johari Salleh


Penulis Lirik :Dato’ Dol Ramli
3. Lukiskan Bendera Bulan Sabit Merah.
IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Isi tempat kosong dengan menggunakan perkataan yang disediakan.

aman, Bulan Sabit Merah Malaysia, prinsip-prinsip Rukun Negara, Kebebasan,


Perlembagaan, persatuan, khidmat sukarela, bencana, Kesaksamaan, Ketunggalan,
Yang Di-Pertuan Agong, undang-undang ,

Bahawasanya kami, ahli Bulan Sabit Merah Malaysia, berikrar akan, taat setia kepada, Duli
Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang Di-pertuan Agong, serta permerintah-
pemerintah, di negeri kami, berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara

Bahawa kami berikrar, akan sentiasa patuh, pada perlembagaan dan undang-undang, serta
arahan persatuan, walau dimana kami berada.

Bahawa kami berikrar, akan sentiasa memberi, khidmat, kepada yang sakit, dan menderita,
di waktu aman, atau bencana, berdasarkan kepada, prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah
seperti berikut :

Kemanusiaan
Kesaksamaan
Keberkecualian
Kebebasan
Khidmat Sukarela
Ketunggalan
Kesejagatan

You might also like