You are on page 1of 8

Bulan Sabit Merah

Malaysia
SEJARAH
• Pengenalan Bulan Sabit Merah
• Diasaskan oleh :
• Sir Henry Dunant (May 8, 1828 – October 30, 1910), nama sebenar beliau
ialah Jean Henri Dunant. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan.
Semasa dalam perjalanannya untuk urusan perniagaan, beliau terlihat
peperangan di Solferino pada 1859 dan membantu mangsa-mangsa
peperangan.
• Beliau mencatatkan segala peristiwa peperangan tersebut dan dikenali
sebagai Kenangan di Solferino atau ‘A Memory of Solferino’. Buku ini telah
menjadi inspirasi pertubuhan ’International Committee of the Red Cross
’(ICRC) pada 1863 dan Persidangan Geneva 1864 diasaskan atas idea
beliau.
• Sir Henry Dunant
• SEJARAH PBSM DI MALAYSIA
• Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada
tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah
Antarabangsa pada tahun 1963.
• Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan
Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak
cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan
kemudian di negeri-negeri lain.
• Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai
Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu.
• Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan
Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali
sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak
menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di
Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia.
• Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang
Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.
• Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan
• Peranan
• a. Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa.
• b. Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam.
• c. Pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan.
• d. Melatih ahli-ahli dalam pertolongan cemas dan rawatan.
• Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Kristal Merah. Lambang Kristal telah
dimansuhkan.

Logo Bulan Sabit Merah Malaysia


• 7 Prinsip – prinsip asas Bulan Sabit Merah (BSM)
• 1. Kemanusian (Humanity) ~ Meringankan kesengsaraan, melindungi nyawa
dan kehormatan.
• 2. Kesaksamaan(Impartility) ~ Tidak membezakan bangsa, kaum, agama,
darjat dan politik.
• 3. Berkecuali (Neutrality) ~ Tidak menyebelahi mana-mana pihak.
• 4. Kebebasan (Independence) ~ Walaupun tertakluk kepada undang-
undang, masih bebas.
• 5. Khidmat sukarela (Voluntary service) ~ Tidak didorong sebarang tujuan
mencaru keuntungan.
• 6. Bersatu(Unity) ~ Hanya satu Persatuan Kebangsaan dalam sebuah negara.
• 7. Kesejagatan(Universality) ~ Pertubuhan ini meliputi seluruh negara dan
mempunyai tanggunjawab dan bersama serta membantu di antara satu
sama negara.
• IKRAR PERSATUAN
Bahawa kami, ahli Bulan Sabit Merah Malaysia, dengan ini berikrar, akan taat kepada duli
yang maha mulia seri paduka baginda yang dipertuan agong dan pemerintah-pemerintah di
negeri kami berdasarkan kepada prinsip-prinsip rukunegara serta
akan sentiasa patuh kepada perlembagaan dan undang-undang serta arahan bulan sabit
merah malaysia walau di mana kami berada,
juga akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kepada yang sakit dan menderita di waktu
aman atau bencana berdasarkan kepada prinsip-prinsip bulan sabit merah seperti berikut :
perikemanusiaan,
kesaksamaan,
berkecuali
kebebasan,
perkhidmatan sukarela,
bersatu
dan kesejagatan.

You might also like