You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu faktor utama dalam menentukan
keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah dengan
menjadikan pelajar sebagai subjek utama. Guru yang bijak dalam pengurusan bilik darjah
haruslah memahami dan mengenalpasti keperluan subjek utamanya. Oleh itu, menjadi
peranan bagi seorang guru untuk mengkaji latarbelakang sosial pelajarnya supaya
keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah dapat dicapai dengan jayanya.

Kajian ini terdiri daripada dua bahagian utama iaitu; bahagian pertama, mengkaji
konsep pengurusan bilik darjah yang kondusif; bahagian kedua, peranan guru dan langkah-
langkah yang wajar diambil oleh guru agar dapat mewujudkan hubungan yang positif dan
guru dan murid. Seterusnya, bahagian terakhir ialah rumusan.

1
2.0 KONSEP BILIK DARJAH

Sekolah merupakan wacana untuk setiap insan membina diri mereka dengan pengisian dari
pelbagai sumber ilmu agar dapat memudahkan individu menghadapi arus kehidupan di alam
ini. Pembelajaran ini bermula dengan penyediaan diri pelajar dengan pelbagai perkara
bermula dari segi mental hinggalah kepada fizikal. Dalam sebuah sekolah, bilik darjah
merupakan tempat yang terpenting dalam membentuk sahsiah dan pengetahuan pelajar.
Bilik darjah merupakan tempat yang paling sesuai untuk penyampaian pengajaran dan
pembelajaran. Bilik darjah yang mempunyai suasana yang tenteram dan selesa serta
ditambah dengan pelbagai bahan pengajaran atau bahan bantu mengajar akan memberi
kesan yang mendalam kepada penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru.

Menurut Kamarudin Husin (2004), konsep bilik darjah sebenarnya telah wujud sejak
sekian lama. Namun demikian konsep tersebut berubah-ubah mengikut perkembangan
pendidikan dari semasa ke semasa. Pada zaman dahulu, pembelajaran dilakukan di bawah
pokok dengan bilangan pelajar yang kecil sekitar lima hingga enam orang, dan ini boleh
dianggap sebagai satu bilik darjah. Begitu juga dengan surau atau pondok yang menjadi
tempat kanak-kanak Melayu mengaji al-Quran daripada imam juga tergolong sebagai bilik
darjah. Oleh itu, boleh dikatakan di mana sahaja tempat sesuatu ilmu itu disampaikan
tempat tersebut boleh dianggap sebagai bilik darjah.

Konsep bilik darjah pada hari ini biasanya ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan
atau ciri penyusunan fizikal. Oleh itu, tempat seperti sebuah bilik atau ruang yang
mengandungi sekumpluan pelajar di bawah pengawasan seorang guru, sebuah padang
yang digunakan untuk pendidikan jasmani, sekumpulan pelajar yang sedang menjalankan
uji kaji dalam sebuah makmal sains serta pendidikan yang diadakan di pusat sumber boleh
digolongkan di bawah konsep bilik darjah. Secara asasnya dalam konteks hari ini, bilik
darjah akan dilengkapi dengan kemudahan seperti kerusi dan meja pelajar yang disusun
mengikut aktiviti pengajaran dan pembelajaran, papan tulis dan alat bantu mengajar serta
yang paling utama ialah sejumlah pelajar yang berada dalam lingkungan umur yang sama di
bawah jagaan seorang guru. Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah
yang terdiri daripada guru dan sekumpulan pelajar yang mempunyai matlamat dan harapan
yang sama.

Persekitaran bilik darjah penting dalam situasi pembelajaran pelajar. Hal ini boleh
mengalakkan atau menghalang sesuatu aktiviti pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiah

2
Alsagoff (1986), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa
serta sumber pengajaran guru. Beliau juga menekankan tentang pengurusan dan
penyusunan bilik darjah yang menyentuh cara guru menyusun, mengorganisasi dan
menggunakan perkara-perkara yang berkaitan, menyusun tempat duduk pelajar serta
penyusunan perabot dan alat bantu mengajar. Secara keseluruhannya, semua perkara
tersebut perlu diatur dengan sempurna untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk
pembelajaran.

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran,


merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan
perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah
pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan
intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru
seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus,
kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran
berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan
komunikasi.

3.0 PERANAN GURU BAGI MEWUJUDKAN HUBUNGAN POSITIF DENGAN MURID.

Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah, yang lazimnya terdiri daripada
guru, pelajar dan sumber pembelajaran. Guru sebagai individu yang terlibat secara langsung
dalam menerajui pembelajaran. Ketiga-tiga entiti ini mempunyai peranan masing-masing
bagi membolehkan sebuah bilik darjah berfungsi dengan baik dan mencapai objektif yang
diharapkan oleh pihak sekolah.

Guru ialah seorang manusia biasa yang berada di tahap dewasa dan lebih tua
usianya berbanding pelajar. Dalam konteks pendidikan di Malaysia bagi sekolah kerajaan,
guru merupakan seorang yang menerima latihan perguruan serta mendapat kelayakan
untuk menjadi seorang guru sama ada dalam bentuk sijil, diploma ataupun ijazah. Guru di
sekolah merupakan satu fenomena moden di mana mereka mempunyai pengkhususan
dalam bidang tertentu dan dibayar gaji. Pengurusan guru-guru sekolah awam di letakkan di
bawah tadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia dan mereka dibayar gaji oleh kerajaan.
Manakala guru-guru sekolah swasta pula dibayar oleh majikan masing-masing. Dalam skim
penjawatan guru sekolah Malaysia, secara umumnya dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu guru siswazah dan guru bukan siswazah.

3
Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008), guru ialah teras kepada
pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh juga berlangsung
secara tanpa guru. Guru mempunyai peranan yang besar dalam melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Di antara peranan guru yang utama adalah
sebagai role model kepada pelajar, pembentuk akhlak yang mulia, pakar dalam
pengetahuan yang dimilikinya serta mahir dalam beberapa kemahiran khususnya yang akan
diajarkan kepada pelajarnya. Menurut Schickendanz (1977) pula, guru berperanan dalam
konteks pengurusan bilik darjah. Katanya, “Pembelajaran terganggu dalam iklim yang kucar-
kacir atau destruktif; adalah menjadi tanggungjawab guru menolong pelajar bertingkah laku
dengan cara meningkatkan hormat pada diri sendiri dan mewujudkan cohesiveness
kumpulan”.

Guru yang menghormati dan mesra dengan murid tetapi menunjukkan ketegasan
dan menetapkan batas-batas yang bersesuaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran
akan dihormati. Guru akan membina hubungan baik dengan pelajar dan pada masa yang
sama akan menetapkan peraturan yang akan dipersetujui bersama dengan peneguhan,
supaya sentiasa peraturan-peraturan tersebut dipatuhi.

Tugas untuk mendidik anak bangsa merupakan peranan utama bagi seorang guru.
Oleh hal yang demikian, untuk mendidik orang lain, guru sendiri perlu mempunyai
keperibadian yang mulia serta sahsiah yang terpuji supaya dapat menjadi contoh dan ikutan
para pelajarnya. Hal ini menuntut sifat profesionalisme yang tinggi. Guru haruslah
mempunyai disiplin yang cemerlang seperti bekerja keras, menepati waktu, berakhlak mulia,
mempunyai emosi yang mantap dan disiplin kendiri yang utuh. Semua hal ini penting untuk
menarik minat pelajar terhadap guru yang mengajar kerana pelajar akan lebih memberikan
tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas jika mereka menyukai guru
yang mengajarnya. “Segala-galanya yang dilakukan oleh guru daripada merancang jadual
harian sehingga membantu murid menyelesaikan perbalahan adalah mempengaruhi
keberkesanan guru sebagai pendisiplin” (Rohaty Mohd. Majzub, T. Subahan, Maerah
Faridah Karim, Ahmad Jeffiri Hassan, 1991. Persatuan Pendidikan Malaysia, 48).

Komunikasi dan hubungan yang berkesan berkesan perlu antara guru dengan murid
untuk sama-sama mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Menurut Roth (2015),
otak individu akan dapat menguasai lebih banyak maklumat sekiranya individu tersebut tidak
dalam keadaan stres atau takut. Sekiranya individu berada dalam keadaan selesa walaupun
menghadapi situasi mencabar, otak akan berfungsi dengan berkesan (wills, 2016). Apabila
guru peka dan memahami masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid,

4
maka kesabaran dan toleransi akan timbul. Hal ini akan menjamin rasa selamat dan
memupuk kepercayaan murid terhadap guru.
Aspek komunikasi yang berkesan antara guru dan murid akan meningkatkan iklim
pembelajaran kepada yang lebih baik. Menurut Jones (1995), pencapaian akademik dan
tingkahlaku murid dipengaruhi oleh hubungan guru dan juga murid.

Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru di sesebuah sekolah amat penting
terutama dari segi menjadikan aspirasi dan matlamat sekolah menjadi kenyataan. Menurut
Kamarudin Husin (2004:), peranan seorang guru antaranya ialah sebagai pengurus, ibu
bapa pelajar di sekolah terutama dalam keselamatan dan kebajikan. Selain itu, sebagai
model hidup yang menjadi ikutan pelajar. Kamarudin Husin dalam buku yang sama juga
menekankan bahawa guru berperanan sebagai pembimbing dan kaunselor kepada pelajar
yang menghadapi masalah dalam pembelajaran atau peribadi.

Oleh yang demikian dan menjalankan tugas dan peranannya, guru mestilah menjadi
seorang yang penyabar dan sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan
berlaku. Peranan yang amat besar dan mencabar ini menjadikan guru seorang yang
dihormati dan disanjungi di mata masyarakat. Cabaran ini disahut oleh setiap insan bergelar
guru yang mendukung satu falsafah keguruan iaitu Falsafah Pendidikan Guru Malaysia,
iaitu:

“ Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,


bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik dan berdisiplin”

4.0 RUMUSAN

Berdasarkan apa yang telah dibincangkan di atas dapatlah disimpulkan bahawa, bilik
darjahmerupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana seorang guru dan
sekumpulan pelajar saling berinteraksi secara nyata. Ianya boleh dianggap sebagai satu
unit sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan telah menjadi semakin kompleks. Mengikut
Spencer, masyarakat sebagai satu kelompok yang memerlukan pelbagai kemudahan untuk
mereka menjalankan aktiviti bersosial seperti tempat beribadat, sekolah, balai raya, padang
permainan dan sebagainya. Oleh itu perhubungan antara masyarakat yang wujud di
dalamnya amatlah mementingkan kerjasama sosial agar sumbangan yang positif dapat
diadakan untuk setiap bahagian masyarakat dan perubahan setiap bahagian ini akan
mempengaruhi bahagian-bahagian yang lain.

5
Bilik darjah yang sempurna akan mementingkan demokrasi dan disiplin sebagai amalan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (BPG, 1998). Dalam keadaan begini seorang
guru perlu tangkas membuat keputusan dan bijak menguruskan bilik darjah agar situasi
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Menurut Chris Watkins
(2005) dalam bukunya bertajuk Classrooms as Learning Communities para pengkaji
mendapati 3 perkara yang memantapkan suasana bilik darjah ialah ciri-ciri yang terdapat di
dalam sebuah bilik darjah itu sendiri, kekuatan perhubungan antara guru dan pelajarnya dan
pengaruh pembelajaran dan pelajar.

6
RUJUKAN.

Abdullah Sani Yahaya. 2005. Mengurus Disiplin Pelajar. Penang: PTS Profesional
Publishing.

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum, Edisi
Kedua. Tanjung Malim: Quantum Books.

Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga. Kuala Tanjung
Malim: Quantum Books.

Asmah Hj. ahmad. 1990. Pedagogi 1. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Atan Long. 1982. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chris Watkins. 2005. Classrooms as Learning Communities: What’s in it for schools?.


Routledge Taylor & Francis Group.

Edaris Abbu Bakri. 2004. Pengurusan Strategik: Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan.
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Frazer, E. Home. 1989. Environment and The School. London: London University Press.

Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala
Lumpur: Kayazano Enterprise.

You might also like