You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU ANAM,

85100 BATU ANAM, JOHOR.

MINIT MESYUARAT UNIT KESIHATAN


BILANGAN 1 TAHUN 2020

Tarikh : 13 JANUARI 2020

Masa : 1:30 tengah hari- 3.00 petang

Tempat : BILIK MESYUARAT

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan


1. Puan Noor Salwaani binti Othman Penyelaras Unit Kesihatan ( Pengerusi )
2. Puan Fakizah binti Yaacob AJK Unit Kesihatan
3. Encik Mohd Shukeri Bin Taib AJK Unit Kesihatan
4. Puan Afarizan binti Mohd Ali Penyelaras Unit RMT dan Susu Sekolah
5. Puan Mazwani binti Wahi Anuar AJK Unit RMT dan Susu Sekolah
6. Puan Nor Lela binti Ismail AJK Unit RMT dan Susu Sekolah

Turut Hadir
Puan Roainis binti Mohamed Ali GPK HEM

Tidak Hadir
Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Bacaan doa
1.2. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua jawatankuasa Unit Kesihatan dan Unit
Susu Sekolah dan mengucapkan terima kasih kepada semua kerana dapat hadir
dalam mesyuarat Pengurusan Unit Kesihatan Sekolah bil.1 /2020.
1.3. Pengerusi memohon semua ahli jawatankuasa memberikan kerjasama dan
komitmen dalam Unit Kesihatan.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Tiada

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Tiada

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN

4.1 Unit Kesihatan

4.1.1 Pengerusi memaklumkan Unit Susu Sekolah diletakkan di bawah Unit Kesihatan
dan menggunapakai bilik yang sama.
4.2 Program Rekod Kesihatan Murid ( RKM )

4.2.1 Semua murid tahap 2 wajib ada buku RKM. Guru-guru kelas mestilah
memastikan setiap murid yang berada di dalam kelas mereka mempunyai buku
RKM ini. Manakala murid tahap 1 tidak lagi menggunakan buku RKM. Sesuai
dengan perubahan masa dan teknologi RKM telah disediakan secara dalam
talian sebagai submodul dalam Modul Pengurusan Murid bagi memudahkan
rekod dicatat dan disimpan serta memudahkan pihak yang berkepentingan
membuat rujukan. Ia dipanggil sebagai e-rkm.

.
Tindakan: Semua guru kelas

.. 4.3 Program Kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri.

4.3.1 Jawatankuasa Kesihatan Sekolah


Puan Nazirah memaklumkan Jawatankuasa Kesihatan Sekolah melibatkan
Kelab Doktor Muda dan Unit Susu Sekolah untuk membantu Unit Kesihatan
Sekolah.

Tindakan : Makluman

4.3.2 Lawatan Kesihatan Sekolah


Pengerusi memaklumkan pihak Klinik Kesihatan Batu Anam akan membuat
lawatan kesihatan ke sekolah pada 19, 20 dan 21 Januari 2020. Pihak KK
Batu Anam akan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas murid-murid Pra
Sekolah, Tahun 1 dan Tahun 6. Suntikan untuk murid-murid Tahun 1 juga
akan diberikan.

.
Tindakan : Makluman

4.3.3 Pengerusi juga memberitahu supaya mengemaskini laporan seperti Borang


Kesihatan Murid dan Borang Imunisasi Murid Tahun 1. Guru-guru kelas
Tahun 1 dan Tahun 6 juga diminta untuk menimbang berat dan mengukur
ketinggian murid seperti yang diminta oleh pihak Klinik Kesihatan. Perkara ini
akan dimaklumkan kepada guru-guru kelas tersebut.

Tindakan : Penyelaras Kesihatan

4.3.4 Bilik/ Ruang Sakit


Bilik sakit di sekolah tidak digunakan kerana kekurangan masa cikgu untuk
memantau murid yang sakit. Oleh itu, murid yang sakit ditempatkan di
pejabat sementara menunggu waris atau penjaga menjemput murid tersebut.
.

Tindakan : Makluman

4.3.5 Pengerusi menasihatkan agar guru-guru yang menggunakan bilik sakit


menjaga kebersihan bilik sakit. Apabila masuk ke bilik sakit hendaklah
menanggalkan kasut.
Tindakan : Makluman

Tindakan : Penyelaras Kesihatan

4.3.6 Buku Rekod Penggunaan Bilik Kesihatan


Pengerusi memberitahu guru-guru yang ingin menggunakan bilik kesihatan
perlu menulis nama mereka dalam buku tersebut sebagai rekod. Begitu juga
dengan ubat-ubat yang terdapat dalam bilik kesihatan atau dalam first aid perlu
direkodkan. Beliau juga menyatakan tentang kemudahan peralatan di bilik
kesihatan juga perlu direkodkan.

Tindakan : Makluman

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi memohon kepada ajk unit untuk sama- sama bergotong-royong bagi
menceriakan lagi bilik kesihatan.

Tindakan : AJK Unit Kesihatan

5.2 Pengerusi berharap agar guru-guru untuk mengambil tindakan segera jika
terdapat murid yang sakit semasa berada di sekolah.

Tindakan : makluman

6. PENUTUP
1.1. Pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua guru
dan berharap pengurusan Unit Kesihatan akan bertambah
cemerlang pada masa-masa akan datang.
1.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,

(NOOR SALWAANI BINTI OTHMAN)


Penyelaras
Unit Kesihatan
SK Batu Anam

Tarikh : 17 Januari 2020

You might also like