You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU ANAM,

85100 BATU ANAM, JOHOR.

MINIT MESYUARAT UNIT KESIHATAN


BILANGAN 2 TAHUN 2020

Tarikh : 28 JUN 2020

Masa : 12.45 TENGAH HARI- 2.30 PETANG

Tempat : BILIK MESYUARAT

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan


1. Puan Noor Salwaani binti Othman Penyelaras Unit Kesihatan ( Pengerusi )
2. Puan Fakizah binti Yaacob AJK Unit Kesihatan
3. Encik Mohd Shukeri Bin Taib AJK Unit Kesihatan
4. Puan Afarizan binti Mohd Ali Penyelaras Unit RMT dan Susu Sekolah
5. Puan Mazwani binti Wahi Anuar AJK Unit RMT dan Susu Sekolah
6. Puan Nor Lela binti Ismail AJK Unit RMT dan Susu Sekolah

Turut Hadir
Puan Roainis binti Mohamed Ali GPK HEM

Tidak Hadir
Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan bacaan doa.
1.2 Ucapan terima kasih atas kehadiran semua ahli.
1.3 Berharap semua AJK dapat menjaga kesihatan dan mengamalkan SOP yang
ditetapkan.
Tindakan : Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit mesyuarat yang lalu diterima sebulat suara tanpa pindaan.

Tindakan : Makluman

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Laporan Unit Kesihatan
3.1.1 Keceriaan dan Kebersihan Bilik Kesihatan
-Ketua Unit dan AJK Kesihatan bersama bekerjasama menyusun atur
semula kedudukan Bilik Kesihatan.
-Peruntukan mengecat dan menceriakan Bilik Kesihatan diperoleh melalui
sumbangan daripada Kedai Buku SK Batu Anam serta sumbangan individu.

Tindakan:Makluman

4 PERKARA – PERKARA BAHARU

4.1 Bilik Kesihatan sebagai Bilik Isolasi


4.1.1 AJK Kesihatan telah membersihkan Bilik Kesihatan dan menyusun
meja dan kerusi mengikut SOP yang ditetapkan.
4.1.2 Bilik Kesihatan dimop dan dikemas oleh pekerja pembersihan

4.1.3 Cadar dan sarung ksarung bantal dibasuh untuk kebersihan yang
optimum.
4.1.4 Penanda arah dan arahan keluar masuk telah ditampal mengikut SOP yang
ditetapkan.

4.1.5 Meja pendaftaran ditempatkan di bahagian hadapan dan buku pendaftaran,


alat bacaan suhu serta sanitisi tangan perlu ada.
4.1.6 Sabun cuci tangan perlu disediakan bagi memudahkan guru dan murid
mencuci tangan.
Tindakan :AJK Kesihatan

4.2 Aktiviti murid bagi sesi persekolahan semula


4.2.1 Murid akan diajar cara cuci tangan yang betul,cara memakai penutup
mulut,penjarakan sosial serta amalan kebersihan dititikberatkan
melalui subjek Pendidikan Kesihatan.
4.2.2 Info Covid-19 di Bilik Kesihatan,bilik-bilik khas dan kelas.

Tindakan :AJK Kesihatan,Guru Pendidikan Kesihatan

4.3 Pemantauan dan Sudut Kesihatan

4.3.1 Carta berkaitan Covid 19 telah dipamerkan di dalam Bilik Kesihatan.


4.3.2 Sudut Kesihatan perlu ditambahbaik dengan penambahan
Info-info kesihatan yang lain.

Tindakan : AJK Kesihatan


5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi berharap agar perancangan program atau aktiviti yang


akan dijalankan akan tercapai dan terlaksana.
5.2 GPK HEM mengingatkan supaya kertas kerja dan laporan program hendaklah
diserahkan kepada sekolah sebagai bukti dan rekod program yang telah
dijalankan.
5.3 GPK HEM turut memberitahu unit kesihatan akan dipantau oleh PPD dalam masa
yang terdekat. Diharap apa-apa maklumat yang dikehendaki dapat disediakan
selengkapnya dan termampu.

Tindakan : Makluman

6. PENUTUP

6.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:30 petang.

Disediakan oleh,

(NOOR SALWAANI BINTI OTHMAN)


Penyelaras
Unit Kesihatan
SK Batu Anam

Tarikh: 28 Jun 2020

You might also like