You are on page 1of 9

SYARAT DAN PERATURAN INI ADALAH UNTUK

MOST WANTED LEAGUE MALAYSIA MUSIM KEDUA

1. Peraturan Liga
a. Liga dibahagikan kepada TIGA divisyen iaitu :
i. Liga Juara – Juara [Divisyen 1]
ii. Liga Super [Divisyen 2]
iii. Liga Perdana [Divisyen 3]
b. Setiap divisyen terbahagi kepada 20 pasukan.
c. Setiap musim mempunyai 19 perlawanan. Jadual perlawanan sepanjang
musim akan dikeluarkan sebelum bermulanya liga. (Rujuk website MCC
bahagian Most Wanted League)
d. Liga akan berlangsung pada setiap hari kecuali Sabtu, Ahad, Cuti Umum
Persekutuan dan Hari Cuti Khas MWL yang akan dimaklumkan di laman
social MWL.
e. Format Perlawanan adalah seperti berikut :
i. Kejohanan Liga (Div 1-3)
 6 pemain menentang 6 pemain secara Head-to-Head
ii. Kejohanan Lain (MWL Cup, MWL Allstar Challenge League [ACL]
 5 pemain menentang 5 pemain secara Head-to-Head
f. Kiraan Mata Pasukan akan diberikan seperti berikut :
i. Menang 3 Mata
ii. Seri 1 Mata [Terpakai untuk kejohanan liga DIVISYEN SAHAJA]
iii. Tewas 0 Mata
g. Tempoh masa bagi 1 perlawanan ialah 2 hari (48 jam).
h. Sekiranya sehingga jam 11.30 Malam masih tiada keputusan perlawanan,
Penganjur berhak mengisi keputusan 0-0 atau result semasa yang terdapat
dalam sistem.

2. Group WhatsApp Perlawanan


a. Pengurus Pasukan perlu membuat satu group whatsapp perlawanan dan
perlu memasukkan Pengurus Pasukan Lawan atau Wakil Pasukan Lawan.
b. Pengurus perlu memasukkan Pengurus Pasukan Lawan. Amalan menghantar
link group kepada pasukan lawan tidak digalakkan.
c. Digalakkan PM Pengurus Pasukan Lawan sebelum jam 11.30 PM (waktu
bermulanya perlawanan)
d. Kedua – dua pasukan perlu menghantar senarai pemain penuh masing –
masing terlebih dahulu.
e. Senarai Pemain YANG LENGKAP, SEMPURNA perlulah mengandungi :
i. Nama Pemain/Pasukan
ii. Nombor ID Pes
iii. Nombor Telefon Pemain/Link/Tag
f. Mana – mana pasukan yang gagal mengemukakan senarai pemain
pasukannya YANG LENGKAP sebelum jam 9.00 PM pada hari pertama,
maka pasukan lawan boleh menuntut kemenangan percuma 6 – 0 DENGAN
SYARAT pasukan tersebut perlu berkongsi lineup lebih awal sebelum jam
9.00 PM.
g. Kedua – dua Pengurus Pasukan perlulah memasukkan sekurang – kurangnya
6 pemain yang akan bermain di perlawanan tersebut.
h. Pemain akan menentang pemain lawan mengikut kedudukan yang ditetapkan
oleh Pengurus masing – masing.
i. A1 vs B1
ii. A2 vs B2
iii. A3 vs B3
iv. A4 vs B4
v. A5 vs B5
vi. A6 vs B6
i. Bagi perlawanan untuk kejohanan MWL Cup dan Allstar Challenge League,
hanya 5 Pemain terlibat dalam satu perlawanan.

3. Peraturan Pemain
a. Pemain tuan rumah atau yang invite pihak lawan perlulah membuat tetapan :
i. 8 minit
ii. Hidupkan masa tambahan dan sepakan penalty
iii. Jika tidak menetapkan perkara i dan ii, wajib bermain semula
walaupun perlawanan telah tamat. Keputusan perlawanan sebelum
itu tidak akan diterima.
b. Keputusan yang diterima sama ada menang atau tewas sahaja.
c. Tiada keputusan seri untuk sesuatu perlawanan.
d. Setiap kemenangan bagi setiap perlawanan pemain tersebut diberikan 1
Mata.
e. Jumlah keseluruhan bagi perlawanan liga adalah maksimum 6 mata
manakala bagi kejohanan MWL Cup dan Allstar Challenge League adalah
maksimum 5 mata.
f. Setelah selesai kesemua perlawanan, Pengurus Pasukan yang menang
perlulah mengisi keputusan perlawanan penuh ke dalam group WhatsApp.
i. Maklumat : Mempunyai ID Pemain dan Keputusan Perlawanan
ii. Cara Isi Keputusan :
 Perlawanan 1
a. 123456789 [3] VS [2] 123456789
 Isi seperti contoh diatas sehingga perlawanan kelima
(Kejohanan) atau perlawanan keenam (Liga)
g. Sekiranya tiada result yang dimaklumkan oleh pasukan yang menang atau
kalah sebelum jam 11.30 malam, maka Penganjur Pertandingan akan
mengira perlawanan tersebut seri dengan jaringan 0-0 atau keputusan
semasa yang dimaklumkan dalam sistem.

4. Masa Perlawanan
a. Kedua – dua pemain perlu sama – sama setuju menetapkan masa
perlawanan.
b. Cadangan masa perlawanan antara 4.00 pm hingga 9.00 pm.
c. Tiada masalah untuk bermain lebih awal.
d. Pertukaran Pemain boleh dilakukan sebelum jam 10.00 pm pada hari kedua.
Selepas jam 10.00 pm, pertukaran tidak boleh dilakukan melainkan
mempunyai alasan munasabah. Perlulah laporkan kepada Penganjur untuk
melakukan pertukaran yang melebihi jam 10.00 pm.
e. Pengurus Pasukan perlulah menetapkan pemain yang boleh selesaikan
perlawanan sebelum jam 10.00 PM.
f. Dibenarkan bermain selepas jam 10.00 pm tetapi perlulah menghantar
keputusan sebelum jam 11.30 pm.
g. Dilarang menghantar keputusan lewat dengan alasan Pengurus Pasukan
lawan tidak respon. Terus hubungi Penganjur untuk menuntut kemenangan
percuma.

5. Peraturan Pemain
a. Setiap pasukan boleh mendaftar pemain tidak kurang dari 6 Pemain dan tidak
lebih 10 Pemain sepanjang musim.
b. Pertukaran, Pengurangan atau Pertambahan pemain atau perubahan nombor
ID hanya boleh dilakukan pada Jendela Perpindahan sahaja.
c. Setiap Jendela Perpindahan boleh digunakan untuk perkara 5.a tetapi tidak
melebihi 10 pemain.
d. Jendela Perpindahan akan diumumkan di group whatsapp, facebook,
telegram dan laman social rasmi MWL.
e. Seorang pemain boleh bermain dengan 1 pasukan sahaja Pemain yang sertai
MWL tidak boleh menyertai Battle Of Clans [BOC] dan Malaysia Clan League
[MCL]. Sekiranya mendapati mana – mana pemain bermain melebihi 1
pasukan atau bermain di BOC dan MCL, perlawanan pemain pada hari
dimana dikesan tidak akan dikira dan pemain akan disingkirkan dan
digantung selama 2 Musim.
f. Sekiranya mana – mana pasukan membawa pemain yang melakukan seperti
perkara 5.e, sekiranya melebihi 2 pemain, pasukan tersebut boleh dikenakan
hukuman digantung daripada MWL dan akan digantung selama 2 musim.
g. Sekiranya Pengurus/Pemain/Wakil Pasukan tersebut didapati
bersekongkol/menyokong/membenarkan pemain tersebut bermain seperti
perkara 5.e, pasukan tersebut akan dikenakan potongan 9 Mata pada
penghujung musim. Sekiranya pasukan tersebut memenangi kejuaraan
liga/MWL Cup/Allstar Challenge League, maka kejuaraan tersebut akan
ditarik balik dan diberikan kepada tempat kedua.
h. Sekiranya Pengurus/Pemain/Wakil Pasukan tersebut didapati membantah
keputusan Penganjur untuk menyingkirkan pemain tersebut seperti perkara
5.e, pasukan tersebut akan dikenakan potongan 9 Mata pada penghujung
musim. Sekiranya masih membantah, maka hukuman pergantungan akan
dijalankan.
i. Pemain yang tidak berdaftar diharamkan bermain di dalam MWL. Sekiranya
mendapati pasukan tersebut melakukan kesalahan tersebut, perlawanan
tersebut dianggap Null dan pasukan tersebut akan tewas 6-0 (5-0 bagi
kejohanan MWL CUP dan ACL).
j. Setiap pemain hanya boleh main menggunakan ID yang didaftarkan sahaja.
Sekiranya mendapati pasukan tersebut melakukan kesalahan tersebut,
perlawanan tersebut dianggap Null dan kemenangan percuma 3-0 diberikan
kepada pihak lawan.
k. Sekiranya mendapati mana – mana pasukan menggunakan pemain yang tidak
menggunakan id seperti yang didaftarkan, pasukan tersebut akan dikira
tewas dan pemain tersebut akan digantung dari liga selama 2 Musim.
l. Sekiranya terdapat perubahan ID disebabkan akaun pemain tersebut secara
tiba-tiba digodam, maka anggaplah pemain anda cedera. Tiada pertukaran
ID sehingga Jendela Perpindahan dibuka.

6. Speedtest
a. Penganjur telah menetapkan penggunaan aplikasi Ookla sebagai aplikasi
penguji kelajuan internet pemain.
b. Mana – mana pemain mempunyai hak untuk meminta screenshot speedtest
sebelum perlawanan bermula.
c. Syarat minimum speedtest :
i. Download : minimum 10mbps
ii. Upload : minimun 10mbps
iii. Ping : maksimum 30ms
iv. Jitter : maksimum 10ms
v. Packet Loss : 0%
d. Sekiranya pemain tidak menepati syarat minimum seperti perkara 6.c ,
pengurus lawan perlu menukar dengan pemain yang menepati menepati
syarat minimum seperti perkara 6.c sekiranya pihak lawan minta.
e. Sekiranya tiada bantahan daripada pihak lawan, bermakna perlawanan boleh
diteruskan.
f. Sekiranya didapati terdapat mana – mana pemain/pasukan yang
menipu/memanipulasi speedtest, maka perlawanan tersebut dikira kalah 3-0.
g. Sekiranya pihak lawan bersetuju untuk meneruskan perlawanan walaupun
speedtest tidak menepati syarat minimum seperti perkara 6.c, maka
dibenarkan dengan syarat :
i. Tidak boleh menuntut kemenangan percuma atas alasan lag selepas
10 minit (waktu permainan) perlawanan. Jika mahu menuntut, perlu
keluar dari perlawanan sebelum sampai ke minit ke-10.
ii. Tidak boleh membuat kenyataan kalah disebabkan pihak lawan lag.
iii. Tidak boleh keluar daripada perlawanan untuk menuntut
kemenangan percuma selepas minit ke-10.

7. Lagging
a. Walaupun pemain melepasi syarat minimum speedtest, adakalanya
perlawanan menjadi lag [sengaja atau tidak sengaja]
b. Pihak yang ingin menuntut pihak lawan lag, perlu menyediakan bukti video
melebihi 30 saat yang menunjukkan pihak lawan tersebut sememangnya lag.
c. Selepas merakam lag, pemain tersebut perlu keluar dari perlawanan tersebut
dalam masa 1 minit.
i. Jika tidak keluar dan masih bermain hingga tamat perlawanan, maka
keputusan masa tamat akan dikira.
ii. Jika ingin menuntut lag selepas tamat perlawanan, tidak akan dikira.
d. Selepas merakam lag, pemain perlu hantar bukti tersebut kepada pengurus
pasukan atau group whatsapp dan perlu meminta untuk menukarkan pemain
yang dapat menepati syarat minimum seperti perkara 6.c
e. Sekiranya pihak lawan kehabisan pemain, maka perlawanan tersebut dikira
null dan pemain yang lag dikira kalah 3-0.
f. Sekiranya mendapati mana – mana pemain melakukan percubaan On Off
Data, jika disabitkan kesalahan maka pemain tersebut akan digantung 2
perlawanan dan perlawanan tersebut dianggap Null serta kemenangan
percuma 3-0 diberikan kepada pihak lawan.
8. Perlawanan Semula (Rematch)
a. Sekiranya perlawanan berakhir [disconnect] (YOU WIN, YOU LOSE, NULL)
sebelum minit ke-80, maka tindakan seterusnya ialah :
i. Sambung baki perlawanan [90 minit – masa sebelum perlawanan
berakhir]
ii. Membawa keputusan semasa
iii. Cara kiraan baki minit perlawanan :
 Contoh : berakhir minit ke-60
 90 minit – 60 minit = 30 minit
 Maka hanya perlu bermain baki permainan 30 minit sahaja.
iv. Perlu bermain perlawanan terus. Tidak dibenarkan sidai/delay
melebihi 5 minit kecuali persetujuan kedua-dua pemain.
b. Sekiranya perlawanan berakhir [disconnect] (YOU WIN, YOU LOSE, NULL)
selepas minit ke 80, maka keputusan semasa akan diambil.
i. Sekiranya perlawanan masih terikat, sambung perlawanan
c. Sekiranya perlawanan berakhir [disconnect] (YOU WIN, YOU LOSE, NULL)
semasa masa tambahan (diatara minit ke-90 hingga minit ke-120), maka
tindakan seterusnya ialah :
i. Tetapkan perlawanan selama 5 minit dan hidupkan hanya sepakan
penalti sahaja.
ii. Sambung baki perlawanan [ketika masa tambahan bermula iaitu minit
ke-90]. Kedudukan mestilah kedudukan terikat.
iii. Membawa keputusan semasa.
iv. Sekiranya masih terikat, teruskan ke sepakan penalti
v. Selesai tamat perlawanan, tambah skor tersebut dengan skor sebelum
minit ke-90.

9. Pemain Simpanan
a. Semua pasukan boleh mendaftar pemain ke-7 hingga pemain ke-10.
b. Pertukaran pemain bergantung kepada kebijaksaan Pengurus Pasukan
masing – masing.
c. Kedudukan pemain dalam lineup juga bebas selagi menggunkan pemain yang
didaftarkan.
d. Pemain simpanan boleh dimasukkan sekiranya terdapat masalah seperti tidak
dapat bermain, lag dan sebagainya dan perlu memberitahu kepada Pengurus
Pasukan Lawan.
e. Waktu terakhir untuk menukar pemain adalah jam 10.00 pm. Selepas
waktu itu, kesemua pasukan yang ingin menukar pemain TIDAK
DIBENARKAN kecuali terdapat hal-hal yang tidak dapat dielak dan perlu
memaklumkan kepada Penganjur.
f. Jika didapati mana-mana pasukan yang melakukan pertukaran pemain
selepas jam 10.00 pm tanpa alasan munasabah, perlawanan yang ditukar
itu akan diberikan kemenangan percuma 3-0 kepada pihak lawan.

10. Unsportsmanship
a. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Pengurus Pasukan untuk memastikan
semua pemain di bawah kendaliannya, menghormati semua pihak,
menghormati peraturan sedia ada, menjaga adab dan tatasusila sepanjang
pertandingan. Sikap buruk pemain menunjukkan sikap pasukan anda. Kerana
nila setitik, rosak susu sebelanga.
b. Kemenangan percuma akan diberikan kepada perlawanan dimana lawannya:
i. Sengaja melewat-lewatkan waktu permainan.
 Tidak muncul walaupun pihak lawan sudah mesej
 Muncul di akhir waktu perlawanan
ii. Tidak muncul selepas 30 minit waktu yang dipersetujui.
iii. Tidak didaftarkan dalam senarai 10 orang pemain.
iv. Tidak didaftarkan dalam lineup yang dipersetujui sebelum
bermulanya perlawanan. (Bagi kes penukaran yang tidak
dimaklumkan kepada pengurus pasukan lawan)
c. Kemenangan percuma (5-0/6-0) akan diberikan kepada mana-mana
pasukan sekiranya :
i. Provoke
ii. Tidak memberi respon sehingga jam 9.00 pm.
iii. Tidak menghantar senarai penuh pemain yang lengkap sebelum jam
9.00 pm pada hari perlawanan pertama. (Pasukan yang ingin
menuntut kemenangan percuma perlulah menghantar senarai
pemain penuh yang lengkap sebelum jam 9.00 pm pada hari
pertama)
d. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemain, menghormati semua pihak,
menghormati peraturan sedia ada, menjaga adab dan tatasusila sepanjang
pertandingan. Sikap buruk anda menunjukkan sikap pasukan anda. Kerana
nila setitik, rosak susu sebelanga.
e. Bagi kes provoke untuk pemain, pemain pihak lawan akan menerima
kemenangan percuma dan pemain yang provoke akan diberikan hukuman :
i. Kali pertama : Amaran (kad kuning)
ii. Kali kedua : Digantung 3 Perlawanan dan pasukan tersebut kalah
pada perlawanan tersebut
iii. Kali ketiga : Pemain disingkirkan dari kejohanan dan dibanned
selama 2 musim.
f. Bagi kes provoke untuk pasukan, pihak lawan akan menerima kemenangan
percuma dan pasukan yang provoke dikira tewas dan diberikan hukuman :
i. Kali pertama : Amaran
ii. Kali kedua : Ditolak 6 Mata
iii. Kali ketiga : Pasukan disingkirkan dari kejohanan dan dibanned
selama 2 musim.
g. Sekiranya para pemain/pasukan membantah keputusan Penganjur,
hukuman lebih berat akan diambil. Kesalahan ini akan dibawa ke Masta
Clan Community (MCC).

11. Goal Celebration


a. Goal Celebration tidak dibenarkan.
b. Sekiranya didapati mana-mana pemain melakukan celebration, maka pemain
tersebut kalah 3-0.
c. Wajib menyediakan bukti tersebut.
d. Akan tetapi, terdapat kes di mana pemain terlewat sedikit menekan butang
skip. Oleh itu, tempoh goal celebrate maksimum sebelum nak menuntut
adalah 3 saat.
e. Pemain yang ingin menuntut kemenangan percuma celebrate, sila screenshot
atau rakam video sebagai bahan bukti pemain.
f. Pemain yang melakukan celebrate akan diberikan kad kuning.
g. Sekiranya pemain tersebut mengulangi kesalahan yang sama, pemain
tersebut boleh digantung 3 perlawanan.
h. Pemain perlu keluar daripada perlawanan dalam masa 10 saat selepas goal
celebrate. Sekiranya anda tidak keluar, maka perlawanan diteruskan.
i. Jika anda ingin menuntut selepas perlawanan tamat, tuntutan anda tidak
akan dilayan kerana tidak menepati perkara 11.f.

12. Pause dan Longball


a. Pause dibenarkan dengan syarat jangan melampau menggunakan pause.
b. Longball dibenarkan.

13. Lain – Lain


a. Sebarang perubahan, pemakluman atau apa saja akan dimaklumkan dalam
group whatsapp liga dan laman social MWL. Pengurus Pasukan perlu
berwaspada apa yang berlaku dalam group tersebut. Tiada alasan tidak buka
whatsapp.
b. Penganjur mempunyai kuasa penentu sekiranya berlaku sesuatu perkara
yang tidak dinyatakan dalam Syarat dan Peraturan.
c. Penganjur akan menubuhkan satu pasukan yang merupakan jawatankuasa
disiplin yang akan mengadili sebarang kes semasa kejohanan berlangsung.

You might also like