You are on page 1of 16

TOKO

Peranan Tokoh - Tokoh Kemerdekaan

Kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957 telah diusahakan oleh para
pemimpin yang berwibawa. Sikap bekerjasama dan sentiasa mengutamakan
perundingan dan kata sepakat telah menjadi pendekatan terbaik mereka dimana
kemerdekaan negara yang dicapai. Antara tokoh-tokoh penting kemerdekaan negara
termasuklah:

1. TUNKU
ABDUL
RAHMAN
PUTRA AL-
HAJ
2. TUN ABDUL
RAZAK BIN
HAJI DATO'
HUSSEIN
3. TUN V. T.
SAMBANTH
AN
4. TUN SIR
HENRY LEE

1
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
Ibarat kata pepatah Melayu ”Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.
Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk mengenang jasa dan sumbangan negarawan ulung
Tunku Abdul Rahman Putra.

Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam
pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi
untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan menentang Malayan Union,
mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka,
mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah
membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja
rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan
kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku - Bapa Kemerdekaan.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari
1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan
Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957sehingga 1970. Pembentukan Malaysia
pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung.

Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa
Malaysia".

KEHIDUPAN PERIBADI

2
Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin,
Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid
Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid
yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah
Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan
Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30
tahun ketika itu.

LALUAN KE KEMERDEKAAN

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi
kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut,
pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti
campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik
sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai
Parti Perikatan pada tahun 1955.

Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang
kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh
kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku
mengetuai orang ramai untuk menyorak

TUN ABDUL RAZAK BIN HAJI DATO' HUSSEIN


3
Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan
Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur
dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang bertujuan untuk mengatasi masalah
ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam
kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang
sebagai "Bapa Pembangunan".

KEHIDUPAN PERIBADI

Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung
kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau keturunan bangsawan
Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang. Abang ipar Abdul Razak, Tun
Hussein Onn, ialah penggantinya sebagai erdana Menteri ketiga. Anak sulungnya, Dato' Seri Najib bin
Tun Haji Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam menggantikan Tun Abdullah bin
Haji Ahmad Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak,
Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.

PENDIDIKAN
Sejak di sekolah rendah lagi, Abdul Razak telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang
pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala
Kangsar, Perak.
Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Abdul Razak bertugas dengan Perkhidmatan
Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles,
Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang
Dunia II.

Selepas peperangan, Abdul Razak pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar jurusan undang-undang.
Sewaktu menuntut diEngland, beliau bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang sedang membuat
percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti
Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di
bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Bersamping itu, Abdul Razak juga menubuhkan
"Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-
penuntut Malaya. Pada tahun 1950, Abdul Razak menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London.

KEMERDEKAAN
Berada di London bersama Tunku Abdul Rahman sebagai anggota Tanah Melayu untuk menuntut

4
kemerdekaan dari Britain. Selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Luar Bandar. Tun Abdul Razak

Beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO dan Tinbalan Perdana Menteri. Beliau telah memainkan
peranan sebagai perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun1956 . Beliau juga menjadi
perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun 1956. Beliau itu juga menjadi perunding
dalam menyiapkan perlembagaan Kemerdekaan 1957. Selain itu , beliau telah menjadi Pengerusi
Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang menggubal sistem pendidikan kebangsaan negara. Laporan
itu dikenal sebagai Penyata Razak pada tahun 1957. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Perdana
Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970.

TUN V. T. SAMBANTHAN
Dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak, Sambanthan bersekolah di Sekolah
Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian
memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai diIndia Utara.

Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti.
Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Presiden pertama Kongres India Malaya (MIC)
ketika berusia 36 tahun.

Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu parti campuran antara
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk

5
bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau bertanding
di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri Perak. Sambanthan menang dan diberi kepercayaan untuk
menjadi Menteri Buruh.

KEHIDUPAN PERIBADI

V.T. Sambathan dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak Darul
Redzuan. Semasa kecil beliau tidak banyak bergaul dengan masyarakat lain. Beliau seorang yang rajin.
Beliau mula bergaul dengan masyarakat lain apabila bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar,
Perak.

Beliau sangat cemerlang dalam pelajarannya hingga membolehkan beliau melanjutkan pelajaran di
Universiti Annamalai di Utara India dan mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera dari universiti
tersebut. Tun V.T. Sambathan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India. Sejak kecil lagi
sangat aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah dan universiti. Kepimpinan terserlah apabila dilantik
menjadi Presiden Kongres India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian V.T. Sambathan dilantik
menjadi menteri penuh dalam pelbagai kementerian.

KEMERDEKAAN
Beliau merupakan presiden MIC yang telah bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkan
kemerdekaan negara. Beliau telah menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum sebagai tonggak
kemerdekaan negara yang kukuh dan menyeru kaum India supaya m,emberikan kesetiaan yang tidak
berbelah bagi kepada negara ini.

Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang dari
yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. Lalu Sambanthan dilantik menjadi Menteri Kesihatan.
Seterusnya pada tahun 1959, Sambanthan dilantik menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jawatan
yang terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi
menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan
dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum.

6
Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh V.T.
Sambathan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi
kemudahan kepada rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu. V.T. Sambathan juga turut berjasa
dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi.

V.T Sambathan tidak hanya memajukan masyarakat India yang kurang berpendidikan tetapi lebih
global terutama ketika menjawat jawatan Menteri Kesihatan. Beliau telah meletakkan jawatan Presiden
Kongres India pada tahun 1973 dan Menteri Perpaduan Negara pada tahun 1974 kerana faktor usia.
Tun V.T. Sambathan telah meninggal dunia pada 18 Mei 1979 akibat diserang penyakit jantung. Bagi
mengenang jasa beliau kepada negara, nama beliau telah diabadikan kepada sebatang jalan raya di
Brickfield, Kuala Lumpur.

7
TUN SIR HENRY LEE HAU-SHIK

Tun Sir Henry Lee Hau-shik, lebih dikenali sebagai Tun H. S. Lee (1900 - 1988) merupakan antara
tokoh yang terlibat dalam mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian
menjadi Menteri Kewangan pertamanya dalam Jemaah Menteri Malaya pertama. Beliau juga pernah
menjadi Menteri Pengangkutan dalam kabinet sementara sebelum kemerdekaan.

KEHIDUPAN PERIBADI

H. S. Lee merupakan anak sulung kepada seorang usahawan dari Gaozhou, Guangdong Lee Kwai-lim
dan isterinya Kam Kwok-chun. Dia dilahirkan di Hong Kong pada 19 November 1900. Pada 1924, H.
S. Lee berpindah ke Malaya bagi membantu perniagaan bapanya. Beliau dengan cepat menyesuaikan
diri dan aktif berpersatuan.

Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai perpaduan kaum dan
kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang selama-lamanya. Beliau memainkan peranan
yang penting dalam penubuhan MCA, perancang utama penubuhan perikatan UMNO-MCA,
penentang komunis di zaman darurat dan merupakan pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan
Malaya. Apabila Malaya merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan antara tahun 1957
hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi salah satu kebanggaan negara.

8
RENTAP

Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah


Sarawak. Pada tahun 1853, beliau merupakan salah seorang pemimpin
penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke. Rentap atau nama
sebenarnya Libau menjadi ketua pahlawan Iban di Skrang dan Sariba.
Gelaran Rentap yang bermaksud Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat
dunia bergegar diberikan kepada Libau selepas beliau memenggal kepala
musuh dalam perang pertamanya.

9
MAT SALLEH
Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang
Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada
penjajahan Inggeris di Sabah. Detik perjuangan Datu Mat Salleh
menentangpencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris
bermula pada bulan Julai 1897. Dalam masapertempuran itu, Mat Salleh
yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menemui ajalnya
pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai
seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang
kemerdekaan dan seorang pahlawan.

10
TOK JANGGUT
Haji Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok
Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada adalah seorang
pahlawan Melayu yang terkenal di Kelantan. Dilahirkan pada 1853, beliau
ialah seorang penentang penjajahan British semasa menentang pengenaan
cukai oleh pihak British di Kelantan.

Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang berjaya menarik sokongan
banyak pengikut di Kelantan.

11
MAT KILAU
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu. Mat Kilau dipercayai
lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut,
Pahang. Mat Kilau amat mahir di dalam ilmu kebatinan, persilatan dan
bermain senjata. Beliau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan
pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang
sangat disegani dan dihormati oleh penduduk negeri Pahang. Segala cabaran
yang berjaya dilalui oleh Mat Kilau semasa menentang pihak British
membuatkan pelbagai pihak menyanjung tinggi kepahlawanan beliau.

12
DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM
Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar kelapan Perak
yang berketurunan Daeng Salili. Beliau adalah anak Raja Bugis yang berasal
dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan
gelaran “Dato’ Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh memancung
tanpa bertanya. Pandak Lam kemudian mengetuai perjuangan menentang
British di Perak dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller
Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak.

13
Buku skrap
Tokoh kemerdekaan
Biodata

14
Nama : Vimalraj a/l Selvaraju
Umur : 10 tahun

Tarikh lahir : 16hb April 2002

Kelas : 5 Suria (2013)

Alamat : No : 15, Hala Klebang Restu,

Medan Klebang Restu, 31200 Chemor,

Perak Darul Ridzuan.

Sekolah : SJK (T) Klebang,

31200 Chemor,

Perak Darul Ridzuan

Nama Cikgu : Cik. Suganthi

Tajuk Buku Skrap : Tokoh Kemerdekaan

Kandungan

1. BIODATA

15
2. TOKOH KEMERDEKAAN PAGE 1

3. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ PAGE 2-3

4. TUN ABDUL RAZAK BIN HAJI DATO' HUSSEIN PAGE 4-5

5. TUN V. T. SAMBANTHAN PAGE 6-8

6. TUN SIR HENRY LEE HAU-SHIK PAGE 9

7. RENTAP PAGE 10

8. MAT SALLEH PAGE 11

9. TOK JANGGUT PAGE 12

10. MAT KILAU PAGE 13

11. DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM PAGE 14

16

You might also like