You are on page 1of 2

TOKOH YANG SAYA KAGUMI

Tokoh yang saya kagumi ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj .Beliau putera raja yang mempunyai adik beradik yang ramai dan kaum kerabat yang besar jumlahnya,tetapi tidak dalam lingkungan yang akan mewarisi tahkta kerajaan negeri. Tuhan telah menentukannya menjadi pemimpin rakyat seluruh negara Pemerintahnya itu tidak berdasarkan warisan tetapi atas pemilihan rakyat. Sepanjang penglibatan Tunku Abdul Rahman dalam bidang politik,beliau banyak memberi sumbangan kepada bangsa dan negara.Beliau merupakan pembina bangsa dan cuba menyatupadukan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum untuk menentang kerajaan British dan menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Demi perpaduan orang melayu,beliau sanggup menyuarakan bantahan terhadap Malayan union dan menghadiri perjumpaan-perjumpaan menentang Malayan Union di Alor Setar serta mengorbankan kerjayanya untuk mengambil alih teraju kepimpinan UMNO.Sebagai seorang tokoh yang berjaya,beliau turut dikenal sebagai bapa keamanan dan perpaduan kerana sikapnya yang cintakan keamanan dan perpaduan.Beliau sanggup menerima sebarang halangan dan cabaran demi perpaduan negara.Sebagai contoh,pada tahun 1955,Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri telah mewakili kerajaan British untuk menghadiri Rundingan Baling yang dianjurkan oleh pihak parti Komunis Malaya.Walaupun rundingan ini gagal,tetapi telah berjaya mencipta imej beliau sebagai pencinta kedamaian. Tunku Abdul Rahman akhirnya membuktikan beliau sebagai pemimpin Malaysia yang paling berjaya apabila beliau berjaya menyatukan rakyat Malaysia dan mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Kejayaan beliau menunjukkan beliau sanggup berkorban

untuk negara demi menyelesaikan masalah politik negara.Sumbangan beliau merupakan suatu pengorbanan yang tidak terkata nilainya dalam sejarah politik negara. Tunku Abdul Rahman memang terkenal sebagai dermawan bukan sahaja di tanah airnya malah di kalangan negara-negara yang lain.Jelas terbukti bahawa beliau adalah seorang insan yang humanis.Beliau senantiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa,agama,dan negara.Jasa dan usaha beliau yang tidak kenal putus asa akan senantiasa dikenang oleh semua rakyat Malaysia selama-lamanya.

You might also like