You are on page 1of 3

TATACARA (SOP) PENGHANTARAN PELAJAR PROGRAM PENDAFTARAN &

PENGURUSAN PELAJAR BAHARU PPISMP AMBILAN JUN 2020, INSTITUT


PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN.

Berikut ialah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak IPGKTAA dan ibu bapa /
penjaga pelajar-pelajar.  

1. Sebelum menghantar anak ke kampus, ibu bapa/penjaga diminta untuk memeriksa


kesihatan pelajar dengan melihat simptom-simptom seperti berikut:

▪️  Demam (melebihi suhu 37.5)  ▪️  Batuk berterusan


▪️  Selesema berterusan                ▪️  Sakit Kepala (migrain teruk)
▪️  Sakit Tekak berterusan            ▪️  Cirit Birit
▪️  Muntah  berterusan                  ▪️  Hilang deria bau
▪️  Kesukaran bernafas

Sekiranya ada GEJALA tersebut maka pelajar perlu membuat penangguhan


pendaftaran. Ibu bapa/penjaga perlu membawa anak untuk dirujuk kepada pihak
hospital kerajaan terlebih dahulu sehinggalah simptom di atas tiada.(maklumkan
kepada pihak kampus IPGKTAA)

2. Dimaklumkan juga sekiranya pelajar mempunyai kontak rapat dengan ahli keluarga
yang positif COVID-19 atau baru pulang dari luar negara, pelajar perlu menjalani
pemeriksaan di klinik kesihatan kerajaan. Sekiranya hasil analisis tersebut negatif
(bebas COVID-19), maka tiada halangan untuk hadir mendaftar.

3. Pelajar wajib mengisi Borang Akuan Pengisytiharan Kesihatan Guru Pelatih dan
perlu diserahkan semasa pendaftaran Pelajar Baharu.

(Seperti Lampiran 1)

4. Jadual pergerakan penghantaran pelajar adalah mengikut kumpulan kursus yang


telah ditetapkan di bawah:

8:30 pagi 10:30 pagi


1. Bahasa Melayu 1 1. Bimbingan & Kaunseling 1
2. Bahasa Melayu 2 2. Bimbingan & Kaunseling 2
3. Pendidikan Islam 1 3. Pendidikan Awal Kanak-kanak
4. Pendidikan Islam 2 4. TESK SK
5. Pendidikan Islam 3 5. TESL SJKC
6. Pendidikan Islam 4

(Jadual Pergerakan Kenderaan adalah seperti di Lampiran 2)

5.  Hanya  DUA  orang  sahaja  (sama  ada  ibu / bapa  /  penjaga  /  adik beradik)
DIBENARKAN bersama pelajar dalam kenderaan.
6. Setibanya tuan/puan di kampus, pengawal keselamatan akan menyaring suhu badan
semua yang ada dalam kenderaan dengan menggunakan head thermometer.
Sekiranya suhu badan melebihi 37.5 celcius maka pelajar akan terus di bawa ke bilik
isolasi yang disediakan.

7. Aplikasi ‘Barcode Scanner’ di dalam telefon pintar (Smartphone) perlu DIAKTIFKAN


sebelum memasuki kampus.

8. Ibu bapa / penjaga yang menghantar pelajar TIDAK DIBENARKAN turun daripada
kenderaan semasa anak tuan / puan membawa keluar barang untuk di bawa ke
asrama.

9. KENDERAAN ibu bapa / penjaga TIDAK DIBENARKAN parking di kawasan


Asrama. Penghantaran murid secara DRIVE THRU / PANDU LALU sahaja.

10. Peralatan / Kelengkapan / Beg Pelajar diturunkan di kawasan asrama untuk proses
sanitasi oleh pihak Bomba. (akan dibantu oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar – JPP)
* Pelajar digalakkan untuk membawa barang-barang keperluan di dalam beg-beg yang
mudah dibawa.
* Perlu diingatkan kepada semua pelajar muslim, SEJADAH adalah WAJIB dibawa
untuk keperluan ibadah di surau kampus semasa dan selepas PPPB.

11. Barang-barang perlu di ‘tag’ bagi mengelakkan kehilangan atau tertukar dengan beg
pelajar yang lain.

12. Setelah urusan menurunkan pelajar dan beg ibu bapa diminta untuk meninggalkan
kawasan kampus.

13. Pemakaian mask (pelitup muka dan hidung) diwajibkan semasa menghantar pelajar
ke kampus.

14. Pihak kampus juga mengharapkan kerjasama ibu bapa/penjaga membekalkan


beberapa perkara penting untuk kesihatan anak-anak seperti:
Mask (penutup muka), hand sanitizer (kegunaan sendiri), plastik sampah (saiz L), tisu
antiseptik dan ubatan yang perlu.

15. Makanan disediakan pada hari pendaftaran dan sepanjang Pendaftaran dan
Pengurusan Pelajar Baharu (PPPB) bermula pada 01 hingga 04 September 2020.
*Bagaimanapun pelajar boleh membeli makanan di kantin atau cafeteria dan lain-lain
peralatan keperluan di koperasi Kampus.

16. Selepas (PPPB) berakhir, pelajar boleh membeli makanan di kantin dan kafetaria
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.
17. TIADA KEBENARAN untuk balik bermalam dan TIADA KEBENARAN lawatan ibu
bapa / penjaga atau penghantaran barangan secara serahan tangan selepas pelajar
selesai mendaftar di kampus pada 01 September 2020 sehingga di maklumkan.
Kami amat berharap kita bersama-sama dapat mematuhi SOP yang ditetapkan oleh
pihak IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Pahang supaya warga kampus
bebas daripada segala jenis penyakit berjangkit dan aktiviti sekolah dapat berjalan
dengan lancar. Mohon maaf atas segala kesukaran. Mudah-mudahan usaha kita
menyokong dan melaksanakan arahan Kerajaan dapat membasmi penularan COVID-
19 di Malaysia

#staysafe
#kitajagakita

Saya yang menjalankan amanah.

You might also like