You are on page 1of 7

Sejarah dan Konsep Pembangunan

Lestari

JSM IPGKTAA
Topik Perbincangan
Laporan Brundtland (1987)

Agenda 21 dalam Persidangan


Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB)
Laporan Brundtland (1987)

Kelestarian adalah idea teras yang telah ditakrifkan oleh World


Commision on Environment & Development (WCED) yang
dikenali sebagai Laporan Brundtland (1987) telah
menggambarkan satu pembangunan yang memenuhi keperluan
sedia ada tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang.
Agenda 21 dalam Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Objektif Agenda 21 ialah:


Menggalakkan semua negara mempertahankan alam sekitar masing-masing.
Memperbaiki kesihatan manusia dan mengatasi masalah kemiskinan.
Merupakan satu pelan tindakan komprehensif yang akan dilaksanakan secara
global, di peringkat nasional dan tempatan oleh badan-badan PBB, kerajaan dam
pelbagai badan-badan yang mana melibatkan kesan alam sekitar terhadap
manusia.
Menggalakkan semua negara mengurangkan pencemaran alam, mengawasi hasil-
hasil bumi serta menjaga habitat semulajadi dan kehidupan liar.
PERSIDANGAN RIO DE JANEIRO
Persidangan Rio De Janeiro ialah suatu persidangan oleh anggota Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) mengenai alam sekitar dan pembangunan yang juga dikenali
sebagai Persidangan Kemuncak Bumi yang diadakan di Rio De Janeiro pada tahun 1992.
Persidangan ini memfokuskan kepada isu alam sekitar. Antara lain ialah:
• Pertama - Menggesa negara-negara di seluruh dunia mengambil tindakan sewajarnya
bagi menjaga alam sekitar demi menjamin kehidupan yang lebih berkualiti. Malaysia
ialah antara negara yang turut menyertai dalam World Solar Commission untuk
memastikan penggunaan tenaga yang lebih selamat di masa hadapan.
• Kedua - Membahas bagaimana pembangunan yang berterusan dapat dijalankan iaitu
pembangunan yang mengambil kira alam sekitar, menyediakan hak yang sama untuk
semua manusia dan menjamin bahawa generasi akan datang turut dapat menikmati dan
memenuhi kehendak yang sama seperti mana generasi kini.
• Ketiga - mencatat prinsip-prinsip dan tindakan-tindakan dalam Agenda 21.
PROTOKOL KYOTO

•Protokol Kyoto ialah suatu persetujuan antarabangsa mengenai pemanasan global. Melalui
protokol ini, negara maju atau negara-negara perindustrian bersetuju mengurangi emisi
(pembebasan) gas rumah hijau secara minimum. Sungguhpun langkah ini merupakan satu usaha
yang positif, terdapat lapan negara yang tidak mahu menurunkan gas-gas rumah hijau iaitu
Australia, Monaco, Amerika Syarikat (pengeluar terbesar gas rumah hijau), Croatia, Kazakhstam,
Zambia dan Swiss. Gas-gas rumah hijau yang perlu dikurangkan ialah CO4, CH4, N2O.
•Impak yang akan berlaku sekiranya Protokol Kyoto tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya ialah:
– Kerosakan harta benda.
– Kematian.
– Jangkitan penyakit.
– Kekurangan sumber air tawar.
– Kegiatan ekonomi.
RUJUKAN
• https://sustainability.water.ca.gov/documents/18/3407876/Brundtland_Searchable.pdf

• https://ms.wikipedia.org/wiki/Agenda_21

• http://notapismpks.blogspot.my/2011/12/ppl-nota-topik-1-pengenalan-pendidikan.html

You might also like