You are on page 1of 7

Sejarah dan Konsep

Pembangunan Lestari
Disediakan oleh :
Khairul Azhar bin Abdul Majis
Muhammad Zulfitri bin Pazlan
Mohd Suhaimin bin Isnen
Topik Perbincangan
Laporan Brundtland (1987)

Agenda 21 dalam
Persidangan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Laporan Brundtland
(1987)
Kelestarian adalah idea teras yang telah ditakrifkan oleh
World Commision on Environment & Development (WCED)
yang dikenali sebagai Laporan Brundtland (1987) telah
menggambarkan satu pembangunan yang memenuhi
keperluan sedia ada tanpa menjejaskan keupayaan
generasi akan datang.
Agenda 21 dalam Persidangan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Objektif Agenda 21 ialah:
Menggalakkan semua negara mempertahankan alam sekitar
masing-masing.
Memperbaiki kesihatan manusia dan mengatasi masalah
kemiskinan.
Merupakan satu pelan tindakan komprehensif yang akan
dilaksanakan secara global, di peringkat nasional dan
tempatan oleh badan-badan PBB, kerajaan dam pelbagai
badan-badan yang mana melibatkan kesan alam sekitar
terhadap manusia.
Menggalakkan semua negara mengurangkan pencemaran
alam, mengawasi hasil-hasil bumi serta menjaga habitat
semulajadi dan kehidupan liar.
PERSIDANGAN RIO DE JANEIRO
Persidangan Rio De Janeiro ialah suatu persidangan oleh anggota
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai alam sekitar dan
pembangunan yang juga dikenali sebagai Persidangan Kemuncak Bumi
yang diadakan di Rio De Janeiro pada tahun 1992. Persidangan ini
memfokuskan kepada isu alam sekitar. Antara lain ialah:
Pertama - Menggesa negara-negara di seluruh dunia mengambil
tindakan sewajarnya bagi menjaga alam sekitar demi menjamin
kehidupan yang lebih berkualiti. Malaysia ialah antara negara yang turut
menyertai dalam World Solar Commission untuk memastikan penggunaan
tenaga yang lebih selamat di masa hadapan.
Kedua - Membahas bagaimana pembangunan yang berterusan dapat
dijalankan iaitu pembangunan yang mengambil kira alam sekitar,
menyediakan hak yang sama untuk semua manusia dan menjamin
bahawa generasi akan datang turut dapat menikmati dan memenuhi
kehendak yang sama seperti mana generasi kini.
Ketiga - mencatat prinsip-prinsip dan tindakan-tindakan dalam Agenda
21.
PROTOKOL KYOTO

Protokol Kyoto ialah suatu persetujuan antarabangsa mengenai


pemanasan global. Melalui protokol ini, negara maju atau negara-negara
perindustrian bersetuju mengurangi emisi (pembebasan) gas rumah hijau
secara minimum. Sungguhpun langkah ini merupakan satu usaha yang
positif, terdapat lapan negara yang tidak mahu menurunkan gas-gas
rumah hijau iaitu Australia, Monaco, Amerika Syarikat (pengeluar terbesar
gas rumah hijau), Croatia, Kazakhstam, Zambia dan Swiss. Gas-gas rumah
hijau yang perlu dikurangkan ialah CO4, CH4, N2O.
Impak yang akan berlaku sekiranya Protokol Kyoto tidak dilaksanakan
dengan sepenuhnya ialah:
Kerosakan harta benda.
Kematian.
Jangkitan penyakit.
Kekurangan sumber air tawar.
Kegiatan ekonomi.
RUJUKAN
https://sustainability.water.ca.gov/documents/18/3407876/Brundtlan
d_Searchable.pdf
https://ms.wikipedia.org/wiki/Agenda_21
http://notapismpks.blogspot.my/2011/12/ppl-nota-topik-1-
pengenalan-pendidikan.html

You might also like