You are on page 1of 11

Teori Huraian Bahasa

Oleh :
Puan Noor Liza Abdullah
Apakah maksud
teori huraian
bahasa?
? Teori bahasa ialah pendapat atau
pandangan yang dikemukakan dalam
bidang bahasa. Oleh yang demikian,
kita dapat memahami teori huraian
bahasa sebagai pendapat yang
memerihalkan teori dalam bahasa,
iaitu pandangan atau pemikiran tokoh-
tokoh tentang huraian bahasa.
Teori Huraian Bahasa

• Teori huraian bahasa merupakan teori dalam deskriptif


yang memperkatakan ciri dan fakta tentang struktur
bahasa sejagat yang ada dalam semua bahasa
manusia di dunia ini.
• Teori huraian bahasa cuba menghuraikan sifat umum
yang terkandung dalam semua bahasa asli manusia
dengan melihat sifat dan ciri yang merentasi semua
bahasa.
Nahu Tradisional
01 • Mulai kurun ke-5
• Ahli falsafah Yunani – Plato
• Romawi

Struktural
02 • Kurun ke-20
• Ferdinand de Saussure, Leonard Bloomfield, Otto

Tajuk Jespherson, Edward Sapir


• Penghuraian struktur bahasa

Transformasi Generatif
03 • Dalam tahun lima puluhan
• Pelopor – Noam Chomsky : Syntatic Structures (1957) dan
Aspects of the Theory of Syntax (1965).

Teori Fungsional
04 • Berkembang dalam tahun enam puluhan.
• Halliday dan Wilkins
• Wacana dan semantik menjadi dasar kepada stuktur bahasa.
Teori Nahu Tradisional

• Teori Tradisional oleh Panini (ahli tokoh fonetik India) menganggap


bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan
teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara.
• Ciri nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan
• Semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa
Yunani.
• Semua penutur diwajibkan untuk mematuhi peraturan dan kesilapan yang
dilakukan dianggap sebagai kesalahan.
Teori Struktural
• Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, de Saussure dan Otto
Jespersen.
• Mereka berpendapat bahawa bahasa ialah sistematis, mempunyai
tatabahasa yang tersendiri, hidup dan berubah.
• Mereka juga berpendapat bahawa perkaitan antara fonem sebagai unit
bahasa yang terkecil, dan unit tatabahasa dan ayat dapat dianalisis secara
konstituen terdekat.
• Dalam kajian nahu pula mereka berpendapat bahawa bahasa sebagai
sistem yang mempunyai ciri peraturan, sistem, arbitari untuk perhubungan.
• Mereka menumpukan kajian terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis.
• Golongan struktural juga berpendapat bahawa huraian bahasa dilakukan
secara induktif.
• Mereka juga berpendapat bahawa huraian bahasa tidak mementingkan
makna dan analisis dibuat secara luaran.
Teori Transformasi Generatif

• Teori yang dipelopori oleh Noam Chomsky ini bersetuju bahawa manusia
dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa.
• Penutur natif berkebolehan untuk membentuk dan memahami pertuturan
yang baharu.
• Daripada kebolehan ini, akan terbentuklah rumus-rumus bahasa secara
transformasi yang lengkap berdasarkan bahasa pertama terlebih dahulu.
• Binaan ayat biasanya mempunyai hubungan erat antara elemen dan
menggunakan simbol atau rumus untuk menganalisis nahu.
• Sesuatu binaan ayat dapat dihuraikan dengan memahami stuktur luaran
dan stuktur dalaman.
Teori Fungsional
• Halliday dan Wilkins mempelopori teori fungsional.
• Teori ini berkembang pada tahun 1960- an dan 1970-an.
• Penteori ini mengkaji bahasa dari segi struktur dan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi.
• Di samping itu, mereka menganggap bahawa bahasa sebagai alat pertuturan.
• Oleh hal yang demikian, dapatan mereka ini mementingkan aspek semantik.
• Mereka bersetuju bahawa kewujudan variasi dalam penggunaan bahasa tidak boleh
dinafikan. Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur.
• Golongan ini beranggapan bahawa pengukuhan bahasa adalah secara verbal dan non-
verbal.
• Aliran dan golongan ini bukan sahaja mengkaji bahasa daripada segi struktur tetapi
memberi perhatian juga kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi.
• Aspek yang ditekankan ialah perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk
bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.
Rumusan
• Setelah melihat kepada keempat-empat teori huraian bahasa
tersebut, dapatlah kita simpulkan bahawa bahasa merupakan
satu alat perhubungan yang sistematik.
• Maknanya, bahasa mempunyai peraturan-peraturan nahunya
yang tersendiri.
• Keempat-empat teori memandang bahasa dengan kaedah
mereka masing-masing.
• Aliran tradisional mementingkan bahasa tulisan.
• Aliran struktural pula menumpukan fonologi, morfologi dan
sintaksis dan huraian bahasa dilakukan sebagai induktif.
• Aliran transformasi generatif pula memberi tumpuan pada
pembentukan rumus-rumus bahasa secara transformasi yang
lengkap.
• Aliran fungsional pula melihat bahasa sebagai media
perhubungan dan mementingkan aspek semantik.
Terima kasih

You might also like