You are on page 1of 1

KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH

( 1300 – 1683 / KEMUNCAK KUASA )


Penguasaan Constantinople / Istanbul oleh
Kerajaan Turki menutup laluan ke Timur
jauh untuk orang Eropah kerana Laut
Mediterranean dikuasai oleh orang Islam.

EMPAYAR
UTHMANIYAH

WILAYAH
TAWANAN

Pemerintahan kerajaan Abbasiyah berakhir pada 1258 apabila Baghdad


diserang orang Mongol membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan
kecil di kawasan Parsi dan Turki. Kemunculan kerajaan Turki Uthmaniyah
bermula di bawah Uthman b Ertughrul b Sulaiman Shah, seorang amir /
gabenor bagi kerajaan Saljuk di kawasan barat Anatolia. Kawasan ini
bersempadan dengan kawasan empayar Byzantine / Rom Timur. Pada 1301,
Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine dan menarik penyertaan
ghazi / pahlawan tentera serta pemimpin masyarakat. Usaha beliau
menakluki kawasan sekitar Anatolia dan menjadikan Bandar Bursa sebagai ibu
negeri menjadi batu pengasas pembentukan Kerajaan Turki Uthmaniyah.

You might also like