You are on page 1of 2

www.uitm.edu.

my

Rujukan Kami : 100-KNS (HEP.37/8)


Tarikh : 29 Oktober 2021

MUHADIRIN MOHAMED
PENOLONG PEGAWAI BELIA & SUKAN
UNIT BELIA DAN SUKAN
UiTM NEGERI SEMBILAN,KAMPUS KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

‫ﺔﺘﺍﮔﺮﺒﻭ ﻪﻟﻠﺁﺔﻣﺣﺭﻭ ﻢﮐﻳﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺁ‬

Tuan,

KELULUSAN PERUNTUKAN PROGRAM KEJOHANAN SUKAN ANTARA PROGRAM


(SUPRO) 2021 EDISI VIRTUAL SPORTS ACADEMIC PERINGKAT UiTM CAWANGAN
NEGERI SEMBILAN KAMPUS KUALA PILAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan setelah semakan daripada Pejabat Bendahari, Bahagian Hal Ehwal Pelajar
mengesahkan dan meluluskan permohonan tersebut dengan peruntukan daripada Tabung Kegiatan
Pelajar tertakluk kepada kadar-kadar yang dibenarkan mengikut Peraturan JKP yang sedang
berkuatkuasa.

Jumlah : RM 450.00

BIL PERKARA BUTIRAN PERBELANJAAN JUMLAH SUMBER


(RM) KEWANGAN
(RM)

1. Hadiah Pemenang Tabung


Kegiatan
- Johan RM100 x 2kategori (L&W) 200 Pelajar

- N. Johan RM75 x 2kategori (L&W) 150

- Ketiga RM50 x 2kategori (L&W) 100

Tarikh : 06 November 2021


Tempat : Kediaman Masing-masing

Berikut adalah syarat-syarat yang MESTI dipatuhi bagi menjalankan program yang telah diberi
kelulusan: -

a) Mematuhi AKTA 174 dan peraturan bertulis serta pekeliling yang digunapakai oleh UiTM
b) Memastikan tiada aktiviti yang bercanggah dengan Agama Islam.

Universiti Teknologi MARA


Cawangan Negeri Sembilan
Kampus Kuala Pilah
Pekan Parit Tinggi, 72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar Tel : 06-483 2100 Faks : 06-484 2449
Student Affairs Division https://nsembilan.uitm.edu.my/v1/
2

Rujukan Kami : 100-KNS (HEP.37/8)


Tarikh : 29 Oktober 2021

c) Mengemukakan laporan aktiviti selewat-lewatnya 2 minggu selepas tarikh aktiviti dijalankan.


Sekiranya pihak persatuan tidak mengemukakan borang laporan penutup aktiviti (HEP-LAP
FB/JAN2011) bersama lampiran yang diperlukan, pihak HEP berhak menarik semula kelulusan
yang telah diberikan kepada aktiviti berikutnya.
d) Memastikan semua peralatan dan perabot yang digunakan dikembalikan dan disusun semula
seperti sediakala.
e) Memaklumkan sebarang pindaan tarikh & tempat ke Bahagian HEP sebelum aktiviti dijalankan.
f) Sila pastikan program di luar kampus diiringi oleh Pegawai Pengiring
(Penasihat/Pensyarah/Pegawai Kumpulan A/Staf HEP)
g) Sebarang kutipan wang / tajaan hendaklah mengikut prosedur yang telah ditetapkan (Rujuk
Bahagian HEP). Bagi program yang melibatkan penggunaan kenderaan rasmi UiTM, Permohonan
hendaklah dibuat kepada Unit Kenderaan di Bahagian Pentadbiran sekurang-kurangnya 7 hari
waktu bekerja sebelum tarikh penggunaan.
h) Segala keuntungan jualan dimasukkan dalam Tabung Persatuan di bawah Lejar Bendahari UiTM
Negeri Sembilan.

Sekian, terima kasih.

‫ﻢﻶﺳﻠﺍﻭ‬

Yang benar,

MOHD ZULHILMI MOHD YUNUS


Timbalan Rektor
Bahagian Hal Ehwal Pelajar

s.k : i) Timbalan Bendahari


ii) Pegawai Keselamatan

You might also like