You are on page 1of 16

1

MOHAMAD SAFUAN ROZAK, GURU CEMERLANG SAINS

DISUSUN OLEH

MOHAMAD SAFUAN BIN ROZAK


GURU CEMERLANG SAINS
2

Pada zaman dahulu, manusia menggunakan anggota badan seperti


lengan, jari tangan & tapak kaki untuk mengukur jarak. Contoh unit
rujukan yang terlibat ialah jengkal, hasta, depa & langkah

Gigi juga membantu kita bertutur


dengan betul & jelas

Enamel & cangkerang telur terbina daripada kalsium


karbonat. Walau bagaimanapun, kedua-duanya
mempunyai kekerasan yang berbeza

MOHAMAD SAFUAN ROZAK, GURU CEMERLANG SAINS


Sisa makanan di dalam mulut akan menggalakkan
pembiakan bakteria yang boleh merosakkan gigi

Habitat ialah tempat


tinggal semula jadi bagi
haiwan & tumbuhan
3

Pulpa ialah bahan yang


diperoleh daripada pokok
sebelum menghasilkan kertas

Magnet ialah sejenis logam yang juga dikenali


dengan nama besi berani. Perkataan magnet
berasal daripada bahasa Greek iaitu ‘magnitis
lithos” yang bermaksud batu magnesia.

MOHAMAD SAFUAN ROZAK, GURU CEMERLANG SAINS


Gandar, takal, engkol, gegancu & gear berfungsi secara
mekanikal yang mempunyai konsep asas mesin ringkas.

Kekunci gandar dipasang


untuk menetapkan
kedudukan gandar
4

Manusia mempunyai dua peparu. Peparu ialah


organ yang menjalankan pertukaran oksigen &
karbon dioksida

Peparu kiri manusia lebih kecil daripada peparu


kanan kerana pada peparu kiri terletaknya jantung.

Tulang rusuk melindungi peparu daripada


kecederaan. Manakala diafragma membantu
mengawal tekanan udara dalam peparu.

MOHAMAD SAFUAN ROZAK, GURU CEMERLANG SAINS


Air kencing mengandungi urea, air & garam yang
disimpan di dalam pundi kencing sebelum
disingkirkan daripada badan

Hasil perkumuhan & penyahtinjaan merupakan bahan


yang tidak berguna kepada badan manusia. Sekiranya ia
tidak disingkirkan, bahan ini akan terkumpul di dalam
badan dan menjadi toksik atau beracun
5

Vennus flytrap ialah tumbuhan yang mempu


memerangkap serangga. Perangkap berduri ialah
bentuk daun yang diubah suai.

Fotosintesis berasal daripada perkataan Yunani.


Foto bermaksud cahaya dan sintesis ialah
menyatukan

Lantunan bola tidak boleh digunakan untuk


mengukur masa kerana ketinggian lantunannya

MOHAMAD SAFUAN ROZAK, GURU CEMERLANG SAINS


tidak seragam.

Kentang dapat digunakan untuk menghilangkan


karat. Caranya adalah dengan memotong kentang
dan celupkan ke dalam soda penaik. Kemudia
gosokkan kentang pada permukaan yang berkarat.

Asteroid pertama ditemukan oleh Guiseppe Piazzi


seorang ahli astronomi Itali pada tahun 1801.
Asteroid itu dinamakan Ceres.
6

Anggaran saiz Bumi ialah empat kali saiz Bulan.


Saiz Matahari ialah 400 kali saiz Bulan. Oleh itu,
anggaran saiz Matahari ialah 100 kali saiz Bumi.

Bunyi dihasilkan oleh getaran. Getaran boleh berlaku


di dalam udara, pepejal dan gas. Telinga & otak kita
mempunyai cara yang khusus untuk mentafsirkan
sesuatu getaran yang terdapat di sekeliling kita

Migrasi ialah pergerakan pelbagai spesies haiwan

MOHAMAD SAFUAN ROZAK, GURU CEMERLANG SAINS


yang sering dilakukan secara bermusim, comtohnya
burung. Antara sebab pelbagai spesies burung
berhijtah dari utara ke selatan ialah tempoh
pembiakan dan musimk sejuk. Migrasi burung
melalui laluan khusus semula jadi seperti laut
Mediterranean atau laut Caribbean.

Telur katak SurIname disimpan di bawah kulit


bahagian bawah badan katak betina. Berudu yang
terhasil akan membesar dan keluar daripada kulitnya
7

Anak kanggaru yang baru lahir amat kecil jika kita


bandingkan dengan saiz kanggaru dewasa. Anak
kanggaru sebesar jellybean dan berjisim 1-2 g.

Petroleum dan gas asli terbentuk daripada mendakan


hidupan di dasar laut. Manakala arang batu terbentuk
daripada mendakan hidupan darat.

Medium ialah bahan yang membenarkan cahaya


menerusinya. Bahan boleh wujud dalam keadaan gas,

MOHAMAD SAFUAN ROZAK, GURU CEMERLANG SAINS


cecair atau pepejal. Contoh bahan ialah udara, air dan
kaca.

Rjukan merupakan satu Bandar kecil di Norway yang


berada di lembah antara gunung. Bandar ini dalam
keadaan gelap untuk lima hingga enam bulan dalam
setahun. Tiga cermin besar dibina di atas gunung
untuk memantulkan cahaya ke dalam Rjukan pada
musim sejuk
8

Empangan Bakun ialah sebuah empangan hidroelektrik di


Sarawak, Malaysia. Dinding empangan diperbuat daripada
konkrit dan merupakan yang tertinggi di dunia. Empangan
ini mampu menjana 2,400 MW tenaga elektrik

Belut elektrik ialah sejenis belut yang boleh


menghasilkan tenaga elektrik. Belut elektrik
mempunyai sel-sel yang boleh menghasilkan elektrik
yang menyamai 500 voltan. Apabila diancam atau
menyerang mangsa, se-sel ini akan dibebaskan pada
masa yang sama.

MOHAMAD SAFUAN ROZAK, GURU CEMERLANG SAINS


Terdapat bebarapa simbol mentol lain yang juga
digunakan seperti yang berikut:

Apakah kecekapan tenaga elektrik? Kecekapan tenaga


elektrik bermakna kita menggunakan tenaga elektrik yang
kurang untuk menyempurnakan kerja yang setimpal di
rumah atau di tempat kerja. Kita dapat menjimatkan
belanja untuk penggunaan elektrik di samping menikmati
kemudahan yang sama
9

Elakkan bermain layang-layang berhampiran kabel


elektrik. Kamu boleh terkena renjatan elektrik jika
layang-layang tersangkut pada kabel dan kamu
masih memegang tali layang-layang itu. Arus elektrik
yang berkuasa tinggi pada kabel elektrik boleh
mengalir melalui tali layang-layang dan menerusi
badan kamu dan dineutralkan ke bumi.

Merkuri juga dikenali sebagai raksa. Raksa ialah satu loam


dalam bentuk cecair pada suhu bilik. Raksa mengembang
atau mengecut dengan seragam apabila menerima haba

MOHAMAD SAFUAN ROZAK, GURU CEMERLANG SAINS


atau kehilangan haba. Sifat raksa ini membolehkan
thermometer digunakan untuk mengukur suhu dengan
tepat.

Pada musim panas, Menara Eiffel yang diperbuat daripada


keluli menjadi lebih tinggi sehingga 154 cm disebabkan
oleh pengembangan haba. Manakala pada musim sejuk,
menara ini mengecut menjadi kurang tinggi sehingga 8 cm.
10

Isipadu udara tidak padat seperti pepejal dan cecair. Oleh


yang demikian uadara boleh dimampatkan. Ini boleh
diperhatikan semasa omboh picagari ditarik keluar, udara
memenuhi ruang. Kemudian, tutupkan hujung picagari
dengan jari dan tekan semula omboh ke dalam. Kita dapati
udara sedang dimampatkan ketika itu

Pepejal yang berbeza akan melebur pada suhu yang


berbeza. Ais melebur pada 0 darjah Celcius (0°C). coklat
melebur kira-kira 35 °C. Coklat mempunyai takat lebur
yang lebih tinggi daripada ais. Logam seperti aluminium
dan besi mempunyai takat lebur yang sangat tinggi.

MOHAMAD SAFUAN ROZAK, GURU CEMERLANG SAINS


Pembenihan awan dilakukan dengan cara
menyemburkan sejenis garam. Garam yang disembur
ke atas awan menjadikan awan bertambah sejuk &
terkondensasi lalu turun sebagai hujan.

Kertas litmus adalah sangat sensitif. Tangan kita mestilah


kering semasa memegang kertas litmus. Kita perlu
menyimpan kertas litmus di tempat yang kering.
11

Sesuatu bahan yang berasa masam tidak semestinya


bersifat asid. Manakala yang berasa pahit pula tidak
semestinya beralkali.

Hujan asid berlaku apabila air hujan yang turun bergabung


dengan dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang
terdapat di atmosfera. Hujan asid boleh menyebabkan
hakisan kepada bahan-bahan logam, dinding bangunan dan
menjejaskan hidupan.

Tempoh edaran dan putaran Bulan yang sama

MOHAMAD SAFUAN ROZAK, GURU CEMERLANG SAINS


menyebabkan kita nampak permukaan Bulan yang sama.
Bahagian gelap atas permukaan bulan ialah kawah yang
telah dipenuhi oleh lava. Kawah ini terbentuk daripada
hentaman asteroid atau komet ke atas permukaan Bulan.

Terdapat perbezaan antara virus dengan mikroorganisma


yang lain. Fungi, alga, protozoa dan bakteria ialah benda
hidup manakala virus ialah mikroorganisma separa hidup
dan separa bukan hidup tetapi boleh membiak dengan cara
menguasai sel lain.
12

Laktobasilus ialah bakteria baik yang digunakan untuk


menghasilkan yogurt. Laktobasilus juga hidup di dalam
usus manusia untuk memecahkan karbohidrat agar
makanan mudah dicernakan dan mengelakkan cirit birit.

Peluh pada badan sebenarnya tidak berbau. Bakteria pada


badan yang bercampur dengan peluh menyebabkan badan
berbau.

Singa ialah haiwan yang buta warna. Keadaan ini

MOHAMAD SAFUAN ROZAK, GURU CEMERLANG SAINS


menyebabkan singa tidak boleh membezakan antara
belang pada badan kuda dengan rumput yang tinggi

Terrarium ialah taman mini yang


dibina di dalam bekas lutsinar.

Konvensyen Tanah Lembap atau Ramsar menyediakan


rangka kerja bagi memulihara tanah lembap daripada terus
musnah.
13

Daya tarikan graviti oleh Matahari terhadap Bumi


menyebabkan Bumi sentiasa beredar mengelilingi Matahari

Pergerakan lapisan Bumi menghasilkan daya tolakan pada


air laut dan menghasilkan ombak kuat yang bergerak ke
kawasan darat. Daya tolakan yang kuat daripada ombak
laut menolak pelbagai objek di darat dan
memusnahkannya.

Hoverkraf ialah kenderaan yang bergerak dengan


menggunakan prinsip apungan udara. Prinsip ini dapat

MOHAMAD SAFUAN ROZAK, GURU CEMERLANG SAINS


mengurangkan daya geseran dan membolehkannya
bergerak di atas permukaan air dan daratan

Cahaya juga mempunyai kelajuan kerana cahaya bergerak


dari satu tempat ke tempat yang lain dalam masa yang
sangat singkat. Kelajian cahaya ialah 300 000 000 m/s
dalam vakum.

Unit piawai bagi ukuran kelajuan


dalam sistem metrik ialah meter
per saat dan biasanya ditulis
sebagai m/s
14

Setiap kenderaan yang bergerak di jalan raya mempunyai


meter kelajuan yang dipasang di panel hadapan tempat
duduk pemandu. Meter kelajuan atau speedometer ini
penting untuk menunjukkan bacaan kelajuan kepada
sesebuah kenderaan dalam unit km/j

Kelajuan cahaya bergerak lebih cepat daripada kelajuan


bunyi. Jadi semasa berlakunya rebut petir, kamu akan
melihat pancaran kilat sebelum bunyi petir dapat didengar.
Kelajuan bunyi ialah 344 m/s dalam udara pada suhu 20°C.

MOHAMAD SAFUAN ROZAK, GURU CEMERLANG SAINS


Kaedah pengawetan makanan mudah dan boleh dilakukan
di rumah. Oleh itu, ramai peniaga kecil menghasilkan
makanan yang diawet dan menjualnya sendiri
menggunakan media sosial.

Tahukah kamu bahan buangan mampu kekal di dalam tanah


selama beratus tahun lamanya.

Sisa toksik ialah bahan kimia kilang yang menjadi hasil


buangan. Sisa ini tidak boleh direputkan oleh
mikroorganisma. Bahan ini kekal di persekitaran kita.
15

Kawasan gelap penuh atau umbra ialah kawasan yang


dihalang sepenuhnya daripada cahaya matahari. Kawasan
gelap separa atau penumbra ialah kawasan yang dihalang
oleh sebahagian sahaja daripada cahaya matahari.

Bulan tidak kelihatan gelap semasa gerhana bulan penuh


tetapi berwarna perang kemerahan. Ini adalah kesan
serakan dan pembiasan cahaya apabila cahaya matahari
melalui atmosfera Bumi. Kesan ini jelas diperhatikan
semasa Matahari terbit dan Matahari terbenam.

MOHAMAD SAFUAN ROZAK, GURU CEMERLANG SAINS


Pelbagai aplikasi seperti Start Chart, Sky Map dan
Stellarium boleh dimuat turun ke telefon pintar untuk
melihat dan mengenal pasti buruj-buruj yang akan muncul
di langit pada malam tertentu.

Observatori Negara langkawi (ONL) merupakan sebuah


pusat penyelidikan astronomi di bawah Agensi Angkasa
Negara (ANGKASA) yang dilengkapi dengan infrastruktur
astronomi seperti sistem teleskop robotik.
16

Buruj biduk sebenarnya merupakan sebahagian daripada


buruj yang lebih besar iaitu Ursa Major yang bercorak
seperti seekor beruang besar.

Bagi umat Islam yang hendak bersolat di rantau Asia


Tenggara, buruj Belantik boleh digunakan untuk

MOHAMAD SAFUAN ROZAK, GURU CEMERLANG SAINS


menunjukkan arah kiblat

You might also like