You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

SUDUT PIDATO
SRK SERI INDERA, KANGAR, PERLIS.
PENGENALAN

Sudut Pidato atau dalam bahasa Inggeris ialah Speaker’s Corner, bermaksud suatu kawasan khas
yang bersesuaian untuk melaksanakan aktiviti pengucapan awam. Di sini, murid-murid diberi
peluang untuk menyatakan pendapat, idea atau perasaan tentang sesuatu topik atau perkara di
khalayak ramai, tanpa mengira umur, latar belakang dan kebolehan.

RASIONAL
Arahan mewujudkan sudut pidato ini merujuk surat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Ruiz
KPM.100-1/7/2 Jld. 5 (30) bertarikh 6 Jun 2018. Setiap sekolah diarahkan untuk mewujudkan Sudut
Pidato (Speaker’s Corner) di sekolah masing-masing. Hal ini adalah untuk merealisasikan aspirasi
murid menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2015, Kementerian Pendidikan
Malaysia.Setiap sekolah perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berbentuk pengucapan awam sebagai
salah satu kemahiran yang perlu digilap dalam kalangan murid-murid sekolah.
Hasrat untuk mengetengahkan kemahiran pengucapan awam ini adalah selari dengan
konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Pengucapan awam merupakan proses pembelajaran
berpusatkan murid. Aktiviti ini pastinya berpaksikan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran
kreatif serta aplikasi nilai murni dan etika.

OBJEKTIF

i. Mengesan murid-murid yang mempunyai bakat dalam pengucapan awam.


ii. Melatih dan melahirkan lebih ramai murid yang mampu berucap di khalayak.
iii. Membina keyakinan dalam diri murid-murid.
iv. Mendidik murid berucap dan berkomunikasi dengan beretika.
v. Melatih murid menghormati pendapat orang lain.
vi. Memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti pembelajaran dalam suasana berbeza.
vii. Sebagai alternatif kepada guru mempelbagaikan persekitaran dan kaedah pdp.

TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : Waktu rehat setiap hari Khamis (bermula bulan Mac 2019)
Tempat : Sudut Pidato (di kantin SRKSI)

PENGLIBATAN:
1. Guru : Semua guru Bahasa Melayu mengikut tahun.
2. Murid : Semua murid SRKSI
ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah


1 Plywood Biasa 4’x8’ 9mm 1 keping 48.00 48.00
2 Selak Aluminium 2 ½” 1 unit 1.30 1.30
3 Berus Syelek Ulu Kayu 6cm 1 unit 3.00 3.00
4 Thinner Botol 1 unit 3.30 3.30
5 Lock Set Deluxe 3871ss 1 unit 14.00 14.00
6 Kertas Pasir Kayu 2 unit 0.50 1.00
7 Paku Kayu 1 ½” 0.1 kg 6.00 0.60
8 Cat Red Oxide 707 – 1 liter 1 tin 14.00 14.00
9 Berus Cat Domino Nylon 380 – 2” 1 unit 3.50 3.50
10 Skru Bit PH2 x 65mm (SL) 1 unit 3.30 3.30
11 Kasut Getah 1 pasang 8.00 8.00
12 Kain Poyee 7 meter 2.00 14.00
13 Tikar Getah Bidang 4 ½ ‘ 3 meter 4.50 13.50
14 Backdrop 6’x7’ 1 unit 105.00 100.00
JUMLAH 227.50

SUMBER KEWANGAN

- Kumpulan Wang SUWA SRK Seri Indera.

PENUTUP

Diharap projek Sudut Pidato ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Semoga dengan adanya
pentas pidato ini, ia akan menjadi salah satu flatfom untuk melahirkan lebih ramai murid yang yang
berketrampilan dan berkeyakinan. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk membantu melahirkan
generasi pelajar yang bermentaliti kelas pertama, di samping pencapaian akademik yang cemerlang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

(MAZNAH BINTI HARUN) (ZULBAKRI BIN KHALID) (HJ HASNUDDIN B HJ NORDIN)


Ketua Panitia Bahasa Melayu Penolong Kanan Pentadbiran Guru Besar
SRK Seri Indera, SRK Seri Indera, SRK Seri Indera,
Perlis. Perlis. Perlis.

Tarikh: 7 Januari 2019

You might also like