You are on page 1of 19

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

ARTIKEL SATU

PERATURAN-PERATUIRAN DAN UNDANG-UNDANG (PERLEMBAGAAN)


KELAB ROBOTIK

1.1 Nama:

Persatuan ini dikenali dengan nama Kelab Robotik atau ringkasnya KB yang
selepas ini disebut sebagai Kelab sahaja.

1.2 Alamat:

SMKA SULTAN AZLAN SHAH, 36200 BOTA, PERAK.

ARTIKEL DUA

2.1 Pendaftar:

Pendaftar kelab ini ialah Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan
Azlan Shah, 32600 Bota, Perak mengikut Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jil. 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U. (A) 196
bertarikh 21 Mei 1998.

2.2 No. Pendaftaran:


27/2013/SMKA Sultan Azlan Shah

2.3 Dokumen Pendaftaran:


Bil: (22) dlm SMKASAS 03/03/12 bertarikh 21 Oktober 2012.

ARTIKEL TIGA

3.1 Penasihat:

Penasihat kelab ini dilantik oleh Pengetua Sekolah Menegah Kebangsaan Agama
Sultan Shah mengikut Peraturan 8 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Jil. 42, No.11, Tambahan
No.21, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21Mei 1998.

Copyright © RobotikSMKASAS 1
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

ARTIKEL EMPAT

4. Tujuan:-

Kelab ini ditubuhkan dengan tujuan untuk:-

4.1 Mengumpulkan pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang


robotik dan bercita-cita melibatkan diri dalam bidang sains
dan
teknologi yang memberi banyak sumbangan kepada Negara.

4.2 Memupuk samangat sepasukan dan bersatu padu di kalangan


ahli-ahli kelab.

4.3 Menyemarakkan kegiatan-kegiatan robotik yang berkaitan dalam


bidang sains dan teknologi.

4.4 Mewujudkan peluang kepada ahli-ahli kelab dalam mengembangkan


bakat dan potensi masing-masing dalam bidang robotik.

4.5 Meningkatkan pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran ahli-ahli


kelab dalam pelbagai jenis robot.

ARTIKEL LIMA

5.1 Keahlian:

5.1.1.1 Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Sultan Azlan Shah.

5.1.1.2 Permohonan untuk menjadi ahli boleh dibuat


menggunakan Borang Permohonan Menjadi
Ahli (Borang PMA) dan dikemukakan kepada
Setiausaha tidak lewat daripada 31 Januari setiap
tahun.

5.1.1.3 Kelulusan permohonan menjadi ahli akan


dipertimbang dan diluluskan oleh
Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa
menerima atau menolak sesuatu permohobnan
adalah muktamad.
Copyright © RobotikSMKASAS 2
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

5.1.1.4 Setiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah


atas kerelaan sendiri tanpa dipaksa atau
dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan mendapat
persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga
masing-masing.

5.1.2 Hak Ahli:

Seseorang pelajar yang telah disahkan keahliannya berhak untuk:-

5.1.2.1 mengundi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa


kelab.

5.1.2.2 menjadi calon dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa

kelab.

5.1.2.3 menghadiri dan menyertai aktiviti-aktiviti


kelab.

5.1.2.4 menggunakan peralatan, prasarana, dan


kemudahan-
kemudahan kepunyaan kelab.

5.1.2.5 mengemukakan cadangan, aduan,idea dan


pendapat kepada persatuan mengenai isu-isu
berbangkit.

5.1.3 Kewajipan Ahli:

Seseorang pelajar yang telah disahkan menjadi ahli kelab ini


wajib:-

5.1.3.1 Menghormati, mendukung, dan mematuhi


Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan
Kelab ini sepanjang masa dan dalam semua
keadaan.

5.1.3.2 Mematuhi, menghormati dan melaksanakan semua


keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kelab.

5.1.3.3 Menjaga dan mempertahankan nama baik, maruah


dan identiti kelab.
Copyright © RobotikSMKASAS 3
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

5.1.3.4 Memelihara dan menjaga harta benda kelab.

5.1.3.5 Tidak menyebarkan kepada sesiapa sahaja rahsia-


rahsia kelab.

5.1.3.6 Tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya


sentiasa bekerjasama dan bermuafakat dengan
ahli-ahli lain.

5.1.3.7 Tidak mengkhianati sebarang usaha atau program-


program yang dianjurkan oleh kelab.

5.1.3.8 Menjelaskan derma keahlian sebelum 31 Januari


setiap tahun.

5.1.4 Pemberhentian dan Pemecatan Ahli:

5.1.4.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli


kelab hendaklah menyerahkan permohonan
bertulis sebulan terlebih dahulu kepada
Setiausaha.Permohonan untuk berhenti daripada
menjadi ahli akan diluluskan oleh Jawatankuasa
Kelab atas nasihat guru Penasihat.

5.1.4.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-


undang dan peraturan-peraturan kelab atau
bertindak dengan cara yang akan mencemarkan
nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung
keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang
difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Kelab
atas nasihat Guru Penasihat .Sebelum
Jawatankuasa Kelab memecat atau menggantung
ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan
sebab-sebab bagi pemecatan atau
penggantungannya secara bertulis.Ahli tersebut
juga hendaklah diberi peluang untuk memberi
penjelasan dan membela dirinya.Pemecatan atau
penggantungan itu hendaklah dilaksanakan
melainkan mesyuarat agung menunda atau
membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli
tersebut.

Copyright © RobotikSMKASAS 4
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

Copyright © RobotikSMKASAS 5
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

5.1.4 Pemberhentikan dan Pemecatan Ahli


5.1.4.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli kelab hendaklah
menyerahkan permohonan bertulis sebulan terlebih dahulu
kepada Setiausaha. Permohonan untuk berhenti
daripada menjadi ahli akan diluluskan oleh Jawatankuasa Kelab atas
nasihat Guru Penasihat.

5.1.4.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang dan peraturan


peraturan kelab atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan
nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi
suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh
Jawatankuasa Kelab atas nasihat Guru Penasihat. Sebelum
Jawatankuasa Kelab memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu
hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau
penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi
peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.Pemecatan
atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat
agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli
tersebut.

ARTIKEL ENAM

6.1 Jawatankuasa Kelab.

6.1.1 Ahli Jawatankuasa:


Jawatankuasa Kelab akan dianggotai oleh:-
6.1.1.2 Seorang Timbalan Pengerusi.
6.1.1.3 Dua orang naib Pengerusi
6.1.1.4 Seorang Setiausaha
6.1.1.5 Seorang Penolong Setiausaha
6.1.1.6 Seorang Bendahari
6.1.1.7 Seorang Penolong bendahari
6.1.1.8 Tujuh orang Ahli Jawatankuasa

6.1.2 Pemilihan Jawatankuasa


Pemilihan Jawatankuasa adalah secara demokratik dalam Mesyuarat
Agung tahunan persatuan.Senarai Jawatankuasa yang terpilih hendaklah
disahkan oleh Pendaftar sebelum boleh berfungsi.

6.1.3 Tugas utama Jawatankuasa:

Copyright © RobotikSMKASAS 6
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

Jawatankuasa Persatuan adalah bertanggungjawab sepenuhnya atas


semua aspek pengurusan dan pentadbiran kelab, termasuklah yang
berikut:-

6.1.3.1 Menentu dan menetapkan dasar persatuan berlandaskan perlembagaan


dan peraturan-peraturan kelab.

6.1.3.2 Merancang dan menganjurkan kegiatan-kegiatan kelab berdasarkan


Senarai Aktiviti Utama yang diluluskan oleh Pendaftar;
6.1.3.3 Mengurus, merancang dan mengawal perbelanjaan tahunan persatuan
dengan mengambil kira bimbingan dan nasihat penasihat persatuan;
6.1.3.4 Mengurus pengutipan derma seperti yang diluluskan oleh Pendaftar
dan menyimpan atau menggunakannya untuk kegiatan dan
kepentingan persatuan mengikut prosedur pengurusan kewangan
yang berkuatkuasa di institusi Kerajaan;
6.1.3.5 Mengambil berat kebajikan ahli-ahli dan mengawal disiplin mereka
sebagai ahli persatuan;
6.1.3.6 Meneroka dan mewujudkan peluang untuk ahli-ahli mendapat dan
mempertingkatkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran
masing-masing secara berterusan;
6.1.3.7 Mengawal, menjaga dan menyelenggara harta benda, inventori,
dan bekalan pejabat kepunyaan kelab.
6.1.3.8 Menjadi penghubung di antara ahli-ahli kelab dengan guru
penasihat ,pihak pengurusan sekolah, kelab atau persatuan lain di
sekolah, dan badan gabungan di peringkat daerah,negeri atau
kebangsaan.
6.1.3.9 Menganjur, mengurus dan mengelolakan mesyuarat-mesyuarat dan
melaksanakan sepenuhnya keputusan-keputusan yang dihasilkan
daripada mesyuarat-mesyuarat tersebut, khususnya Mesyuarat Agung
Tahunan.
6.1.3.10 Menyediakan Laporan Tahunan Kelab.
6.1.4 Tugas dan kuasa Pengerusi:
6.1.4.1 Mengetuai usaha-usaha merancang, mengurus dan melaksana serta
memantau semua Tugas Utama Jawatankuasa seperti disenaraikan
dalam perkara 6.1.3 di atas.

6.1.4.2 Mengetuai pentadbiran dan pengurusan kelab.


6.1.4.3 Mempengerusikan semua mesyuarat yang dirancang, diurus dan
dikelolakan
oleh jawatankuasa kelab.
6.1.4.4 Pengerusi berhak menggunakan undi pemutus dalam setiap mesyuarat
yang
dipengerusikannya selagi tidak melanggar atau bertentangan dengan
Copyright © RobotikSMKASAS 7
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

tujuan,
perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan.
6.1.4.5 Pengerusi berkuasa memanggil Mesyuarat Jawatankuasa dan
Mesyuarat
Jawatankuasa tergempar apabila difikirkannya perlu.
6.1.4.6 Mengetuai Jawatankuasa Disiplin kelab.
6.1.4.7 Menandatangani semua dokumen kewangan persatuan seperti resit
terimaan,
arahan pembelian dan penyata pembayaran bersama-sama dengan
Setiausaha
dan Bendahari.
6.1.4.8 Mewakili persatuan dalam semua perjumpaan atau mesyuarat dengan
kelab
atau persatuan lain, dan dengan badan induk gabungan.
6.1.4.9 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat.
6.1.5 Tugas dan kuasa Timbalan Pengerusi:
6.1.5.1 Membantu Pengerusi mengetuai usaha-usaha merancang,mengurus
dan
melaksana serta memantau semua Tugas Utama Jawatankuasa seperti
disenaraikan dalam perkara 6.1.3 di atas.
6.1.5.2 Melaksanakan tugas dan kuasa Pengerusi ketika ketiadaan atau
ketidakhadiran Pengerusi, atau pun dengan kebenaran bertulis daripada
Pengerusi.
6.1.5.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat dan
Pengerusi.
6.1.6 Tugas dan Kuasa naib Pengerusi:
6.1.6.1 Membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi mengetuai usaha-
usaha merancang, mengurus dan melaksana serta memantau semua
Tugas Utama Jawatankuasa seperti disenaraikan dalam perkara 6.1.3 di
atas.

6.1.6.2 Melaksanakan tugas dan kuasa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi ketika
ketiadaan atau ketidakhadiran kedua-duanya, atau pun dengan kebenaran bertulis
daripada Pengerusi atau Timbalan Pengerusi.

6.1.6.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat,Pengerusi dan


Timbalan Pengerusi.

6.1.7 Tugas dan kuasa Setiausaha:


6.1.7.1 Membantu merancang, mengurus dan melaksana serta memantau semua
Tugas Utama Jawatankuasa seperti disenaraikan dalam perkara 6.1.3 di atas.
6.1.7.2 Menyedia,mengurus dan menyelenggara tugas dan fungsi kesetiausahaan
kelab, seperti surat menyurat,perekodan dan penyimpanan maklumat, penyimpanan
Copyright © RobotikSMKASAS 8
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

dan pengemaskinian fail persatuan, penyebaran maklumat kepada ahli-ahli kelab, dan
pendokumentasian altiviti-aktiviti kelab.
6.1.7.3 Mengurus dan mengelolakan mesyuarat-mesyuarat kelab, seperti
mengeluarkan notis dan surat jemputan menghadiri sesuatu mesyuarat kepada ahli-ahli
dan semua Ahli Jawatankuasa kelab, menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat ,
menyediakan tempat mesyuarat, dan mencatat minit mesyuarat.
6.1.7.4 Melaksanakan semua keputusan yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Kelab
dan mendokumenkan semua pelaksanaan.
6.1.7.5 Menyedia, mengedar, mengumpul dan memproses Borang Permohonan
Keahlian.
6.1.7.6 Mendaftar ahli-ahli baru dan menyedia serta mengemaskinikan Rekod atau
Daftar Keahlian Persatuan dan mendapatkan pengesahan daripada Guru Penasihat dan
Pendaftar.
6.1.7.7 Menyediakan Buku Rekod Kehadiran Ahli dan menandakan kehadiran ahli
dalam setiap aktiviti yang dianjur ,diurus dan dikelolakan oleh kelab.
6.1.7.8 Menyediakan laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.
6.1.7.9 Menyedia dan mengemaskinikan Rekod Pencapaian Ahli serta mendapatkan
pengesahan daripada Guru Penasihat.
6.1.7.10 Menyediakan Laporan Tahunan Kelab dan membentangkannya dalam
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab.
6.1.7.11 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat, Pengerusi atau
Timbalan Pengerusi ataupun Naib Pengerusi.
6.1.7.12 Menerima, mengumpul dan memproses aduan-aduan, cadangan-cadangan,
pendapat dan idea-idea yang dikemukakan oleh ahli-ahli kelab.
6.1.7.13 Menyediakan Kertas Konsep dan Kertas Cadangan Pelaksanaan bagi setiap
program, projek dan aktiviti yang dianjur, diurus dan dilaksanakan oleh Jawatankuasa
kelab.
6.1.7.14 Menandatangani dokumem-dokumen kewangan persatuan seperti resit
terimaan, arahan pembelian dan penyata pembayaran bersama-sama Pengerusi dan
Bendahari.
6.1.8 Tugas dan kuasa Penolong Setiausaha:
6.1.8.1 Membantu setiausaha melaksanakan tugas dan kuasanya seperti yang
disenaraikan dalam perkara 6.1.7 di atas.
6.1.8.2 Menjalankan tugas dan kuasa Setiausaha semasa ketiadaan atau
ketidakhadirannya ataupun apabila diarahkan oleh Pengerusi secara bertulis.
6.1.8.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi,
Naib Pengerusi atau Setiausaha.
6.1.9 Tugas dan kuasa Bendahari:
6.1.9.1 Mentadbir dan mengurus kewangan kelab.
6.1.9.2 Menerima, mengutip, menyimpan dan mengakaunkan pendapatan kelab.
6.1.9.3 Membayar bagi pihak persatuan segala perbelanjaan atau tuntutan yang
dikemukakan oleh pembekal dan mengakaunkan pembayaran yang dibuat.

Copyright © RobotikSMKASAS 9
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

6.1.9.4 Menandatangani semua dokumen kewangan persatuan seperti resit terimaan,


arahan pembelian dan penyata pembayaran bersama-sama dengan Pengerusi dan
Setiausaha.
6.1.9.5 Menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih daripada RM20.00.
6.1.9.6 Merancang dan mencadangkan kepada Jawatankuasa Kelab akan aktiviti-
aktiviti atau projek-projek untuk menambah kewangan kelab.
6.1.9.7 Menyedia dan memaparkan penyata kewangan bulanan persatuan dengan
sesalinan kepada Guru Penasihat dan sesalinan kepada Pengetua sekolah.
6.1.9.8 Menyediakan penyata kewangan tahunan kelab dan menyerahkannya kepada
pemeriksa kira-kira untuk diaudit.
6.1.9.9 Membentangkan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit dalam
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab.
6.1.9.10 Menyerahkan sesalinan Penyat Kewangan Tahunan Kelab yang telah disahkan
dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab kepada Pengetua sekolah.
6.1.9.11 Melaksanakan keputusan Mesyuarat Agung yang berkaitan dengan hal-ehwal
kewangan kelab.
6.1.9.12 Menyerahkan wang terkumpul persatuan kepada Pengetua sekolah selepas 31
Oktober tahun berkenaan.
6.1.9.13 Menunaikan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dan Setiausaha.
6.1.10 Tugas dan kuasa Penolong Bendahari:
6.1.10.1 Membantu Bendahari melaksanakan tugas dan kuasanya seperti yang
disenaraikan dalam perkara 6.1.9 di atas.
6.1.10.2 Menjalankan tugas dan kuasa Bendahari semasa ketiadaan atau
ketidakhadirannya ataupun apabila diarahkan oleh Pengerusi secara bertulis.
6.1.10.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Timbalan
Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari.
6.1.11 Tugas dan kuasa Ahli Jawatankuasa:
6.1.11.1 Menghadiri semua mesyuarat jawatankuasa.
6.1.11.2 Mengemukakan cadangan , ulasan, kritikan dan pendapat berkaitan hal-ehwal
pengurusan dan pentadbiran kelab.
6.1.11.3 Mengetuai sesuatu jawatankuasa kerja yang ditubuhkan untuk mengurus dan
mengelolakan sesuatu aktiviti atau projek kelab.
6.1.11.4 Membantu melaksanakan keputusan-keputusan yang diluluskan dalam
Mesyuarat Agung kelab.
6.1.11.5 Mengundi untuk meluluskan sesuatu keputusan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Kelab.
6.1.11.6 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Timbalan
Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari.
ARTIKEL TUJUH
7. Kewangan.
7.1 Tahun Kewangan.
Tahun kewangan bagi persatuan ini ialah daripada 2 Januari hingga 31 Oktober
tahun berkenaan.
7.2 Derma Keahlian.
Copyright © RobotikSMKASAS 10
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

Derma keahlian adalah sebanyak RM1.00 sebulan berdasarkan kelulusan yang


diberikan oleh Pengetua sekolah berdasarkan Subpersatuan 9(3) dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Persatuan sekolah)1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam
Warta Kerajaan Jil.42 No.11 Tambahan No.41 Perundangan (A); P.U.(A) 196. Bertarikh
21 Mei 1998.
7.3 Tabung Kelab .
7.3.1 Tabung Kewangan Kelab adalah wang terkumpul yang diakaunkan oleh Bendahari
kelab dan disimpan oleh Pengetua atau Guru Penasihat seperti yang diarahkan oleh
Pengetua.
7.3.2 Sumber Tabung Kewangan Kelab adalah daripada:-
7.3.2.1 derma keahlian tahunan daripada setiap ahli yang berdaftar.
7.3.2.2 sumbangan daripada sekolah.
7.3.2.3 sumbangan daripada pihak-pihak yang diluluskan oleh Pengetua sekolah.
7.3.2.4 Keuntungan daripada aktiviti atau projek yang dijalankan oleh Kelab.
7.3.3 Wang daripada Tabung Kewangan Kelab boleh digunakan untuk:-
7.3.3.1 Membiayai kos pelaksanaan aktiviti atau projek yang dianjurkan oleh kelab.
7.3.3.2 Membayar sebarang pembelian barangan, peralatan, dan aksesori untuk
kegunaan kelab.
7.3.3.3 Membayar sebarang perkhidmatan yang diperlukan oleh ketab.

7.3.4 Akaun Tabung Kewangan Kelab hendaklah oleh Pemeriksa Kira-Kira


dan pada diaudit pada tiap-tiap akhir bulan setiap hujung tahun kewangan
kelab.
7.4 Pentadbiran Kewangan Kelab
7.4.1 Wang daripada Tabung Kewangan Kelab hanya boleh digunakan untuk
perkara-perkara berfaedah sesuai dengan tujuan dan matlamat kelab.
7.4.2 Setiap pengeluaran dan penggunaan wang daripada Tabung Kewangan
Kelab hendaklah disahkan oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dengan
persetujuan daripada Guru Penasihat.
7.4.3 Bendahari dibolehkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 20.00
pada sesuatu masa. Wang yang selebih daripada itu hendaklah disimpan
oleh Pengetua sekolah atau Guru Penasihat seperti yang telah diarahkan
oleh Pengetua sekolah.
7.4.4 Penyata wang yang diterima dan dibelanjakan serta imbangan kira-kira bagi
setahun kewangan hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diaudit oleh
Pemeriksa Kira-Kira.
7.4.5 Penyata Kewangan Tahunan Kelab hendaklah diluluskan dalam Mesyuarat
Agung Tahunan Kelab.
7.4.6 Tabung Kewangan Kelab akan diserahkan kepada Pengetua sekolah pada
setiap akhir tahun Kewangan Kelab.
7.5 Pemeriksa Kira-Kira
7.5.1 Dua orang Pemeriksa Kira-Kira akan dilantik dalam Mesyuarat Agung Kelab
.

Copyright © RobotikSMKASAS 11
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

7.5.2 Pemeriksa Kira-Kira bertanggungjawab mengaudit dan mengesahkan


penyata bulanan Tabung Kewangan Kelab dan Penyata Kewangan Tahunan
Kelab.
7.5.3 Pemeriksa Kira-Kira berkuasa menyoal dan menasihati Bendahari dan
Penolong Bendahari berkaitan apa-apa keraguan dan ketidakseimbangan
dalam penyata bulanan Tabung Kewangan Kelab dan Penyata Kewangan
Tahunan Kelab.
7.5.4 Tempoh perkhidmatan Pemeriksa Kira-Kira adalah bagi setahun kewangan
kelab.

ARTIKEL LAPAN

8. MESYUARAT AGUNG
8.1 Jenis Mesyuarat Agung
8.1.1 Mesyuarat Agung Tahunan
8.1.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa
8.1.3 Mesyuarat Agung Tergempar
8.2 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
8.2.1 Tujuan:
(a) Membentangkan kepada ahli segala aktiviti dan program yang
telah dilaksanakan sepanjang sesuatu tahun kewangan kelab.
(b) Membentangkan kepada ahli penyata pendapatan dan
perbelanjaan kewangan kelab bagi sesuatu tahun kewangan.
(c) Membentangkan kepada ahli rancangan aktiviti yang akan
dilaksanakan pada tahun kewangan akan datang.
(g) Mendapatkan kelulusan kepada sebarang pindaan perlembagaan
atau dasar yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kelab.
(h) Mendapatkan pandangan,idea, dan usul daripada ahli-ahli untuk
mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan,
pentadbiran dan pengoperasian kelab untuk tahun kewangan
yang berikutnya.
8.2.2 Pengurusan dan Pengelolaan:
(a) Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis mesyuarat sekurang-
kurangnya dua minggu sebelum tarikh mesyuarat yang
ditetapkan.
(b) Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis pelawaan kepada ahli-
ahli untuk mencadangkan usul atau pindaan-pindaan yang
hendak dibincangkan tidak lewat daripada 21 hari sebelum tarikh
mesyuarat yang ditetapkan. Notis pelawaan hendaklah
diletakkan di tempat-tempat strategik dan boleh dilihat oleh
semua ahli.
Copyright © RobotikSMKASAS 12
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

(c) Setiausaha hendaklah menyediakan Minit Mesyuarat Agung


Tahunan yang lalu dan minit minit Mesyuarat Agung Luar Biasa
dan Mesyuarat Agung Tergempar yang telah dijalankan
sebelumnya (jika ada ).
(d) Setiausaha hendaklah menyediakan Laporan Tahunan Kelab,
Takwim Aktiviti Tahunan , dan Perancangan Tahunan bagi tahun
yang berikutnya.
(f) Setiausaha hendaklah menyampaikan Minit Mesyuarat Agung
Tahunan yang lalu , Laporan Tahunan , Perancangan Tahunan,
Penyata Kewangan bagi tahun kewangan yang lalu. Anggaran
Pendapatan dan Belanjawan Kelab untuk tahun kewangan yang
berikutnya, dan usul-usul atau cadangan-cadangan yang akan
dibincang dan dikhaskan kepada ahli-ahli selewat-lewatnya
sebelum 48 jam mesyuarat diadakan.
8.2.3 Tarikh:
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab hendaklah diadakan dengan secepat
mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat
daripada 31 Oktober pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Kelab.
8.2.4 Kehadiran:
(a) Semua ahli Jawatankuasa Kelab.
(b) Semua ahli yang berdaftar.
8.2.5 Korum:
(a) Korum bagi Mesyuarat Agung Tahunan Kelab ialah dua pertiga
daripada jumlah ahli yang berdaftar.
(b) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu
yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat, maka mesyuarat itu
hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh ( tidak lebih
daripada tiga puluh hari ) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Kelab dan jika korum masih tidak cukup, selepas setengah jam
daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang
ditangguhkan itu.

8.2.6 Agenda:
(a). Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang
lalu dan minit-minit Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Mesyuarat Agung
Tergempar sekiranya telah diadakan sebelumnya.
(b). Perkara-perkara berbangkit daripada agenda (a) di atas.
(c). Membentang dan menerima Laporan Tahunan Kelab.
(d). Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan Kelab bagi
tahun kewangan yang lalu.
(e). Membentang dan meluluskan Takwim Tahunan Kelab dan Perancangan
Tahunan Kelab (jika ada) untuk tahun kewangan berikutnya.
Copyright © RobotikSMKASAS 13
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

(f). Membentang dan meluluskan anggaran pendapatan dan Belanjawan


Tahunan bagi tahun kewangan berikutnya.
(g). Membahaskan usul-usul atau cadangan daripada ahli yang disampaikan
melalui Setiausaha kepada Jawatankuasa Kelab sekurang-kurangnya
seminggu sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan.
(h). Melantik dua (2) orang pemeriksa kira-kira untuk tahun kewangan yang
berikutnya.

8.3 MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA


8.3.1 Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis panggilan Mesyuarat Agung
Luar Biasa sekiranya:
(a). diarah dan difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Kelab.
(b). Setiausaha menerima permohonan bertulis daripada jumlah ahli
dengan menyatakan tujuan yang difikirkan menasabah oleh
Setiausaha.

8.3.2 Setiausaha hendaklah mengedarkan notis panggilan mesyuarat dan


agenda mesyuarat dalam tempoh lima hari sebelum tarikh mesyuarat
yang ditetapkan.

8.3.3 Pemberitahuan dan agenda Mesyuarat Agung Luar Biasa itu hendaklah
dipaparkan di papan kenyataan kelab sekurang-kurangnya 48 jam
sebelum mesyuarat diadakan.

8.3.4 Mesyuarat Agung Luar Biasa akan hanya membincangkan satu agenda
sahaja, yakni perkara yang menyebabkan mesyuarat itu dipanggil.

8.3.5 Korum bagi sesuatu Mesyuarat Agung Luar Biasa adalah dua pertiga
daripada jumlah ahli berdaftar. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas
setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan maka mesyuarat tersebut
hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh itu, Mesyuarat
Agung Luar Biasa dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.

8.4 MESYUARAT AGUNG TERGEMPAR


8.4.1 Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan sekiranya:
(a). diarahkan oleh Jawatankuasa Kelab.
(b). diminta oleh dua pertiga dari ahli yang berdaftar.

8.4.2 Pemberitahuan tentang Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dibuat


oleh Setiausaha dengan memaparkan notis pemberitahuan di papan
kenyataan persatuan selewat-lewatnya 24 jam sebelum mesyuarat itu
diadakan.

Copyright © RobotikSMKASAS 14
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

8.4.3 Hanya perkara yang menyebabkan mesyuarat itu dipanggil sahaja yang
menjadi agenda untuk dibincangkan.

8.4.4 Korum bagi sesuatu Mesyuarat Agung Tergempar adalah dua pertiga
daripada jumlah ahli berdaftar. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas
setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan maka mesyuarat tersebut
hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh itu, Mesyuarat
Agung Tergempar dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.
ARTIKEL SEMBILAN

9. MESYUARAT JAWATANKUASA
9.1 Jawatankuasa Kelab hendaklah bermesyuarat sekali bagi setiap bulan.

9.2 Setiausaha hendaklah memberitahu ahli-ahli yang lain sekurang-


kurangnya 48 jam sebelum mesyuarat diadakan dan sekiranya sesuatu
perkara memerlukan tindakan segera maka pemberitahuan mesyuarat
bolehlah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum mesyuarat
diadakan.

9.3 Jika timbul sesuatu perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan


sesebuah jawatankuasa berkenaan dan mesyuarat jawatankuasa tidak
dapat diadakan, maka setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan
daripada ahli-ahli jawatankuasa dengan cara mengedarkan surat
pekeliling. Kaedah ini hendaklah dilaksanakan dengan mematuhi
sepenuhnya syarat-syarat berikut, iaitu :
(a). Masalah yang dibangkitkan atau perkara yang memerlukan
keputusan segera itu hendaklah dibutirkan dengan terang, tepat,
jelas dan terperinci, di samping cadangan tindakan atau
keputusan dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap
orang ahli jawatankuasa.
(b). Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli
jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan
mereka terhadap tindakan atau keputusan yang dicadangkan itu;
dan
(c). Keputusan atau tindakan yang dicadangkan dianggap lulus jika
keputusan atau tindakan itu menerima undian terbanyak.
Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah
dilaporkan oleh setiausaha kepada mesyuarat jawatankuasa berikutnya
untuk disahkan dan dicatatkan dalam peringatan mesyuarat.

Copyright © RobotikSMKASAS 15
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

ARTIKEL SEPULUH

10. UNDI
10.1 Pengerusi mempunyai undi pemutus.

10.2 Pengundian dalam segala perkara, kecuali bila diputuskan oleh


mesyuarat, hendaklah dengan mengangkat tangan. Mengundi dengan
proksi tidak dibenarkan.

ARTIKEL SEBELAS

11. PENAMATAN DAN PERLETAKAN JAWATAN


11.1 Mana-mana ahli Jawatankuasa boleh memohon meletak jawatan dengan
menyampaikan surat perletakan jawatannya kepada Setiausaha dan Guru
Penasihat.

11.2 Sebarang perletakan jawatan tidak sah sebelum dipersetujui dan


diluluskan oleh Jawatankuasa Kelab atas nasihat Guru Penasihat.

11.3 Sekiranya Setiausaha hendak meletak jawatan, maka ia hendaklah


menyampaikan surat perletakan jawatannya kepada Pengerusi dan Guru
Penasihat.

11.4 Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat yang diadakan


sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan
disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan dalam jawatankuasa yang
berkenaan.

ARTIKEL DUA BELAS

12. TATA TERTIB


12.1 Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib.
Demi menjaga dan menjamin nama baik dan maruah persatuan serta
kepentingan ahli-ahli sebuah Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib
ditubuhkan. Jawatankuasa ini berkuasa mengambil tindakan ke atas
mana-mana ahli yang disabitkan bersalah melakukan sesuatu perbuatan
yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan-peraturan
kelab dan mencemarkan nama baik kelab.

12.2 Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib akan dianggotai oleh:-


(a). Guru Penasihat Kelab sebagai penasihat.
(b). Pengerusi Jawatankuasa Kelab sebagai pengerusi.
Copyright © RobotikSMKASAS 16
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

(c). Setiausaha Jawatankuasa Kelab sebagai setiausaha.


(d). Lima orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Kelab daripada
kalangan ahli yang berdaftar.

12.3 Tugas dan Kuasa Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib:


(a). Menerima aduan dan laporan, menyiasat, mendakwa dan
membicarakan ahli yang disyaki melakukan kesalahan.
(b). Mencadangkan hukuman ke atas ahli-ahli yang disabitkan
bersalah kepada Guru Penasihat, dan menjalankan hukuman
dengan persetujuan daripada Guru Penasihat.
(c). Merujukkan kes-kes yang dianggap berat dan serius kepada
Pengetua Sekolah.
(d). Menyediakan laporan penyiasatan, perbicaraan, dan hukuman
kepada Guru Penasihat dan Pengetua Sekolah.

12.4 Jenis-jenis hukuman:


(a). Digantung daripada menyertai semua aktiviti kelab.
(b). Tidak dibenarkan menggunakan sebarang kemudahan, peralatan,
bahan-bahan cetak, dan bilik kelab.
(c). Ahli-ahli yang disabitkan bersalah dihadapkan kepada Pengetua
Sekolah.

12.5 Lembaga Rayuan.


12.5.1 Sebuah Lembaga Rayuan Ditubuhkan untuk:
(a). mengkaji dan meneliti dari semasa ke semasa segala
keputusan perbicaraan dan hukuman yang dibuat oleh
Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib.
(b). mengkaji atau membicarakan semula sebarang kes yang
telah dibicarakan oleh Jawatankuasa Disiplin dan Tata
Tertib yang dirujukkan oleh yang terdakwa.

12.5.2 Lembaga Rayuan akan dianggotai oleh:-


(a). Guru Penasihat Kelab sebagai pengerusi.
(b). Tiga orang ahli yang dilantik oleh Guru Penasihat.
(c). Seorang Setiausaha yang dilantik oleh Guru Penasihat.

ARTIKEL TIGA BELAS

13. PERWAKILAN PERSATUAN


Pengerusi dan Setiausaha akan mewakili persatuan ke sebarang mesyuarat yang
diadakan oleh sekolah atau dengan kelab-kelab lain. Sekiranya kedua-duanya
tidak dapat hadir, maka Pengerusi hendaklah digantikan oleh Timbalan Pengerusi
Copyright © RobotikSMKASAS 17
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

dan Setiausaha oleh Penolong Setiausaha. Demikianlah seterusnya mengikut


hierarki jawatan jawatan dalam Jawatankuasa Kelab.

ARTIKEL EMPAT BELAS

14. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG


14.1 Selepas berlangsunganya Mesyuarat Agung Tahunan kelab sehinggalah
ke Mesyuarat Agung Tahunan kelab yang berikutnya, Jawatankuasa Kelab
boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang dan peraturan-
peraturan ini dan Jawatankuasa Kelab jika mustahak boleh memutuskan
perkara-perkara yang tidak terkandung dalam undang-undang dan
peraturan-peraturan ini.

14.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan


dasar yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan,
keputusan Jawatankuasa Kelab ke atas perkara-perkara berbangkit
berkaitan pengurusan, pentadbiran dan pengoperasian kelab adalah
muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung Tahunan
yang berikutnya.

ARTIKEL LIMA BELAS

15. PINDAAN UNDANG-UNDANG


Undang-undang dan peraturan-peraturan ini tidak boleh diubah atau dipinda
kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan
atau pindaan kepada undang-undang hendaklah kemukakan untuk kelulusan
kepada Pengetua sekolah dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat
Agung yang meluluskan perubahan dan pindaan itu dan hanya boleh
dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan
oleh Pengetua sekolah seperti dalam Subperaturan 6(1), dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti
dalam Warta Kerajaan Jil.42 No.11 Tambahan No. 41 Perundangan (A); P.U.
(A)196. bertarikh 21 Mei 1998.
ARTIKEL ENAM BELAS

16. PEMBUBARAN
Kelab ini boleh dibubarkan oleh Pengetua sekolah seperti dalam Subperaturan
12(1) dalam Peratura-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Jil.42 No.11 Tambahan No.41
Perundangan (A) ; P.U.(A)196. bertarikh 21 Mei 1998.

Copyright © RobotikSMKASAS 18
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

……………………..... ………………………..
Tandatangan Pengerusi Tandatangan
Setiausaha
Tarikh: ………………. Tarikh: ………………..

……………………………..
Tandatangan Guru Penasihat
Tarikh: ……………………..

………………………
Tandatangan Pengetua
Tarikh: ………………

Copyright © RobotikSMKASAS 19

You might also like