You are on page 1of 13

LAGU ST JOHN AMBULANS

BERKHIDMAT BAGI MANUSIA

Music by: Eainuddin Juwahir


Lyrics by: Francis Tan

Anggota St John Bersiap Sedia


Untuk Berkhidmat Kepada Manusia
Tanpa Mengira Pelbagai Bangsa
Agama Dan Budaya

Seragam St John Lambang Kejituan


Dilatih Untuk Bantu Yang Derita
Tanpa Mengharap Kurnia dan Ganjaran
Berbakti Sepanjang Masa

(Repeat)
Berkorban Walau Dimana Berada
Dengan Rela Hati Suci
Berpegang Teguh Pada Cogan Kata
Berkhidmat Bagi Manusia

Inilah Sumbangan Dari Kami


Terhadap Mu Oh Ibu Pertiwi
Sumpah Dan Ikrar Kami Tunaikan
Kepada Nusa Dan Bangsa
JATA ST JOHN AMBULANS

           

Empat cabang melambangkan empat nilai-nilai murni

BERHEMAH - berhati-hati dan berfikiran jauh

ADIL - kesamarataan

KESEDERHANAAN - bersederhana dalam semua perkara

KETABAHAN - keberanian dan ketahanan


Maksud lambang St John Ambulans Malaysia

BINTANG PUTIH BERPENJURU LAPAN - Republik Amalfi

SINGA DAN UNIKORN - perhubungan dengan DiRaja England

WARNA PUTIH - kesucian

WARNA HITAM - menanggung penderitaan

WARNA KUNING - warna diraja


VISI DAN MISI ST JOHN AMBULANS
OUR VISION STATEMENT

To be a well-organized body dedicated to the service to mankind which is highly regarded by all, and
which all of us can be truly proud of in contributing positively and significantly to our nation building.

OUR MISSION STATEMENT

We are committed to the excellence in our work in providing the best service possible. We will achieve
this through:

1. Working as a team in a friendly atmosphere of consultation and mutual respect;

2. Making greater sacrifice of our time and energy, for a worthy common purpose;

3. Constantly striving to improve our organization and ourselves;

4. Being willing to face problems squarely and to accept challenges and to be sensitive to changes;

5. Working hard in building up our resources and finance in order to further our voluntary and
humanitarian services; and

6. Constantly building up our membership and promote the spirit of volunteerism.

AIM AND PURPOSE

1. To encourage and promote all works of humanity and charity for the relief of persons in
sickness, distress, suffering and danger without any distinction of race, class, colour or creed;

2. To render aid to the sick and wounded in war or in peace and to promote such permanent
organisations in time of peace so that such aid may immedietly be available in time of emergency
and such aid shall include the provision of technical reserves for the medical services of the
Government and armed forces of Malaysia;

3. To promote, encourage and co-ordinate the work of the Corporation in all aspects in Malaysia;
and

4. To promote, encourage and co-ordinate contacts between themselves and similar organisations
under the name of St John in other countries.

COGANKATA ST JOHN AMBULANS


Pro Fide  
For The Faith (Keimanan)

Pro Utilitate Hominum 


For The Service Of Mankind (Perkhidmatan Bagi Manusia)

PERTOLONGAN CEMAS
Definisi:
 
Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa
atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.
 
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
1. Menyelamatakan nyawa
2. Mengurangkan kesakitan
3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya
pernafasan pesakit itu
3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar
melonggarkannya
sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu
mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:
1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .
    Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula: Bertindak dengan cepat dan
tenang.  Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan
ke polis, ambulans, keluarga dll. Bertindak berdasar DRABC [Danger
Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
5. Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
6. Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya
dengannya jika mangsa sedar. [R]
7. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada
keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
8. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air
Resuscitation [B]
9. Pastikan nadi mangsa berfungsi  - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika
tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].
 
Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan Cemas
Luka/Pendarahan   1.    Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang
bersih sehingga pendarahan berhenti [darah membeku] 2.    Jika darah masih
mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas
kawasan yang luka 3.    Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan
yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE. 4.    Tenangkan
mangsa. 5.    Hantar mangsa dengan segera ke hospital. Keracunan   Tanda-
tanda:  
10. maklumat dari mangsa
11. mangsa sakit dengan tiba-tiba
12. kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir
13. anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.
    Rawatan: 1.    Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika
mangsa sedar dan tiada tanda-tanda sawan.  JANGAN beri minuman jika
mangsa muntah. 2.    Simpan bekas racun bagi tujuan analisis. 3.    Segera
hubungi hospital 4.    Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka
atau air limau Terkejut Tanda-tanda:
14. badan berpeluh
15. pucat
16. rasa nak pengsan
17. resah
18. nafas kerap tapi tipis
19. kadar nadi bertambah tapi lemah
    Rawatan  
20. Baringkan mangsa
21. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga
22. Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'
23. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki
ditinggikan
24. Selimutkan jika suhu badan menurun
25. Segera hantar ke hospital
    Terbakar   Klasifikasi terbakar 1.    First Degree - dipermukaan kulit sahaja         a.
Kemerah-merahan atau hilang warna         b. bengkak sedikit dan rasa sakit         c.
cepat sembuh 2.    Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf         a. merah        
b. ada tanda-tanda gelembung [blisters]         c. bengkak yang nyata [beberapa hari]
d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak. 3.   
Third Degree         a. kerosakan tisu lebih dalam         b. kemusnahan pada lapisan kulit
luar         c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.
Important!!!!  Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10%
permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital
Rawatan  
26. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
27. tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih
28. baringkan mangsa
29. jangan gerakkan bahagian yang terbakar
30. beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar
31. hantar segera ke hospital
    Melecur   Rawatan  
32. sejukkan dengan air sejuk
33. jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian
34. rawat seperti mangsa terbakar
    Kejutan Elektrik  
35. putuskan hubungan elektrik
36. periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti
37. rawat bagi terbakar jika ada
    Terseliuh [dislocation] Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat
menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan
tangan atau kaki serta lutut. Rawatan:   RICE
38. Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]
39. Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]
40. Balut tempat yang cedera [Compression]
41. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]
42. Hantar ke hospital
Ketegangan Otot Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih
guna atau mengangkat benda yang berat.  Tanda dan alamat - sakit yang tajam di
tempat cedera dan diikuti dengan bengkak. Rawatan:   RICE Terkehel Kecederaan di
sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya.  Biasanya di bahu,
siku, jari dan rahang.  Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang.  Tanda-tanda:
Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota
tersebut. Rawatan: 1.    Berikan rawatan renjatan. 2.    Jangan sekali-kali cuba
memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal. 3.    Jangan lakukan banyak
pergerakan. 4.    Balut dengan  padding atau anduh di tempat yang cedera. 5.     Hantar
segera ke hospital.

Rawatan Pemulihan Pernafasan kepada mangsa


lemas (CPR)
Definisi Lemas

Lemas adalah keadaan yang berlaku apabila oksigen terhalang/sekat daripada memasuki
saluran pernafasan akibat tenggelam dalam air, tetapi tidak sampai menyebabkan kematian.
Walau bagaimanapun, kekurangan oksigen dalam darah boleh mengakibatkan kerosakan tisu
dan mati otak, dan fenomena ini digelar lemas.

Gejala-gejala lemas

Gejala-gejalanya bergantung kepada tahap keterukannya, antara lain termasuklah batuk,


tercungap-cungap, muntah, nafas berbunyi, kulit kebiruan dan tidak sedarkan diri.

Kesan-kesan akibat hampir lemas

Situasi Hampir Lemas boleh mengakibatkan keadaan seperti:

• Jangkitan paru-paru

• Kerosakan kekal tisu otak.

Cara membantu mangsa hampir lemas.

• Nilai tahap kesedaran mangsa.

• Minta bantuan

• Periksa saluran pernafasan, keadaan pernafasan dan nadi mangsa

• Keluarkan bendasing dalam mulut mangsa (sekiranya ada)

• Lakukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) sekiranya mangsa didapati tidak bernafas

• Segera dapatkan bantuan perubatan.


Cara mencegah lemas dan hampir lemas

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah tragedi lemas dan hampir lemas
adalah:

• Belajar berenang

• Elakkan berenang tanpa teman

• Pakai jaket keselamatan apabila menaiki bot.

Pertolongan Cemas Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

Definisi Pertolongan Cemas Pertolongan Cemas Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) Sistem


Pernafasan. Rawatan pertama diberi Usaha rawatan pertama dalam keadaan pesakit/mangsa
kemalangan. kepada kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit mendapat rawatan dari
doktor. Matlamat utama: untuk menyelamat nyawa, mengelakkan kecederaan dari bertambah
buruk, mengurangkan kesakitan. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor.

CPR atau Cardiopulmonary Resuscitation adalah satu kunci penting dalam rantaian hidup
untuk mangsa yang mengalami masalah kejutan secara tiba-tiba pada jantung dan pernafasan.
Ianya bertujuan untuk mencegah kerosakan otak sebelum menerima bantuan perubatan. CPR
mempunyai 2 matlamat iaitu:
mhtml:file://C:\Users\Admin\Desktop\PJASMANI\cpr%20zz\CPR%20Dewasa.mht!
http://www.civildefence.gov.my/image/reddot.gif Mengekalkan aliran darah ke seluruh
anggota badan.
mhtml:file://C:\Users\Admin\Desktop\PJASMANI\cpr%20zz\CPR%20Dewasa.mht!
http://www.civildefence.gov.my/image/reddot.gif Mengekalkan aliran udara masuk dan keluar
dari paru-paru.

CPR adalah teknik mudah yang hanya memerlukan peralatan yang minima sahaja. Apa yang
anda lakukan adalah sesuatu yang mudah.

mhtml:file://C:\Users\Admin\Desktop\PJASMANI\cpr%20zz\CPR%20Dewasa.mht!
http://www.civildefence.gov.my/image/reddot.gif Memberi tiupan ke dalam mulut mangsa
untuk menolak mangsa untuk menolak masuk udara beroksigen ke dalam paru-paru. Ini akan
menyerapkan oksigen ke dalam salur darah.
mhtml:file://C:\Users\Admin\Desktop\PJASMANI\cpr%20zz\CPR%20Dewasa.mht!
http://www.civildefence.gov.my/image/reddot.gif Memberi tekanan di dada mangsa untuk
membuatkan darah mengalir di dalam badan.

Semasa kita bernafas, kita sistem pernafasan menyedut & Udara yang disedut dibawa ke paru-
paru dan menghembuskan udara Udara yang disedut hanya ada 21% oksigen, meresap
oksigen ke dalam darah Badan kita memerlukan 5% oksigen untuk selebihnya kompisisi gas
nitrogen melakukan proses respi .

Bilangan pernafasan seseorang peringkat bilangan seminit dewasa 15-20 kali kanak-kanak 6-
10 thn 22-25 kali bayi 35-40 kali .

Bilangan nadi seseorang peringkat bilangan seminit dewasa 70-80 kali kanak-kanak 90-100
kali bayi 100-140 kali

Bantuan resusitasi kardiopulimonari (cpr) kecemasan yang diberikan kepada mangsa lemas
yang tidak mempunyai denyutan Merupakan kombinasi terknik pernafasan bantuan mulut
nadi dan tidak bernafas Berperanan untuk membantu jantung mengepam ke mulut dan juga
tekanan dada Dua sebab utama CPR dilakukan: udara yang dihembus ke seluruh anggota
badan *terhenti pernafasan *tiada nadi .

Kedudukan pemulihan Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR, terhenti pernafasan
atau sebagainya mulai sedar dan hendaklah diletakkan dalam keadaan pemulihan.
Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah mangsa daripada menutupi tekak
atau saluran pernafasan. Oleh kerana kedudukan kepala lebih rendah sedikit daripada badan,
ia akan membenarkan cecair keluar mengalir dari mulut mangsa. Ini akan mengurangkan
mangsa dari menyedut kandungan perut. Kepala, leher dan bahagian belakang badan
hendaklah diletakkan dalam keadaan yang lurus, manakala anggota-anggota badan yang
dibengkokkan seperti kaki akan mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa.

Prinsip-prinsip Pertolongan Cemas Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

Terdapat 3 prinsip asas yang PEMERIKSAAN ABC perlu dilakukan iaitu ABC sebelum
melakukan CPR A – Airway (saluran pernafasan) B – Breathing (pernafasan) C – Circulation
(peredaran darah) .

1. A - AIRWAY (Airway )Saluran pernafassan. Ini merupakan tindakan pertama yang perlu
dilakukan dalam proses CPR.tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara
untuk pernafasan adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan
mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan
mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara.
Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda
untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut.

2. B - BREATHING Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang


perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda disisi mulut
dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tesebut
membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda
memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada. (Kaedah
3M=Mendengar, Merasa, Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan
bantuan. Contohnya mulut ke mulut.

3. C - CIRCULATION Peredaran darah. Langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan


peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti
ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi
anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa
boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau
mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus.
Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang
dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid).

4. Kaedah pemulihan pernafasan mulut ke mulut siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras
kesedaran, goyangkan badan. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
Dapatkan bantuan. Bukakan saluran pernafasan. Buangkan sebarang benda asing dari mulut.
Tutup lubang hidung mangsa Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.Tentukan mulutnya
terbuka. menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda. Tarik nafas sepenuhnya dan
hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan
tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan. Angkat mulut danm biarkan udara
keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa. Tarik nafas kembali dan selama sekitar 2 saat
untuk melihat sebarang reaksi. ulangi langkah 1 hingga 8. buatlah hembusan pada kadar 10
kali seminit. Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan
Catatan: tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara
Gunakan kaedah yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa. mulut ke
mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan
lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa. Pastikan dada bergerak
naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara
mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau sebagainya. Pernafasan dan kadar normal,
letakkannya dalam kedudukan pemulihan. denyutan nadi setiap 10 minit.

Kaedah cpr seorang diri siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan
badan. apatkan bantuan. Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa
seluruh badan. Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan. Periksa nadi karotik. Jika
ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit. Jika nadi tiada,
segera mulakan tekanan. Beri tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut:
letakkan tangan anda di atas dada mangsa. - berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5–2 inci untuk
orang dewasa - selepas itu, beri pula 2 hembusan (1 pusingan) - berikan 15kali tekanan lagi
dan kemudian 2 hembusan (2 pusingan) -selepas 4 pusingan periksa nadi karotik -teruskan
CPR (15 tekanan dan 2 hembusan) jika tiada nadi. -lakukan sehingga bantuan pakar tiba.
Sekiranya telah ada denyutan jantung (nadi), teruskan dengan bantuan pernafasan. Periksa
denyutan nadi selepas 10 kali hembusan . bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya
nadi tiada. Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam kedudukan
pemulihan. Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit.

Nisbah hembusan dan tekanan dalam CPR adalah sama untuk kaedah 1 penyelamat dan 2
penyelamat. Dalam keadah 2 penyelamat, penyelamat yang membuat tekanan di dada berhenti
sewaktu penyelamat lain memberi bantuan pernafasan. Hubungi bantuan atau hospital untuk
dapatkan bantuan doktor atau pakar untuk rawatan selanjutnya.

You might also like