You are on page 1of 17

Reference Links Shared by Ayra:

https://www.channelnewsasia.com/commentary/commentary-malaysias-white-flag-movement-sy
mbol-hope-and-helping-each-other-2030226

https://www.npr.org/2020/04/01/825051317/dont-nag-your-husband-during-lock-down-malaysias
-government-advises-women

https://reliefweb.int/report/bangladesh/covid-19-and-violence-against-women-evidence-behind-t
alk

https://www.vaticannews.va/en/church/news/2020-12/malaysia-bishop-violence-women-children
.html

https://asia.nikkei.com/Opinion/Malaysia-s-lockdown-pays-little-attention-to-women-s-needs

https://www.abc.net.au/everyday/why-didnt-report-abusive-dad/100097308

Online Research Reference Links (Shuen Fay)

● Punca Peningkatan Kes Keganasan Rumah Tangga semasa PKP


○ https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/4906-bayan-linnas-siri-ke-238-kegana
san-rumah-tangga-dalam-tempoh-pkp
○ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mengapa-kes-keganasan-rumah-tan
gga-meningkat-semasa-pkp-236528
○ http://covid19.kk.usm.my/index.php/artikel/bacaan-umum/30-kesejahteraan-ruma
h-tangga-semasa-perintah-kawalan-pergerakan
○ https://www.johorkini.my/keganasan-rumah-tangga-apa-yang-boleh-dilakukan/

● Kesan Keganasan Rumah Tangga


○ https://penawan.com/keganasan-rumah-tangga-kesan-psikologi-mangsa/
○ https://www.johorkini.my/keganasan-rumah-tangga-apa-yang-boleh-dilakukan/
○ http://www.myhealth.gov.my/keganasan-rumahtangga/
● Langkah mengatasi keganasan rumah tangga
○ http://covid19.kk.usm.my/index.php/artikel/bacaan-umum/30-kesejahteraan-ruma
h-tangga-semasa-perintah-kawalan-pergerakan
○ https://www.johorkini.my/keganasan-rumah-tangga-apa-yang-boleh-dilakukan/
○ http://www.myhealth.gov.my/coping-with-domestic-violence/
○ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perlukan-pertolongan-ini-langkahlan
gkah-hadapi-keganasan-rumah-tangga-238859
○ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mengapa-kes-keganasan-rumah-tan
gga-meningkat-semasa-pkp-236528
○ http://www.myhealth.gov.my/keganasan-rumahtangga/

● Academic Journal & Papers (Uploaded In Google Drive, PDF file)


○ The Definition of Domestic Violence in Malaysia: A Cross-National Comparison
○ Level of Knowledge among Kelantan Community on Domestic Violence
○ Level of Knowledge Among Community on Domestic Violence: Pilot Test
○ The COVID-19 pandemic and domestic violence: A review during the Movement
Control Order in Malaysia
○ Categories and health impacts of intimate partner violence in the World Health
Organization multi-country study on women’s health and domestic violence

Research Reference Links (Louis)

Causes of domestic violence

(https://psychcentral.com/lib/what-causes-domestic-violence#causes-of-domestic-violence)

a) Childhood trauma

b) Belief pertaining gender ideologies and cultural attitudes

c) Personality disorder

d) Low self-esteem/ Insecurity


e) Anger management issues

f) Economic issues (Covid-19)

Effects of domestic violence

(https://www.medicinenet.com/domestic_violence/article.htm#what_are_the_warning_signs_and
_symptoms_of_intimate_partner_abuse)

a) Homelessness

b) Trouble raising child in a healthy environment

c) Depression, anxiety, reliance on substance

d) Psychological trauma

Domestic violence cases reported Jan-Apr 2021: 902 cases

Calls related to domestic violence Jan-Apr 2021: 2,540 calls

(https://www.thesundaily.my/local/902-cases-of-domestic-violence-reported-from-jan-april-KX78
19815)

Nurul Izzah Anwar, Permatang Pauh member of Parliament: 9% increase in cases compared to
before MCO

(https://www.nst.com.my/news/nation/2021/07/711549/urgent-need-social-workers-profession-a
ct-say-mps)

Recommendation of number of family places in women’s shelter by the Council of Europe: 1:


10,000
Number of family places in women’s shelter in Malaysia: 1: 70,000

(Lee, Wei San & Masidi, Yasmin (2019). The Shelter Needs of Domestic Violence Survivors and
the Availability and Accessibility of Shelters and Related Services in Selangor and Kuala
Lumpur. Policy Paper no. 1.)

Insufficient funds channeled for social workers

Ratio of social workers in Malaysia: 1: 8,756

Ratio of social workers in U.S.: 1: 490

Ratio of social workers in Australia: 1: 1,040

(https://www.my.undp.org/content/malaysia/en/home/blog/2020/domestic-violence-amid-covid-1
9-in-malaysia--diving-deeper-into-.html?utm_source=EN&utm_medium=GSR&utm_content=US
_UNDP_PaidSearch_Brand_English&utm_campaign=CENTRAL&c_src=CENTRAL&c_src2=G
SR&gclid=Cj0KCQjw8p2MBhCiARIsADDUFVG5CtatIdfOq8mU_6rmLPE0BV0hiHoM6utFYvP8w
xbzkrdT95dDRsQaAsAWEALw_wcB)

Amy Bala, Vice-President of MASW: JKM officers manages 20 high risk cases per week.

UNISON: Below 13 cases per week to avoid burnout

Social workers in Malaysia are overburdened

(https://www.thestar.com.my/news/focus/2021/10/24/social-workers-are-frontliners-too-provide-f
or-them-in-budget-2022)
Online Research Reference Links (Sylvia)

KEGANASAN TERHADAP WANITA


https://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/2015/KeganasanTerhadapWanita.pdf
(also uploaded in the google drive)
(Parts which I think are relevant to our topic)
Types of Abuse
Penderaan Psikologi dan Emosi (Psychological and Emotional Abuse)
Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita boleh meninggalkan kesan buruk sama
seperti penderaan fizikal kerana ianya boleh membahayakan nilai harga diri dan perasaan
wanita dan keupayaan beliau mengawal kehidupan sendiri.
Penderaan Fizikal (Physical Abuse)
Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang,
membaling barang dan menggunakan senjata adalah contoh jelas penderaan seumpama ini.
Begitu juga dengan menghalang keperluan manusia seperti makan, minum, tidur dan tempat
perlindungan adalah merupakan salah satu bentuk penderaan fizikal.
Penderaan Seksual (Sexual Abuse)
Kategori penderaan seksual adalah seperti memaksa melakukan atau melihat sesuatu
berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut atau menyakiti wanita ketika melakukan
hubungan.
Penderaan Sosial (Social Abuse)
Penderaan ini sering berlaku di dalam rumah di mana wanita sering didorong untuk bergantung
kepada pasangan masing-masing dan diasingkan dari mendapat sokongan luar.
Penderaan Kewangan
Wanita yang dihalang dari mencari pekerjaan atau yang tidak dibenarkan untuk membuka
akaun bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri sebenarnya menghadapi penderaan
dari aspek kewangan. Tanpa kawalan terhadap kedudukan kewangannya akan menyebabkan
seorang wanita tersebut bergantung sepenuhnya kepada tindakan orang lain untuk
mendapatkan walaupun keperluan asas beliau.
Perlindungan Hak Isteri dalam Konflik Keganasan Rumah Tangga Impak Pandemik
COVID-19.pdf
(Parts which I think are relevant to our topic)

Langkah Mengatasi Keganasan Rumah Tangga

Pergaduhan atau insiden kali pertama merupakan detik yang paling penting.
Langkah seterusnya yang diambil mangsa bakal menentukan masa depannya dengan
pasangan. Kali pertama mangsa ditampar, dia perlu memberitahu pasangan bahawa
perbuatan itu merupakan satu kesalahan. Pasangan perlu tahu yang mangsa membenci
perlakuan keganasan tersebut dan dia juga perlu tahu bahawa perlakuan itu menyakiti
mangsa. Pasangan mungkin akan sedar bahawa dia telah tersilap langkah dan akan
terus menyesal. Dalam hal ini, mangsa telah berjaya mengawal keadaan.
Namun begitu, jika keganasan terus berlaku, terdapat beberapa langkah yang
mangsa perlu tahu dan lakukan, antaranya ialah:
i) Kesedaran (awareness)
Mangsa perlu sedar bahawa pasangan tiada hak untuk mencederakan dan
melukakannya. Mangsa juga perlu sedar bahawa keganasan rumah tangga
merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang. Mangsa perlu tahu
bahawa dia boleh mendapatkan bantuan, tidak keseorangan dan perlu
berhenti menyeksa diri sendiri dan orang yang disayanginya, contohnya,
anak-anaknya. Anak-anak tidak seharusnya dijadikan alasan yang
menghalang mangsa daripada keluar daripada kemelut keganasan rumah
tangga, malah anak-anak mungkin akan mengalami trauma apabila
menyaksikan ibu mereka menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
ii) Berkongsi masalah
Mangsa seharusnya berkongsi masalah dengan ahli keluarga atau teman
rapat, seperti ibu, bapa, adik-beradik atau kawan karib. Melalui perkongsian
terutamanya dengan ahli keluarga, mangsa boleh mendapatkan nasihat serta
pandangan daripada mereka. Hal ini tidak boleh dilihat sebagai suatu yang
mengaibkan kerana ia melibatkan keselamatan diri, keluarga dan masa
depan.
iii) Mendapatkan bantuan daripada badan/pertubuhan perlindungan wanita.
Mangsa boleh mendapatkan bantuan daripada badan-badan yang
menawarkan pertolongan dan perlindungan kepada wanita, contohnya,
Women’s Aid Organization (WAO). WAO boleh dihubungi dengan
membuat panggilan telefon atau melalui SMS/WhatsApp. Antara khidmat
yang disediakan WAO ialah memberikan nasihat, menerangkan pilihan
kepada mangsa dan mangsa juga boleh bertemu secara berdepan dengan
wakil WAO. Selain itu, mangsa boleh mengakses perkhidmatan WAO
seperti sokongan perlindungan dan krisis.
iv) Mendapatkan bantuan daripada hospital kerajaan
Hospital-hospital kerajaan menawarkan bantuan kepada mangsa keganasan
rumah tangga melalui One Stop Crisis Centre (OSCC). Pusat bantuan ini
dibuka 24 jam sehari dan melayan semua kes berkaitan dengan
penyalahgunaan, keganasan dan eksploitasi orang dewasa dan kanak-kanak.
Matlamat utama OSCC adalah untuk menawarkan tempat yang selamat
untuk melindungi mangsa daripada bahaya, untuk memeriksa kecederaan
mangsa dan memberikan rawatan sewajarnya, serta untuk membantu
siasatan polis dan menjaga mangsa dengan selamat sehingga mangsa
menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat jika diperlukan.
Mangsa juga akan dinilai untuk krisis mental dan emosi.
v) Mendapatkan Emergency Protection Order (EPO) daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat.
Emergency Protection Order (EPO) merupakan perintah yang dikeluarkan
oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap pelaku supaya
berhenti melakukan tindakan keganasan terhadap mangsa. EPO boleh
didapati pada bila-bila masa dengan menghubungi Talian Nur (15999) yang
tersedia 24 jam sehari atau dengan mengunjungi pejabat JKM yang
terdekat. Mangsa perlu membawa kad pengenalan sendiri dan sijil kelahiran
anak jika berkenaan ke JKM. Mangsa tidak perlu membuat laporan polis
untuk mendapatkan EPO dan ia sah selama 7 hari.
vi) Membuat laporan polis dan memohon Interim Protection Order (IPO) di
balai polis.
Mangsa boleh melaporkan sebarang perbuatan atau ancaman keganasan
dengan membuat laporan polis sama ada dengan menaip sendiri di balai
polis atau secara lisan kepada pegawai polis. Mangsa juga boleh membuat
draf laporan terlebih dahulu. Dalam laporan polis tersebut, mangsa perlu
menulis butiran penyalahgunaan seperti keganasan yang berlaku, tarikh dan
anggaran masa ia berlaku, tempat ia berlaku, dan individu yang terlibat.

Mangsa perlu mendapatkan salinan laporan polis untuk simpanan peribadi


dan rujukan pada masa depan.
Mangsa boleh memberitahu pegawai polis yang mangsa ingin memohon
untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Interim atau Interim Protection
Order (IPO). IPO ialah dokumen mahkamah yang melarang pelaku
daripada terus melakukan keganasan kepada mangsa dan ia sah sepanjang
siasatan polis. Pasangan, bekas isteri atau ahli keluarga pelaku boleh
memohon untuk mendapatkan IPO. Walau bagaimanapun, IPO tidak
meliputi pasangan yang tidak berkahwin.
Dalam laporan polis, mangsa perlu menyatakan permintaan untuk
mendapatkan IPO. IPO juga boleh merangkumi ahli keluarga lain, seperti
anak-anak mangsa. Mangsa seharusnya mendapatkan surat rujukan
daripada polis yang menyatakan bahawa pihak polis sedang menyiasat kes
itu. Seterusnya, mangsa perlu ke Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat
dengan membawa laporan polis, surat rujukan, dan kad pengenalan dan
memaklumkan kepada pegawai kebajikan yang mangsa mahukan IPO.
Pegawai kebajikan akan menemani mangsa ke mahkamah untuk memohon
IPO. IPO adalah sah semasa siasatan polis. Sebaik sahaja siasatan polis
berakhir dan kes itu disebut di mahkamah, mangsa perlu memohon Perintah
Perlindungan (PO) pula.
vii) Melarikan diri
Jika keadaan memaksa, mangsa mungkin perlu melarikan diri. Namun
begitu, mangsa perlu tahu bahawa keganasan boleh menjadi lebih buruk
jika mangsa melarikan diri. Oleh itu, mangsa perlu mengambil kira
beberapa perkara sebelum melarikan diri dari rumah, antaranya ialah:
1. Menyimpan bukti kecederaan seperti gambar dan video.
2. Mencatat butiran kelakuan ganas seperti tarikh, tempat dan tahap
kecederaan yang dialami.
3. Menyimpan nombor kecemasan seperti 999, WAO hotline dan talian
WhatsApp serta nombor Talian Nur. Mangsa boleh menyimpannya
menggunakan nama lain supaya tidak dapat dihidu oleh pelaku. 4.
Memaklumkan kepada ahli keluarga terdekat.
5. Merancang tempat tinggal sementara.
6. Menyimpan semua barangan peribadi seperti pakaian, duit dan dokumen
peribadi di dalam beg kecemasan dan menyerahkan beg tersebut kepada
ahli keluarga atau kawan karib untuk simpanan sementara.
7. Memastikan telefon sentiasa berada dengan mangsa dan bersedia untuk
digunakan (boleh buat panggilan/WhatsApp).

Perkhidmatan Yang Disediakan oleh Jabatan Kebajikan

Masyarakat ▪ Permohonan Tempat Selamat

▪ Permohonan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO)

▪ Permohonan Perintah Perlindungan Interim (IPO)

▪ Permohonan Perintah Perlindungan (PO)

▪ Perkhidmatan Kaunseling

Cara Membuat Permohonan Aduan Keganasan Rumah Tangga Secara Dalam


Talian

▪ Pemohon/mangsa boleh menghantar aduan/permohonan secara dalam talian.


Bagi tujuan tersebut, pemohon/mangsa perlu mendaftar sebagai pengguna
terlebih dahulu.

▪ Setelah mendaftar, pemohon/mangsa perlu memasukkan maklumat peribadi,

maklumat berkaitan aduan dan laporan polis yang berkaitan.

▪ Setelah menghantar permohonan, pemohon akan dihubungi oleh pegawai dari

Jabatan Kebajikan Masyarakat berdasarkan maklumat daerah/negeri yang


dimasukkan.
Pemohon boleh menghubungi Talian Kasih 15999 untuk mendapatkan bantuan
segera.6

http://eprints.utm.my/id/eprint/41895/1/NurfadhilahYahyaMFP2014.pdf

PUNCA
Tekanan hidup yang dihadapi oleh segelintir individu dikatakan menjadi punca kes berkenaan
berlaku. Tekanan untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar individu seperti
menghadapi masalah kewangan menjadi sebab individu terbabit tidak mampu lagi mengawal
diri mereka daripada bertindak ganas. Di samping itu, seseorang bapa dan suami yang sering
diharapkan untuk memenuhi kehendak isteri dan anak-anak mereka, dianggap sebagai
bebanan oleh suami yang mempunyai masalah kewangan yang serius. Seperti sudah jatuh
ditimpa tangga, suami atau bapa yang menghadapi tekanan tersebut akhirnya hilang kawalan
lalu menyeksa isteri atau anak-anak dari segi mental dan fizikal. Fenomena sedemikian akan
merumitkan keadaan kerana tidak ada pihak yang beroleh manfaat daripada tindakan
sedemikian (Abdullah Al-Hadi Mohamed, 1993; Ng Yen Ti, 2010).

Selain masalah kewangan, bebanan hutang yang banyak turut mengakibatkan tekanan mental
yang serius terhadap seseorang itu. Peningkatan kos hidup dan dengan pendapatan yang
kecil memaksa seseorang ketua keluarga berhutang.
Kegagalan menjelaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkanm menyebabkan pihak bank
menghantar notis demi notis. Lebih buru lagi jika berhutang dengan Along. Jadi tidak
hairanlah jika seorang suami sanggup pula menjual isteri atau anak-anak kepada pihak
tertentu semata-mata kerana mereka dianggap merupakan senjata terakhir yang dimiliki oleh
mereka untuk melunaskan hutang. Setelah didera secara kejam seperti disepak, ditendang,
dicucuh dengan puntung rokok dan kadang-kadang dipaksa untuk melakukan kerja yang
terkutuk seperti melacur. Jika perkara yang sedemikian tidak dibendung, maka individu yang
bergelar bapa atau suami atau ibu tidak boleh dipercayai lagi bagi melindungi seseorang
yang bergelar isteri atau anak (Jal Zabdi, 2004).

Di samping itu, masalah seperti dibebani dengan tugas yang banyak di tempat kerja
turut menyebabkan seseorang individu merasakan isteri dan anak-anak boleh dijadikan kuda
tunggangan. Kuda tunggangan yang dimaksudkan adalah sebagai tempat mereka melepaskan
geram dan kemarahan mereka dengan cara kekerasan terhadap keluarga mereka. Jika di
tempat kerja, mereka dileteri dan dimarahi oleh majikan mereka, selain dibebani dengan
kerja yang banyak. Oleh itu, dendam yang terbuku dalam hati terhadap majikan mereka
ditujukan pula kepada isteri dan anak anak mereka yang sepatutnya dilimpahi dengan kasih
sayang yang secukupnya daripada seorang bapa dan suami. Jika perkara yang sebegini tidak
diatasi, pastinya kebahagiaan yang diimpikan dalam gerbang perkahwinan hanyalah impian
yang sia sia(Dee De Porto, 2003).

Apakah kesan keganasan rumah tangga terhadap kesihatan mental, keluarga, masyarakat dan
negara?
Justeru itu, masalah keganasan rumah tangga perlu dibendung dari awal kerana ia bolah
meninggalkan kesan negatif dalam institusi kekeluargaan. Hal ini kerana, si mangsa akan
mengalami tekanan fizikal, mental dan spiritual. Malah si mangsa berasa dalam situasi yang
tidak selamat. Jika dibiarkan ia akan menjadi trauma untuk kesan jangka masa panjang.
Keganasan rumah tangga juga akan menimbulkan kesan negatif kepada pertumbuhan atau
perkembangan anak-anak.
Kemungkinan si anak akan mengulangi apa yang dipelajari dari ibu bapa mereka apabila
mereka meningkat dewasa kelak. Mereka juga berpotensi untuk menjadi pendera. Jika ia
berterusan, jalan terakhirnya akan berlakunya penceraian. Ibu yang diceraikan terpaksa
memainkan peranan sebagai ketua rumah setelah menjadi ibu tunggal. Anak-anak akan
mengalami tekanan emosi dan mental akibat penceraian ibu bapa mereka. Anak-anak mangsa
penceraian ini akan mengalami konflik identiti dan jika mereka tersalah haluan akan terlibat
kes-kes juvana seperti gangsterism, vandalism, penagihan dadah dan masalah sosial lain.

1.10.4 Tekanan

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2007) mendefinisikan tekanan sebagai sesuatu
yang menekan dengan kuat, desakan, atau paksaan. Tekanan juga sama ertinya dengan
perkataan stres. Tekanan merupakan satu tindak balas fizikal (tubuh badan), emosi (perasaan)
dan fikiran (mental) terhadap sesuatu peristiwa yang terjadi dalm kehidupan manusia.
Menurut Raihanah, (2009) tekanan terjadi akibat daripada wujudnya kerisauan atau rasa
yang tidak selesa terhadap sesuatu peristiwa.

Merujuk pada kajian ini, tekanan ditakrifkan perasaan dari segi emosi yang dialami
oleh wanita akibat daripada peristiwa keganasan rumah tangga sehingga membawa kepada
penceraian.
1.10.5 Kemurungan

Kemurungan ditakrifkan sebagai keadaan yang dihadapi atau dialami oleh individu
yang mengalami rasa kecewa dan berputus asa oleh Kamus Dewan Edisi Empat (2007).
Kemurungan akan diiringi dengan beberapa gejala seperti sukar tidur, lembab berfikir dan
rasa bersalah yang keterlaluan. Rasa bersalah ini tidak setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan oleh individu tersebut. Dalam belutin yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (2010), menyatakan kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang
melibatkan badan, perasaan dan fikiran. Individu yang mengalami gejala ini akan berasa
sedih secara berpanjangan serta tidak bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

Dalam konteks kajian ini, kemurungan didefinisikan sebagai perasaan sedih, kelam
dan kosong yang dialami oleh wanita yang bercerai akibat daripada peristiwa keganasan
rumah tangga yang dapat mengganggu perjalanan kehidupan sehari harian. Keadaan ini turut
memberi kesan kepada diri mangsa, anak-anak mangsa serta keluarga mangsa.

1.10.6 Trauma

Kamus Dewan Edisi Empat (2007) telah mendefinisikan trauma sebagai perasaan
terkejut atau fikiran yang amat terganggu yang meninggalkan kesan yang mendalam,
menakutkan dan berpanjangan ke atas individu yang mengalami sesuatu peristiwa yang tidak
dijangka dalam kehidupannya. Menurut Briere (1995), trauma merupakan sesuatu kejadian
yang tidak disangka berlaku yang dapat mengancam keamanan individu.
Di dalam kajian ini, trauma merujuk kepada perasaan yang dialami oleh wanita
akibat peristiwa keganasan rumah tangga oleh suami yang meninggalkan kesan dan makna
yang mendalam terhadap kehidupan si mangsa. Akibat daripada peristiwa tersebut
memungkinkan mangsa takut untuk menghadapi perkahwinan sekali lagi atau tidak percaya
kepada lelaki.

1.10.7 Moral

Sokongan morol ditakrifkan sebagai sokongan yang tidak berupa bantuan kebendaan
tetapi memberi semangat kepada individu yang mengalami sesuatu peristiwa yang diluar
jangkaan (Alavi, Aizan, Subhi, Moamad dan Sarnon, 2012). Manakala menurut Kamus
Dewan Edisi Empat (2007), moral didefinisikan sebagai
sesuatu yang berkaitan dengan betul atau adil, sokongan dari segi bentuk perkataan yang
mengakui kebenaran atau menyokong seseorang atau sesuatu pihak atau kemenangan
mempertahankan sesuatu yang benar.
Moral ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh nilai etika yang ada pada diri
seseorang. Tingkah laku baik mahupun jahat yang telah ditentukan oleh nilai etika ini
dinamakan moral. Emmet (1979) menekankan bahawa akhlak manusia sangat bergantung
kepada tatasusila, adat, kebiasaan masyarakat dan agama bagi membantu untuk menilai
tingkah laku mahupun perbuatan seseorang. Mengikut Islam akhlak menjadi penghubung
yang erat dengan fenomena keimanan seseorang insan.

Dalam konteks kajian ini, moral digambarkan sebagai bentuk sokongan kepada
mangsa penceraian akibat keganasan rumah tangga (wanita) dari segi kata kata peransang
serta perlindungan yang diperolehi daripada keluarga, masyarakat
serta kaunselor. Moral dapat diertikan sebagai kelakuan ataupun amalan yang selari dengan
adab tatasusila dan undang-undang masyarakat. Adab tatasusila dan undang undang
masyarakat antaranya termasuklah nilai-nilai murni seperti berdikari, berhemah tinggi, adil,
baik hati, menghormati, keberanian, sayang menyayangi, kebebasan, bersih fizikal dan
mental, kerajinan, kejujuran, kesederhanaan, keberjasama, kesyukuran, memupuk semangat
kemasyarakatan dan berfikir secara rasional.

1.10.8 Penafian

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat (2007), penafian didefinisikan sebagai


perihal (perbuatan dan sebagainya) untuk menafikan atau menyangkal sesuatu perkara.
Penafian berlaku apabila seseorang itu menyakinkan dirinya bahawa sesuatu perkara itu tidak
wujud untuk mengelakkan kerisauan. Namun begitu, penafian mengakibatkan kesan negatif
pada individu kerana perkara yang dnafikan tetap berlaku dalam kehidupannya.

Penafian dalam konteks kajian ini dimana mangsa keganasan rumah tangga cuba
menafikan keganasan yang berlaku dalam kehidupan berumah tangga. Selain itu mangsa
menafikan amat memerlukan pasangan hidup dengan menyatakan lebih berbahagia hidup
bersendirian daripada berumah tangga.
1.10.9 Penarikan

Penarikan membawa maksud perihal atau perbuatan menarik oleh Kamus Dewan
Edisi Empat (2007). Dalam kajian yang dijalankan oleh Ida Hartini (2006), penarikan
merupakan individu yang cuba untuk melakukan penarikan terhadap diri dengan
mengasingkan diri dari bertemu atau bergaul dengan masyarakat.

Dalam konteks kajian ini, penarikkan merujuk kepada mangsa keganasan rumah
tangga menutup kekejaman yang dilakukan oleh pasangannya (suami) daripada pengetahuan
keluarga serta masyarakat akibat daripada rasa malu. Selain itu mangsa takut kehilangan
tempat bergantung dan mengelakkan pandangan negatif masyarakat.

1.11 Penutup

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan berkenaan mangsa penceraian akibat


daripda kegenasan rumah tangga menjelaskan kepada kita bahawa pendedahan tentang
kesakitan serta keperitan yang dialami oleh mangsa-mangsa tersebut adalah sangat penting
kerana isu-isu ini jarang diberi tumpuan oleh sesetengah pihak. Hakikatnya permasalahan
tentang isu keganasan rumah tangga terutamanya dikalangan wanita atau isteri semakin
hangat diperkatakan sejak akhir
akhir ini. Justeru itu, pengkaji cuba meneroka tentang permasalahan ini dimana pengkaji
ingin mengetahui kehidupan yang dialami oleh mangsa keganasan rumahtangga. Pengkaji
merasakan bahawa institusi keluarga adalah unit paling asas dan terpenting dalam proses
pembentukan masyarakat. Jika institusi kekeluargaan di tadbir dengan baik, sejahtera dan
bahagia maka akan menjadi baik, sejahtera dan bahagialah generasi yang dilahirkan dalam
sesebuah masyarakat. Sekiranya institusi keluarga berpecah belah maka kesan sosial dan
kesan ekonominya akan dirasai oleh
masyarakat dan generasi berikutnya. Oleh itu maju atau mundurnya sesebuah negara adalah
berpunca daripada institusi keluarga. Hal ini menyebabkan pengkaji memberi penekanan
kepada kesan-kesan emosi yang dialami oleh mangsa penceraian akibatdaripada keganasan
rumahtangga yang dialami oleh wanita pada usia muda.

Masalah keganasan rumah tangga turut memberi beberapa kesan kesihatan kepada si
mangsa. Antaranya ialah kecederaan pada anggota badan seperti lebam, luka, patah tulang
yang menyebabkan kecacatan kekal dan ada juga yang boleh membawa kematian. Dari segi
kesan psikologi atau mental, wanita yang didera oleh pasangan akan mengalami lebih
kemurungan, rasa cemas dan ketakutan dibandingkan dengan wanita yang tidak didera.
Mereka lebih cenderung untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri apabila merka
berasa terancam. Masalah keganasan rumah tangga boleh dibendung sekiranya ketua keluarga
dapat memupuk rasa kasih sayang dan saling hormat menghormati. Masyarakat perlu
membanteras gejala penganiayaan dan keganasan rumah tangga yang berleluasa masa kini.
Oleh itu, perlu adanya kesedaran tentang hak suami dan isteri adalah antara langkah-langkah
yang perlu ditekankan. Didikan agama yang sempurna dapat menghidupkan di dalam jiwa
yang penyayang, tanggungjawab dan adil.

Selain itu, pengkaji turut memberi penekanan kepada proses penyesuaian dan
bentuk-bentuk sokongan yang diperlukan oleh mangsa penceraian ini. Hal ini kerana,
kedua-dua aspek tersebut membolehkan pengkaji mengetahui bagaimana mangsa keganasan
rumahtangga menyesuaikan diri ketika berhadapan dengan penceraian serta keganasan
rumahtangga yang berlaku terhadap mereka dan juga bentuk sokongan yang diperlukan
untuk mereka bangkit meneruskan kehidupan mereka.

Oleh yang demikian, melalui kajian yang dilaksanakan ini, hasil dapatan yang
diperolehi membolehkan ianya dijadikan rujukan kepada semua pihak. Selain itu, dapat
membangunkan beberapa cadangan dalam mengatasi dan membendung
masalah keganasan rumah tangga terutamanya di kalangan wanita dari terus meningkat. .

You might also like