You are on page 1of 12

SPM Preparatory Prinsip Perakaunan

Bab 9 – Pembetulan Kesilapan

Kesilapan Kesilapan
Ketara Tidak Ketara

Pembetulan
Kesilapan

Kesilapan catatan amaun


Kesilapan Ketinggalan satu
&
catatan
Kesilapan perekodkan

Kesilapan Ketara

Kesilapan Menghitung di Kesilapan lain dalam


jurnal ke lejar Imbangan Duga

Kesilapan Ketinggalan Satu Catatan


hanya satu akaun direkodkan dan penyediaannya tidak mengikut aturan sistem catatan
bergu.
Contohnya, pembayaran gaji dengan cek RM123 telah direkodkan dalam Buku Tunai tetapi
belum dicatatkan dalam Akaun Gaji.

Buku Tunai (ruangan bank sahaja )


RM
Gaji 123

Akaun Gaji
RM
(tiada catatan)

© Ultimate Performers Tutorial 2015


Page 1 of 12
SPM Preparatory Prinsip Perakaunan

Kesilapan Amaun
Amaun yang didebitkan tidak sama dengan amaun yang dikreditkan
Contoh: Inventori yang dibeli secara kredit daripada Syarikat ABC yang bernilai RM140 telah
didebitkan dalam Akaun Belian tetapi dikreditkan sebagai RM410 dalam Akaun Perorangan.

Akaun Belian
RM
Syarikat ABC 140

Syarikat ABC
RM
Belian (Kesilapan ) 410

Kesilapan Perekodan
Kedua-dua akaun berkenaan didebitkan atau dikreditkan bagi satu urus niaga yang sama.
Contohnya, jualan secara tunai bernilai RM400 dikreditkan dalam Akaun Jualan dan juga
dikreditkan dalam Buku Tunai.

Akaun Jualan
RM
Tunai 400

Buku Tunai
RM
Jualan 400

Kesilapan Menghitung
Berlaku apabila amaun telah salah terhitung dalam BCP / Lejar telah dicatatkan dalam Imbangan
Duga.
Contohnya,
Jurnal Jualan
Tarikh Butir Folio Jumlah
(RM)
20X7
Jan 5 Amal 370
16 Shanti 250
31 Akaun Jualan Kt 520

Akaun Jualan
RM
Pelbagai ABT 520

© Ultimate Performers Tutorial 2015


Page 2 of 12
SPM Preparatory Prinsip Perakaunan

Kesilapan Lain dalam Imbangan Duga


Kesilapan menyenaraikan baki
Contohnya, Pulangan jualan tersalah catat di sebelah kredit atau Akaun Belum Bayar
tersalah catat di sebelah debit Imbangan Duga.

Cara Pembetulan Kesilapan Ketara


Contoh :
Sewa sebanyak RM 1250 dibayar dengan cek,telah didebitkan ke dalam Akaun Sewa dengan amaun
RM 1360 , tetapi ia direkod dengan tepat dalam buku tunai.
Akaun Sewa
Jan 1 Bank 1360
1250
Membetul dengan menulis amaun
Tommy yang tepat dan menandatangan di
sebelahnya ……

© Ultimate Performers Tutorial 2015


Page 3 of 12
SPM Preparatory Prinsip Perakaunan

Kesilapan Tidak Ketara


Kesilapan ketinggalan satu urus niaga
Kesilapan terbalik atau songsang
Kesilapan Komisen
Kesilapan saling mengimbangi
Kesilapan prinsip
Kesilapan amaun

© Ultimate Performers Tutorial 2015


Page 4 of 12
SPM Preparatory Prinsip Perakaunan

Kesilapan ketinggalan satu urus niaga


Sesuatu urus niaga yang langsung tidak direkodkan dalam mana-mana buku perakaunan.
Contohnya, peniaga mengambil tunai RM800 daripada perniagaan untuk kegunaan peribadi
tidak direkod di mana-mana buku.

Cara Pembetulan
Jurnal Am
Tarikh Butir Debit Kredit
Ambilan 800
Tunai 800
(Pembetulan : Ambilan tunai tidak direkodkan)

Kesilapan Terbalik atau Songsang


Catatan bergu telah diterbalikkan walaupun dicatat dalam akaun yang betul.
Contohnya, sewa kedai yang dibayar dengan cek sebanyak RM400 telah dikreditkan dalam
Akaun Sewa dan didebitkan dalam Akaun Bank.

Akaun Bank
RM
Sewa (Kesilapan ) 400

Akaun Sewa
RM
Bank (Kesilapan) 400

Cara Pembetulan
Jurnal Am
Tarikh Butir Debit Kredit
Sewa 800
Bank 800
(Pembetulan : bayaran sewa telah tersalah catat dalam Akaun
Bank dan Akaun Sewa)

© Ultimate Performers Tutorial 2015


Page 5 of 12
SPM Preparatory Prinsip Perakaunan

Kesilapan Komisen
Jenis akaun telah betul tetapi catatan debit atau kredit dicatat dalam akaun yang salah.
Contoh: belian barang niaga berjumlah RM123 daripada Syarikat XYZ tersalah rekod ke akaun Syarikat
ZYX.

Akaun Belian
RM
Syarikat XYZ 123

Syarikat ZYX
RM
Belian (kesilapan) 123
Cara Pembetulan
Jurnal Am
Tarikh Butir Debit Kredit
Syarikat ZYX 123
Syarikat XYZ 123
(Pembetulan : Belian barang dari syarikat XYZ tersilap catat
dalam syarikat ZYX)

Kesilapan Prinsip
Urus niaga dicatat dalam akaun yang salah.
Contoh: membeli sebuah perabot bernilai RM700 dengan cek telah didebitkan dalam Akaun
Belian.

Akaun Belian
RM
Bank (Kesilapan ) 700

Akaun Bank
RM
Perabot 700

Cara Pembetulan
Jurnal Am
Tarikh Butir Debit Kredit
Perabot 700
Belian 700
(Pembetulan : belian perabot tersalah catat dalam Akaun Belian)

© Ultimate Performers Tutorial 2015


Page 6 of 12
SPM Preparatory Prinsip Perakaunan

Kesilapan Saling Mengimbangi


Kesilapan sebelah debit telah diimbangi oleh kesilapan sebelah kredit.
Contoh: Insurans sebanyak RM640 yang dibayar dengan cek telah direkodkan dengan betul
dalam Akaun Bank tetapi dicatat dalam Akaun Insurans sebanyak RM460. Dalam pada itu,
jualan tunai sebanyak RM860 telah direkodkan dengan betul dalam Akaun Bank tetapi dicatat
sebagai RM680 dalam Akaun Jualan.

Akaun Bank Kesilapan


RM Pertama
Insurans 640 menyebabkan
Kesilapan Imbangan Duga
Pertama tidak seimbang
Akaun Insurans
kerana debit
RM telah terkurang
Bank (Kesilapan) 460 catat RM180.

Akaun Bank
Kesilapan
RM Kedua
Kesilapan Jualan 860 menjadikan
Kedua Imbangan Duga
Akaun Jualan seimbang
kerana kredit
RM juga terkurang
Bank (Kesilapan) 680 catat RM180.

Cara Pembetulan
Jurnal Am
Tarikh Butir Debit Kredit
Insurans 180
Jualan 180
(Pembetulan : Akaun Insurans debit dan Akaun Jualan kredit
terkurang )

© Ultimate Performers Tutorial 2015


Page 7 of 12
SPM Preparatory Prinsip Perakaunan

Kesilapan Amaun
Amaun urus niaga tersalah rekod dalam Buku Catatan Pertama dan diposkan ke lejar.
Contohnya, belian kredit RM560 dari Kedai Suren telah direkodkan sebagai RM650 dalam
Jurnal Belian dan diposkan ke lejar.

Akaun Belian
RM
Kedai Suren (Kesilapan ) 650

Kedai Suren
RM
Belian (Kesilapan) 650

Cara Pembetulan
Jurnal Am
Tarikh Butir Debit Kredit
Kedai Suren 90
Belian 90
(Pembetulan : Belian barang dari Kedai Suren terlebih catat
RM90)

© Ultimate Performers Tutorial 2015


Page 8 of 12
SPM Preparatory Prinsip Perakaunan

Latihan

Soalan 1

Kenal pasti jenis kesilapan yang berikut:


Keterangan Jenis Kesilapan
Belian barang niaga RM850 daripada pembekal Wong telah
didebitkan dalam Akaun Belian dan juga akaun Pembekal Wong.

Diskaun diberi sebanyak RM120 telah dikreditkan dalam Akaun


Penghutang tetapi tidak didebitkan dalam Akaun Diskaun diberi.

Jumlah dalam Jurnal Jualan terkurang catat sebanyak RM140.

Insurans RM960 telah dicatat dengan betul dalam Akaun Tunai


tetapi tersalah catat sebagai RM690 dalam Akaun Insurans.

Kesilapan yang catatan bergunya diterbalikkan.

Urus niaga direkodkan menurut sistem catatan bergu tetapi


direkodkan dalam akaun yang salah.

Urus niaga direkodkan dalam akaun yang salah.

Kesilapan di satu bahagian telah diimbangi oleh kesilapan di


bahagian yang lain.

Kesilapan yang berlaku apabila amaun urus niaga tersalah rekod.

© Ultimate Performers Tutorial 2015


Page 9 of 12
SPM Preparatory Prinsip Perakaunan

Soalan 2
Soalan Pembetulan Kesilapan 1
Ambilan barang niaga bernilai RM1 000 untuk kegunaan peribadi terlupa direkod dalam mana-mana
buku.
Jurnal Am
Butir Debit Kredit
Ambilan 1000
Belian 1000
(Pembetulan: ambilan barang niaga tidak direkodkan
)

Soalan Pembetulan Kesilapan 2


Belanja membaiki mesin sebanyak RM1 500 tersilap rekod ke debit Akaun Mesin.

Jurnal Am
Butir Debit Kredit
Belanja membaiki mesin 1500
Mesin 1500
(Pembetulan : Belanja membaiki mesin tersilap rekod
dalam Akaun Mesin)

Soalan Pembetulan Kesilapan 3


Bayar kadar bayaran sebanyak RM1 200 tersilap catat sebagai RM1 000 dalam Akaun Tunai dan
Akaun Kadar Bayaran. Catatan bergunya adalah betul.

Jurnal Am
Butir Debit Kredit
Kadar bayaran 200
Tunai 200
(Pembetulan : kadar bayaran dan tunai terkurang catat
RM200)

Soalan Pembetulan Kesilapan 4


(a) Gaji sebanyak RM350 telah direkod sebagai RM300. Manakala insurans sebanyak RM600
direkod sebagai RM650.

Jurnal Am
Butir Debit Kredit
Gaji 50
Insurans 50
(Pembetulan : Akaun Gaji debit terkurang dan Akaun Insurans
kredit terlebih catat)

© Ultimate Performers Tutorial 2015


Page 10 of 12
SPM Preparatory Prinsip Perakaunan

(b) Sewa diterima RM2 500 tertinggal dalam buku, manakala jualan RM20 000 telah direkod
sebagai RM22 500.

Jurnal Am
Butir Debit Kredit
Jualan 2500
Sewa diterima 2500
(Pembetulan : Sewa diterima tidak direkod dan amaun Jualan
terlebih rekod)

(c) Komisen diberi sebanyak RM250 dan diskaun diterima sebanyak RM350 masing-masing
terlebih catat RM50.

Jurnal Am
Butir Debit Kredit
Diskaun diterima 50
Komisen diberi 50
(Pembetulan : Akaun komisen diberi dan Akaun diskaun diterima
terlebih catat RM50.)

Soalan Pembetulan Kesilapan 5


Jualan kepada Tommy sebanyak RM188 tersilap rekod dalam Akaun Tonny. Catatan dalam Akaun
Jualan adalah betul.

Jurnal Am
Butir Debit Kredit
Tommy 188
Tonny 188
(Pembetulan : jualan kepada Tommy tercatat dalam
Akaun Tonny)

Soalan Pembetulan Kesilapan 6


Ambilan tunai sebanyak RM600 telah didebitkan ke dalam Akaun Tunai dan dikreditkan ke dalam
Akaun Ambilan.

Jurnal Am
Butir Debit Kredit
Ambilan 1200
Tunai 1200
(Pembetulan : ambilan tunai tersalah catat dalam
Akaun Tunai dan Akaun Ambilan

© Ultimate Performers Tutorial 2015


Page 11 of 12
SPM Preparatory Prinsip Perakaunan

Soalan 3

Betulkan kesilapan-kesilapan yang berikut melalui catatan Jurnal Am.

a) Belian daripada AB sebanyak RM650 telah tersalah rekod sebanyak RM560 dalam akaun-akaun
yang berkenaan.
b) Belian barang-barang berjumlah RM910 daripada Syarikat CD telah tersalah rekod ke Akaun
Syarikat DC.
c) Membaiki kereta sebanyak RM1 000 telah tersalah rekod ke dalam Akaun Kenderaan.
d) Jualan barang niaga berjumlah RM2 150 kepada E terlupa rekod.
e) Penerimaan tunai sebanyak RM760 daripada F telah didebitkan ke Akaun F dan dikreditkan ke
Akaun Bank.
f) Diskaun diterima dan diskaun diberi telah masing-masing menunjukkan lebihan catatan
sebanyak RM360.

© Ultimate Performers Tutorial 2015


Page 12 of 12

You might also like