You are on page 1of 16

MODUL PASCA PKP PRINSIP PERAKAUNAN 2020

PEMBETULAN KESILAPAN
TINGKATAN 4

Standard Kandungan 1. Pembetulan Kesilapan


2. Penyata Kewangan Selepas Pembetulan
Kesilapan

Standard Pembelajaran Di akhir pembelajaran, murid akan dapat :


1. Menerangkan maksud kesilapan ketara dan
kesilapan tidak ketara
2. Mengesan kesilapan ketara dan kesilapan tidak
ketara
3. Membetulkan semua kesilapan tidak ketara
dengan menggunakan Jurnal Am
4. Menerangkan kesan kepada Penyata Kewangan
terhadap kesilapan pada item yang ditemui.
5. Menyediakan Imbangan Duga dan Penyata
Kewangan selepas pembetulan kesilapan

Sumber rujukan : https://youtu.be/P7YLufBNwBs


https://www.youtube.com/watch?v=P7YLufBNwBs

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 99


MODUL PASCA PKP PRINSIP PERAKAUNAN 2020

NOTA RINGKAS

Kesilapan Dalam Imbangan Duga

Kesilapan Tidak Ketara Kesilapan Ketara

Sukar dikesan kerana Imbangan Senang dikesan kerana


Duga yang dihasilkan Imbangan Duga yang disediakan
seimbang. tidak seimbang.

 Kesilapan ketinggalan
 Kesilapan ketinggalan satu catatan
satu urus niaga  Amaun debit berbeza
 Kesilapan prinsip daripada amaun kredit
 Kesilapan amaun  Urus niaga direkod dua
 Kesilapan saling kali di sebelah yang
mengimbangi sama
 Kesilapan komisen  Kesilapan perhitungan
 Kesilapan dalam jurnal dibukukan
songsang/terbalik ke lejar
 Kesilapan dalam
Imbangan Duga
 Kesilapan

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 100


MODUL PASCA PKP PRINSIP PERAKAUNAN 2020

Pembetulan Bagi Kesilapan Tidak Ketara

Kesilapan ketara akan dibetulkan melalui catatan dalam Jurnal Am

Jenis Kesilapan Pembetulan

Kesilapan ketinggalan satu urus niaga Akaun terlibat


1. Alat tulis
Contoh : 2. Tunai
Belian alat tulis secara tunai RM200 lupa
direkodkan dalam mana-mana buku Catatan Jurnal Am
Dt : Alat tulis 200 ; Kredit: Tunai RM200
Urus niaga tidak direkod langsung

Kesilapan komisen Akaun terlibat:


1. Aris
Contoh: 2. Arif
Jualan sebanyak RM3 200 kepada Aris
telah direkodkan dalam Akaun Arif Catatan Jurnal Am
Debit : Aris RM3 200 ; Kredit : Arif RM3
Tersilap rekod dalam akaun perorangan 200

Kesilapan Prinsip Akaun terlibat:


1. Belanja membaiki kenderaan
Contoh: 2. Kenderaan
Belanja membaiki kenderaan sebanyak
RM300 telah didebitkan dalam Akaun Catatan Jurnal Am
Kenderaan. Debit : Bel. membaiki kenderaan
RM300
Tersilap rekod dalam akaun yang salah Kredit : Kenderaan RM300

Kesilapan Amaun Akaun terlibat:


1. Jualan
Contoh: 2. Tunai
Jualan tunai RM860 tersilap rekod
sebagai RM806. Catatan Jurnal Am
Debit : Tunai RM54 ; Kredit : Jualan
Tersilap rekod nilai yang salah dalam RM54
kedua-dua akaun.

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 101


MODUL PASCA PKP PRINSIP PERAKAUNAN 2020

Kesilapan terbalik atau songsang Akaun terlibat:


1. Tunai
Contoh: 2. Belanja am
Belanja am bernilai RM100 telah
didebitkan dalam Akaun Tunai dan Catatan Jurnal Am
dikreditkan dalam Akaun Belanja am Debit : Belanja am RM200 ;
Tersilap rekod , akaun yang perlu debit Kredit : Tunai RM200
telah dikreditkan dan akaun yang perlu
kredit telah didebitkan

Kesilapan saling mengimbangi Akaun terlibat:


1. Belian
Contoh : 2. Tunai
Belian tunai RM350 terlebih rekod
sebanyak RM50 dalam Akaun Belian dan Catatan Jurnal Am
Buku Tunai. Debit : Tunai RM50 ; Kredit : Belian
RM50
2 kesilapan serentak dimana nilai yang
salah adalah sama.

Pembetulan bagi Kesilapan Ketara

Kesilapan ketara dibetulkan dengan membatalkan angka yang salah dan


menurunkan tandatangan ringkas di sebelahnya.

1. Kesilapan ketinggalan salah satu catatan


Contoh : Ambilan barang RM80 hanya didebitkan dalam Akaun Ambilan
sahaja . tiada catatan dibuat dalam Akaun Belian.
2. Amaun debit berbeza daripada amaun kredit
Contoh : Beli barang daripada Syarikat Johan RM770 direkodkan dengan betul
dalam akaun Johan tetapi tersilaprekod sebagai RM707 dalam Akaun Belian.
3. Urus niaga direkod dua kali disebelah yang sama
Contoh : Pulangan belian RM250 direkod sebelah kredit dan juga akaun belum
bayar juga disebelah kredit.
4. Kesilapan penghitungan dalam jurnal dibukukan ke lejar.
Contoh : Jurnal Belian terlebih catat RM90 dan dipos ke Akaun Belian.
5. Kesilapan dalam Imbagan Duga
Contoh : Nilai Akaun Modal berjumlah RM70 000 telah didebitkan dalam
Imbangan Duga yang sepatutnya dikreditkan.

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 102


MODUL PASCA PKP PRINSIP PERAKAUNAN
2020

9.2 Penyata Kewangan Selepas Pembetulan Kesilapan

1. Apabila pembetulan kesilapan dibuat ia akan memberi kesan sama ada


meningkat atau berkurang kepada :

i. Untung kasar

ii.Untung bersih

iii. Jumlah aset

iv. Jumlah liabiliti

v. Jumlah ekuiti pemilik

2. Contoh : Belian secara kredit RM 8 880 telah direkodkani RM 8080.

 Untung kasar akan berkurang RM 800, untung bersih pun berkurang


RM 800.

 Liabiliti bertambah RM 800, Ekuiti pemilik berkurang RM 800.

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 103


MODUL PASCA PKP PRINSIP PERAKAUNAN
2020

Latihan Pengukuhan

Soalan 1

Lengkapkan peta buih berikut.

Definisi:

Contoh Contoh
Kesilapan
Ketara

Contoh

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 104


MODUL PASCA PKP PRINSIP PERAKAUNAN
2020

Soalan 2

Kesilapan ketinggalan Kesilapan amaun Kesilapan dalam


satu catatan Imbangan Duga

Kesilapan ketinggalan Kesilapan dalam


satu urusniaga pengiraan dalam jurnal Kesilapan songsang
dibukukan ke lejar

Kesilapan saling Kesilapan merekod Kesilapan prinsip


mengimbangi amaun debit dan kredit

Kesilapan urus niaga


direkod dua kali di Kesilapan komisen
sebelah yang sama

Senaraikan kesilapan-kesilapan yang tidak memberi kesan terhadap


keseimbangan Imbangan Duga

a) ___________________
b) ___________________
c) ___________________
d) ___________________
e) ___________________

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 105


MODUL PASCA PKP PRINSIP PERAKAUNAN
2020

Soalan 3

Padankan kesilapan-kesilapan berikut berdasarkan urus niaga yang diberikan.

Kesilapan Urus niaga

Belanja membaiki alatan pejabat


Kesilapan saling telah direkodkan betul dalam
mengimbangi akaun bank tetapi tersilap rekod
dalam Akaun kadar bayaran

Penerimaan cek daripada


Kesilapan komisen Mohsin telah didebitkan dalam
Akaun Mohsin dan dikreditkan
dalam Akaun Bank

Jualan tunai RM3 450


Kesilapan prinsip direkodkan ke dalam akaun yang
betul sebagai RM3 540

Kedua-dua akaun belian dan


Kesilapan amaun jualan terlebih rekod

Cek yang dibayar kepada


Kesilapan songsang Mahfoz telah direkodkan dalam
Akaun Mahfozah

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 106


MODUL PASCA PKP PRINSIP PERAKAUNAN
2020

Soalan 4

Berdasarkan kesilapan di bawah, tentukan akaun didebitkan dan akaun


dikreditkan.

Pembetulan
Bil Butir
Debit Kredit
a. Ambilan barang niaga belum direkodkan
dalam mana-mana buku.
b. Jualan kepada Li Ann RM350 silap
rekod dalam Akaun Lean
c. Faedah simpanan RM100 telah
direkodkan dalam Akaun Faedah
Pinjaman dan dikreditkan dalam Akaun
Bank
d. Belanja membaiki premis RM3 500 telah
didebit ke Akaun Premis
e. Jualan tunai RM350 telah didebitkan
dalam Akaun Jualan dan dikreditkan
dalam Akaun Tunai
f. Pulangan oleh Lam Seng RM450
tertinggal dalam buku
g. Belian daripada Azman RM770 tersilap
rekod sebagai RM707 dalam kedua-dua
akaun.
h. Promosi dan diskaun diterima terkurang
rekod RM100

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 107


MODUL PASCA PKP PRINSIP PERAKAUNAN
2020

Soalan 5

Cik Mei Mei seorang kerani akaun, mendapati kesilapan-kesilapan berikut


dalam buku-buku akaun.

a) Bayaran tunai RM85 untuk bil air tersilap rekod dalam Akaun Belanja
Am.

b) Belian barang niaga RM1 450 daripada Syarikat Bintang terlupa


direkodkan dalam buku-buku akaun.

c) Penerimaan tunai RM420 daripada Zahim telah didebitkan ke Akaun


Zahim dan dikreditkan ke Akaun Tunai.

d) Belian alat tulis RM320 tersilap rekod sebagai belian alatan pejabat.

e) Jualan barang niaga RM980 kepada Malik telah direkodkan ke


dalam Jurnal Jualan sebagai RM890

f) Satu invois barang niaga bernilai RM2 500 yang diterima daripada
Zacky Enterprise belum direkodkan dalam buku perniagaan.

g) Ambilan barang niaga RM300 untuk tujuan derma telah direkodkan


dalam Akaun Ambilan.

Anda dikehendaki menyediakan catatan Jurnal untuk membetulkan


kesilapan-kesilapan tersebut

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 108


MODUL PASCA PKP PRINSIP PERAKAUNAN
2020

Soalan 6

Berdasarkan butiran kesilapan tersebut, berikan kesan terhadap untung rugi


bagi tahun semasa sekiranya pembetulan kesilapan tidak diambil kira.

Sebelum Selepas pembetulan


pembetulan
Bil Kesilapan
Untung Untung Untung Untung
kasar bersih kasar bersih
Belanja membaiki kenderaan Tiada Terlebih Tiada Kurang
RM180 telah direkodkan ke dalam kesan kesan RM180
Akaun Kenderaan.
a. Pemilik mengambil barang niaga
RM200 untuk kegunaan sendiri
dan tidak direkodkan dalam
mana-mana buku.
b. Diskaun diberi dan diskaun
diterima masing-masing terlebih
rekod RM30
c. Jualan terkurang catat RM100
d. Pemilik membawa masuk mesin
pencetak RM700 untuk kegunaan
perniagaan tidak dicatatkan dalam
mana-mana buku.
e. Sewa yang diterima RM450 telah
direkodkan di sebelah debit Akaun
Sewa.
f. Membayar insurans RM350
dengan cek direkodkan bahagian
debit di Buku Tunai.
g. Pembayaran hutang sebanyak
RM1200 ke Akaun Zainab telah
direkodkan ke dalam Akaun Zainal.

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 109


MODUL PASCA PKP PRINSIP PERAKAUNAN
2020

Soalan 7

Imbangan Duga Perniagaan Meor pada 31 Disember 2019 di bawah ini


mengandungi kesilapan.

Perniagaan Meor
Imbangan Duga pada 31 Disember 2019
Debit Kredit
RM RM
Premis 48 800
Bank 41 200
Komisen diterima 2 240
Diskaun diterima 590
Inventori pada 1 Jan 2019 12 200
Perabot 9 800
Alat tulis 230
Pinjaman 10 000
Sewa diterima 5 600
Angkutan keluar 790
Akaun belum bayar 5 550
Akaun belum terima 6 210
Ambilan 1 900
Pulangan jualan 200
Pulangan belian 380
Jualan 77 200
Belian 49 000
Inventori pada 31 Dis 2019 13 550

a) Sediakan Imbangan Duga pada 31 Disember 2019 setelah


kesilapan tersebut dibetulkan.
b) Selepas Imbangan Duga disediakan di 6(a), kesilapan berikut telah
ditemui.
(i) Belanja membaiki premis telah direkodkan ke dalam Akaun Premis
RM800.

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 110


MODUL PASCA PKP PRINSIP PERAKAUNAN
2020

(ii) Angkutan keluar yang dijelaskan RM320 telah direkod sebagai


RM230.
(iii) Satu invois barang niaga yang dikeluarkan kepada seorang
pelanggan bernilai RM1 100 belum direkodkan.
(iv) Cek yang diterima daripada akaun belum terima dan dibankkan
bernilai RM900 telah dipulangkan oleh bank dan ditanda “Baki
tidak mencukupi”.

Anda dikehendaki menyediakan catatan Jurnal Am untuk membetulkan


kesilapan berkenaan. (Abaikan keterangan)

Soalan 8

Berikut adalah Imbangan Duga Perniagaan Jaya Sakti pada 31 Mac 2020.

Perniagann Jaya Sakti


Imbangan Duga pada 31 Mac 2020
Debit Kredit
RM RM
Inventori pada 1 April 2019 9 430
Akaun Belum Terima 11 960
Akaun Belum Bayar 9 340
Angkutan masuk 616
Diskaun diberi 142
Alat tulis 240
Bank 16 952
Insurans 2 230
Komisen diterima 460
Ambilan 510
Modal 55 000
Jualan 17 940
Tunai 2 180
Kenderaan 25 000
Belian 13 480
82 740 82 740

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 111


MODUL PASCA PKP PRINSIP PERAKAUNAN
2020

Selepas Imbangan Duga disediakan , beberapa kesilapan dapat dikesan iaitu:


i. Ambilan barang niaga bernilai RM120 oleh pemilik terlupa rekod dalam
mana-mana buku.
ii. Angkutan keluar sebanyak RM270 telah direkodkan sebagai angkutan
masuk.
iii. Belian alat tulis RM330 telah didebitkan dalam Akaun Belian.
iv. Insurans termasuk insurans kenderaan isterinya sebanyak RM1 000
v. Komisen diterima RM80 secara tunai didebitkan ke Akaun Komisen
Diterima dan dikreditkan ke Akaun Tunai.

Anda dikehendaki :
a. Membetulkan kesilapan-kesilapan tesebut dengan melengkapkan Jurnal
Am (keterangan tidak diperlukan).
b. Menyediakan semula Imbangan Duga selepas mengambil kira kesilapan
yang telah diperbetulkan.

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 112


MODUL PASCA PKP PRINSIP PERAKAUNAN
2020

Soalan 9

Akaun Untung Rugi berikut diperoleh daripada Perniagaan Syukur.

Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 April 2020


RM RM
Gaji 20 000 Untung kasar 45 000
Angkutan keluar 800 Diskaun diterima 1 400
Promosi 1 100 Hutang lapuk terpulih 2 020
Kadar bayaran 3 200
Sewa 7 200
Belanja am 550
Insurans 1 800
Untung bersih 13 770
48 420 48 420

Kesilapan berikut ditemui selepas Akaun Untung Rugi tersebut disediakan.


(i) Inventori akhir terkurang nilai RM500
(ii) Seorang pelanggan telah muflis dan baki hutangnya berjumlah RM250
dihapuskan sebagai hutang lapuk. Perkara ini belum direkod dalam
mana-mana buku.
(iii) Jualan terlebih rekod RM460
(iv) Kadar bayaran termasuk promosi RM210
(v) Sewa termasuk sewa kediaman RM300
(vi) Angkutan keluar termasuk angkutan masuk RM140

Anda dikehendaki:
(a) Menghitung untung kasar selepas pembetulan kesilapan
(b) Menyediakan Akaun Untung Rugi selepas kesilapan dibetulkan.

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 113


MODUL PASCA PKP PRINSIP PERAKAUNAN
2020

Soalan 10

Penyata Kedudukan Kewangan di bawah diperoleh daripada rekod perakaunan


Perniagaan Ashoka pada 30 Jun 2019.
Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 Jun 2019
RM RM RM RM
Aset Bukan Ekuiti Pemilik
Semasa
Kenderaan 30 000 Modal 55 600
Lekapan 7 200 (+)Untung bersih 20 800
Perabot 3 700 76 400
40 900 (-) Ambilan 3 700
Aset Semasa 72 700
Inventori 14 900
Ak. Belum Terima 8 000 Liabiliti Semasa
Bank 17 500 Ak. Belum Bayar 9 600
Tunai 1 000
41 400
82 300 82 300
Selepas menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan tersebut, kerani akaunnya
menemui beberapa kesilapan seperti berikut:
(i) Jualan perabot lama bernilai RM200 telah direkodkan dalam Akaun Lekapan
(ii) Kenderaan pemilik bernilai RM10 000 yang dibawa masuk ke dalam
perniagaan terlupa direkod dalam mana-mana buku.
(iii) Sekeping cek tak laku bernilai RM500 telah terlupa direkodkan.
(iv) Invois belian barang niaga bernilai RM1 300 telah tersilap kredit ke Akaun
Belum Terima
(v) Tunai perniagaan bernilai RM250 yang digunakan untuk membayar sewa
kediaman terlupa direkokan dalam mana-mana buku.

Anda dikehendaki:
(a) Membetulkan kesilapan-kesilapan tersebut melalui catatan jurnal.
(b) Menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan yang baharu selepas
kesilapan-kesilapan tersebut dibetulkan.
MODUL TAMAT

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 114

You might also like