You are on page 1of 10

Prosiding Seminar Nasional FIP 2020 Halaman: 295 - 304

ISBN 978-602-50898-7-9

KESEDIAAN PENTADBIR TERHADAP AMALAN MENGURUS


PERUBAHAN DALAM ORGANISASI SEKOLAH
Kairul bin Naharawi

Aida Hanimbinti A. Hamid (Ph.D)

MohdIzham bin Mohd Hamzah (Ph.D)


Universiti Kebangsaan Malaysia
Email: p101384@siswa.ukm.edu.my

Abstract

This concept paper aims to discuss the relationship of administrator readiness to change management
practices in schools. This concept paper is based on Michael Fullan Theory and Mckinsey7-S Working
Frame Model. The findings of previous studies indicate that there is a significant positive relationship
between the readiness of administrators and the practice of managing change in schools. In addition,
this concept paper is also expected to have implications for government policy, namely by ensuring
high-performing leadership is placed in schools and improving administrative leadership style
practices. The State Education Department needs to play a role by providing training to reduce stress
and increase teacher commitment. Meanwhile, the IAB through NPQEL can improve courses related to
human resource management and excellent communication practices so that new administrators can
make changes that have a positive impact on school people. In conclusion, the willingness of
administrators in managing change in the organization in terms of strategy, leadership, systematic
work culture, management skills, environment, and organizational goals help change to be
implemented well.

Keywords​: ​Administrator Readiness, Change Management, Organizational

Abstrak

Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan hubungan kesediaan pentadbir terhadap amalan
mengurus perubahan di sekolah. Kertas konsep ini adalah berasaskan Teori Michael Fullan dan Model
Bingkai Kerja 7-S Mckinsey. Dapatan kajian lepas menunjuk kaunter dapat hubungan signifikan yang
positif antara kesediaan pentadbir dan amalan mengurus perubahan disekolah. Selain itu, kertas konsep
ini juga diharapkan dapat memberi implikasi terhadap dasar kerajaan ia itu dengan memastikan
kepimpinan berprestasi tinggi di tempatkan di sekolah dan menambah baik amalan gaya kepimpinan
pentadbir. Jabatan Pendidikan Negeri perlu memainkan peranan dengan menyediakan latihan bagi
mengurang kan tekanan dan meningkatkan komitmen guru. Mana kala pihak IAB melalui NPQEL
boleh meningkatkan kursus berkaitan pengurusan sumber manusia dan amalan komunikasi cemerlang
agar pentadbir baru dapat membuat perubahan yang memberi impak positif kepada warga sekolah.
Kesimpulannya, kesediaan pentadbir dalam mengurus perubahan dalam organisasi dari segi strategi,
kepimpinan, budaya kerja bersistem, kemahiran mengurus, persekitaran, dan matlamat organisasi
membantu perubahan dilaksana dengan baik.

Kata Kunci​: ​Kesediaanpentadbir, MengurusPerubahan, Organisasi

mendalam sertasi kapingin berubah dari pada


Kesediaan pentadbir sekolah terhadap keadaan sedia ada kepada keadaan yang akan
perubahan landskap pendidikan yang sedang memberi makna kepada systems pendidikan di
berkembang pesat kerana dinamika global dan sekolah. Sejajar dengan ini, banyak negara
kemajuan teknologi menuntut kepada telah melakukan reformasi pendidikan untuk
keperluan pengetahuan dan kemahiran yang

295
Prosiding Seminar Nasional FIP 2020 Halaman: 295 - 304
ISBN 978-602-50898-7-9

memperbaiki hasil pembelajaran pelajar kepada pencapaian pelajar, maka pentadbir


kerana pendidikan adalah nadi untuk sekolah yang berkesan di setiap sekolah adalah
mempersiapkan generasi sekarang dan akan salah satu perubahan penting yang telah
dating untuk berkembang maju dalam dunia digariskan dalam Rangka Tindakan bagi
persaingan (Mohamaed, Zulaikha & Valcke, mengubah system pendidikan dengan jayanya
Martin & De Wever, Bram;, 2016). Walau (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2016).
bagaimanapun, sebahagian besar usaha Untuk tujuan ini, pentadbir sekolah perlu
pembaharuan tidak memenuhi jangkaan dilengkapi dengan kecekapan berikutnya untuk
(Balogun & Hope-Hailey, 2004) atau masih memulakan proses perubahan sekolah dengan
sukar difahami (Harris, Jones & Huffman, berkesan untuk memenuhi permintaan pihak
2018; Olivier & Huffman, 2016). berkepentingan yang terus berubah dan
Sesungguhnya, penyelidikan mengenai sentiasa berubah. Dengan latar belakang ini,
pendidikan telah dijumpai bahawa perubahan sangat penting untuk mengkaji kecekapan
yang berkesan sukar berlaku dalam organisasi sekolah pentadbir dalam menguruskan
pendidikan kecuali pemimpin sekolah dapat perubahan di sekolah menengah Malaysia,
memulakan proses perubahan dengan cekap baik teknikal dan bukan teknikal kecekapan, di
(Tai & Omar, 2018c). tengah pelaksanaan Blueprint kerana dapat
Kepemimpinan perubahan yang memberikan maklum balas yang berguna yang
berkesan adalah kunci dalam sistem dapat memberi maklumat dan panduan amalan
pendidikan kerana ia adalah mesin perubahan dalam peningkatan dan kejayaan sekolah.
dan pembaharuan sekolah hanya boleh berlaku Perubahan organisasi sekolah yang
apabila dipandu oleh kepemimpinan (Patti, berkesan memerlukan kerjasama daripada
Senge, Madrazo & Stern, 2015; Issah. 2018). semua pihak yang berada dalam organisasi
Pemimpin sekolah adalah tunjang kepada tersebut. Sekolah yang cemerlang pula
keberkesanan dan peningkatan sekolah kerana berpunca dari pentadbir yang berkesan,
melalui kepemimpinan sekolah akan guru-guru yang mempunyai komitmen tinggi
mempengaruhi pembelajaran pelajar (Fullan, dan program yang membina jati diri murid.
2010). Pemimpin perubahan sekolah yang Perubahan terhadap organisasi berlaku apabila
berjaya bukan sahaja responsif terhadap pentadbir baru mula menjalankan tugas
perubahan yang cepat pada persekitaran sebagai pentadbir. Perubahan yang dilakukan
luaran, yang penting, mereka dapat melihat kepada persekitaran, struktur, budaya
meletakkan kecekapan mereka untuk kerja dan amalan kebiasaan dalam sesebuah
memandu dan mengubah organisasi dengan organisasi. Perubahan adalah merupakan satu
berkesan. Khususnya, sebagai agen perubahan, proses pelaksaaan tambah baik yang sentiasa
pemimpin sekolah bertanggungjawab untuk berlaku dalam mana-mana organisasi. Menurut
bersedia dengan strategi perubahan, Joris Van der Voet et al. (2015), perubahan
pelaksanaan dan pemantauan dan oleh itu juga boleh dilaksanakan menerusi proses yang
sangat penting bagi mereka untuk lebih tersusun.
melengkapkannya kecekapan khususnya Kesimpulannya bagi meningkatkan
terhadap kepemimpinan perubahan (Hyland, kemungkinan kejayaan usaha - usaha
2007). perubahan, focus harus diberikan kepada
Sejak pelancaran Pelan Pembangunan keupayaan barisan kepimpinan untuk
Pendidikan Malaysia 2013-2025 pada tahun memimpin pelaksanaan strategi dan
2013, system pendidikan di Malaysia sedang menangani sebarang perubahan yang berlaku
memasuki masa perubahan intensif. Oleh dengan meningkatkan elemen kesediaan
kerana kepemimpinan sekolah memberi kesan

296
Prosiding Seminar Nasional FIP 2020 Halaman: 295 - 304
ISBN 978-602-50898-7-9

perubahan dalam sekolah (Chuzairy Hanri & Nilai Bersama. Unsur-unsur ini terbahagi
Mohammad Yusof Arshad 2013). kepada dua komponen. Pertamaialah S 'Keras'
komponen yang terdiri dari pada elemen
Struktur, Strategi dan Sistem. Kedua ialah Soft
TEORI & MODEL `S ' komponen yang terdiri dari pada
Teori Enam Rahsia Perubahan oleh Michael Kemahiran, Gaya dan Nilai Bersama (Ten
Fullan (2008a) dipilih kerana amat bertepatan Have et.al., 2003: 138). Semua elemen dalam
dengan model dalam kajian ini iaitu Model model 7S saling berkaitan.
AsasKonsep 7’s oleh Ten Have et.al. (2003)
yang diadaptasi dari pelopor model ini iaitu
Waterman Jr., Peter and Philips (1980). Teori KAJIAN LITERATUR
Enam Rahsia Perubahan oleh Michael Fullan Kajian lalu menunjukkan terdapat hubungan
menjelaskan enam strategi asas untuk yang signifikan di antara sokongan pengetua
mengurus perubahan dalam organisasi iaitu melalui pengaruh strategik terhadap pretsasi
pertama dengan meneroka dan sentiasa guru untuk menerima perubahan di kalangan
memberi perhatian kepada setiap orang dalam 1250 orang guru dari pada 50 buah Sekolah
organisasi. Kedua, sentiasa berinteraksi antara Agama Rakyat di Wilayah Yala, Thailand
rakan sekerja dan pemimpin sekolah sentiasa (MayengYeewae, 2011). Satu kajian di
mengambil berat antara satu sama lain dalam Filipina terhadap 707 orang guru sekolah
komuniti dengan menyokong aktiviti yang menengah pula mendapati terdapat hubungan
boleh menambah baik organisasi. Ketiga, yang signifikanan taraf perubahan organisasi
mengembangkan keupayaan organisasi dengan dengan perubahan afektif komitmen guru-guru
cara melibatkan ahli organisasi dengan aktiviti (Joyce M. Guerrero et al. 2018). Kajian
yang boleh meningkatkan daya kemahiran terhadap 38 buah sekolah di Dubai mendapati
mengurus perubahan dan sentiasa membuat bahawa amalan pengurusan perubahan yang
penilaian bertujuan melihat penacapai dalam diguna pakai oleh institusi mempengaruhi
organisasi. Keempat adalah pembangunan prestasi dengan ketara (al-Bakri, 2016) Kajian
latihan profesionalisme yang berterusan ini mengesyorkan bahawa terdapat keperluan
dengan menumpukan kepada matlamat untuk melepaskan diri dari status quo dan
organisasi. Seterusnya kelima adalah ketidakcekapan birokrasi dikaitkan dengan
pemimpin seharusnya sentiasa menilai orang institusi awam dan bersedia untuk
bawahannya dengan telus berpandukan data melaksanakan amalan pengurusan perubahan
dan akses yang betul dan terakhir adalah yang komprehensif untuk memaksimumkan
sentiasa melaksanakan pembelajaran secara penggunaan sumber.
berterusan dengan cara perkongsian ilmu Manakala kajian lalu berkaitan model
secara terbuka. Keenam-enam teori asas ini bingkai kerja 7-S adalah elemen strategi yang
menggambarkan bahawa corak perubahan menjelaskan mengenai strategi yang dengan
hendaklah sentiasa diambil perhatian dalam merujuk kepada arah tuju organisasi dalam
organisasi. menuju kejayaan yang kompetitif (Mohammed
Pada prinsipnya, model bingkai kerja Sani & Mohd Izham, 2012). Pengurusan atau
7-s yang dipelopori oleh Waterman Jr., Peter perancangan strategik adalah proses
and Philips (1980) ini telah menggariskan menentukan objektif jangka Panjang syarikat,
tujuh elemen yang mempengaruhi sentiasa berurusan dengan perubahan
keberkesanan pengurusan organisasi. persekitaran dan peruntukan sumber berkaitan
Unsur-unsurnya adalah Struktur, Strategi, dengan objektif yang telah ditetapkan (Váchal
Sistem, Kemahiran, Kakitangan, Gaya dan dan Vochozka, 2013). Oleh itu, pentabir perlu

297
Prosiding Seminar Nasional FIP 2020 Halaman: 295 - 304
ISBN 978-602-50898-7-9

memainkan peranan bagi memastikan orang dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran
bawahan mengetahui strategi dan perancangan (Nooe Lela, Hazianti&Hariyaty, 2014)
yang ditetapkan oleh organisasi dengan Kemahiran merupakan penyumbang
menunjukkan tingkah laku yang baik dan kepada peningkatan khidmat pelanggan,
sentiasa mengaplikasi strategi perancangan jaminan kualiti dan inovasi yang
yang lama. Bagi elemen struktur, ia nya membezakannya dengan pesaing (Mohammed
mewakili cara bahagian dan unit organisasi Sani & MohdIzham, 2012). Oleh itu,
disusun dan merangkum imaklumat siapa yang Pemimpin sekolah perlu mempunyai sikap
bertanggung jawab kepada siapa (Teybeh, sanggup menerima cabaran dan sentiasa
Mohammad Reza & Mohammad Mehdi, berusaha mencari idea dan amalan baru dalam
2015). Dengan kata lain, struktur adalah corak meningkatkan kualiti pengurusan sekolah dan
organisasi sekolah (Mohammed Sani & pembelajaran murid seperti mana dalam Pelan
MohdIzham, 2012). Ia juga merupakan elemen Pembangunan Pendidikan Malaysia
yang paling mudah dilihat dan kerangkanya 2013-2025 (KPM 2013). Maka kepemimpinan
mudah diubah. pengetua terhabat pengurusan perubahan
Seterusnya bagi stailatau gaya organisasi adalah perlu terutamanya dalam
kepimpinan mewakili cara organisasi menambah baik kualiti pengurusan kurikulum
dikendalikan oleh pentadbir, bagaimana pengetua di sekolah yang menjadi tunjang dan
mereka berinteraksi, apakah tindakan yang matlamat utama dalam pendidikan.
mereka lakukan dan nilai simboliknya. Dengan
kata lain, ia adalah gaya pengurusan pemimpin
sekolah (Teybeh, Mohammad Reza & DAPATAN
Mohammad Mehdi, 2015). Menurut Hallinger Dapatan kajian lepas pada artikel pertama
(2011a, 2011b), pemimpin mesti menunjukkaan data yang dikumpul terbahagi
mengadaptasikan gaya-gaya kepimpinan yang kepada 5 bahagia niaitu mengenai pandangan
terbaik bagi mengubah keadaan dan pentadbir sekolah rendah mengenai keperluan
memberikan tumpuan terhadap keperluan perubahan dan pandangan mengenai
pembangunan kepimpinan. Komitmen penentangan terhadap perubahan serta cara
seseorang memberi kesanter hadap kesediaan menguruskannya. Dapatan data pertama
menerima perubahan organisasi dari segi menunjukkan beberapa penemuan kajian
struktur organisasi, proses, prosedur, objektif mengenai pandangan umum pentadbir sekolah
dan teknologi. Manakala pemilihan dan rendah mengenai perubahan. Dapatan data
pembangunan guru pula sangat penting bagi kedua menunjukkan situasi yang memerlukan
organisasi untuk memanfaatkan mekanisme perubahan. Bagi dapatan data ketiga
yang tepat untuk merekrut, melatih dan menunjukkan perlunya petunjuk dan panduan
memelihara pekerja yang berkelayakan, dan dalam mengurus perubahan. Manakala dapatan
memelihara dan mengekalkan tahap pekerja data keempat menunjukkan keperluan strategi
yang tinggi agar sentiasa bersemangat dan yang sepatutnya digunakan agar dapat
bermotivasi (Hanafizadeh, Payam &Ravasan, memberi maklum balas terhadap perubahan
AhadZare, 2011). Seiring dengan perubahan yang dilakukan. Dapatan data kelima
dalam pendidikan yang semakin pesat dan menunjukkan situasi penentangan terhadap
maju dengan pelbagai transformasi dan perubahan dan dapatan keenam
pembaharuan, maka pentingnya pelaksanaan membincangkan tentang perancangan atau
pembangunan profesional yang berkesan untuk projek perubahan yang perlu dilaksanakan
menyediakan guru dari pada semua peringkat secara tersusun. Dapatan kajian ini melibatkan
lima pentadbir sekolah rendah yang bekerja di

298
Prosiding Seminar Nasional FIP 2020 Halaman: 295 - 304
ISBN 978-602-50898-7-9

daerah Menteşe provinsi Muğla pada tahun mengekalkan status quo. Kajian mendapati,
2014. Peserta dipilih secara suka rela dari kecenderungan pentadbir untuk mengekalkan
sejumlah 38 buah sekolah rendah di daerah ini. status quo adalah pada tahap rendah. Ini
Dapatan kajian menunjukkan bahawa menunjukkan pentadbir sentiasa berfikir untuk
pentadbir sekolah terbuka untuk berubah, dan melakukan perubahan dalam organisasi.
berpendapat bahawa perlu adanya perubahan Berdasarkan hasil kajian, jelas
di sekolah. Tambahan lagi, terdapat hubungan menunjukkan kesediaan pentadbir dalam
positif antara pentadbir dan guru dalam menguruskan perubahan di sekolah
menerima perubahan. memudahkan amalan mengurus perubahan
Dapatan kajian lepas pada artikel dalam organisasi berjalan dengan
kedua menunjukkan data yang diperolehi dari jayanya.Terdapat hubungan positif antara
pada 390 pengetua sekolah yang kesediaan pentadbir dan amalan mengurus
mengikutikursuslatihan yang diadakan oleh perubahan dalam organisasi sekolah.
Direktorat Pendidikan Nasional Provinsi
dengan kerjasama Universiti Onsekiz Mart,
ÇanakkaleTurki pada tahun 2011-2012. Kajian PERBINCANGAN DAPATAN
dalam artikel yang kedua mempunyai empat Hasil dapatan kajian menunjukkan individu
objektif kajian. Objektif kajian yang pertama, yang terlibat dalam organisasi pendidikan
mengenal pasti tahap pentadbir sekolah rendah adalah perlu bersedia dan bersikap terbuka
dan menengah dari segi kecenderungan untuk untuk melakukan perubahan dengan sentiasa
menerima perubahan. Kajian juga menambah baik sistem sedia ada yang tidak
menunjukkan bahawa persetujuan pentadbir relevan kepada sayup pembaharuan sistem
terhadap kepercayaan dalam menerima yang lebih sesuai dengan keadaan masa kini.
perubahan adalah pada tahap tinggi. Objektif Kajian ini sejajar dengan kajian Katherine &
yang kedua, menegnalpasti tahap Elizabeth (2019) yang mendapati pentingnya
kecendenrungan usaha pe tadbir sekolah menilai kesediaan untuk perubahan sebagai
rendah dan menengah untuk berubah. Kajian langkah utama dalam memastikan kejayaan
mendapati kecenderungan usaha pentadbir matlamat baru.
sekolah rendah dan menengah untuk berubah
adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian Dapatan turut menunjukkan perubahan
menunjukkan pentadbir tetap berusaha ke arah disekolah adalah bukan sahaja perlu dilakukan
melakukan perubahan disekolah walaupun ada dalam bentuk fizikal dengan kemudahan
halangan yang timbul semasa melakukan prasarana yang lengkap, namun guru perlu
perubahan. Objektif kajian ketiga, mengenal dilibat sama dalam proses melakukan
pasti tahap kecenderungan pentadbir terhadap perubahan. Maka pengurusan perubahan
penentangan. Kajian mendapati, berasaskan sekolah adalah amat penting
kecenderungan pentadbir terhadap penentang diterapkan. Guru memainkan peranan penting
perubahan adalah pada tahap rendah. Hasil dalam merealisasikan perubahan yang Berjaya
kajian juga menunjukkan bahawa pentadbir dalam Pendidikan (Geldens, D. Beijaard &
tidak mempunyai kesukaran untuk menerima Popeijus, 2015). Pentadbir sekolah perlu
perubahan. Walaubagaimanapun pentadbir membandingkan aktiviti antara pendidikan
tetap tidak yakin dengan perubahan yang telah antara bangsa dan sekolah mereka, dan
dilakukan atas sebab penentangan perubahan menganggap perbezaan antara keduanya
dalam organisasi. Objektif kajian keempat, sebagai petunjuk perubahan. Tinjauan
mengenalpasti tahap pentadbir sekolah rendah kepuasan perlu dijalankan di sekolah dengan
dan menengah dari segi kecenderungan untuk melihat persekitaran sekolah melalui

299
Prosiding Seminar Nasional FIP 2020 Halaman: 295 - 304
ISBN 978-602-50898-7-9

permintaan dari pada pelajar dan guru, tahap mempunyai hubungan yang tinggi dan positif
pencapaian sekolah dan pelajar serta ketidak terhadap amalan pelaksanaan perubahan di
puasan hati pelajar dan guru. Menurut Rooney sekolah. Dapatan kajian ini turut disokong
et al. (2010) perubahan organisasi yang oleh kajian Petros Woldu (2017) bahawa
berlaku dapat dinyatakan dalam bentuk pengetua telah berusaha memfasilitasi
hubungan antara persekitaran dinamik perubahan dengan menggunakan gaya
bersamaan dengan tindakan dan interaksi kepemimpinan yang tepat, penyediaan dan
sosial. mobilisasi sumber, memainkan peranan
Awbrey (2005) telah menyatakan penyelia, meningkatkan penyediaan program
bahawa halangan utama perubahan organisasi latihan dan pembangunan berasaskan sekolah
adalah percubaan melaksanakan inovasi dan mewujudkan saluran komunikasi yang
pendidikan dengan melihat kepada budaya dan sesuai.
struktur organisasi. Sekiranya pengaruh
signifikan budaya organisasi tidak diambil kira
dalam proses perubahan maka perubahan yang ISU-ISU DI MALAYSIA
tidak akan berjaya dan berterusan. Maka Perubahan dalam organisasi
perlunya pendekatan budaya dan struktur seringkali berkait rapat dengan isu-isu baru
kearah perubahan secara sistematik. Ini yang perlu diatasi. Wujudnya kumpulan yang
menunjukkan bahawa inisiatif perubahan di menentang perubahan dan ada yang boleh
sekolah tidak akan cukup Berjaya kecuali menerima perubahan. Pentadbir perlu
disokong oleh sistem (Nehring& O'Brien, menangani isu yang timbul dengan sebaik
2012). mungkin agar perubahan dapat di laksanakan
Dapatan kajian juga menjelaskan seperti yang dirancang. Dalam bidang
bahawa pentadbir yang menggunakan strategi pendidikan, sistem pendidikan negara perlu
yang tepat seperti mewujudkan semangat dibuat perubahan yang merupakan penambah
berpasukan melalui komunikasi yang cekap, baikan bagi memenuhi hasrat falsafah
melibatkan pekerja dalam membuat keputusan, pendidikan negara. Melalui Pelan
membimbing pekerja, memimpin perubahan, Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
dan mengubah budaya organisasi mempunyai -2025, kerajaan mahu menjadikan sistem
hubungan yang positif terhadap perubahan pendidikan negara mampu membentuk
sekolah. Kajian ini disokong oleh Kocatepe kepemimpin sekolah yang bersedia bagi
(2010), bahawa pentadbir sekolah rendah dan menghadapi cabaran global. Pentadbir yang
menengah umumnya mempunyai sikap merupakan kumpulan pemimpin pelaksana
optimis terhadap perancangan strategik. dasar kerajaan ini perlu seiring dengan
Menurut Yanpar, Kilic, dan Uredi (2010), perubahan pendidikan.
pentadbir sekolah rendah dan menengah Pengetahuan pentadbir dalam
mempunyai pengetahuan yang cukup mengurus sekolah dikalangan pentadbir perlu
mengenai konsep perancangan strategik dan ditingkatkan. Mengurus organisasi perlu lebih
tujuannya, namun ada beberapa masalah yang kreatif dan mewujudkan satu pengurusan
berlaku seperti kurangnya latihan dari segi sekolah yang lebih sistematik. Faktor-faktor
kekurangan aplikasi dan ekonomi dan yang memaksa sistem pendidikan berubah
selainitu, masalah ini dapat ditangani melalui memberikan pentadbir sekolah dengan peranan
latihan dalam perkhidmatan dan sokongan dan tanggung jawab baru yang harus
kewangan. ditunaikan untuk menguruskan proses
Kesimpulannya, kesediaan pentadbir perubahan ini dengan berkesan, dan
terhadap proses perubahan sekolah menghendaki merekam memperoleh

300
Prosiding Seminar Nasional FIP 2020 Halaman: 295 - 304
ISBN 978-602-50898-7-9

pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan Kerjasama dan rasa kebersamaan yang
untuk tujuan ini. Kebanyakan sekolah berterusan boleh mempengaruhi perubahan
menunjukkan peningkatan reformasi organisasi sekolah.
pendidikan untuk meningkatkan prestasi Isu penyediaan prasarana seperti alat
sekolah. Banyak konsep digunakan untuk anteknologi dalam pengajaran dan
pembaharuan tersebut untuk meningkatkan pembelajaran boleh mempengaruhi perubahan
proses dan produk pendidikan seperti organisasi di sekolah. Faktor tidak mahir dan
penstrukturan semula sekolah, pembaharuan kurang bersedia menerima perubahan
sekolah atau pembangunan sekolah. Dalam hal menyebabkan guru berasa rendah diri kerana
ini, berbagai kegiatan dilaksanakan untuk tidak menguasai kemahiran teknologi. Isu ini
memperbaiki dan mengembangkan sekolah selalu timbul dalam kalangan guru lama yang
pada masa kini. Namun terdapat juga guru bakal bersara kerana tidak mahu menerima
yang tidak dapat melaksanakan perubahan perubahan dalam sistem pendidikan. Pada
disekolah kerana kurangnya kesediaan mereka penggunaan teknologi hanya
terhadap perubahan yang ingin dilakukan menyusahkan mereka untuk belajar dan sukar
walaupun pengetahuan berkaitan perubahan mereka kuasai. Selain itu, dengan adanya
nada. banyak sistem dalam talian yang memerlukan
Seterusnya, isu yang sering timbul guru mengisi maklumat, borang, mengambil
dalam mana - mana organisasi termasuklah tindakan segera terhadap arahan yang diberi
penentangan guru terhadap perubahan di memberi tekanan kepada mereka. Sistem
sekolah berdasarkan status quo. Timbulnya dalam talian perlu bersesuaian dan dicipta
spekulasi antara guru terhadap kompetensi lebih sistematik agar penggunaannya lebih
pentadbir dalam mengurus perubahan di praktikal. Tambahan pula bebanan kerja dalam
sekolah menyebabkan pentadbir tidak yakin kalangan guru terutama kerja perkeranian
dengan perubahan yang bakal dilaksanakan. membuatkan komitmen berterusan mereka
Namun dalam masa yang sama guru yang semakin rendah.
berada pada status quo berasa selesa tanpa Kesimpulannya, isu berkaitan amalan
adanya perubahan kerana guru seperti ini perubahan dalam organisasi ini akan menjadi
beranggapan perubahan tidak memberi makna lebih banyak jika tidak ditangani oleh
kepada mereka. Oleh itu, dalam bidang pentadbir khususnya. Peranan pentadbir
pentabiran dan pengurusan amat seharusnya bersedia untuk melakukan
mementingkan kerjasama dan kebersamaan perubahan dengan cara memberikan sokongan,
dalam menerima dan melaksana perubahan di ruang, bantuan, nasihat dan tunjuk ajar dalam
sekolah. organisasi. Sememangnya perubahan dalam
Selanjutnya isu berkaitan strategi organisasi mempengaruhi kesediaan
pentadbir dalam melaksanakan perubahan seseorang, tetapi jika sikap seseorang itu
sering tidak dibentuk dengan baik memberi positif dalam menerima perubahan dan
impak yang besar terhadap pengurusan pentadbir yang mentadbir dengan berkesan
perubahan di sekolah. Perancangan strategi pasti perubahan akan berlaku. Kesediaan
dalam mengurus perubahan akan memudahkan seseorang sangat penting bagi mengekalkan
pelaksanaan perubahan terhadap organisasi. keberkesanan sesebuah organisasi.
Selain itu, Hubungan baik antara pentadbir
dengan guru di bidang pendidikan mampu
memudahkan pelaksaan perubahan di sekolah IMPLIKASI
walaupun terdapat faktor lain yang Kesediaan pentadbir dalam mengurus
mempengaruhi perubahan tersebut. Oleh itu, perubahan memberi implikasi terhadap

301
Prosiding Seminar Nasional FIP 2020 Halaman: 295 - 304
ISBN 978-602-50898-7-9

pelaksanaan dasar kerajaan, pihak pentadbir, Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah perlu
pihak sekolah, pihak guru, KPM, JPN, PPD merangka dasar, menyebar luas maklumat dan
dan bidang pentadbiran. Ini kerana kesediaan membantu melaksanakan bimbingan melalui
pentadbir mengurus perubahan akan memberi dengan memantau kesediaan guru untuk
kesan terhadap keberkesanan pelaksanaan menerima sebarang perubahan dasar.
sebarang perubahan dalam organisasi tersebut. Implikasi dasar tersebut terhadap guru,
Anjakan kelima, PPPM 2013-2025 pentadbir, murid dan sekolah perlu dikenal
menyatakan bahawa semua pentadbir sekolah pasti oleh pihak KPM. Ini penting kerana yang
perlu berprestasi tinggi. Jika pentadbir gagal melaksanakan dan menjadikan dasar tersebut
menangani masalah yang timbul berkaitan Berjaya merupakan pihak guru. Maklum balas
dengan perubahan organisasi akan memberi dari kalangan guru penting bagi memastikan
implikasi terhadap kegagalan dasar bagi dasar itu mampu dilaksanakan. Oleh itu,
mewujudkan pentadbir berkesan. Oleh itu, semua pihakperlubersediadenganperubahan
pentadbir perlu meningkatkan dan yang berlaku kerana selalunya perubahan
memperbaiki gaya pentadbir terutama memberi implikasi yang berbeza kepada
pentadbir novis. Ini kerana apabila perubahan individu yang berbeza.
berlaku dalam organisasi di sekolah, individu
dalam organisasi akan mengalami kejutan
perubahan dari segi struktur organisasi. KESIMPULAN
Implikasinya sangat besar kerana boleh Kesimpulannya, pentadbir perlu bersedia dan
mempengaruhi organisasi terhadap berperanan penting untuk melakukan
pentadbiran baru. Oleh itu, pihak Institut perubahan dalam organisasi di sekolah.
Aminuddin Baki yang dipertanggung Kesediaan pentadbir dalam mengurus
jawabkan untuk melatih guru besar dan perubahan dalam organisasi dari segi strategi,
pengetua baru perlu memberi penekanan corak kepimpinan, budaya kerja bersistem,
terhadap penambah baikan gaya kepimpinan kemahiran mengurus, persekitaran, dan
pentadbiran dengan menitik beratkan faktor matlamat organisasi membantu perubahan
pengurusan sumber manusia melalui dilaksana dengan baik. Dapatan kajian
pelaksanaan kursus NPQEL dalam kalangan menunjukkan terdapat hubungan yang
pentadbir. signifikan terhadap kesediaan pentadbir
Selain itu, di pihak guru sendiri perlu dengan amalan mengurus perubahan yang
juga diberi bantu andalam bentuk latihan bagi berlaku dalam organisasi. Sehubungan dengan
menangani tekanan kerja. Dalam menangani itu pentadbir juga perlu meningkatkan
tekanan yang berbezaianya bergantung kepada pengetahuan dan strategi pengurusan
individu untuk menangani tekanan tersebut perubahan dengan gaya kepimpinan yang
kerana tekanan yang tidak dapat ditangani sesuai dan mempunyaiciri-ciri peribadi yang
dengan baik akan menyebabkan situasi membantu perubahan organisasi. Hasil dapat
tindakan luar jangka dalam kalangan guru. anturutmen dapati perancangan strategi yang
Penentangan sama ada secara terang-terangan baik berfungsi sebagai pemangkin penting
atau tidak terhadap organisasi merupakan dalam memudahkan proses perubahan
salah satu tindakan luar jangka yang sering berlaku.Perubahan dalam organisasi
berlaku apabila guru gagal tangani tekanan. sememangnya memerlukan masa dan
Tidak bersedia menerima perubahan kesebaran tetapi jika berlaku penentangan,
menyebabkan perubahan tidak dapat maka pentadbir perlu bijak menanganinya.
dilaksanakan. Pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan

302
Prosiding Seminar Nasional FIP 2020 Halaman: 295 - 304
ISBN 978-602-50898-7-9

RUJUKAN Preparing for School Change by


Balogun, J., & Hope-Hailey, V. 2004. Assessing
Readiness.h​ ttps://doi.org/10.3768/rtipres
Exploring strategic change (2nd ed.).​
s.2019.pb.0020.1903
London: Prentice Hall.
Kocatep, Ş. (2010).
Fullan, M. 2007. ​The new meaning of
Eğitimdestratejikplanlamavetoplamkalit
educational change (4th ed.).​ New
euygulamalarınınokulyöneticileritarafın
York, NY: Teachers College Press.
danalgılaması [The perceptions of
Fullan, M. 2010. Leading in a culture of strategic planning in education and
change. San Francisco, CA: total quality management applications
Jossey-Bass. by school managers] (Unpublished
Hallinger, P.2011a. ​A Review of Three master ​ altepeÜniversitesi,
thesis).M
Decades of Doctoral Studies Using the SosyalBilimleriEnstitüsü, İstanbul.
Principal Instructional Management MayengYeewae. 2011.
Rating Scale: A Lens on Methodological PengaruhAmalanPengurusanStrategik,
Progress in Educational Leadership.​ SokonganPengetua Dan
Review to EducationalAdministration PerlakuanInovatifTerhadapPrestasiKerj
Quarterly. a Guru Sekolah Agama Rakyat Di
Wilayah Yala, Thailand.​ Universiti
Hallinger, P.2011b. ​Leadership for learning:
Lessons from 40 years of empirical Sains Malaysia.
research. Journal of Educational Ministry of Education Malaysia. 2016. ​Annual
Administration​, 49(2), 125–142. report of Malaysia Education Blueprint
http://doi.org/10.1108/09578231111116 2013-2025​. Putrajaya: Ministry of
699​. Education Malaysia.
Hanafizadeh, Payam &Ravasan, AhadZare. Mohamaed, Zulaikha & Valcke, Martin & De
2011. "​A McKinsey 7S Model-Based Wever, Bram. 2016. Are they ready to
Framework for ERP Readiness teach? ​Student teachers’ readiness for
Assessment​". International Journal of the job with reference to teacher
Enterprise Information Systems, 7(4), competence frameworks​. Journal of
23-63 Education for Teaching.
Hyland, P. K. 2007. ​Resistance to 43.1-20.10.1080/02607476.2016.12575
organizational change: The impact of 09.
followers’ disposition toward change Mohammed Sani Ibrahim &MohdIzhamMohd
and supervisors’ leadership style Hamzah. 2012​.
(Unpublished doctoral dissertation). PengurusanPerubahanMakrodalam
Columbia University, Columbia. Pendidikan.​ Penerbit
Issah, M. 2018. Change Leadership: The Role UniversitiKebangsaan Malaysia, Bangi.
of Emotional Intelligence. SAGE Open, Mohammadian, M. and Amirkabiri, A. 2014.
July-September, 1-6. doi: A study on the relationship
10.1177/2158244018800910 betweenempowerment, job satisfaction,
job stress and organizational
Joyce M. Guerrero, Mendiola Teng-Calleja,
Ma. Regina M. Hechanova​. ​2018. commitment: a case study of the Central
Implicit change leadership schemas, office of petro pars company.​ Indian
perceived effective change management, Journal of Science Research,Vol.
and teachers’ commitment to change in 7 No. 1, pp. 855-86.
secondary schools in the Philippines​. Nada Rafea Asaad al-Bakri. 2016. ​Thesis of
Asia Pacific Education Review. Managing change process: A case study
of a private school in Sharjah​. The
Katherine McKnight & Elizabeth Glennie.
2019. ​Are You Ready for This? British University in Dubai.

303
Prosiding Seminar Nasional FIP 2020 Halaman: 295 - 304
ISBN 978-602-50898-7-9

Nehring, J. H., & O’Brien, E. J. 2012. ​Strong McKinsey​. International Journal of


agents and weak systems: University Academic Research in Business and
support for school level improvement. Social Sciences. DOI:
Journal of Educational Change.​ 10.6007/IJARBSS/v5-i5/1591 URL:
Advance online publication. http:// http://dx.doi.org/10.6007/IJARBSS/v5-i
dx.doi.org/10.1007/s10833-012-9187-0 5/1591​.
Noor Lela Ahamad, Hazianti Abdul Halim Váchal, J. and Vochozka, M. 2013.
&Hariaty Abd Wahid. 2014. ​Amalan Podnikovéřízení.​ 1st ed. Praha: Grada.
Pembangunan Profesional (LDP)
Van der Heijden​, ​J.J.M. Geldens​, ​D.
DalamKalangan Guru
Beijaard​ & ​H.L. Popeijus​. 2015.
SekolahMenengah Daerah Manjung​.
Characteristics of teachers as change
https://www.researchgate.net/publicatio
agents​. Journal Teacher and Teaching,
n/310440830.
Theory and Practice. Volume 21, 2015 -
Patti, J., Senge, P., Madrazo, C., & Stern, M. Issue 6: Teachers’ Professional Agency
2015. ​Growing school leaders who can in Contradictory Times.
grow learning cultures. In J.A. Durlak,
Yasar Kondakci, Kadir Beycioglu, Mehmet
C.E. Domitrovich, R.P. Weissberg &
Sincar&CelalTeyyarUgurlu. 2015.
T.P. Gullotta (Eds.), Handbook of social
Readiness of teachers for change in
and emotional learning: Research and
schools.​ International Journal of
Practice.​ New York, NY: Guilford
Leadership in Education: Theory and
Publications.
Practice.
Petros Woldu . 2017. ​School Principal's Role
in Facilitating Change in
Teaching-Learning Process: Teachers'
Attitude. A Case Study on Five Junior
Schools in Asmara, Eritrea.​ Journal of
Education and Practice, v8 n6 p134-142.
Rooney, D., Paulsen, N., Calan, V. J.,Brabant,
M., Gallois, C., & Jones, E. 2010. ​A new
role for identity in managing
organizational change.​ Management
Communication Quarterly, 24(1),
44–73.
Tai, M.K., & Omar, A. K. 2018a. ​A
comparative analysis of principal
change leadership competencies in
Malaysian high- and
mediocre-performing secondary
schools.​ Asia Pacific Journal of
Education. Advance online publication.
doi:10.1080/02188791.2018.147639.
Tai, M.K., & Omar, A. K. 2018c. ​Headteacher
change leadership competency: A study
in Malaysian primary schools.​
Professional Development in Education.
Advance online publication. doi:
10.1080/19415257.2018.1561494.
Teybeh, Mohammad Reza & Mohammad
Mehdi. 2015. ​Analyzing Organizational
Structure based on 7s model of

304

You might also like