Professional Documents
Culture Documents
PENDAKWA RAYA: Pada hemat saya, Bulat bin Leper ialah pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini. Kalau
Bulat tidak membuang kulit pisang, maka kambing tidak boleh mengaisnya ke jalan raya dan
seorang nenek tua tidak akan memijaknya.
Atas alasan itu, saya mohon mahkamah keadilan ini menjatuhkan hukuman yang
seberat-beratnya terhadap Bulat bin Leper. Sekian, yang arif, terima kasih.
HAKIM: Ya, peguam bela … kalau ada hujah-hujah tambahan, dipersilakan.
PEGUAM BELA: Ya, yang arif, saya tegaskan kembali hujah saya bahawa Bulat bin Leper telah membuang
kulit pisang ke tempat yang wajar dan betul. Maka, dengan itu, teryatalah Bulat bin
Leper tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Dalam soal ini, nyata sekali, yang bersalah ialah kambing kurus … bukannya Bulat bin
Leper. Sekian, hujah-hujah saya.
(Dipetik daripada drama Mahkamah,
antologi Baik Budi, Indah Bahasa, halaman 89 – 90)
Nota: Setiap ayat dibina mestilah mempunyai subjek, predikat, dan peluasan predikat (keterangan). Kata majmuk
yang digunakan itu mestilah digarisi.
Morfologi: Kata Tunggal
B. Definisi: Kata tunggal ialah kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar. Dengan erti kata lain,
kata ini tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.
C. Bentuk Kata Kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga (3) jenis:
Tunggal (i) terdiri daripada unit yang bebas dan dapat berdiri sebagai satu ayat.
Contohnya:
Mail: Siapakah yang mengajar engkau
mengaji al-Quran?
Amir: Abah.
Kata ____________ merupakan unit yang
bebas dan dapat berdiri sebagai satu ayat.
(iii) Kata akronim, yakni perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan
singkatan beberapa perkataan dan membentuk perkataan yang utuh.
Contohnya:
taman didikan kanak-kanak – ________________
kumpulan gitar rancak – ________________
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia – ________________
panggung wayang gambar – ________________
senaman aerobik – ________________
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara – ________________
ternak untuk susu – ________________
pukul rata – ________________
sukan aneka – ________________
tarian drama – ________________
Latihan:
1. Cadangkan satu kata tunggal untuk melengkapkan setiap ayat. Kata dalam kurungan merupakan bayangan
(hint) untuk membantu anda.
(i) Sejajar dengan perkembangan dunia sains, ……………………….. (akronim) kini mengorak …………………….
(kata nama – dua suku kata) untuk memantapkan aspek penyiasatan dalam penyelesaian sesuatu
kes ……………………. (kata nama – tiga suku kata).
(ii) Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia pada tahun 2020 ……………………… (kata
tugas) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang
juga dikenali sebagai ……………..…….. (akronim)
(iii) …………………. (kata tugas) aktiviti yang boleh dijalankan di Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia
………………….. (kata tugas) kempen membaca untuk pengguna tren komuter, ………………… (kata nama
– dua suku kata) membaca di perumahan rakyat, capaian digital untuk golongan kurang upaya,
lorong buku, dan kedai buku terbuka.
(iv) Masyarakat digesa …………………………..
(kata tugas) berganding bahu dengan ………………………..
(akronim) dalam pencegahan keleluasaan rasuah di
tanah air kita.
(v) Selepas menjamu ………………….. (kata nama – tiga suku kata) di ………………. (kata nama – empat
suku kata), mereka pun menuju ………………. (akronim) di Queensbay Mall
2. Baca ayat-ayat di bawah dengan telitinya. Kemudian, senaraikan satu kata akronim dan bina ayat anda
sendiri dengan kata tunggal yang anda pilih itu.
(i) Pirdaus bukan sahaja menulis novel yang bertemakan patriotisme bahkan juga mengarang cerpen
remaja untuk mengisi kelapangan.
Ayat: ____________________________________________________________________________
(ii) Kepupusan penyu di perairan kita dipandang berat, justeru hidupan laut ini hendaklah kita pulihara.
Ayat: ____________________________________________________________________________
(iii) Dewasa ini, taska muncul dengan banyaknya umpama cendawan tumbuh selepas hujan di taman-
taman perumahan untuk memenuhi permintaan masyarakat.
Ayat: ____________________________________________________________________________