You are on page 1of 8

KAJIAN TINDAKAN 2016

PANITIA PENDIDIKAN MORAL

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN ESEI


PENDIDIKAN MORAL DIKALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5.

Oleh:
EN RAZALI BIN HASMAD
PN NORAZURA BINTI SHAHRUM

Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2,


Seremban, Negeri Sembilan.

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Esei Pendidikan Moral
Pelajar Tingkatan 5. Seramai 33 orang pelajar dari tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan
Seremban 2 telah dipilih sebagai responden kajian. Alat pengumpulan data yang digunakan
dalam kajian ini adalah soal selidik, ujian pra dan ujian pasca. Dalam kajian ini pelajar
didedahkan dengan kemahiran menjawab soalan esei dengan menguasai teknik menjawab dan
nilai bagi tajuk-tajuk yang dipelajari. Untuk mengumpul data awal saya telah menggunakan
borang soal selidik berbentuk soalan tertutup. Manakala ujian pra dan ujian pasca digunakan
untuk menguji keberkesanan teknik yang didedahkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
tindakan yang dilaksanakan telah dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran menjawab
soalan esei Pendidikan Moral. Ujian pasca menunjukkan seramai 26 pelajar yang lulus
berbanding dengan ujian pra seramai 7 pelajar sahaja lulus. Ini menunjukkan bahawa teknik
yang didedahkan kepada pelajar telah membantu mereka dalam meningkatkan kemahiran
menjawab soalan esei Pendidikan Moral. Saya berpuas hati dengan dapatan kajian kerana
dapat meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran Pendidikan Moral SPM, tetapi pihak
pelajar perlulah ada inisiatif untuk menguasai nilai setiap tajuk yang dipelajari agar dapat
membantu mereka menjawab soalan esei dengan baik.

1
ISU KAJIAN
Pendidikan Moral ialah mata pelajaran untuk pelajar bukan Islam bagi semua sekolah menengah
dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Mata pelajaran ini wajib diduduki oleh setiap calon
SPM. Mata pelajaran ini dapat melahirkan pelajar yang mempunyai nilai-nilai moral atau murni
yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharaian bagi melahirkan semangat jati diri dan sayang
akan bangsa dan negara. Mata pelajaran Pendidikan Moral memerlukan seseorang pelajar
menguasai maksud serta kata kunci nilai yang dipelajari supaya dapat menguasai mata pelajaran
ini dengan baik. Masalah umum yang sering dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Moral ialah
pelajar tidak berminat terhadap mata pelajaran tersebut. Tanggapan mereka, mata pelajaran
Pendidikan Moral amat membosankan kerana terpaksa menghafal 36 nilai dalam 7 bidang
pembelajaran moral. Sikap pelajar ini secara tidak langsung menyumbang kepada penurunan
peratus kelulusan peperiksaan SPM.

REFLEKSI
Saya mengajar di kelas 5 Lavender, 5 Alamanda, 5 Ixora, 5 Carnation dan 5 Iris bagi
matapelajaran Pendidikan Moral. Masalah yang dikenal pasti melalui pemerhatian di dalam kelas
antaranya sikap para pelajar yang malas menghafal nilai dan tidak menguasai teknik menjawab
dengan tepat. Kegagalan para pelajar menguasai nilai menyebabkan mereka tidak dapat
menjawab soalan esei mengikut kehendak soalan. Hasil daripada semakan latihan pelajar di
dalam kelas mendapati para pelajar sering kali gagal menghurai kata kunci nilai yang dinyatakan
dan tidak mengetahui teknik bagaimana hendak menjawab soalan esei. Sebelum membuat
perancangan kajian tinjauan awal diberikan bagi mengumpul data tentang masalah kajian.
Bentuk tinjauan awal berdasarkan soal selidik. Para pelajar diberikan 10 item soalan tentang
permasalahan mereka dalam menjawab soalan esei.

Berdasarkan data maklumat soal selidik yang diperolehi terdapat beberapa masalah yang dikenal
pasti seperti:
a) Berminat matapelajaran Pendidikan Moral.
b) Menghafal nilai dengan baik sebelum proses pembelajaran bermula.
c) Mengingati nilai-nilai yang dipelajari dengan baik sebelum tiba hari peperiksaan atau
ujian.
d) Memahami konsep pembelajaran nilai yang dipelajari.

2
e) Mendapat markah tinggi latihan esei di dalam kelas Pendidikan Moral.
f) Menguasai kemahiran serta teknik menjawab soalan esei Pendidikan Moral.
g) Membuat rujukan tambahan dan tidak bergantung kepada nota guru sahaja.
h) Pengajaran guru menarik minat saya untuk mengikuti topik yang diajar.
i) Diberi latihan pengukuhan oleh guru setiap kali selesai suatu topik pelajaran.
j) Di minggu akhir peperiksaan, keseluruhan silibus matapelajaran telah pun habis
diulangkaji.

Daripada 10 item soalan yang diberi didapati 23 orang pelajar tidak menguasai nilai. Ini diikuti
juga dengan 23 orang pelajar tidak menguasai teknik menjawab soalan esei. Melalui semakan
buku latihan juga didapati para pelajar lemah dalam menjawab soalan esei dan tidak mengingati
nilai dengan baik. Setelah mengenalpasti punca permasalahan pelajar maka, pendedahan kepada
cara menguasai teknik menjawab soalan akan didedahkan kepada para pelajar di dalam kajian ini
supaya dapat membantu pelajar menguasai soalan esei Pendidikan Moral.

FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas, di dapati pelajar tidak dapat menjawab soalan esei Pendidikan Moral
adalah kerana sebab utama yang berikut:
a) Gagal menghafal nilai yang dipelajari dengan baik
b) Tidak menguasai teknik menjawab soalan

Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi teruk, pelajar akan terus mengulangi kesilapan
yang sama berulang kali dalam setiap ujian seterusnya mengulangi kesilapan tersebut di dalam
peperiksaan awam SPM. Ini akan menjejaskan peratusan kelulusan SPM. Oleh itu, fokus kajian
ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menguasai nilai dan teknik menjawab soalan esei
Pendidikan Moral.

3
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
a) Mengenal pasti fokus kajian bagi membantu pelajar menjawab soalan esei.
b) Merancang tindakan bagi meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei.
c) Menilai keberkesanan tindakan meningkat kemahiran menjawab soalan esei.

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini ialah terdiri daripada 33 orang pelajar 5 Lavender, 5
Alamanda, 5 Ixora, 5 Carnation dan 5 Iris Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2. Terdiri
daripada 25 pelajar lelaki dan 8 pelajar perempuan. Hanya 10 pelajar sahaja berbangsa Cina dan
selebihnya adalah Cina.

PERANCANGAN KAJIAN
Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan kaedah
berdasarkan:
a) Soal Selidik
b) Ujian
Kajian ini menggunakan instrumen-instrumen berikut:
a) Soal selidik terdiri daripada 10 item soalan. Soalan dijawab dalam masa 10 minit.
b) Ujian pra (sebelum diberikan pendedahan teknik menjawab) terdiri daripada 1 soalan esei
yang diperlu dijawab oleh pelajar dalam masa 25 minit.
c) Ujian pasca (selepas diberikan pendedahan teknik menjawab) terdiri daripada 1 soalan
esei dari Bidang Pembelajaran yang sama dengan ujian pra yang perlu dijawab dalam
masa 25 minit.

LANGKAH TINDAKAN
Tinjauan awal telah dilaksanakan pada 21 Januari 2016 melibatkan 33 orang pelajar tingkatan 5
Lavender, 5 Alamanda, 5 Ixora, 5 Carnation dan 5 Iris. Soal selidik telah dijalankan untuk
mendapatkan data awal kajian ini. Berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada tinjauan awal,
pelajar didedahkan dengan kemahiran menguasai teknik menjawab dan menguasai nilai.
Pendedahan bermula dengan guru memberikan contoh soalan esei dan menyebut kata kunci nilai
yang bersesuaian dan meminta pelajar menghuraikannya. Kemudian beberapa pelajar diminta
menghuraikan kata kunci nilai yang diberikan tadi. Dalam kerja kumpulan pelajar diberi tugasan

4
membincangkan jawapan dengan menggunakan kemahiran yang telah didedahkan oleh guru.
Kumpulan terpilih diminta membentangkan hasil perbincangan dan guru memberi ulasan dan
rumusan di akhir pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan kepada pemerhatian yang dijalankan menunjukkan bahawa aktiviti yang dijalankan
bagi melaksanakan kajian ini adalah dilihat amat besar perbezaan para pelajar menjawab soalan
esei sebelum dan selepas diberikan pendedahan teknik menjawab. Semasa penerangan tentang
teknik menjawab disampaikan oleh guru kepada pelajar pada 16 Februari 2016, hasilnya pelajar
lebih menunjukkan minat dan dapat mempamerkan perkembangan yang baik ketika membuat
pembentangan di dalam kelas hasil daripada perbincangan mereka.

JADUAL PERLAKSANAAN

BIL AKTIVITI PELAKSANAAN CATATAN


1 Guru mengedarkan soal selidik 21 Januari 2016 Pelajar menjawab
dalam masa 10 minit
2 Guru memberikan satu soalan esei 26 Januari 2016 Pelajar menjawab
dalam masa 25 minit
3 Guru menerangkan cara mengenal pasti 16 Februari 2016 Pelajar menjawab
nilai yang bersesuaian dengan kehendak dalam masa 20 minit.
soalan dan memberikan kata kunci yang Kumpulan yang terpilih
tepat. Selepas itu pelajar diberikan diminta menyampaikan
tugasan menjawab soalan secara hasil perbincangan
berkumpulan
4 Guru mengedarkan satu soalan esei 23 Februari 2016 Pelajar menjawab
secara individu dalam
masa 25 minit
5 Guru mengumpul jawapan dan 23 Februari 2016
menganalisis dapatan kajian
HASIL DAPATAN

Ujian Pra

5
Peratus 0 - 39 40 - 44 45 - 49 50 - 59 60 - 69 70 - 100 Jumlah
Pelajar
Bilangan 26 4 - - 1 2 33
Pelajar

Berdasarkan jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 26 orang pelajar gagal (78.8%). Ini
bermakna hampir keseluruhan pelajar tidak dapat menjawab soalan esei dengan tepat kerana
tidak menguasai teknik menjawab.

Ujian Pasca
Ujian ini dilaksanakan selepas pendedahan tentang kemahiran menguasai teknik menjawab
diberikan. Berikut adalah hasil analisis pencapaian ujian pasca yang telah diadakan pada 23
Februari 2016.

Peratus 0 - 39 40 - 44 45 - 49 50 - 59 60 - 69 70 - 100 Jumlah


Pelajar
Bilangan 3 10 - 1 12 7 33
Pelajar

Daripada keputusan di atas didapati 30 orang pelajar telah lulus (90.9%) berbanding semasa
ujian pra hanya 7 orang pelajar sahaja yang lulus (21.2%), manakala 3 orang pelajar masih gagal
menguasai teknik menjawab.

6
REFLEKSI TINDAKAN
Berdasarkan keputusan ujian dan analisis yang dilaksanakan, saya mendapati teknik menjawab
soalan esei yang diperkenalkan kepada pelajar menunjukkan satu perubahan dan perkembangan
yang baik berdasarkan kepada hasil dapatan kajian ini. Peratus kelulusan yang dicapai selepas
teknik menjawab soalan didedahkan kepada pelajar hasilnya sangat baik dan ada peningkatan.
Peratus lulus sebelum teknik ini didedahkan ialah 21.2% manakala selepas teknik ini
diperkenalkan peratus lulus meningkat iaitu sebanyak 90.9%. Ini menunjukkan bahawa kaedah
yang dilaksanakan amat berkesan kepada pelajar namun, pelajar perlu sentiasa diberi latihan
pengukuhan dan dibiasakan dengan cara menjawab soalan di dalam PdP supaya mencapai
keputusan yang konsisten.

Kajian ini dapat memberi kesedaran kepada saya tentang masalah yang dihadapi oleh para
pelajar dalam menjawab soalan esei Pendidikan Moral. Dengan ini diharapkan guru-guru
perlulah memberi penekanan dan pendedahan kepada para pelajar tentang kemahiran menguasai
teknik menjawab soalan esei dan mengenalpasti dengan betul kata kunci nilai yang tepat dengan
kehendak soalan. Melalui pendedahan ini diharapkan para pelajar mempunyai inisiatif untuk
menghafal nilai seterusnya dapat menguasai teknik menjawab dan membantu mereka menjawab
soalan dengan tepat.
Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya perolehi hasil daripada kajian tindakan ini, saya
berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran
terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami oleh pelajar. Oleh itu, saya bercadang untuk
mengenal pasti permasalahan yang lain dihadapi oleh pelajar dan membuat perancangan
tindakan bagi mengatasi masalah yang berkemungkinan akan dikenal pasti dikalangan pelajar
saya dari semasa ke semasa.

PENUTUP
Kesimpulannya, kajian tindakan yang dijalankan mendatangkan hasil yang memberangsangkan.
Kemahiran pelajar menguasai teknik menjawab dapat ditingkatkan dan membantu mereka
menjawab soalan esei dengan lebih baik. Walaupun mempunyai kekangan masa yang

7
membataskan namun, saya dapat juga menjalankan kajian dengan sempurna. Dengan keinginan
untuk membantu pelajar menguasai cara menjawab soalan esei, kajian ini dapat dilaksanakan.

Akhir sekali, saya bertuah dan berbangga kerana terpilih untuk menjalankan kajian tindakan ini.
Dengan ini diucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung terutamanya kepada Ketua Panitia, Puan Parameswari a/p
Arumugam yang sentiasa bertanya tentang pergerakan kajian yang dijalankan dan juga Guru
Senior Pendidikan Moral, Pn Norazura Binti Shahrum sebagai guru pembimbing.

You might also like