You are on page 1of 2

Nasab Rasulullah

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam
atas junjungan kita Nabi Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttolib
Bin Hasyim Bin Abdu Manaf Bin Qusoyy Bin Kilab Bin Murroh Bin
Ka’b Bin Luay Bin Gholib Bin Fehr Bin Malik Bin an-Nadr Bin
Kinanah Bin Khuzaimah Bin Mudrikah Bin Ilyas Bin Mudor Bin Nizar
Bin Ma’add Bin Adnan. Ulamak tidak berbeza pendapat pada nasab
Rasulullah hingga Adnan kerana Rasulullah telah bersabda tentang
nasab baginda hingga Adnan sahaja.

Adapun selepas Adnan, maka terdapat banyak pendapat ulamak.


Al-Hafiz al-Iraqiyy telah menyebutkan pendapat yang paling betul
daripada pendapat yang banyak itu. Adnan Bin Udad Bin Muqowwam
Bin Nahur Bin Tairoh Bin Ya’rub Bin Yashjub Bin Nabit Bin Ismail Bin
Ibrahim Bin Taroh Bin Nahur Bin Syaruh Bin Arghu Falakh Bin ‘Aybar
Bin Syalakh Bin Arfakhsyaz Bin Sam Bin Nuh Bin Lamak Bin
Mattusyalakh Bin Khonukh Bin Idris Bin Mahlil Bin Qaynan Bin
Yanash Bin Syith Bin Adam.

Nama sebenar Abdul Muttolib ialah Syaibah al-Hamdi atau Amir.


Abdul Muttolib bermaksud hamba kepada al-Muttolib. Pada suatu
ketika, Syaibah al-Hamdi berada di rumah bapa saudaranya yang
bernama al-Muttolib dalam keadaan berbaju lusuh. Seseorang telah
bertanya kepada al-Muttolib siapakah lelaki yang berbaju lusuh itu.
Jawab beliau lelaki itu ialah hambanya. Syaibah bermaksud uban. Beliau
diberi nama sedemikian adalah kerana terdapat sedikit rambut putih pada
kepalanya ketika dilahirkan.

Nama sebenar Hasyim ialah Amru. Hasyim bermaksud orang yang


mencebiskan. Oleh kerana beliau ialah orang yang pertama menyediakan
ath-tharid untuk kaumnya, maka beliau digelar Hasyim. Ath-Tharid
merupakan hidangan masyarakat Arab. Mereka akan mencebiskan roti,
kemudian meletakkannya di dalam kuah. Nama sebenar Abdu Manaf
ialah al-Mughiroh. Manaf bererti tinggi. Beliau digelar dengan Abdu
Manaf kerana beliau seorang yang tinggi.
Nama sebenar Qusoyy ialah Zaid. Nama sebenar Kilab pula ialah
Hakim. Kilab bererti anjing. Dikatakan semasa hayatnya, beliau
menggunakan anjing untuk memburu. Nama sebenar Fehr ialah Quroish.
Quroish bererti berhimpun. Jika jalur keturunan seseorang sampai
kepada Fehr, maka disebut dia ialah orang Quroish. Jika jalur keturunan
ramai orang sampai kepada Fehr, maka disebut mereka semua
berhimpun pada individu yang bernama Fehr. Ramai daripada kalangan
ulamak yang mengatakan bahawa jika jalur keturunan seseorang sampai
kepada an-Nadr, juga disebut dia ialah orang Quroish. Antara ulamak
tersebut ialah Imam an-Nawawiyy dan Imam ar-Rofi’iyy.

An-Nadr bermakna elok dan cantik. Beliau diberi nama an-Nadr


kerana memiliki muka yang cantik. Nama sebenar Mudrikah ialah Amru
dan nama sebenar Mudor ialah juga Amru. Ibu Rasulullah bernama
Aminah Binti Wahb Bin Abdu Manaf Bin Zuhroh Bin Kilab. Ini
bermakna jalur keturunan ayah Rasulullah bertemu dengan jalur
keturunan ibu baginda pada individu yang bernama Kilab.

َّ‫بَّ ه‬
َّ ‫للا‬ ََّ َ‫للاَّ*َّالصَّ َ َّلةََّّ ََّوالسَّ َ َّلمَََّّّعََّل‬
َّ ‫يكَّ ََّي ََّ َ ه‬ َّ‫يكَّ ََّي ََََّّسَّو ََّلَّ ه‬ ََّ َ‫الصَّ َ َّلةََّّ ََّوالسَّ َ َّلمَََّّّعََّل‬
َّ
َّ‫اتَََّّسَّ هَّلَّ ه‬
َّ ‫للا‬ ََّ َ‫للاَّ*َّالصَّ َ َّلةََّّ ََّوالسَّ َ َّلمَََّّّعََّل‬
َََّ ‫يكَّ ََّيَّ ََّخ‬ َّ‫يبَّ ه‬ ََّ َ‫الصَّ َ َّلةََّّ ََّوالسَّ َ َّلمَََّّّعََّل‬
ََّ ‫يكَّ ََّيَّ ََّحهَّب‬
َّ
َّ ‫ي‬ َّ‫الصَّ َ َّلةََّّ ََّوالسَّ َ َّلمَََّّّعََّلَيكََّّ ََّيَّأََّهَّبََّيا ََّءَّ ه‬
ََّ ‫للاَّأَّ ََّجهَّع‬

You might also like