You are on page 1of 5

SOALAN 1

Mayat Markonah dijumpai dalam longkang besar dalam keadaan bogel di belakang rumahnya.
Lehernya telah dikelar dan muka serta kepalanya cedera teruk. Terdapat kesan kemasukan dan
sperma dalam vaginanya. Teman lelakinya, Justin telah ditahan untuk di soal siasat. Pihak forensik
mengesahkan sperma itu kepunyaan Justin selepas dibuat ujian DNA. Justin didakwa atas tuduhan
rogol dan bunuh. Bincangkan kebolehterimaan dan kerelevanan keterangan-keterangan berikut:

i. Natasha (emak Markonah):

“Sehari sebelum Markonah dijumpai mati, saya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki
yang tidak dikenali. Pemanggil itu berkata, “Tahu tak semua perempuan adalah jalang? Anak kau ratu
segala jalang. Dia curang dengan Justin. Masa Justin tak ada, dia sibuk berzina dengan orang lain. Dia
patut direjam sampai mati.”

Bila saya beritahu Markonah tentang panggilan telefon itu, Markonah ketawa dan berkata, “Mak ni
serius sangatlah. Orang itu saja nak buat fitnah. Lagipun, saya bukannya begitu bodoh sampai
terjerumus berzina. Saya tak bodoh lah mak.”

ii. Surat daripada Justin kepada Markonah, bertarikh empat bulan sebelum kematian Markonah. Surat
itu ditemui dalam laci meja di bilik Markonah. Surat itu bertulis ringkas:

“Sampai hati kau buat aku macam ni, Markonah! Kau dah lupa dengan janji-janji manismu dulu?”

iii. Justin:

“Saya tak bunuh Markonah. Saya sangat cintakan dia. Memang kami pernah bergaduh tetapi itu
perkara biasa. Kami bergaduh sekejap-sekejap, kemudian baik semula. Pada malam dia ditemui mati
itu memang saya ada keluar dengan dia. Sebelum saya hantar dia balik ke rumah, kami sempat buat
seks dalam kereta. Saya tak rogol dia! Lepas itu saya terus hantar dia balik.”
SOALAN 2

Sohee dijumpai mati dibunuh di belakang beberapa buah kereta di tempat letak kereta Kompleks
PKNS Bangi. Terdapat kesan-kesan tikaman yang dipercayai daripada pisau yang digunakan untuk
membunuhnya.

Daesung telah ditahan, disoal siasat dan seterusnya didakwa kerana melakukan pembunuhan
tersebut. Bincangkan kerelevanan dan kebolehterimaan keterangan-keterangan berikut:

i. Inspektor Sahab:

“Saya menangkap Daesung, tiga jam selepas kejadian, semasa dia sedang berlegar-legar dalam
keadaan yang mencurigakan di Taman Tasik Cempaka, Bangi. Dompet Sohee dijumpai dalam saku
seluarnya. Terdapat juga kesan-kesan darah pada bajunya yang disahkan sebagai darah Sohee selepas
ujian dibuat. Tapi saya tak jumpa sebarang senjata padanya.”

ii. Angela, pengawal keselamatan Kompleks PKNS:

“Saya tengah meronda di ruang letak kereta kompleks apabila saya ternampak seorang lelaki berlari
ke arah jalan keluar. Bukan pintu keluar ke lif dan tangga, tetapi jalan keluar untuk kereta. Saya cam
mukanya sama macam lakaran yang Konstabel Karimah (pelukis polis) tunjuk kat saya. Tapi muka dia
ni (sambil menunjuk kearah Daesung) tak sama macam dalam lakaran itu.”

iii. Daesung:

“Saya merayau kat tempat letak kereta tu sebab saya tak boleh tidur kat Taman Tasik Cempaka sebab
hujan renyai-renyai. Saya nampak Sohee dibunuh, tapi tak perasan siapa pembunuhnya. Saya pergi ke
mayat Sohee, ambil dompet dia dan cabut lari. Saya tak bunuh dia. Saya cuma nak duit saja. Maafkan
saya.”
SOALAN 3

Sepih didakwa menyebabkan kematian Nabul dan mencederakan Jozen di bilik persalinan, Kelab
Sukan Bandar Baru Bangi pada 23 Disember 2011. Bincangkan kebolehterimaan dan kerelevanan
keterangan-keterangan berikut:

i. Jozen:

“Saya dan Nabul ahli kelab sukan Bandar Baru Bangi. Kami bermain tenis di kelab sukan pada petang
23 Disember 2011. Kami tamat bermain jam 6, terus ke bilik persalinan dan mendapati Sepih berada
di situ seorang diri sambil membuka dan menutup locker-locker yang ada. Kami syak dia nak mencuri.
Bila Nabul tegur sambil berjalan laju ke arahnya, dia menolak Nabul, menikamnya, melompat ke arah
saya dan menikam saya sebelum lari keluar.”

ii. Sepih:

“Memang saya selalu curi-curi masuk kek kelab, saya tak ada duit nak jadi ahli. Tetapi saya bukan nak
mencuri barang. Saya cuma nak guna kolam renang dan sauna. Saya tengah cari locker kosong yang
tak berkunci untuk letak baju dan seluar saya bila tiba-tiba Nabul muncul dan menuduh saya mencuri
sambil menyerbu kearah saya dengan pisau. Saya mengelak dan dia tertikam diri sendiri. Masa itu saya
terperasan Jozen berdiri betul-betul di depan saya dengan muka marah. Saya takut sebab dia Nampak
macam nak menyerang saya. Saya terus ambil pisau Nabul dan acu kepada Jozen, tapi sebab dia
bergerak pantas, pisau tu terkena tangannya. Saya terus lari keluar.”

iii. Amer (kawan Sepih):

“Sejak Sepih dipukul sebab difitnah mencuri dua tahun lepas, dia selalu bawa pisau ke mana-mana
sebagai langkah keselamatan.”

iv. Boy (pengawal keselamatan Kelab Sukan):

“Saya tahu Sepih selalu curi-curi masuk kelab tapi saya pura-pura tak tahu. Saya kesian sebab dia minat
main sukan kat sini tapi tak ada duit nak jadi kelab. Saya selalu intip dia dan dapati dia tak pernah buat
kacau kat situ.”
SOALAN 4

Kumar membuat laporan polis di Balai X, memaklumkan yang beliau telah dipaksa oleh Tamin,
kakitangan Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan, untuk membayar sejumlah wang kepadanya
sebagai jaminan yang Tamin akan membantu meluluskan permohonan pinjaman perumahan beliau.
Satu proses kawat cam telah diadakan di balai tersebut di mana Tamin dibariskan dengan beberapa
orang lelaki yang lain untuk pengecaman oleh Kumar. Kumar merasa agak pelik kerana beliau
merasakan proses tersebut membuang masa kerana beliau memang sudah mengenali Tamin sejak
dari dahulu lagi. Akan tetapi, pegawai polis yang bertugas menegaskan bahawa itu adalah proses yang
perlu dilakukan dalam mana-mana siasatan kes jenayah. Sebelum kawad cam dijalankan, pegawai
tersebut turut memberitahunya agar jangan memberi muka kepada Tamin kerana banyak sudah
maklumat yang diterima oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung
kegiatan rasuahnya, dan mereka juga sudah lama membuat intipan terhadap beliau.

Sementara itu, Tamin yang kini telah diserahkan oleh pihak polis kepada pihak SPRM telah diberikan
kata dua oleh, Duku, pegawai penyiasat SPRM: Sama ada beliau mengaku salah atau berdepan
pertuduhan lebih berat. Tamin yang berang dengan pilihan tersebut mencabar Duku dengan berkata:

"Ok aku mengaku. Puas hati sekarang?"

Apabila diberikan amaran dan diminta mengulangi semula pengakuan salahnya, Tamin berkata:

"Dah aku mengaku sekali dah la. Buat apa nak ulang-ulang lagi?"

Lamin, pegawai penyiasat SPRM yang ada bersama Duku dalam bilik siasatan itu naik berang dan mula
mengacukan penumbuk ke arah muka Tamin, tetapi beliau ditarik oleh Duku keluar daripada bilik
sebelum sempat tumbukan dilepaskan. Apabila Duku masuk semula ke dalam bilik, Tamin berkata:

"Ok lah, buatlah apa-apa yang korang nak. Aku redha je lah."

Apabila kenyataan beramaran dibacakan sekali lagi, Tamin membuat pengakuan salah.

Jika fakta-fakta di atas diajukan kepada anda, bagaimanakah anda melihat kebolehpakaian fakta-fakta
tersebut, daripada segi kerelevanan dan kebolehterimaan mereka?
SOALAN 5

Leonard menyaman Pasaraya 99 (99) atas kecuaian 99 membersihkan tumpahan minyak masak yang
menyebabkan beliau tergelincir dan cedera. Leonard mendakwa keadaan itu berbahaya dan 99 tahu
atau sepatutnya tahu akan bahaya itu. 99 menafikan semua dakwaan dan menyatakan yang Leonard
turut menyumbang kepada kecuaian itu. Bincangkan kebolehterimaan dan kerelevanan keterangan-
keterangan berikut:

i. Rajesh:

“Saya sedang berada dalam bilik tauke pasaraya itu untuk membuat aduan tentang roti luput tarikh
yang mereka bekalkan kepada saya. Tiba-tiba seorang pekerja meluru masuk dan memberitahu tauke
ada tumpahan minyak masak dekat lantai di kawasan rak minyak, kicap dan sos. Tauke berkata, “Yang
kau datang jumpa aku ni apa hal? Kalau dah tahu tumpah, pergilah bersihkan! Takkan itu pun nak
tanya aku?” Pekerja itu keluar dengan muka malu. Perbualan ini berlaku sejam sebelum Leonard
terjatuh.”

ii. Sheldon (adik Leonard):

“Saya terdengar bunyi prappp! Prangggg! Semasa saya sedang membelek-belek botol kicap dan bila
saya berpaling, saya lihat abang saya sudah terbaring kesakitan dan seorang lelaki sedang
membantunya bangun. Lelaki itu memberitahu saya,” Dia jatuh sebab ada tumpahan minyak. Sejak
pagi tadi lagi dah ada tumpahan minyak ni!”

(Lelaki itu dapat dikenalpasti identitinya, tetapi tidak dipanggil sebagai saksi).

iii. Gunalan:

“Saya nampak Leonard berjalan sambil berbual menggunakan telefon bimbit betul-betul dekat
tumpahan minyak itu. Saya jerit pada dia, “Hei, jaga-jaga!” Dia berpaling kepada saya dalam keadaan
terpinga-pinga. Tapi sudah terlambat. Dia terus tergelincir.”

You might also like