You are on page 1of 17

Page 1

Page 2

Malayan Law Journal Unreported/2019/Volume/Priytharen a/l Sundaramurthy lwn Pendakwa Raya dan satu
lagi rayuan - [2019] MLJU 26 - 17 January 2019

[2019] MLJU 26

Priytharen a/l Sundaramurthy lwn Pendakwa Raya dan satu lagi rayuan
MAHKAMAH RAYUAN (PUTRAJAYA)
MOHTARUDIN BAKI, AHMADI ASNAWI DAN KAMARDIN HASHIM HHMR
RAYUAN JENAYAH NOS B-05(M)-298-08 TAHUN 2016 DAN B-05(M)-306-08 TAHUN 2016
17 January 2019

Afifuddin Ahmad Hafifi (Salehuddin Saidin & Assoc) bagi pihak perayu.

Tengku Intan Suraya bt Tengku Ismail (Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara) bagi pihak
responden.

Kamardin Hashim HMR:

PENGHAKIMAN MAHKAMAH

Pendahuluan
[1] Perayu-Perayu telah dihadapkan dengan satu pertuduhan secara bersama-sama melakukan satu
kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Butir-butir pertuduhan terhadap Perayu-
Perayu adalah seperti berikut:

"Bahawa kamu bersama-sama pada 21 Julai 2013, jam lebih kurang 12.30 pagi bertempat di taman rekreasi, Taman
Aman Perdana, Bandar Bukit Raja, di dalam daerah Klang, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan dalam mencapai
niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh terhadap Mohd Siraj bin Abdullah (No. KPT: 560715-02-5925) dan
oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun
Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama."

[2] Di akhir perbicaraan, Hakim Mahkamah Tinggi ('hakim bicara') telah mendapati Perayu-Perayu bersalah
dan disabitkan atas pertuduhan. Perayu-Perayu telah dijatuhkan dengan hukuman mati di tali gantung.
Terkilan dengan sabitan dan hukuman tersebut, Perayu-Perayu telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah
ini.
[3] Kami telah mendengar rayuan Perayu-Perayu pada 10.12.2018. Setelah mendengar dan menimbangkan
hujahan pihak-pihak, kami telah menolak rayuan Perayu-Perayu dan mengesahkan sabitan serta hukuman
Perayu-Perayu. Sekarang kami memberikan alasan-alasan penolakan rayuan Perayu-Perayu.

Kes Pendakwaan
[4] Kes pendakwaan bergantung kepada keterangan saksi mata, Marimuthu a/l Anpalakan (SP1) dan juga
bergantung kepada keterangan mengikut keadaan. SP1 menyatakan bahawa dia berada bersama-sama
dengan Perayu-Perayu di tempat kejadian semasa si mati, Mohd Siraj bin Abdullah dipukul menggunakan
kayu buluh dan juga ditikam menggunakan sebilah pisau pemotong daging (P52A). SP1 telah mengenali
Perayu Pertama selama satu tahun sebelum kejadian pembunuhan melalui laman 'facebook' dan selepas itu
telah bekerja menjaga kedai makan milik si mati. Si mati adalah bapa saudara sebelah ibu kepada Perayu
Pertama. SP1 menyatakan bahawa setiap hari si mati akan datang ke kedai makan itu untuk meminta wang
daripada Perayu Pertama.
[5] Seterusnya SP1 menceritakan bahawa pada 20.7.2013 jam lebih kurang 8.30 malam, Perayu Pertama
dan SP1 bersama-sama bertolak untuk pergi ke kedai makan itu. Sebelum keluar rumah, SP1 menyatakan
bahawa Perayu telah menyuruhnya untuk mengambil pisau P52A dari dapur rumah Perayu Pertama dan
Page 3

menyimpan pisau itu di dalam kereta yang disewa oleh Perayu Pertama, iaitu sebuah kereta jenis Perodua
Myvi berwarna putih dengan nombor pendaftaran AHW 4971 (P45).
[6] Setelah sampai di Klang, Perayu Pertama telah menelefon Perayu Kedua dan bertanya Perayu Kedua
berada di mana. Selepas itu Perayu Pertama telah menyuruh SP1 untuk memandu kereta P45 ke rumah
Perayu Kedua di Meru. Mereka menunggu Perayu Kedua di Kedai 7- Eleven, Meru. Selepas kira-kira 5 minit
Perayu Kedua sampai dan menaiki kereta mereka. SP1 mendengar perbualan antara Perayu Kedua dengan
Perayu Pertama mengenai masalah antara Perayu Pertama dengan si mati dan Perayu Pertama bercadang
untuk buat sesuatu kepada si mati. Dari Meru, SP1 telah diarah oleh Perayu Pertama untuk memandu ke
kawasan Taman Aman Perdana setelah Perayu Kedua mencadangkan tempat tersebut sesuai untuk
melakukan sesuatu terhadap si mati. Setelah tiba di situ, Perayu Pertama telah turun dari kereta dan melihat
kawasan sekeliling. Terdapat sebuah tasik di situ. Selepas itu, mereka bertolak ke sebuah kedai makan di
Klang.
[7] Apabila sampai di kedai makan tersebut, SP1 melihat si mati berada di dalam kedai itu sedang membaca
surat khabar. Perayu Pertama telah mengajak si mati ke kereta sewa yang diparkir berdekatan dengan kedai
makan itu. Manakala SP1 dan Perayu Kedua terus berada di dalam kedai makan itu. Tidak lama kemudian,
Perayu Pertama balik semula ke kedai makan bersama si mati. Sebelum ke kedai makan semasa dalam
perjalanan, Perayu Pertama menyuruh Perayu Kedua berlakun sebagai saudara kepada 'Ah Long' yang si
mati meminjam wang.
[8] Menurut keterangan SP1 seterusnya, Perayu Pertama telah mengajak si mati untuk pergi ke tepi tasik di
kawasan Aman Perdana untuk tujuan berjumpa dengan seseorang. Sebelum beredar, Perayu Pertama telah
menyuruh Perayu Kedua untuk mengambil satu batang buluh yang panjangnya lebih kurang 3 kaki dari
kedai makan tersebut dan menyimpannya di dalam bonet belakang kereta sewa P45. SP1 yang memandu
kereta. Masa itu jam lebih kurang 11.45 malam dan mereka sampai di tepi tasik Aman Perdana selepas 10-
15 minit. Perayu Pertama duduk di tempat duduk penumpang hadapan. Manakala Perayu Kedua duduk di
tempat duduk bahagian belakang bersama-sama dengan si mati.
[9] Setelah tiba di tempat kejadian, Perayu Pertama dan si mati telah keluar dari kereta dan berjalan
bersama ke tepi tasik. SP1 dan Perayu Kedua turut keluar dari kereta tetapi hanya kemudiannya bersandar
di tepi kereta. Jarak antara kereta dengan tempat Perayu Pertama duduk berbual dengan si mati lebih
kurang 30 kaki. SP1 dapat melihat Perayu Pertama dengan si mati tetapi tidak dapat mendengar perbualan
mereka. SP1 kemudiannya melihat si mati berdiri dan pergi membuang air kecil ke sebatang pokok dan
Perayu Pertama dilihat turut bangun berdiri di situ.
[10] Pada masa tersebut, Perayu Kedua telah meminta batang buluh daripada SP1 dan membawanya
menuju ke arah si mati dan Perayu Pertama. Perayu Kedua terus memukul kepala si mati menggunakan
batang buluh tersebut. Si mati terus menjerit meminta pertolongan. SP1 melihat Perayu Pertama terus
memeluk badan si mati dari arah belakang untuk menghalang si mati dari melarikan diri. Perayu Kedua
kemudian telah datang dan menyerahkan batang buluh kepada SP1 dan SP1 menyimpan batang buluh
tersebut di dalam kereta. Perayu Kedua telah meminta pisau P52A daripada SP1 dan SP1 telah
menyerahkannya kepada Perayu Kedua.
[11] Selepas menyerahkan pisau P52A kepada Perayu Kedua, SP1 tidak melihat apa yang telah berlaku
seterusnya. Selang beberapa minit kemudian, Perayu Pertama telah meminta SP1 untuk membawa pita
pelekat dari dalam kereta dan menyerahkannya kepada Perayu Pertama. Pada ketika itu, SP1 melihat si
mati dalam keadaan terbaring tidak bergerak di atas simen berlumuran dengan darah. SP1 juga melihat
Perayu Kedua sedang memegang pisau P52A di tangan. SP1 terus beredar selepas menyerahkan pita
pelekat kepada Perayu Pertama.
[12] SP1 pergi semula ke kereta dan dia telah memanggil nama Perayu Pertama dan Perayu Kedua
beberapa kali tetapi tidak kedengaran sebarang jawapan daripada mereka. Pada ketika itu, SP1 melihat
sebuah kereta Peronda Polis ada melalui tempat kejadian dan SP1 terus beredar dengan memandu kereta
ke sebuah stesen minyak Petronas di Meru.
[13] SP1 telah menelefon Perayu Pertama dan menghantar pesanan ringkas. Selepas 5 minit, Perayu
Pertama menelefon balik SP1 dan memberitahunya bahawa pihak polis sudah tiada lagi di tempat kejadian.
Perayu Pertama menyuruh SP1 untuk datang semula ke tempat kejadian untuk mengambilnya. SP1 pergi
Page 4

semula ke tempat kejadian dan setelah sampai di sana, SP1 melihat badan Perayu Pertama dipenuhi
dengan lumpur. SP1 telah memandu kereta dengan membawa Perayu Pertama balik ke rumah mereka di
Rawang. SP1 tidak tahu apa yang terjadi kepada Perayu Kedua dan Perayu Kedua tiada lagi kelihatan di
tempat kejadian.
[14] Setelah sampai di rumah di Rawang, Perayu Pertama terus mandi. Perayu Pertama menyuruh SP1
untuk memasukkan pakaian yang dipakai oleh Perayu Pertama masa kejadian, ke dalam baldi dan mereka
bersama-sama telah pergi membuang pakaian tersebut ke dalam Sungai Rawang. Masa itu jam lebih kurang
antara 3.00 ke 3.30 pagi. Mereka kemudian terus pergi ke kedai makan di Klang dan sampai di sana sekitar
jam 4.00 pagi.
[15] SP1 menyatakan bahawa mereka hanya singgah di kedai makan itu untuk selama lebih kurang 10 minit
sahaja sebelum mereka pergi semula ke tempat kejadian dengan menaiki kereta Myvi yang sama. Setelah
sampai, SP1 melihat mayat si mati masih berada di situ. Perayu Pertama telah meminta bantuan dari SP1
untuk membuang mayat si mati ke dalam tasik. Setelah mayat si mati dibuang ke dalam tasik, mereka pun
terus beredar dari situ dan terus pulang ke rumah mereka di Rawang.
[16] Pada waktu pagi 21.7.2013, mayat si mati telah dilihat terapung di dalam sebuah kolam/tasik di Taman
Aman Perdana oleh orang awam, iaitu, seorang perempuan Indonesia. Maklumat ini telah disampaikan
kepada dua anggota MPV yang sedang membuat rondaan di kawasan tempat kejadian. L/KpL Mohd Khairul
Nizam bin Desa (SP2), salah seorang anggota MPV tersebut telah membuat laporan maklumat pertama
sebagai Bukit Raja Report No. 4457/13 (P67). Jasad si mati kemudiannya telah dipindahkan ke Hospital
Tengku Ampuan Rahimah Klang ('HTAR') untuk bedah siasat.
[17] Mayat si mati telah dibedah siasat oleh Dr. Nur Ayutimasery Binti Abdullah (SP12) pada 22.7.2013 mulai
jam 9.45 pagi. Jasad si mati telah dicamkan oleh isteri si mati, Jumiati Binti Nasir (SP14) dan oleh pegawai
penyiasat, ASP Chua Hang Loun (SP9). SP12 mengesahkan si mati telah meninggal dunia sebelum sampai
di HTAR dan masa kematian ditetapkan pada 21.7.2013 jam 9.45 pagi berdasarkan kepada Laporan Polis
P67. SP12 telah menyediakan satu Laporan Bedah Siasat (P29) seperti di muka surat 101 - 104, Rekod
Rayuan (RR), Jilid 3 (B).
[18] Hasil pemeriksaan luaran jasad si mati, SP12 telah menemui sejumlah 27 kesan kecederaan seperti
berikut:

"

1.  2 small superficial laceration wounds on the temporal corner of the right eye,
surrounded with bruise, measured 1.5 x 0.2 cm and 1.6 x 0.3 cm, they were 5.0 cm to midline and
22.0 cm to the right supra-clavicle.
1.  2 vertical slash wounds on the center of the forehead, crossing the right eyebrow, cut
the skin, subcutaneous tissue and fractured the bone, measured 7.0 x 0.6 cm and 10.0 x 1.0 cm,
immediately on the midline and 30.0 cm to the suprasternal notch.
1.  Incise wound associated with multiple laceration wounds on the lower lips measured
3.0 x 0.2 cm, crossed the midline and 20.0 cm to the suprasternal notch.
1.  Bruise and swelling on the right cheek, measured 6.0 x 7.0 cm, it was 10.0 cm to
midline and 8.0 cm to suprasternal notch.
1.  Slash wound on the chin, cut the skin, subcutaneous tissue and fractured the bone,
measured 3.5 x 1.0 cm, crossed the midline and 17.0 cm to the suprasternal notch.
1.  Laceration wound slightly below the chin, cut the skin, subcutaneous tissue, fractured
the bone, measured 8.0 x 3.0 cm, crossed the midline and 14.0 cm to the suprasternal notch.
1.  2 slash wounds on the anterior aspect of the neck surrounded with bruise, cut the skin,
subcutaneous tissue, muscle, esophagus and trachea measured 25.0 x 1.5 cm and 6.0 x 0.3 cm,
crossed the midline and 7.0 cm to the suprasternal notch.
1.  Laceration wound on the forehead, cut the skin, subcutaneous tissue and fractured the
bone, measured 10.0 x 3.0 cm, crossed the midline, it was 9.0 cm to the left earlobe, associated with
3 small laceration wounds on the right side of the wound measured 2.0 x 0.1 cm, 2.7 x 0.1 cm and 1.3
x 0.2 cm.
1.  Laceration wound on the left parietal area, cut the skin, subcutaneous tissue and
fractured the bone measured 3.0 x 0.2 cm.
Page 5

10.  Laceration wound on the right temporo-occipital area, cut the scalp and fractured the
bone, measured 5.0 x 0.6 cm, it was 7.0 cm to midline and 18.0 cm to base of the neck.
1.  Laceration wound on the occipital area, cut the scalp, immediately on the midline,
measured 4.0 x 0.5 cm, it was 20.0 cm to the base of the neck.
1.  Laceration wound on the left occipital area, cut the scalp, measure 6.0 x 0.8 cm, it was
2.0 cm to midline and 16.0 cm to the base of the neck.
1.  Laceration wound on the left occipital area, cut the skin, measured 3.5 x 0.3 cm, it was
5.0 cm to midline and 12.0 cm to the bae of the neck.
1.  2 superficial incise wounds on the posterior aspect of the neck extended to the left
corner of the mouth measured 16.0 x 0.1 cm and 10.0 x 0.1 cm, crossed the midline and 4.0 cm to the
base of the neck.
1.  Multiple tramlines bruises and abrasions on the upper back, extended to both
shoulders, each bruise measured approximately 10.0 x 1.5 cm in area of 49.0 x 15.0 cm.
1.  Brush abrasion wound on the right side of the back extended from the right shoulder to
the right buttock, consistent with drag marks, in area of 63.0 x 22.0 cm.
1.  Tramlines bruise on the right flank, measured 12.0 x 1.4 cm, it was 8.0 cm to midline
and 40.0 cm to right supraclavicle.
1.  2 tramlines burises on the left flank, measured 14.0 x 2.0 cm and 9.0 x 1.5 cm, they
were 14.0 cm to midline and 34.0 cm to the left supraclavicle.
1.  Slash wound and an incise wound on the anterior aspect of the right forearm, the slash
wound measured 8.0 x 1.5 cm and the incise wound measured 6.0 x 0.4 cm, they were 2.0 cm apart
from each other and 11.0 cm to the right wrist.
10.  Tramlines abrasion on the posterior aspect of the right forearm, measured 4.0 x 1.1
cm, it was 7.0 cm to the right wrist, surrounded with massive bruise and swelling on the posterior
aspect of the lower end of the right forearm and extended to the posterior aspect of the right hand
measured 26.0 x 11.0 cm.
1.  Multiple tramlines bruise on the left shoulder, in area of 17.0 x 7.0 cm, immediately on
the tip of the left shoulder.
1.  Tramlines bruise on the left arm measured 15.0 x 2.1 cm, it was 5.0 cm to the left
elbow.
1.  Linear bruise on the posterior aspect of the left forearm, measured 8.0 x 2.0 cm and it
was 5.0 cm to the left elbow.
1.  3 slash wounds on the posterior aspect of the left wrist, 1 of them almost amputated
the left hand, measured 6.0 x 0.5 cm, 12.0 x 3.0 cm and 4.0 x 0.2 cm, they were 2.0 cm to the left
wrist.
1.  4 slash wounds on the medial aspect of the right leg, measured 3.0 x 0.2 cm the
smallest and 6.0 x 0.4 cm the biggest, cut the skin, subcutaneous tissue and bone, and they touched
the medial malleolus.
1.  Multiple small slash wounds on the medial aspect of the left leg cut the skin,
subcutaneous tissue and bones, in area of 7.0 x 7.0 cm.
1.  Laceration wound surrounded with bruise on the anterior aspect of the left leg, the
laceration wound cut the skin and measured 1.5 x 0.5 cm, the bruise measured 11.0 x 7.0 cm and it
was 15.0 cm to the left ankle."

[19] Hasil pemeriksaan dalaman, SP12 mendapati si mati telah mengalami kecederaan di bahagian kepala
sehingga menyebabkan tengkorak kepala di bahagian hadapan telah pecah teruk serta menyebabkan otak
bahagian hadapan hancur. SP12 telah memberi sebab-sebab kematian si mati sebagai 'Blunt Force Trauma
to the Head'. Kecederaan-kecederaan dalaman dialami si mati dicatatkan oleh SP12 seperti berikut:

" I NTERNAL EXAMI NATI ON


Head and neck:
There was massive subgaleal hematoma on the posterior aspect of the scalp, the temporalis muscles were contused.
There was compound comminuted fracture involving the entire front part of the head involving the vertex and base of
the skull. The fracture extended to the left temporal bone. There was generalized subarachnoid haemorrhage involving
the whole brain. The frontal lobes were crushed and the brain weighed 1245g. There was no brain herniation seen, the
cerebellum and brain stem showed no cortical or white matter injury. There was no diffuse axonal injury and no
intraventricular haemorrhage seen. The tongue was intact, there was massive contusion on the neck musculatures, the
neck structures were distorted whereby the epiglottis was partially avulsed from the thyroid cartilage, the thyroid
cartilage and the hyoid bone were crushed. The carotid arteries were patent and there was no fracture of the cervical
spine seen.
Page 6

Thorax:
The rib cage was intact and the pleural cavities were dry. The larynx was partially avulsed from the trachea and
bronchi. The right lung was 485g and the left was 435g. They were congested. The pulmonary artery was patent and
there was no pulmonary emboli seen. The diaphragm was intact. The pericardium was intact and the heart weighed
380g. the coronary arteries were patent and there was no fibrosis or gross haemorrhage seen on the myocardium.
Abdomen:
The peritoneal cavity was dry and no retroperitoneal bleed seen. The esophagus was partially cut by wound no. 7, the
stomach contain moderate amount of brownish partially digested food and the mucosa was grossly normal. The small
and large bowels were uninjured. The liver weighed 1645g and has fatty change, the spleen weighed 110g and was
grossly normal, the pancreas, gallbladder, lymph nodes and adrenal gland were uninjured. The right kidney weighed
115g and the left was 120g and they were grossly normal. The abdominal aorta was patent.
Skeleton:
There was fracture of the skull bone and left hand bone.
CONCLUSIONS
Discussion

2.  The body was that of an adult Indian man and was positively identified by his wife as
the above named person.
2.  He sustained injuries with pattern consistent with blunt and sharp force trauma.
2.  He sustained head injury that was fatal in nature which resulted from the blunt force
trauma."

[20] SP12 menyatakan bahawa si mati telah mengalami kecederaan- kecederaan yang sangat teruk.
Sebahagian dari kecederaan yang dialami adalah jenis kecederaan untuk mempertahankan diri ('defensive
wounds'). SP12 turut menyatakan akibat kecederaan-kecederaan yang telah dialami oleh si mati, si mati
tiada mempunyai peluang untuk hidup dan kematiannya berlaku dengan serta merta. SP12 mengesahkan
berdasarkan kepada kecederaan-kecederaan yang dialami oleh si mati, dua jenis senjata yang telah
digunakan oleh dua orang penyerang, iaitu senjata seperti pisau yang berat atau parang dan senjata seperti
batu, kayu ataupun besi.
[21] SP12 seterusnya menyatakan kecederaan-kecederaan yang disebabkan oleh pisau atau parang tidak
fatal. Sekiranya mendapat bantuan dengan segera, si mati mungkin masih boleh diselamatkan. Sebaliknya,
kecederaan yang disebabkan oleh hentakan objek tumpul dan berat di kepala si mati adalah fatal oleh
kerana ia melibatkan organ otak iaitu salah satu organ yang vital yang telah hancur.

Dapatan hakim bicara di akhir kes pendakwaan


[22] Di akhir kes pendakwaan, hakim bicara telah membuat keputusan bahawa kes pihak pendakwaan telah
mencapai tahap pembuktian kes prima facie. Perayu-Perayu telah diperintahkan untuk membela diri atas
pertuduhan yang dihadapkan. Berdasarkan kepada rekod rayuan dan keterangan yang dikemukakan oleh
saksi-saksi pihak pendakwaan, kami bersetuju dengan dapatan dan keputusan hakim bicara tersebut
memanggil pembelaan Perayu-Perayu.

Pembelaan Perayu-Perayu
[23] Perayu-Perayu telah memilih memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan tanpa
mengangkat sumpah. Perayu-Perayu telah mengemukakan peryataan bertulis masing-masing seperti di
muka surat 639 - 643, RR, Jilid 2 (H) (Perayu Pertama) dan di muka surat 644 - 645, RR, Jilid 2 (H) (Perayu
Kedua).
[24] Pernyataan bertulis Perayu Pertama (SD1) telah diringkaskan oleh hakim bicara seperti berikut (dengan
sedikit pengubahsuaian):

1a)  Pada sekitar bulan Ogos 2012, Perayu Pertama ("SD1") telah mengenali SP1
melalui facebook. Pada masa itu, SP1 bekerja di Singapura dan SD1 mengendalikan Restoran
Page 7

Nur Asyikin ("kedai makan") di Klang Sentral. SD1 telah mengajak SP1 untuk melabur dalam
perniagaan kedai makan dan juga bekerja di kedai makan tersebut;
1b)  Selepas sebulan, SP1 telah bersetuju dengan cadangan SD1 dan bekerja di kedai
makan. SP1 tinggal bersama dengan SD1 di rumah SD1 di Rawang yang disewanya;
1c)  Pak Cik SD1 ("simati") iaitu pemilik kedai makan itu datang ke kedai makan setiap
hari untuk mengambil duit. Selepas beberapa bulan, simati sering meminta duit yang
berlebihan. SP1 telah menghalang SD1 untuk membayar duit berlebihan kepada simati dan ini
menyebabkan pertengkaran di antara SP1 dan simati. Pertengkaran mereka telah menjadi
serius kerana simati yang mengalami masalah kewangan telah mengugut SP1 supaya
memberikan duit berlebihan kepadanya dari hasil kutipan kedai makan tersebut. Pada masa
itu, simati meminjam wang daripada beberapa "Ah Long" dan "Ah Long" selalu datang ke kedai
makan untuk mencari simati;
1d)  SD1 menceritakan sebelum SP1 datang ke Klang, SP1 akan menelefonnya pada
setiap hari dari Singapura dan memberitahunya bahawa kehidupan beliau (SP1) adalah sunyi
sepi dan beliau (SP1) tidak mempunyai teman yang sesuai. Semasa di Klang, perhubungan
antara SD1 dan SP1 menjadi rapat sehingga mereka berdua menjadi bagaikan kekasih;
1e)  Setelah beberapa bulan kemudian, simati memberi amaran yang tegas kepada SP1
untuk memutuskan perhubungan kekasih tersebut dengan SD1. Malah, simati telah menyuruh
SD1 untuk memberhentikan pekerjaan SP1 dari kedai makan tersebut. SD1 memberitahu
perkara ini kepada SP1 dan SP1 amat marah terhadap simati. SP1 mengatakan bahawa beliau
akan membuat sesuatu terhadap simati apabila tiba masanya;
1f)  Pada 20/7/2013, di rumah di Rawang, SP1 memberitahu SD1 bahawa beliau ingin
mengadakan perbincangan dengan simati mengenai masalah mereka supaya operasi kedai
makan tidak terjejas. Pada malam tersebut, SD1 dan SP1 pergi ke kedai makan tersebut
dengan kereta yang dipandu oleh SP1. Semasa dalam perjalanan ke kedai makan tersebut,
SP1 telah menelefon kawannya yang bernama Karthik ("SD2") dan memberitahu SD2 supaya
menunggu di hadapan kedai 7-Eleven Jalan Kapar;
1g)  SD1 telah bertanya SP1 bahawa apa tujuan beliau ingin berjumpa SD2 dan SP1
menjawabnya SD2 adalah kawannya dan ingin membawa SD2 ke kedai makan untuk
berborak. Semasa dalam perjalanan ke kedai makan, SP1 memberitahu SD2 bahawa beliau
sering bertengkar dengan simati kerana simati mengalami masalah kewangan dan sering
mengambil wang berlebihan dari hasil kutipan wang kedai makan;
1h)  Apabila sampai di kedai makan, SD1 telah pergi ke kaunter untuk mengemas kini
akaun harian kedai makan. SD1 melihat SP1 dan simati sedang berbual tetapi tidak tahu apa
yang mereka bualkan. Selepas itu, SD1 melihat SP1 masuk ke dalam kedai makan dan
mengambil sebatang rotan yang disimpan di belakang kaunter dan menyimpannya di dalam
kereta. SD1 tidak menanyakan SP1 kenapa beliau menyimpan rotan itu di dalam kereta;
1i)  Beberapa minit kemudian, SP1 datang ke kaunter dan memberitahu SD1 bahawa
simati ingin berjumpa dengan seorang kawan di kawasan Aman Perdana dan simati telah
meminta SP1 untuk membawanya ke tempat itu. SP1 mengajak SD1 dan SD2 bersama-sama
pergi ke tempat itu dengan simati;
1j)  SP1 telah memberhentikan kereta di hadapan tasik apabila tiba di destinasi lalu
mengajak simati turun dari kereta dan berjalan menghala ke tasik tersebut. SD1 dan SD2
keluar dari kereta dan menunggu berhampiran dengan kereta. SD1 terdengar suara
pertengkaran di antara SP1 dan simati. SP1 dan simati berada lebih kurang 20 meter dari
tempat SD1 berada;
1k)  Tiba-tiba, SD1 mendengar jeritan simati dan pada ketika itu SD1 sedang membuang
air kecil beberapa kaki dari belakang kereta. SD1 memanggil simati tetapi tidak mendapat
sebarang respon. Selepas itu, SD1 memanggil SP1 dan juga tidak mendapat sebarang respon;
1l)  Pada masa itu, SD1 menyedari SD2 tidak berada di situ dan SD1 tidak tahu di mana
SD2 telah pergi. Selepas 2 - 3 minit, SD1 mula menuju ke arah tasik dan melihat SP1
menghala ke arah kereta. SD1 ternampak SP1 memegang pisau dan baju bahagian hadapan
SP1 berlumuran darah. SD1 telah bertanyakan SP1 apa yang telah berlaku tetapi SP1 dengan
Page 8

nada yang amat marah mengugut SD1 supaya jangan tanya apa-apa dan kalau tidak beliau
akan mencederakan SD1 dengan pisau yang dipegangnya;
1m)  Apabila sampai berdekatan dengan kereta, SD1 melihat SP1 membuang pisau itu
ke kawasan semak. Selepas itu, SP1 menyuruh SD1 masuk ke dalam kereta dan SD1
terpaksa mengikuti arahannya. Kemudian, SP1 memandu kereta ke rumah SD1 di Rawang.
Dalam perjalanan, SP1 telah mengugut SD1 sekali lagi dan merampas telefon bimbit SD1; dan
1n)  Setelah sampai di rumah SD1, SP1 terus masuk ke bilik air untuk mandi. Selepas 2
- 3 minit, SP1 telah keluar dari bilik mandi dan memegang baldi berisi pakaiannya dan
menyuruh SD1 untuk mengikutinya. SP1 telah memandu kereta di Sungai Rawang dan telah
membuang baldi berisi pakaiannya ke dalam Sungai Rawang tersebut. SP1 telah mengugut
SD1 sekali lagi agar tidak memberitahu kepada sesiapa pun. SD1 tidak memberitahu kepada
sesiapa pun mengenai kejadian tersebut kerana takut SP1 akan membunuhnya.
[25] Pernyataan bertulis Perayu Kedua (SD2) dapat diringkaskan seperti berikut:

2a)  Pada 20/7/2013 jam lebih kurang 9 malam, SD2 telah menerima beberapa
panggilan daripada SP1. Pada masa itu, SD2 berada di rumah bersama ibunya di Meru, Klang.
SD2 mengenali SP1 kerana beliau selalu pergi ke kedai makan dan SP1 bekerja di sana;
2b)  SD2 akhirnya menjawab panggilan SP1 dan diberitahu bahawa SP1 bersama SD1
hendak pergi lepak. SD2 pada mulanya enggan pergi tetapi mengikut selepas SP1 merayunya
beberapa kali. SP1 telah datang ke kedai 7-Eleven berdekatan dengan rumah SD2. SD2 pada
masa itu melihat SD1 ada di dalam kereta. SD1 juga merupakan kenalannya semasa makan di
kedai makan;
2c)  Mereka bertiga kemudian pergi ke kedai makan kerana SP1 hendak berjumpa
dengan simati. SD2 tidak mengenali simati dan tidak pasti sama ada pernah berjumpa dengan
simati sebelum ini. Selepas sampai di kedai makan, SD2 pergi ke kedai sebelah untuk membeli
rokok. Semasa balik dari kedai itu, SD2 melihat SP1 sedang bersembang dengan seorang
lelaki India dan badannya bersaiz gemuk di dalam kedai makan. SP1 memperkenalkan SD2
dengan simati;
2d)  Selepas itu, simati berkata mahu berjumpa kawan di tasik dekat Taman Aman
Perdana. SD2 mengetahui lokasi tempat itu kerana dekat dengan tempat beliau bekerja.
Mereka pun pergi bersama dengan kereta yang dipandu oleh SP1;
2e)  Sesampai di tasik, SD2 dan SD1 merokok di tepi kereta manakala SP1 dan simati
berjalan ke tepi tasik. Pada masa itu jarak antara mereka dengan SP1 dan simati adalah lebih
kurang 20 meter. SD2 ternampak simati dan SP1 mula bertengkar mulut tetapi tidak
kedengaran butir-butirnya disebabkan oleh jarak antaranya dengan mereka;
2f)  SD2 mengatakan bahawa beliau memang tidak mengenali simati dan dengan ini
tidak mahu terlibat dengan pertengkaran mereka. SD2 pun memberitahu SD1 bahawa beliau
mahu balik dulu namun SD1 berkata kunci kereta ada dengan SP1. SD2 enggan pergi mencari
SP1 yang sedang bertengkar dengan simati, SD2 pun berjalan ke tempat kerjanya;
2g)  Jarak antara tasik dengan tempat kerja SD2 adalah lebih kurang 100 meter sahaja.
Apabila tiba di sana, SD2 pun masuk ke pondok sekuriti kilang tersebut yang terletak di depan
kilang untuk tidur. Setelah seketika, SD2 dikejutkan oleh abangnya yang bernama Naveen
yang memaklumkan bahawa ibunya risau tentang SD2 kerana SD2 tidak balik lagi. SD2 pun
menaiki motor abangnya dan pulang ke rumah; dan
2h)  SD2 juga menyatakan bahawa semasa beliau ditahan polis, beliau telah dibawa ke
kawasan tasik dan selepas lebih kurang 1 jam barulah pihak polis menjumpai sebilah pisau lalu
menyuruh SD2 untuk menandatangani satu borang yang menyatakan bahawa SD2 yang telah
menunjukkan pisau itu. SD2 enggan menandatanganinya kerana bukan dia yang menunjukkan
lokasi pisau itu.
[26] Di akhir kes pembelaan, hakim bicara telah mendapati pembelaan Perayu-Perayu gagal untuk
menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Sebaliknya hakim bicara
mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes mereka terhadap Perayu-Perayu melampaui
Page 9

sebarang keraguan yang munasabah. Perayu-Perayu telah disabitkan atas pertuduhan dan dihukum
gantung di leher sehingga mati. Justeru rayuan Perayu-Perayu di hadapan kami.
[27] Kami petik penghakiman hakim bicara di akhir kes pembelaan di muka surat 53 - 58, RR, Jilid 1 seperti
berikut:

"62. Mahkamah ini telah meneliti dan menimbangkan seluruh keterangan pembelaan dan seterusnya membuat
dapatan bahawa Pihak Pembelaan bagi Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua gagal menimbulkan keraguan yang
munasabah terhadap kes Pendakwaan seperti berikut:
Tertuduh Pertama

1.1  Pihak Pembelaan sepatutnya meletakkan kesnya di peringkat kes Pendakwaan untuk
mengelakkan "pemikiran kemudian" (afterthought) kerana peruntukan undang-undang telah
menyatakan Pihak Pembelaan berhak untuk mendirikan kesnya dan menimbulkan keraguan yang
munasabah walaupun di tahap kes pendakwaan (PP v Lin Lian Chen [1991] 1 MLJ 316);
1.2  Semasa dalam perjalanan ke kedai makan, SD1 menyatakan dalam pernyataan
bertulisnya bahawa SP1 yang menelefon kawannya (SD2) tetapi semasa di dalam kes Pendakwaan
di mana fakta yang ditanyakan dalam pemeriksaan soal balas SP1 adalah SP1 yang meminta SD1
untuk menelefon SD2 dalam perjalanan;
1.3  Terdapatnya percanggahan yang sangat material berlaku apabila soalan yang
dikemukakan oleh Pihak Pembelaan di kes pendakwaan iaitu menyatakan SP1 yang telah
memberitahu SD1 apabila sampai di tempat kejadian bahawa menyuruh SD1 yang membawa simati
ke tepi tasik itu, bukanlah seperti dikatakan oleh SD1 pada peringkat pembelaan bahawa SP1 dan
simati pergi ke tasik itu manakala SD1 berada di tepi kereta;
1.4  Adalah tidak logik untuk menyatakan bahawa SP1 dapat menghalang simati untuk
mengambil duit dari kedai makan tersebut kerana simati adalah pemilik kedai tersebut dan SP1
adalah orang asing atau pekerja sahaja, berbeza jika dibandingkan dengan SD1 yang merupakan
saudara kepada simati dan mempunyai kuasa kawalan terhadap kedai makan tersebut. Motif adalah
jelas terletak pada SD1 yang tidak berpuas hati atas perbuatan simati itu; dan
1.5  SD1 telah menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui ke mana SD2 pergi kemudian
tetapi versi SD2 adalah berbeza dan ditambah pula SD2 bertanya SD1 mengenai kunci kereta
sebelum beredar dari situ. Keterangan antara kedua-dua Tertuduh tersebut adalah tidak menyokong
antara satu dengan lain;
Tertuduh Kedua
1.6  SD2 telah memberikan keterangan yang berupa pemikiran kemudian (afterthought)
kerana beliau beredar dari tempat kejadian apabila tidak berhasrat untuk melibatkan diri di dalam
pergaduhan antara SP1 dan simati walaupun beliau sanggup ikut sebelum ini;
1.7  Selanjutnya, SD2 memberitahu SD1 bahawa beliau balik dulu namun SD1 berkata
kunci kereta ada dengan SP1 pada masa itu. SD2 kemudian berjalan ke tempat kerjanya yang
terletak lebih kurang 100 meter dari kawasan tasik itu. Kemudiannya, ibu SD2 berasa risau kepada
SD2 dan menyuruh abangnya mencarinya di tempat kerja; dan
1.8  Keterangan SD2 seperti di atas tidak pernah langsung ditimbulkan semasa di
peringkat kes pendakwaan dan ini telah membolehkan Mahkamah ini meragui kebenarannya dan
kredibiliti SD2 kerana keterangan sebegini hanya ditimbulkan di saat-saat terakhir. Pendekatan
diambil daripada kes Tan Kim Ho v PP [2009] 3 MLJ 151, Mahkamah Persekutuan menyatakan:

"[36] This is however not to say that there is any burden placed on the accused to
disprove any guilt or to prove innocence. It is only assessing the credibility of a
witness, in this case the second appellant's credibility. In order to determine
whether an accused was telling the truth, one of the consideration is whether
he had indicated his de fenc e during the prose c ution's case. " (Penekanan
ditambah).

63. Selain itu, Mahkamah ini menilai semula kesemua keterangan di kes Pendakwaan dan mendapati pembelaan
kedua-dua Tertuduh adalah sengaja direka-reka dan merupakan penafian semata-mata (Jaafar bin Ali v PP [1998] 4
MLJ 406; PP v Tan Chai Hing [2016] MLJU 708). Melalui penelitian semua terhadap keterangan dipaparkan semasa
kes pendakwaan, didapati satu fakta yang tidak pernah dipertikaikan iaitu SD1 dan simati memang bergaduh
mengenai bayaran wang hasil kedai dan bukannya SP1 bergaduh dengan simati. Sekiranya SP1 dan simati ada
bergaduh, tidak ada logiknya untuk simati meminta SP1 untuk memandunya kereta untuk membawa simati berjumpa
seseorang di tepi tasik. Ini secara nyata merupakan cerita yang dicipta kemudian oleh SD1.
64. Mahkamah ini menekankan sekali lagi prinsip kegagalan Pihak Pembelaan untuk meletakkan versinya di peringkat
pendakwaan seawal mungkin boleh menyebabkan Pembelaan gagal untuk membangkitkan sebarang keraguan yang
Page 10

munasabah terhadap kes pendakwaan. Keterangan pemikiran kemudian yang dikemukakan oleh pihak Pembelaan
telah mewajarkan Mahkamah ini membuat penilaian dan mendapati pembelaan mencuba untuk mengambil
kesempatan terhadap SP1 yang tidak dituduh untuk menolak kebersalahan ke atas SP1 tersebut. Di dalam kes Rasoul
Bagherbejandi Ahmad v Public Prosecutor and another appeal [2016] 1 MLJ 272, YA HMR Ahmadi Asnawi
menyatakan:

"[42] Both the appellants canvassed a very opportunistic defenc eby taking full advantage of
the third accused's acquittal at the end of the prosecution's case and heaped the entire
culpability and misfortune singularly upon the third accused. It is certainly a defence of
afterthought, concoctions and recently invented all combined together, grounded and crafted
upon the third accused's acquittal who is no longer in the arena to give his version of the facts
and events and where the learned judge had ruled that there was no evidence to implicate him with
the said drugs nor any indication that he had harboured a common intention with the appellants to
traffic in the said drugs. Their defence is neither consistent with their innocence nor were there
circumstances corroborating their statements to warrant our a tte ntion." (Penekanan ditambah)

65. Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa Pihak Pendakwaan telah
berjaya membuktikan kesnya terhadap Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua melampaui keraguan yang munasabah
setelah menimbangkan keseluruhan keterangan yang disampaikan oleh saksi-saksi pendakwaan dan kedua-dua
Tertuduh tersebut (SD1 dan SD2). Malah, keterangan SD1 dan SD2 yang tiada berasas dan tiada logik membolehkan
Mahkamah ini tidak perlu mengambil kira pembelaan mereka berdua (Nenggani Asmo v PP [2014] 1 MLJ 501)."

Rayuan Perayu-Perayu
[28] Di hadapan kami, peguam bela Perayu-Perayu telah menghujahkan lima (5) alasan rayuan yang berikut
untuk kami membenarkan rayuan Perayu-Perayu iaitu:

3a)  sama ada keterangan SP1, seorang rakan jenayah perlu kepada keterangan
sokongan;
3b)  sama ada keterangan SP1 boleh diterima untuk mensabitkan Perayu-Perayu
dengan pertuduhan;
3c)  hakim bicara khilaf apabila memutuskan Perayu Pertama ada motif untuk
membunuh si mati;
3d)  hakim bicara khilaf apabila menerima masuk keterangan mengenai penemuan pisau
P52A di bawah seksyen 27 Akta Keterangan, 1950; dan
3e)  hakim bicara khilaf dalam menilai pembelaan Perayu-Perayu.

Dapatan dan keputusan kami


[29] Kami pertimbangkan alasan (a) dan alasan (b) secara bersama oleh kerana dua alasan tersebut saling
berkaitan dan melibatkan isu keterangan SP1. Selain dari keterangan mengikut keadaan, hakim bicara telah
bergantung sebahagian besarnya kepada keterangan SP1 apabila mensabitkan Perayu-Perayu dengan
pertuduhan. Kami bersetuju bahawa sabitan tidak boleh dikenakan terhadap Perayu-Perayu sekiranya hakim
bicara hanya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan semata- mata yang ada dalam kes ini. Oleh
itu keterangan SP1 menjadi sangat penting dan keterangan SP1 hendaklah diteliti dan diperhalusi sebelum
diterima untuk mensabitkan kesalahan ke atas Perayu-Perayu.
[30] Kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara dan tidak boleh disangkal lagi bahawa SP1 ialah seorang
rakan jenayah (accomplice). Hakim bicara telah membuat pemerhatian dan penelitian dengan panjang lebar
mengenai peranan yang telah dimainkan oleh SP1 dalam kes ini. Selain itu, hakim bicara juga telah
mempertimbangkan peruntukan undang- undang berkaitan dengan penerimaan masuk keterangan saksi
rakan jenayah. Pada akhir penghakimannya, hakim bicara membuat dapatan fakta dan kredibiliti SP1
sebagai saksi yang kredibel dan boleh dipercayai dan diterima sebagai keterangan untuk mensabitkan
Perayu-Perayu.
[31] Kami petik sepenuhnya penghakiman hakim bicara berkaitan kredibiliti SP1 di muka surat 28 - 34, RR,
Jilid 1 seperti berikut:

"Isu (1) : Kredibiliti SP1 sebagai rakan subahat


Page 11

34. Kredibiliti SP1 menjadi isu terpenting untuk dikupas kerana SP1 merupakan satu-satunya saksi yang berada di
tempat kejadian pembunuhan bersama kedua-dua Tertuduh. Pihak Pendakwaan telah menggariskan peruntukan di
bawah seksyen 133 Akta Keterangan 1950 dan berhujah keterangan SP1 boleh diterima oleh Mahkamah walaupun
sebagai seorang rakan subahat dalam melakukan jenayah ini. Pihak Pendakwaan juga berhujah bahawa SP1 telah
menjelaskan segala kejadian tanpa menyembunyikan peranan beliau sendiri dan ini menunjukkan SP1 bercakap
benar.
35. Peguambela-peguambela bagi pihak Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua telah bersama-sama menghujahkan
mengenai hubungan antara SP1 dengan Tertuduh Pertama yang bukan sahaja sebagai kawan yang biasa tetapi
sebagai seperti kekasih. Ini berdasarkan kepada antara 4 daripada 30 pesanan ringkas (sms) antara SP1 dan Tertuduh
Pertama telah mempunyai perkataan "bby", "love u" atau "muah". Pihak Pembelaan seterusnya membangkitkan
bahawa adanya pertengkaran antara SP1 dan simati kerana simati tidak dapat bersetuju dengan hubungan di luar tabii
mereka itu. Dengan itu, dihujahkan SP1 mempunyai motif untuk membunuh simati.
36. Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah ini boleh menerima keterangan rakan subahat
tanpa memerlukan keterangan sokongan lain setelah memberi amaran kepada dirinya dan menilai secara berhati-hati
dan memutuskan bahawa rakan subahat tersebut merupakan seorang yang kredibel dan boleh dipercayai. Panduan
telah diperolehi daripada kes Jegathesan v PP [1980] 1 MLJ 165 dan dipetik seperti berikut:

"It may be wholesome to set out once again what the trial judge has to remind himself when
dealing with accomplice evidence. In the words of Woodward Ag. C.J. in Rex v Lim Yam Hong 14
SSLR 152 at page 156, 156 and reiterated in Tay Choon Nam & Ors v R [1949] MLJ 157:

1.  The uncorroborated evidence of an accomplice is admissible and a conviction


founded on such evidence is not illegal.
1.  But it is a rule of practice amounting to a rule of law that the presiding judge
must warn the jury of the danger of convicting on such evidence.
1.  It is also his duty to tell them that nevertheless they can legally convict on
such evidence.
1.  When it appears that the judge has not given the required warning, the Court
of Appeal will quash the conviction.
1.  One accomplice cannot corroborate another.
1.  The corroboration must be evidence which implicates the accused. Evidence
tending merely to show that a crime has been committed is insufficient.
Where a judge sits alone as a judge of fact as well as a judge of law, he must adequately warn
himself of the danger of convicting on the uncorroborated evidence of an accomplice.

"If he ignores or disregards any of these principles, then I think it is the duty of this
Court (the Court in its criminal appellate jurisdiction) to quash the conviction, but if it
appears that he has clearly present in his mind the danger of convicting on the
unconfirmed evidence of an accomplice but nevertheless believes that evidence and
convicts, this court will not interfere with the conviction, merely on the ground of want
of corroboration," per Woodward Ag. C.J. In Lim Yam Hong, supra, pages 159- 160."
(Penekanan ditambah)

37. Mahkamah ini tidak pernah mempertikaikan bahawa SP1 merupakan rakan subahat di mana SP1 telah mengakui
beliau yang membawa senjata pisau dan batang buluh, memandu kereta dengan membawa mereka semua ke tempat
kejadian, tidak membuat sebarang atau apa-apa tindakan untuk menghalang berlakunya kejadian tersebut, serta
membantu Tertuduh Pertama untuk menolak mayat simati ke dalam tasik selepas itu.
38. Walaubagaimanapun, Mahkamah ini mengambil maklum perkara yang penting adalah bukan memfokuskan sama
ada perbuatan SP1 yang disenaraikan tadi boleh menyebabkannya dituduh tetapi mempertimbangkan sama ada
keterangan SP1 tersebut mempunyai keraguan dan kemungkinan dicemari yang tidak membolehkan Mahkamah ini
untuk menerima pakainya. Di dalam kes Sabarudin Bin Non & Ors V PP [2005] 4 MLJ 37, isu mengenai rakan subahat
telah diterangkan oleh HMR Gopal Sri Ram (sebagaimana beliau ketika itu):

"4. There is no dispute that PW34 is an accomplice. The learned trial judge certainly appreciated this.
In his judgment he castigated PW34 in the strongest of terms. This is hardly surprising. After all, it was
PW34 who killed the deceased. There are passages in the judgment of the learned judge referring to
the test to be applied to determine who an accomplice is. Some of these passages are quite open to
the interpretation that only participes criminis are accomplices. With respect, although the question is
entirely academic on the facts of this case in view of the prosecution's concession that PW34 was an
accomplice, we think it necessary to clarify the point for future cases. In our judgment, the correct test
Page 12

for determining whether a witness is an accomplice is that laid down by Thomson CJ in Chao Chong v
Public Prosecutor [1960] MLJ 238:

The true question, however, was not the technical one of whether the witness
could have been convicted for his participation in the offence if he had been
prosecuted. The true question was whether, having regard to his participation
in the offence and having regard to all the circumstances of the case, his
evidence was to be regarded with suspicion and as possibly so tainted as to
invite if not to demand corroboration before it was accepted." (Penekanan
ditambah)

39. Tambahan pula, Mahkamah ini mempertimbangkan peruntukan seksyen 114 Akta Keterangan 1950 apabila
memutuskan isu penerimaan keterangan seorang rakan subahat sekiranya terdapat keperluan keterangan sokongan
lain kepada keterangan rakan subahat tersebut. Setelah memberikan penilaian yang secukupnya kepada keterangan
SP1 ini, Mahkamah ini pun mengingatkan dirinya tentang bahayanya menerima keterangan SP1 tanpa keterangan
sokongan lain. (Attan bin Abdul Gani v PP [1969] 1 MLRH 58).
40. Mahkamah ini merujuk kepada kes Public Prosecutor v Lim Kiang Chai [2016] 2 MLJ 153 yang telah diputuskan
oleh Mahkamah Persekutuan seperti berikut:

"[75] Despite the parties non submission before the High Court and before us as to whether PW26
was an accomplice, we hold the view that PW26 was an accomplice. It is trite that an accused
person may be convicted solely on the evidence of an accomplice provided that he is found to
be a credible witness and that the court had warned itself on the danger of convicting the
accused on an uncorroborated evidence of an accomplice: see s 133 of the Evidence Act, Lee
Choh Pet & Ors v Public Prosecutor (No 2) [1972] 1 MLJ 187, Thavanathan a/l Balasubramaniam v
Public Prosecutor [1997] 2 MLJ 401." (Penekanan ditambah)

41. Selepas Mahkamah ini mendapati kredibiliti SP1 adalah boleh dipercayai kerana keterangan SP1 yang konsisten
dan tidak memutar belit serta konsisten dengan saksi-saksi pendakwaan lain, antaranya mengenai kecederaan yang
dialami oleh simati dan sebab kematian yang diterangkan oleh SP12, jenis senjata yang digunakan dan senjata yang
dijumpai oleh pihak polis setelah dipandu arah oleh Tertuduh Kedua. Mahkamah ini amat menghargai dan berwaspada
untuk menerima keterangan SP1 sepenuhnya kerana SP1 telah menjelaskan peranannya tanpa memilih untuk
menyembunyikan apa-apa.
42. Selain itu, Pihak Pendakwaan berhujah percanggahan yang ditimbulkan adalah tidak material iaitu mengenai aspek
jangka masa simati berada di kedai makan pada hari kejadian daripada keterangan SP1 dan SP16 (pelayan kedai
makan). SP1 menyatakan bahawa beliau dan Tertuduh Pertama keluar dari rumah pada 8.30 malam dan seterusnya
membawa Tertuduh Kedua pergi ke tempat kejadian dan barulah pergi berjumpa dengan simati di kedai makan,
manakala SP16 mengatakan beliau telah melihat simati di kedai makan pada jam 7 malam semasa berbuka puasa dan
kemudian balik ke rumah pada jam 9 malam.

42.1 Mahkamah ini mendapati tiada langsung percanggahan berlaku kerana masa Tertuduh Pertama
keluar dari rumah tidak bersamaan dengan masa simati telah berada di kedai makan. Secara
munasabah dilihat bahawa simati telah berada awal di kedai makan dan menunggu ketibaan Tertuduh
Pertama. Dengan ini, isu ini adalah tidak bermerit dan ditimbulkan dengan sia-sia."

[32] Kami sebulat suara bersetuju dengan sepenuhnya dapatan dan keputusan hakim bicara mengenai
kredibiliti dan penerimaan masuk keterangan SP1 dalam kes ini. Kami mendapati tiada sebarang kekhilafan
yang mewajarkan campur tangan kami untuk mengubah atau mengganggu dapatan dan keputusan hakim
bicara itu (lihat Dato' Seri Anwar Ibrahim v. PP & Another Appeal [2004] 3 CLJ 737 dan Magendran Mohan
v. PP [2011] CLJ 805). Kami mendapati alasan rayuan Perayu-Perayu atas isu (a) dan (b) berkaitan dengan
keterangan SP1 adalah tidak bermerit.
[33] Kami pergi kepada isu (c) mengenai dapatan hakim bicara bahawa Perayu Pertama mempunyai motif
untuk membunuh si mati. Peguam bela menghujahkan hakim bicara telah terkhilaf. Menurut peguam bela
SP1lah yang mempunyai motif untuk membunuh si mati oleh kerana SP1 yang mempunyai 'an axe to grind'
terhadap si mati. Kami mengambil maklum bahawa motif bukanlah salah satu dari inti pati pertuduhan
namun hakim bicara telah membuat pertimbangan berdasarkan kepada fakta bahawa wujud motif di pihak
Perayu Pertama untuk membunuh si mati. Dapatan ini hanya satu keterangan sokongan sahaja. Apa yang
lebih penting ialah keterangan mengenai perbuatan (actus reus) Perayu Pertama yang disaksikan oleh SP1
Page 13

di mana Perayu Pertama dilihat oleh SP1 bersama Perayu Kedua telah memukul kepala si mati
menggunakan batang buluh dan disahkan oleh SP12 sebagai kecederaan di kepala si mati yang telah
membawa kepada kematian si mati. Dalam pembelaan tidak bersumpahnya, Perayu Pertama hanya
membuat satu penafian semata- mata.
[34] Dapatan hakim bicara berkenaan dengan motif Perayu Pertama di muka surat 25 - 27, RR, Jilid 1
seperti berikut:

"MOTIF PEMBUNUHAN
29. Dalam kes ini, pihak Pendakwaan juga membuktikan motif Tertuduh Pertama secara nyata dalam membunuh
simati. Namun, Mahkamah ini ingin menekankan bahawa "motif" bukanlah salah satu elemen yang diperlukan untuk
dibuktikan di bawah kesalahan seksyen 300 Kanun Keseksaan. Namun begitu, motif adalah relevan dan penting jika
dapat dibuktikan.
30. Mahkamah ini merujuk kes Mahkamah Rayuan Aung Thun v PP [2014] 1 MLJ 784 yang menyatakan kedudukan
undang-undang berkaitan seperti berikut:

"[13] In addition we must say the learned counsel's argument that the prosecution ought to have
shown motive for the murder has no merits on the facts of the case. Motive may be essential if it is
a case where the prosecution is relying on circumstantial evidence. Unlike common law offence
of murder, the statutory offence of murder or manslaughter based on ss 299 and 300 of the Penal
Code strictly does not require motive as an element to be proved. If at all evidence of motive is
introduced by the prosecution where direct evidence is available for homicide then it is only
meant to strengthen the probative force of the prosecution case and/or to negate the defence
of self defence or provocation, etc at the earliest stage. (Penekanan ditambah)

31. Berdasarkan fakta dan hal keadaan yang wujud di dalam keadaan tersebut, terdapat keterangan terus daripada
SP1 dan SP14 yang boleh menunjukkan Tertuduh Pertama mempunyai motif untuk mencederakan dan menyebabkan
kematian simati:

31.1 SP1 menyatakan simati berhutang banyak dengan "Ah Long" dan dengan ini meminta Tertuduh
Pertama untuk menjaga kedai makannya. Simati merupakan pak cik sebelah ibu kepada Tertuduh
Pertama. SP1 juga mengatakan bahawa simati sentiasa meminta duit daripada Tertuduh Pertama;
dan
31.2 Berdasarkan keterangan SP14 (isteri simati), Tertuduh Pertama telah menghantar pesanan
ringkas kepadanya mengenai sewa kedai makan itu dan beliau juga diberitahu oleh simati 3 hari
sebelum hari kejadian (20/7/2013) bahawa Tertuduh Pertama tidak membayar sewa kedai makan itu.

32. Mahkamah ini mendapati bahawa motif Tertuduh Pertama hendaklah diambil kira tetapi bukanlah menganggapnya
sebagai salah satu elemen yang mesti dipenuhi untuk pembuktian pertuduhan membunuh. Mahkamah ini bersetuju
dengan penghakiman HMR Syed Ahmad Helmy di dalam kes Mohd Naki bin Mohd Yusuf v PP [2013] 5 MLJ 812:

"[21] On the issue of motive, though it is not an element of a murder charge nevertheless it is a
relevant fact to be taken into consideration. The challenge by the appellant is that the estranged
wife SP18 who was having a love affair with the deceased had the requisite motive to fix up the
appellant with the murder of the deceased. The motive is further amplified by the threats of SP18 on
several occasion to send the appellant to prison. Hence it is totally unsafe to convict the appellant
without giving adequate consideration to the motive of SP18 which would have a negative bearing on
the element of intention on the part of the appellant in causing the death of the deceased."
(Penekanan ditambah)

32.1 Berdasarkan keadaan ini, motif telah diambil kira sebagai keterangan sokongan untuk membuktikan Tertuduh
Pertama berniat melakukan jenayah pembunuhan terhadap simati."

[35] Kami tidak mendapati sebarang kekhilafan telah dilakukan oleh hakim bicara terhadap dapatannya
mengenai motif pembunuhan si mati oleh Perayu Pertama. Alasan rayuan Perayu-Perayu mengenai isu ini
tidak mempunyai sebarang merit.
[36] Mengenai isu (d) berkaitan penemuan pisau P52A yang ditunjuk arah oleh Perayu Kedua, peguam bela
terpelajar berhujah bahawa hakim bicara telah terkhilaf apabila menerima keterangan tersebut di bawah
Page 14

seksyen 27 Akta Keterangan, 1950. Bantahan peguam bela berdasarkan kononnya dapatan bercanggah
oleh hakim bicara. Di akhir kes pendakwaan, hakim bicara telah membuat dapatan (ruling) seperti berikut di
muka surat 617, RR, Jilid 2(H):

"7. Selain daripada itu pendakwaan menghujahkan bahawa OKT2 telah menunjukkan senjata pisau yang digunakan di
tempat kejadian dengan menggunapakai S.27 Akta Keterangan. Namun begitu, Mahkamah ini tidak dapat
menerimanya di bawah S.27 Akta Keterangan kerana tidak mematuhi syarat-syarat keterangan tersebut boleh
diterima pakai di bawah S.27 Akta Keterangan."

Sebaliknya dalam penghakiman di muka surat 37, RR, Jilid 1, hakim bicara telah menyatakan berikut:

"45.4 Setelah menimbang dengan teliti, Mahkamah ini menerima pakai kenyataan bahawa Tertuduh Kedua telah
menunjuk arah kepada penemuan pisau tersebut selaras dengan Seksyen 27 Akta Keterangan 1950."

[37] Peguam bela terpelajar menghujahkan bahawa hakim bicara telah membuat dapatan yang bercanggah
di antara dapatan di akhir kes prima facie dan dalam penghakimannya mengenai keterangan penemuan
pisau P52A. Kami tidak bersetuju dengan hujahan peguam bela tersebut. Kami mendapati hakim bicara
telah menolak penerimaan masuk keterangan mengenai penemuan pisau P52A atas tunjuk arah oleh
Perayu Kedua. Tetapi sebaliknya, hakim bicara telah menerima keterangan tunjuk arah Perayu Kedua
sebagai satu kelakuan (conduct) yang relevan dan boleh diterima di bawah seksyen 8 Akta Keterangan,
1950 dan Perayu Kedua wajar memberikan penjelasan mengenainya di bawah seksyen 9 Akta yang sama.
Ini telah gagal dilakukan oleh Perayu Kedua. Dapatan hakim bicara seperti di perenggan 8 di muka surat
617, RR, Jilid 2(H), seperti berikut:

"8. Sebaliknya keterangan tersebut, Mahkamah ini terima sebagai 'subsequent conduct' OKT2 yang relevan kepada
kejadian/fakta dalam kes ini dibawah s8 Akta Keterangan dan menjadi satu cebisan keterangan sokongan kepada
keterangan SP1 tentang penglibatan OKT2 di dalam kes ini."

[38] Oleh itu isu (d) yang dibangkitkan oleh peguam bela terpelajar jauh tersasar dan tidak mempunyai
sebarang merit.
[39] Kami sekarang beralih kepada alasan rayuan terakhir Perayu- Perayu. Peguam bela terpelajar berhujah
bahawa hakim bicara telah terkhilaf dalam menilai pembelaan Perayu-Perayu sebagai satu pemikiran
terkemudian (afterthought). Peguam bela terpelajar berhujah bahawa hakim bicara telah terkhilaf dalam
meletakkan beban pihak pembelaan yang tidak selaras dengan keputusan dalam kes Mat v. PP [1963] 1
LNS 82. Ini merupakan satu salah arahan yang material dan telah memprejudiskan Perayu-Perayu. Peguam
bela merujuk kepada dapatan hakim bicara di muka surat 57, RR, Jilid 1 di mana hakim bicara telah
menyatakan seperti berikut:

"65. Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa Pihak Pendakwaan
telah berjaya membuktikan kesnya terhadap Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua melampaui keraguan yang
munasabah setelah menimbangkan keseluruhan keterangan yang disampaikan oleh saksi-saksi pendakwaan dan
kedua-dua Tertuduh tersebut (SD1 dan SD2). Malah, keterangan SD1 dan SD2 yang tiada berasas dan tidak logik
membolehkan Mahkamah ini tidak perlu mengambil kira pembelaan mereka berdua (Nenggani Asmo v. PP [2014] 1
MLJ 501)."

[40] Bantahan peguam bela adalah terhadap dapatan hakim bicara bahawa pembelaan Perayu-Perayu tidak
perlu diambil kira oleh kerana keterangan mereka tidak berasas dan tidak logik. Menurut peguam bela
semua keterangan pembelaan hendaklah diambil kira seperti kehendak di bawah seksyen 182A Kanun
Tatacara Jenayah (KTJ) walaupun pembelaan Perayu-Perayu telah diberikan dari kandang tertuduh dengan
tanpa bersumpah.
[41] Kami telah meneliti semula pembelaan Perayu-Perayu dan juga turut meneliti dapatan hakim bicara di
akhir kes pembelaan. Kami mendapati hakim bicara telahpun meneliti dan mengambil kira pembelaan
Perayu- Perayu sebagaimana dalam penghakimannya di para 62 - 64, RR, Jilid 1 seperti berikut:
Page 15

"62. Mahkamah ini telah meneliti dan menimbangkan seluruh keterangan pembelaan dan seterusnya membuat
dapatan bahawa Pihak Pembelaan bagi Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua gagal menimbulkan keraguan yang
munasabah terhadap kes Pendakwaan seperti berikut:
Tertuduh Pertama

2.1  Pihak Pembelaan sepatutnya meletakkan kesnya di peringkat kes Pendakwaan untuk
mengelakkan "pemikiran kemudian" (afterthought) kerana peruntukan undang-undang telah
menyatakan Pihak Pembelaan berhak untuk mendirikan kesnya dan menimbulkan keraguan yang
munasabah walaupun di tahap kes pendakwaan (PP v Lin Lian Chen [1991] 1 MLJ 316;
2.2  Semasa dalam perjalanan ke kedai makan, SD1 menyatakan dalam pernyataan
bertulisnya bahawa SP1 yang menelefon kawannya (SD2) tetapi semasa di dalam kes Pendakwaan
di mana fakta yang ditanyakan dalam pemeriksaan soal balas SP1 adalah SP1 yang meminta SD1
untuk menefon SD2 dalam perjalanan;
2.3  Terdapatnya percanggahan yang sangat material berlaku apabila soalan yang
dikemukakan oleh Pihak Pembelaan di kes pendakwaan iaitu menyatakan SP1 yang telah
memberitahu SD1 apabila sampai di tempat kejadian bahawa menyuruh SD1 yang membawa simati
ke tepi tasik itu, bukanlah seperti dikatakan oleh SD1 pada peringkat pembelaan bahawa SP1 dan
simati pergi ke tasik itu manakala SD1 berada di tepi kereta;
2.4  Adalah tidak logik untuk menyatakan bahawa SP1 dapat menghalang simati untuk
mengambil duit dari kedai makan tersebut kerana simati adalah pemilik kedai tersebut dan SP1
adalah orang asing atau pekerja sahaja, berbeza jika dibandingkan dengan SD1 yang merupakan
saudara kepada simati dan mempunyai kuasa kawalan terhadap kedai makan tersebut. Motif adalah
jelas terletak pada SD1 yang tidak berpuas hati atas perbuatan simati itu; dan
2.5  SD1 telah menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui ke mana SD2 pergi kemudian
tetapi versi SD2 adalah berbeza dan ditambah pula SD2 bertanya SD1 mengenai kunci kereta
sebelum beredar dari situ. Keterangan antara kedua- dua Tertuduh tersebut adalah tidak menyokong
antara satu dengan lain;
Tertuduh Kedua
2.6  SD2 telah memberikan keterangan yang berupa pemikiran kemudian (afterthought)
kerana beliau beredar dari tempat kejadian apabila tidak berhasrat untuk melibatkan diri di dalam
pergaduhan antara SP1 dan simati walaupun beliau sanggup ikut sebelum ini;
2.7  Selanjutnya, SD2 memberitahu SD1 bahawa beliau balik dulu namun SD1 berkata
kunci kereta ada dengan SP1 pada masa itu. SD2 kemudian berjalan ke tempat kerjanya yang
terletak lebih kurang 100 meter dari kawasan tasik itu. Kemudiannya, ibu SD2 berasa risau kepada
SD2 dan menyuruh abangnya mencarinya di tempat kerja; dan
2.8  Keterangan SD2 seperti di atas tidak pernah langsung ditimbulkan semasa di
peringkat kes pendakwaan dan ini telah membolehkan Mahkamah ini meragui kebenarannya dan
kredibiliti SD2 kerana keterangan sebegini hanya ditimbulkan di saat-saat terakhir. Pendekatan
diambil daripada kes Tan Kim Ho v PP [2009] 3 MLJ 151, Mahkamah Persekutuan menyatakan:

"[36] This is however not to say that there is any burden placed on the accused to
disprove any guilt or to prove innocence. It is only assessing the credibility of a
witness, in this case the second appellant's credibility. In order to determine
whether an accused was telling the truth, one of the consideration is whether
heh ha d indica ted his de fe nc e during the prose c ution's case." (Penekanan
ditambah)

63. Selain itu, Mahkamah ini menilai semula kesemua keterangan di kes Pendakwaan dan mendapati pembelaan
kedua-dua Tertuduh adalah sengaja direka-reka dan merupakan penafian semata-mata (Jaafar bin Ali v PP [1998] 4
MLJ 406; PP v Tan Chai Hing [2016] MLJU 708). Melalui penelitian semua terhadap keterangan dipaparkan semasa
kes pendakwaan, didapati satu fakta yang tidak pernah dipertikaikan iaitu SD1 dan simati memang bergaduh
mengenai bayaran wang hasil kedai dan bukannya SP1 bergaduh dengan simati. Sekiranya SP1 dan simati ada
bergaduh, tidak ada logiknya untuk simati meminta SP1 untuk memandunya kereta untuk membawa simati berjumpa
seseorang di tepi tasik. Ini secara nyata merupakan cerita yang dicipta kemudian oleh SD1.
64. Mahkamah ini menekankan sekali lagi prinsip kegagalan Pihak Pembelaan untuk meletakkan versinya di peringkat
pendakwaan seawall mungkin boleh menyebabkan Pembelaan gagal untuk membangkitkan sebarang keraguan yang
munasabah terhadap kes pendakwaan. Keterangan pemikiran kemudian yang dikemukakan oleh pihak Pembelaan
telah mewajarkan Mahkamah ini membuat penilaian dan mendapati pembelaan mencuba untuk mengambil
kesempatan terhadap SP1 yang tidak dituduh untuk menolak kebersalahan ke atas SP1 tersebut. Di dalam kes Rasoul
Bagherbejandi Ahmad v Public Prosecutor and another appeal [2016] 1 MLJ 272, YA HMR Ahmadi Asnawi
menyatakan:
Page 16

"[42] Both the appellants canvassed a very opportunistic defence by taking full advantage of
the third accused's acquittal at the end of the prosecution's case and heaped the entire
culpability and misfortune singularly upon the third accused. It is certainly a defence of
afterthought, concoctions and recently invented all combined together, grounded and crafted
upon the third accused's acquittal who is no longer in the arena to give his version of the facts
and events and where the learned judge had ruled that there was no evidence to implicate him with
the said drugs nor any indication that he had harboured a common intention with the appellants to
traffic in the said drugs. Their defence is neither consistent with their innocence nor were there
circumstances corroborating their statements to warrant our attention." (Penekanan ditambah)

[42] Jelas daripada petikan penghakiman di atas, tidak benar dakwaan peguam bela bahawa hakim bicara
telah gagal menilai keseluruhan pembelaan Perayu-Perayu. Kami dapati semua aspek pembelaan Perayu-
Perayu telah diteliti dan dinilai oleh hakim bicara. Kami berpuas hati tiada perlanggaran terhadap peruntukan
seksyen 182A KTJ telah dilakukan oleh hakim bicara dalam kes ini. Kami juga mendapati penggunaan
perkataan- perkataan "pembelaan...... tiada berasas dan tidak logik" hanyalah satu keterlanjuran (verbosity)
oleh hakim bicara dan pada hakikatnya hakim bicara tidak menyimpang dari prinsip asas yang telah
diputuskan dalam kes Mat v. PP, (supra). Oleh itu, isu ini juga tidak mempunyai sebarang merit.

Kesimpulan
[43] Berdasarkan alasan-alasan di atas, kami mendapati bahawa rayuan Perayu-Perayu tidak mempunyai
sebarang merit. Kami mendapati sabitan terhadap Perayu-Perayu adalah selamat dan disokong oleh
keterangan kukuh dan mencukupi. Oleh itu rayuan Perayu-Perayu ditolak. Sabitan dan hukuman Mahkamah
Tinggi disahkan dan dikekalkan.

You might also like