You are on page 1of 3

1.

DEFINISI CAN BUS

 Can Bus ialah cara penghantaran data daripada unit kawalan ke unit kawalan
yang lain . melalui kaedah ini semua ECU digabungkan di dalam satu rangkaian
yang sama .

2. PRINSIP KERJA CAN BUS

Data bus boleh dianggap sebagai jalan yang digunakan untuk menghantar data .
semakin lebar jalan , semakin banyak data bole dihantar dalam sesuatu masa . data
bus kelajuan rendah boleh dianggap sebagai jalan raya satu lorong , manakala data
bus kelajuan tinggi unpama lebuh raya 4 lorong .

3. JENIS-JENIS / KELAS -KELAS CAN BUS

 LIN Bus
LIN bus merupakan rangkaian yang disambungkan secara elari , yang
digunakan untuk menghubungkan pelbagai komponen didalam kenderaan . kos
penghasilan LIN Bus adalah lebih murah berbanding dengan CAN Bus .
 Low speed CAN bus
Low speed CAN bus biasanya digunakan untuk sistem yang tidak
memerlukan kelajuan tinggi seperti sistem hiburan dan maklamat(infotainment)
Dan sistem keselesaan (convenience system)
 High speed CAN bus
High speed CAN digunakan untuk menghubungkan modul kawalan yang
penting seperti enjin , kotak gear dan brek.
4. RAJAH SISTEM CAN BUS

5. KOMPONEN UTAMA CAN BUS

 CAN CONTROLLER
Menerima data dari mikrokomputer yang terdapat didalam unit
kawalan , CAN controller menghantar maklumat yang diterima kepada CAN
transreceiver . pada masa yang lain , CAN controller akan menerima data dari CAN
transreceiver dan menghantar data tersebut kepada microkomputer yang terdapat di
dalam modul kawalan (control module)

 CAN TRANSRECEIVER
Merupakan gabungan pemancar(transmitter) dan penerima(receiver). ia
berfungsi untuk menukar data ke dalam isyarat elektrik dan menghantar kepada unit
kawalan yang ain melalui bus ine .

 DATA BUS TERMINAL


Meupakan perintang yang menghalang data daripada melantun dan
menghasilkan gema(echo)yang akan merosakkan data

 DATA BUS LINE


Digunakan untuk menghantar data. Terdiri dari 2 uta wayar , dikenali
sebagai CAN high dan CAN low .
6. PROSES PENGHANTARAN DATA CAN BUS

 Bekalan data(provide data)


Unit kawalan membekalkan maklumat atau data yang ingin dikongsi dengan
unit kawalan (control module)yang lain kepada pengawal CAN(CAN CONTROLLER)
 Menghantar data (send data)
Penghantaran terima CAN (CAN transreceiver) akan menerima maklumat
dari pengawal CAN (CAN controller)dan menukar maklumat tersebut ke dalam
bentuk isyarat eletrik sebelum dihantar ke unit kawalan yang lain
 Menerima data (receive data)
Semua unit kawalan dalam rangkaian yang sama akan menerima data yang
dihantar melalui data bus
 Memeriksa data (check data)
Unit kawalan akan memeriksa sama ada data yang dihantar diperlukan atau
tidak serta memeriksa keadaan data sama ada baik atau rosak
 Menyimpan data(accept data)
Jika data elok dan diperlukan ia akan diterima dan digunakan. Jika tidak ia
akan diabaikan.

7. KELEBIHAN CAN BUS

 Jika terdapat data baru yang perlu dikongsi, perubahan hanya perlu dibuat
pada perisian (software) dalam unit kawalan sahaja.
 Jumlah sensor dan wayar dapat dikurangkan melalui perkongsian maklumat
 Kadar kesilapan data dapat dikurangkan kerana kesahihan data sentiasa
diperiksa
 Pertukaran data dapat dilaksanakan dengan pantas
 Membolehkan unit kawalan bersaiz yang lebih kecil digunakan

You might also like