You are on page 1of 19

Bab 7 : Teknologi Pensuisan (Switching

Technologies)

Teknologi Pensuisan (Switching Technologies)

Pensuisan berlaku di dalam lapisan kedua iaitu Lapisan Sambung Data (Data Link Layer). Ia juga
boleh dikenali sebagai Jejambat Berbilang (Multiport Bridge). Jejambat merupakan software
based tetapi suis merupakan hardware based, ini menunjukkan suis mengunakan alamat
perkakasan (MAC address) untuk mengawal hos NIC (Network Interface Card) di dalam sisten
rangkaian.

Suis menggunakan litar bersepadu khusus penggunaan atau lebih dikenali sebagai Application-
Specific Intergrated Circuits (ASICs) untuk membina dan menjaga jadual penapisan (filter table).

Suis lebih laju daripada router kerana ia hanya melihat setakat lapisan dua sahaja tidak seperti
router yang melihat sehingga lapisan ketiga. Suis hanya perlu membaca alamat perkakasan frame
untuk menentukan samada frame tersebut perlu dibawa kehadapan atau dilupuskan.

Rajah 1: Kedudukan Suis di dalam Model OSI

Rujuk rajah 1, data yang dihantar oleh penghantar akan berubah bentuk dari segmen, packet, frame
dan bit. Seterusnya dari pangkalan (port) suis penghantar data tersebut diubah menjadi dari bit
kepada Frame dan pangkalan suis penerima akan menukar bentuk data yang diterima dari frame
kepada bit, dan apabila tiba kepada komputer penerima, data tersebut akan ditukar dari bit, frame,
packet dan seterusnya segmen. Sekiranya kita menggunakan penghala (router), pangkalan
penghala akan pergi lebih tinggi sehingga ke lapisan rangkaian. Ini membuktikan suis lebih pantas
daripada penghala.

Perbandingan Antara Jejambat (Bridge) dan Suis LAN

1. Jejambat adalah software based manakala suis adalah hardware based kerana
menggunakan cip ASICs untuk melakukan penapisan

2. Jejambat hanya boleh mempunyai satu spanning tree untuk setiap jejambat, tetapi suis
boleh mempunyai banyak spanning tree

3. Jejambat hanya menyokong sehingga 16 pangkalan, manakala suis boleh sehingga beratus-
ratus pangkalan

85
Bab 7 : Teknologi Pensuisan (Switching
Technologies)
Tiga Fungsi Suis

1. Address Learning – suis dan jejambat akan mengingati setiap frame yang diterima pada
antara muka (interface) dan menyimpannya di dalam pengkalan data MAC. Ini merujuk
kepada setiap pangkalan (port) yang ada pada jejambat dan suis

2. Forward/filter decisions – bila frame diterima pada antara muka, suis akan melihat
destinasi alamat perkakasan (hardware address) dan melihatnya di dalam pengkalan data
MAC yang ada, seterusnya menghantar frame tersebut ke destinasinya

3. Loop avoidance – sekiranya terdapat lebih dari satu sambungan antara suis, sama ada
untuk talian pendua (redundancy) atau pemasangan secara tidak sengaja. Maka akan
berlaku network loop

Address Learning

Apabila suis dihidupkan buat kali pertama, pengkalan data MAC adalah kosong. Rujuk rajah 2.

Rajah 2: Menunjukkan pembinaan pangkalan data alamat MAC.

1. Stesen 1 satu menghantar satu frame untuk stesen 3. Alamat MAC stesen 1 adalah
0000.7f11.111 dan alamat MAC stesen 3 pula adalah 0000.7f11.2222

2. Suis menerima frame tadi pada antara muka E0 dan menyimpannya alamat penghantar ke
dalam jadual alamat MAC

3. Memandangkan alamat penerima masih tiada di dalam pangkalan data MAC, frame
tersebut akan dibawa kesemua antara muka

“Assalamualaikum, siapa alamatnya 0000.7f11.3333?”


Semua antara muka akan mendengarnya tetapi hanya stesen 3 akan menjawap.

”Walaikumsalam, itu alamat saya.” Apabila stesen 3 menjawap, antara muka E2 akan
mendengarnya dan menyimpan alamat itu di dalam pangkalan data MAC

86
Bab 7 : Teknologi Pensuisan (Switching
Technologies)
4. Sekarang stesen 1 dan 3 akan berhubung secara terus (point to point connection).
Penghantaran data akan diteruskan dari stesen 1 dan 3, stesen 2 dan 4 tidak akan melihat
frame tersebut. (Berbeza dengan hab yang berada di dalam lapisan fizikal, setiap frame
yang dihantar akan dilihat oleh stesen 2 dan 4.)

Sekiranya 2 stesen tadi berhenti berkomunikasi di dalam tempoh yang lama, alamat MAC mereka
akan dihapuskan dari pangkalan data MAC. Ini membolehkan hanya maklumat terkini berada di
dalam pangkalan data.

Forward/Filter Decisions

Apabila frame diterima oleh antara muka suis, alamat penerima (destination address) akan
dibandingkan dengan pangkalan data MAC. Sekiranya alamat tersebut terdapat di dalam
pangkalan data, frame tersebut akan dihantar terus ke penerima. Suis hanya akan membawa frame
tadi kepada antara muka penerima sahaja, antara muka suis yang lain tidak akan menerima frame
tersebut. Ini dapat menjimatkan lebar jalur (bandwidth) pada segmen yang lain dan ini panggil
frame filtering.

Tetapi sekiranya alamat penerima tiada di dalam pangkalan data MAC, frame tersebut akan
disebarkan kesemua antara muka kecuali antara muka yang menghantar frame tersebut. Apabila
ada yang menjawap, senarai pangkalan data MAC akan dikemaskinikan.

Unicast, Broadcast dan Multicast Frame

Apabila pengirim mengetahui lokasi sebenar penerima, penghantaran frame akan dimulakan.
Penghantaran ini hanya melibatkan antara pengirim dan penerima tanpa didengari oleh pengguna
lain. Frame jenis ini dikenali sebagai Unicast Frame.

Sekiranya pengirim ingin menghantar frame kepada satu kumpulan, frame jenis Multicast
digunakan. Tetapi sekiranya pengirim ingin menghantar frame kepada semua lokasi, ini dipanggil
Broadcast Frame. Jadual 1 menunjukkan perbezaan antara Broadcast dan Multicast.

Binary Decimal
Broadcast 11111111.11111111.11111111.11111111 255.255.255.255

Multicast 11000000.10101000.11111111.11111111 192.168.255.255

Jadual 1: Menunjukkan perbezaan antara Broadcast dan Multicast Frame.

Contoh:
Broadcast Frame
Sekiranya seorang guru memberi arahan;

“Semua murid sila berdiri”. Maka semua anak murid akan berdiri. Situasi ini sama seperti apabila
pengirim tidak mengetahui lokasi sebenar penerima, pangkalan (port) suis yang bersambung
dengan pengirim akan menghantar Broadcast Message kepada semua pangkalan kecuali
pangkalannya sendiri.

Broadcast Frame mestilah 255.255.255.255.

87
Bab 7 : Teknologi Pensuisan (Switching
Technologies)

Multicast Frame
Sekiranya seorang guru memberi arahan;
“Semua murid lelaki sila keluar dari kelas”. Semua murid lelaki akan keluar kelas bila mendengar
arahan tadi. Ini dikenali sebagai Multicast Frame kerana hanya satu kumpulan (iaitu pelajar
lelaki) mendengar dan patuh pada arahan tadi.

Multicast Frame juga berakhir dengan 255, kita ambil contoh sebuah komputer alamat IP adalah
191.254.10.11, bila multicast frame 191.254.255.255 maka semua pengguna yang berada di dalam
rangkaian atau subrangkaian (subnet) yang alamat IP bermula dengan 191.254 akan menerima
frame tersebut. Alamat IP yang lain seperti 191.253.xxx.xxx tidak akan mendapat frame tersebut.

Loop Avoidance

Penyambungan antara suis dan suis seperti rajah 3 sering kita lakukan, tidak kira samada lokasi
suis tersebut bersebelah mahupun jauh. Tetapi bagaimana sekiranya kabel UTP atau penyambung
RJ45 antara suis tersebut rosak. Maka pengguna dari suis A dan B tidak akan dapat berkomunikasi
antara satu sama lain.

Rajah 3: Sambungan dari Suis ke Suis

Untuk itu, kita perlu menyambung kabel kedua sebagai kabel bantuan. Ini membolehkan suis A
dan B senantiasa berkomunikasi walaupun salah satu kabel tersebut mengalami kerosakkan.
SALAH! Ini akan menyebabkan berlakunya network loop dan seterusnya broadcast storm akan
berlaku.

Broadcast storm berlaku apabila isyarat yang sama senantiasa berada di dalam rangkaian tanpa
henti. Ini akan menyebabkan semua pangkalan pada suis A dan B tidak akan ada peluang untuk
menerima dan menghantar data. Perlu diingatkan, konsep ETHERNET, dalam satu masa hanya
boleh ada satu isyarat sahaja.

Kenapa ini berlaku?


Bayangkan semasa kita memandu kereta terdapat dua laluan ke bandar A. Maka kita kena
putuskan laluan mana yang paling sesuai untuk kesana, mungkin rakan kita bernama Ali
menyarankan laluan C dan Abu pulak menyarankan laluan D. Ini menyebabkan kita sebagai

88
Bab 7 : Teknologi Pensuisan (Switching
Technologies)
pemandu akan pening memikirkan mana laluan yang sesuai kerana Ali dan Abu memberikan
cadangan serta hujah kepada perlu mengikut laluan yang mereka pilih.

Rujuk rajah 4:
1. Ali menghantar data kepada Abu, tetapi Ali tidak memgetahui lokasi Abu, maka Ali akan
mengeluarkan isyarat Broadcast (255.255.255.255) kepada semua pangkalan (port) disuis

”Assalamualaikum semua, siapa Abu dan bagaimana hendak ke sana?”

2. Apabila Abu mendengar isyarat tadi, dia akan menjawap. ”Aku disini.” Masa ini Abu dapat
mendengar dua isyarat broadcast, iaitu dari pangkalan SA/E1 dan SA/E24

3. Di suis B, pangkalan (port) SB/E21 pada suis B akan memberitahu, ”Nak hantar data, sila
ke pangkalan saya”

Pangkalan SB/E10 akan berkata,


”Nak hantar data kepada Abu yang berada di pangkalan
SB/E21, sila ke melalui pangkalan saya SB/E10”

Pangkalan SB/E1 akan berkata,


”Nak hantar data kepada Abu yang berada di pangkalan SB/E21, sila melalui pangkalan
saya SB/E1.”

4. Di suis A, dipangkalan SA/E1 dan SA/E24 akan mendengar kedua-dua isyarat tadi. Begitu
juga dengan pangkalan SA/E11. Ini membuatkan Ali tidak dapat memutuskan laluan mana
yang perlu diikuti

5. Jadual penapisan alamat MAC (MAC address filter table) akan keliru lokasi sebenar Abu
kerana menerima banyak frame dari pangkalan yang berlainan. Ini menyebabkan jadual
MAC senantiasa berubah tanpa berhenti. Ini dikenali sebagai hentaman (thrashing) pada
jadual MAC

6. Di dalam sistem rangkaian yang besar, akan berlakunya multiple loops pada keseluruhan
sistem rangkaian. Ini menyebabkan berlakunya Broadcast Storm. Pada ketika ini,
rangkaian tersebut akan lumpuh sepenuhnya. Ini kerana suis hanya memecahkan collision
domain bukannya memisahkan broadcast domain.

Rajah 4: Broadcast Storm berlaku

89
Bab 7 : Teknologi Pensuisan (Switching
Technologies)

Untuk mengatasi masalah ini, protokol Spanning –Tree akan digunakan.

Spanning-Tree Protocol (STP)

Diasaskan oleh Digital Equipement Corporation (DEC) atau kini dikenali dengan nama COMPAQ.
Walaupun DEC mengeluarkan STP, IEEE mengeluarkan versinya sendiri iaitu 802.1d yang tidak
serasi dengan STP keluaran DEC. Kebanyakkan pengeluar produk rangkaian mengikut spesifikasi
IEEE.

Operasi Spanning-Tree

Operasi Spanning-Tree mudah sahaja, protokol ini mencari semua talian ke rangkaian dan
mematikan semua talian bertindih (redundant links). Dengan cara ini network loop tidak akan
berlaku.

Untuk memastikan talian bertindih yang mana satu perlu dimatikan, protokol ini mesti memilih
laluan mana merupakan root bridge. Pangkalan (port) root bridge pada suis dikenali sebagai
Designated Port. Pangkalan ini akan berfungsi sebagai forwarding-state port (F). Suis yang lain
akan menjadi Nonroot Bridge dan pangkalan disuis akan dikenali sebagai Root port. Pangkalan
pada nonroot bridge yang dimatikan akan menjadi Nondesignated port, dimana semua frame
disekat dari melaluinya.

Rajah 5: Operasi Spanning-Tree

Rujuk rajah 5, apabila terdapat dua talian, protokol spanning-tree akan memilih laluan mana yang
lebih laju. Maka laluan yang lebih perlahan akan dimatikan. Tetapi kedua-dua pangkalan berada
pada segmen 2 yang mempunyai kelajuan 10Mb/s. Jadi bagaimana STP menentukan siapa yang
sepatutnya menjadi Root Bridge.

Penentuan Root Bridge

Suis tadi akan bertukar informasi yang dikenali sebagai Bridge Protocol Data Units (BPDUs).
BPDUs menghantar konfigurasi menggunakan multicast frame. ID setiap suis akan saling ditukar
antara suis menggunakan BPDUs.

ID suis akan menentukan siapa akan menjadi root bridge dan root port. INGAT! Jangan silap.

Suis yang menjadi Root Bridge, pangkalan disuis akan dikenali sebagai Designated port.

90
Bab 7 : Teknologi Pensuisan (Switching
Technologies)
Suis yang menjadi Nonroot Bridge, pangkalan disuis akan dikenali sebagai Root port.

ID suis bersaiz 8 baits (bukan 8 bit), ini termasuk priority dan alamat MAC. Priority untuk semua
peralatan menggunakan STP versi IEEE adalah 32,768.

Untuk menentukan root bridge, priority yang kecil akan menjadi root bridge. Tetapi sekiranya kita
menggunakan produk yang sama maka nilai priority adalah sama. Dalam hal ini, gabungan antara
alamat MAC dan priority akan digunakan. Mana yang lebih kecil nilainya akan menjadi root
bridge.

Rajah 6: Contoh Priority dan ID Bridge.


Rujuk rajah 6:
Hello Time: 2, bermaksud setiap 2 saat BDPU akan dihantar kepada suis lain untuk memastikan
talian masih hidup.
Root Max: 20, bermaksud selepas 20 saat tidak mendapat BDPU, suis ini bukan lagi root bridge.

Penentuan Designated Port

Penentuan Designated Port ditentukan dengan mengira path cost pada pangkalan yang ada pada
bridge port. Path Cost merupakan kos yang perlu dilalui oleh data untuk sampai kesesuatu
destinasi. Sekiranya kita mempunyai dua laluan ke satu destinasi, kita mestilah memilih laluan
yang murah kosnya.

Kelajuan Kos Baru IEEE Kos Asal IEEE


10Gbps 2 1
1Gbps 4 1
100Mbps 19 10
10Mbps 100 100

Jadual 2: Menunjukkan kos setiap sistem.

Untuk lebih memahami lebih mendalami mengenai Spanning-tree, sila rujuk rajah 7.

91
Bab 7 : Teknologi Pensuisan (Switching
Technologies)

Rajah 7: Contoh Spanning-Tree beroperasi.

Sebelum ini ditunjukkan sekiranya kita mempunyai dua suis, bagaimana sekiranya ada 3 suis?

1. Ketiga-tiga suis merupakan produk yang sama maka default priority adalah sama iaitu
32768. Bila ini berlaku, penentuan Root Bridge ditentukan dari alamat MAC. Dari ketiga-
tiga suis tersebut, alamat MAC Avaya P333T(A) paling kecil. Maka suis Avaya P333T(A)
akan menjadi Root Bridge. Suis yang lain akan menjadi Nonroot Bridge

2. Ini menjadikan Port 0 pada Avaya P333T(A) secara automatik menjadi Designed Port
kerana mempunyai ID yang kecil sekali (alamat MAC yang kecil)

3. Untuk menentukan Root Port pada Suis Avaya P333T (B) dan (C), Port 0 pada kedua suis
disambung kepada 100BaseT, manakala Port 1 pada 10BaseT maka Root Port adalah pada
Port 0 dikedua-dua suis. Ini kerana root port akan memilih kos yang rendah. Kos untuk
100BaseT adalah 19 dan kos 10BaseT adalah 100 (rujuh jadual 2)

4. Sekarang yang tinggal adalah Port 1 pada suis (B) dan (C). Siapa akan menjadi Designated
Port dan Nondesignated Port. Memandangkan kedua-duanya mempunyai default priority
yang sama, maka ID bridge (alamat MAC + default priority) akan digunakan.
Perbandingan antara dua suis, menunjukkan alamat MAC suis (B) lebih rendah. Oleh itu
Port 1 pada suis (B) akan menjadi Designated Port dan Port 1 pada suis (C) akan menjadi
Nondesignated Port. Seterusnys talian ke Port 1 pada suis (C) akan dimatikan untuk
mengelak berlakunya network loop

Keadaan Pangkalan Spanning-Tree

Terdapat empat keadaan pada pangkalan pada suis yang menggunakan STP.

1. Blocking – Semua pangkalan berada di dalam keadaan blocking apabila suis baru
dihidupkan. Semua Frame tidak dibenarkan lalu, pangkalan tersebut akan mendengar
BPDU

92
Bab 7 : Teknologi Pensuisan (Switching
Technologies)
2. Listening – Mendengar BDPU untuk memastikan tidak berlakunya loop di dalam
rangkaian sebelum menghantar data frame

3. Learning – Belajar alamat MAC dan membina jadual penapisan tetapi tidak akan
menghantar sebarang frame

4. Forwarding – Hantar dan terima semua data ke pangkalan suis.

Pada keadaan biasa, pangkalan suis berada dalam keadaan blocking atau forwarding. Tetapi
sekiranya berlaku perubahan di dalam sistem rangkaian seperti penambahan atau kerosakkan pada
suis, maka pangkalan suis akan berada di dalam keadaan Listening dan Learning.

Port Redundancy

Suis yang menjalankan STP mengambil masa untuk mula boleh beroperasi sebaik sahaja suis
dihidupkan. Semakin besar rangkaian ia mungkin boleh memgambil masa lebih dari 15 minit
untuk membolehkan suis tersebut berfungsi. Ini kerana suis terpaksa mendengar semua isyarat
BDPU dari semua suis yang ada dan menganalisanya. Penggunaan teknik port redundancy boleh
mengantikan STP.

Rajah 8 menunjukkan port nombor 52 merupakan talian kedua.

Rajah 8: Menunjukkan Port Redundacy

Rajah 9: Menunjukkan satu pangkalan dimatikan

Rajah 9: Menunjukkan port 52 aktif setelah berlaku kerosakkan kepada sambungan diport 51.

Trunk Port

Selain STP dan Port Redundancy, teknik membina trunk port boleh digunakan untuk membuat
talian bertindih. Trunk port berbeza dari STP dan Port Redundancy kerana talian bertindih ini aktif
bersama-sama dengan talian utama. Sekiranya talian utama berkelajuan 100Mb/s maka dengan
mempunyai talian bertindih, kelajuan akan menjadi 200Mb/s. Teknik Trunk Port boleh dilakukan
dengan 2, 3 dan 4 kabel. Malah ada suis yang menyokong sehingga 8 kabel untuk dijadikan trunk

93
Bab 7 : Teknologi Pensuisan (Switching
Technologies)
port. Apabila sejumlah kabel dijadikan trunk port, kabel tersebut kelihatan menjadi satu talian yang
besar.

STP, Port Redundancy atau Trunk Port?

Sekali imbas, trunk port lebih baik daripada STP dan Port Redundancy kerana kesemua talian yang
bersambung digunakan. Walaubagaimanapun talian bertindih tersebut tidak boleh disambung
kepada dua suis yang berlainan. Ini menyebabkan teknik Trunk Port tidak sesuai untuk sistem Full
Redundancy.

Rajah 10 menunjukkan dimana STP, Port Redundancy dan Trunk Port digunakan. Dari rajah dapat
kita simpulkan;

1. Port Redundancy hanya menyokong dua talian dan selalunya disambung kepada dua suis
yang berlainan. Selalu digunakan untuk sambungan kepada suis utama (core switch).
Dengan cara ini, kerosakkan satu suis utama tidak akan menyebabkan pengguna terputus
hubungan dengan pelayan. Ini kerana talian bertindih akan berfungsi secara automatik.
Untuk mengaktifkan port redundancy, kita perlu melakukan konfigurasi. Sila rujuk rajah 11

2. Dengan mempunyai dua talian, STP dan Port Redundancy boleh digunakan serentak tetapi
kita disarankan mematikan STP pada suis tersebut kerana STP disini tidak berfungsi. STP
juga membolehkan tiga talian disambungkan kepada tiga suis yang berlainan.
Walaubagaimanapun hanya satu talian yang aktif. Semua suis yang menyokong STP pada
dasarnya telah mengaktifkan STP. Rajah 12 menunjukkan keadaan asal suis Avaya P330
dan Rajah 13 menunjukkan cara mematikannya. Rajah 14 dan 15 menunjukkan STP
dimatikan pada produk suis yang lain

3. Trunk Port hanya boleh digunakan untuk dua buah suis disambung diantara satu sama lain.
Selalu digunakan untuk meningkatkan kelajuan talian antara suis. Rajah 16 menunjukkan
konfigurasi trunk untuk suis Bay. Teknik mencantum lebih dari satu talian menjadi satu
talian yang besar kadang-kadang dikenali sebagai HUNT Group. Mempunyai nama yang
berlainan tetapi fungsi yang sama. Rajah 17 menunjukkan HUNT Group pada suis Avaya
P882.

94
Bab 7 : Teknologi Pensuisan (Switching
Technologies)

Rajah 10:Menunjukkan kegunaan STP, Port Redundancy dan Trunk Port.

Rajah 11: Menunjukkan cara konfigurasi port redundancy.

Rajah 12: Pada dasarnya semua suis STP akan diaktifkan.

Rajah 13: Cara mematikan STP pada Suis Avaya P330

95
Bab 7 : Teknologi Pensuisan (Switching
Technologies)

Rajah 14: Cara mematikan STP pada Suis Bay 450.

Rajah 15: Cara mematikan STP pada suis Enterasys Horizon.

Rajah 16: Menunjukkan konfigurasi trunk port untuk suis Bay.

96
Bab 7 : Teknologi Pensuisan (Switching
Technologies)

Rajah 17: Hunt Group mempunyai makna yang sama dengan trunk port.

Jenis LAN Suis

Suis menggunakan teknologi packet switching. Terdapat tiga mod pensuisan.

1. Store and Forward – Data dalam bentuk frame yang diterima akan dikumpul di dalam
penimbal (buffer) suis, CRC akan dilakukan dan alamat penerima akan dicari dari jadual
penapisan MAC

2. Cut-through – Suis hanya membaca alamat penerima dan akan alamat penerima akan
dicari dari jadual penapisan MAC

3. FramentFree – Akan menghantar frame setelah membaca 64 bait yang pertama. Ini untuk
memastikan tiada berlakunya pelanggaran sebelum menghantarnya ke pangkalan lain.

Rajah 18: Tiga jenis mod suis LAN

Store and Forward

Dalam teknik ini, semua frame akan diterima keseluruhan dan disimpan di dalam penimbal
(buffer) di dalam suis. Frame ini akan dibuang sekiranya berlaku sebarang ralat CRC (cyclic
redundancy check), terlalu pendek (kurang daripada 64 bait) atau frame terlalu panjang (melebihi
1518 bait). Sekiranya frame tersebut tidak mengandungi sebarang ralat suis akan melihat alamat
destinasi penerima dijadual

97
Bab 7 : Teknologi Pensuisan (Switching
Technologies)
MAC dan seterusnya menghantar frame tersebut. Teknik ini menjamin frame yang diterima bebas
dari sebarang ralat tetapi agak perlahan kerana perlu menunggu sehingga kesemua frame diterima
oleh suis barulah frame tersebut dipindahkan.

Cut-Through (Real Time)

Ini merupakan teknik yang terpantas diantara tiga jenis teknik. Penghantaran data bermula sebaik
sahaja alamat penerima diterima dan carian dilakukan pada jadual alamat MAC suis untuk
menentukan lokasi penerima. Walaubagaimana pun teknik ini tidak melakukan sebarang
pemeriksaan terhadap ralat yang mungkin berlaku. Sesetengah suis menggunakan teknik ini, tetapi
secara automati berubah menjadi store and forward apabila ralat ambang (error threshold) yang
ditentukan oleh pengguna melebih had yang dibenarkan. Suis akan kembali ke mod cut-through
apabila ralat di bawah paras yang ditentukan.

FragmentFree (Modified Cut-Through)

Penghantaran data dilakukan oleh suis sebaik sahaja menerima frame bersaiz 64 bait. Ini kerana
ralat sering berlaku sebelum mencecah 64 bait. Teknik ini lebih baik dari mod Cut-Through keran
masih lagi mempunyai ruang untuk memeriksa sebarang ralat yang mungkin berlaku.

Routing Suis

Kini suis bukan sahaja berada di dalam lapisan kedua (lapisan sambung data) malah ada suis sudah
berada dilapisan ketiga (lapisan rangkaian). Suis jenis ini dikenali sebagai routing switch. Suis
jenis ini boleh melakukan routing seperti penghala (router).

Rajah 19: Avaya P882 merupakan contoh routing switch

Rajah 20: X-Pedition ER16 merupakan contoh routing switch

Ringkasan.

98
Bab 7 : Teknologi Pensuisan (Switching
Technologies)

1. Jejambat (bridge) merupakan software based tetapi suis merupakan hardware based

2. Jejambat adalah software based manakala suis adalah hardware based kerana
menggunakan cip ASICs untuk melakukan penapisan

3. Terdapat tiga jenis Frame; unicast, multicast dan broadcast

4. Tiga fungsi suis iaitu Address Learning, Forward/Filter decisions dan Loop avoidance

5. Network Loop berlaku apabila terdapat lebih dari satu talian diantara sambungan suis ke
suis

6. Protokol Spanning-tree digunakan untuk mengelak berlakunya Network Loop

7. Empat keadaan Spanning-tree; Blocking, Listening, Learning dan Forwarding

8. Root Bridge ditentukan oleh ID (default priority + alamat MAC) yang kecil

9. Root Port ditentukan oleh kos sistem Ethernet (10, 100, 1000 atau 10000Mbps)

10. Terdapat tiga mod pensuisan; Store and forward, Cut-through dan FragmentFree

11. Routing Suis merupakan suis yang berada di dalam lapisan ketiga (lapisan rangkaian),
melakukan tugas sama seperti Router

12. Teknik Store and forward sering digunakan di dalam suis utama (core switch) seperti
Avaya P882 dan Catalyst 5000.

Soalan

1. Suis berada di dalam lapisan?


a) Lapisan Rangkaian
b) Lapisan Sambung Data
c) Lapisan Fizikal

2. Suis mengunakan ________ untuk membina dan menjaga jadual penapisan.


a) ASCII
b) ASICs
c) Binari

3. Tiga fungsi suis KECUALI


a) Address Learning
b) Blocking
c) Forward/filter decisions
d) Loop avoidance

4. Jenis suis yang melakukan pemeriksaan setiap kali frame diterima?


a) Store and Forward

99
Bab 7 : Teknologi Pensuisan (Switching
Technologies)
b) Fragment Free
c) Cut-through
d) Fast Forward

5. Jenis suis yang menghantar frame kehadapan hanya dengan membaca alamat penerima?
a) Store and Forward
b) Fragment Free
c) Cut-through
d) Fast Forward

6. Jenis suis yang menghantar frame kehadapan hanya telah menerima Frame bersaiz 64 Kb?
a) Store and Forward
b) Fragment Free
c) Cut-through
d) Fast Forward

7. Selain STP teknik ________ boleh digunakan untuk melakukan talian bertindih.
a) Store and Forward
b) Port Redundancy
c) Listening
d) CSMA/CD

8. Teknik _________ dapat membuat lebih dari satu talian disatukan menjadi satu talian yang
besar.
a) STP
b) Port Redundacy
c) Trunk Port
d) CSMA/CD

9. Suis yang boleh beroperasi sehingga lapisan rangkaian dikenali sebagai?


a) Routing Switch
b) Router
c) Multilayer Switch
d) Hab

10. Suis utama (core switch) sering menggunakan teknik ___?


a) Store and Forward
b) Fragment Free
c) Cut-through
d) Fast Forward

11. Spanning tree protocol (STP) mempunyai empat peringkat, nyatakan keempat-empat
peringkat tersebut mengikut susunannya.
a) Learning
b) Blocking
c) Listening
d) Fowarding

100
Bab 7 : Teknologi Pensuisan (Switching
Technologies)
12. Di dalam jejambat/suis, designated port ditentukan oleh?
a) Alamat Perkakasan
b) Alamat IP
c) Kos untuk sambungan ke suis
d) Priority

13. Di bawah merupakan tiga jenis Frame KECUALI


a) unicast
b) multicast
c) broadcast
d) monocast

14. Di bawah merupakan 3 jenis fungsi suis KECUALI


a) Routing
b) Address learning
c) Forward/filtering
d) Loop avoidance

15. Bilakah Network Loop berlaku?


a) Bila satu suis disambungkan kepada 2 atau lebih penghala
b) Bila satu suis mempunyai 2 atau lebih sambungan ke suis lain
c) Bila satu penghala disambung kepada 2 atau lebih suis
d) Bila satu penghala disambung kepada 2 atau lebih penghala

16. Untuk mengelak berlakunya Network loop, protokol ini boleh digunakan.
a) Protokol TCP/IP
b) STP (Spanning Tree Protocol)
c) Protokol IPX/SPX
d) Protokol Netbeui

17. Default Priority untuk semua peralatan suis menggunakan STP versi IEEE.
a) 32,768
b) 32,786
c) 3268
d) 2386

18. Di dalam sistem rangkaian berapa jumlah root bridge yang ada?
a) 10
b) 1
c) 2
d) Satu untuk setiap suis

19. Sekiranya suis menerima frame Tetapi tidak mengetahui alamat perkakasan (hardware
addres) destinasi. Apa yang akan dilakukan terhadap frame tersebut?
a) Membuang frame tersebut dari suis
b) Menghantar frame tersebut kepada semua pangkalan (port) yang ada pada suis
c) Menghantar kembali kepada pengirim supaya memberitahu alamat perkakasan penerima

101
Bab 7 : Teknologi Pensuisan (Switching
Technologies)
d) Mematikan pangkalan pengirim tersebut kerana suis beranggapan frame tadi bermasalah

20. Bagaimana suis menghantar ID mereka antara suis?


a) IPX routing
b) BPDU (Bridge Protocol Data Units)
c) Broadcast Frame
d) STP (Spanning Tree Protocol)

21. Bagaimana caranya suis menentukan suis mana menjadi root port?
a) Suis yang mempunyai sambungan ke root bridge dengan kos yang paling rendah
b) Suis yang mempunyai sambungan ke root bridge dengan kos yang paling tinggi
c) Root bridge yang mempunyai ID yang paling kecil
d) Nilai STP yang paling rendah

22. Sekiranya kesemua suis mempunyai default priority yang sama, maka nilai _______ yang
paling rendah akan menjadi root bridge.
a) Kelajuan/kos media antara sambungan suis ke suis
b) Alamat perkakasan (hardware address)
c) Alamat IP
d) Kos di dalam protokol OSPF

23. Pada suis/jejambat Designated port ditentukan dengan cara apa?


a) Kelajuan/kos media antara sambungan suis ke suis
b) Alamat perkakasan (hardware address)
c) Alamat IP
d) Kos di dalam protokol OSPF

Jawapan

1. b) Lapisan Sambung Data


2. b) ASICs (Application-Specific Intergrated Circuits)
3. b) Blocking (ini untuk STP)
4. a) Store and Forward
5. c) Cut-through
6. b) Frament Free
7. b) Port Redundancy
8. c) Trunk Port
9. a) Routing Switch
10. a) Store and Forward
11. Blocking, Listening, Learning & Forwarding
12. c) Kos untuk sambungan ke suis
13. d) monocast
14. a) Routing
15. b) Bila satu suis mempunyai 2 atau lebih sambungan ke suis lain
16. b) STP (Spanning Tree Protocol)
17. a) 32,768

102
Bab 7 : Teknologi Pensuisan (Switching
Technologies)
18. b) 1
19. b) Menghantar frame tersebut kepada semua pangkalan (port) yang ada pada suis
20. b) BPDU (Bridge Protocol Data Units)
21. a) Suis yang mempunyai sambungan ke root bridge dengan kos yang paling rendah
22. b) Alamat perkakasan (hardware address)
23. a) Kelajuan/kos media antara sambungan suis ke suis

103

You might also like